Tarikh: 31 Oct 2021
Tempat: Rawang bypass
Starting Point: Bukit Kuari MTB Trail Rawang Perdana
Ketinggian: 200m kot
Tahap Kesukaran: Easy Peasy
Distance: Entah lah, tp memang sangat dekaat
Tempoh perjalanan: 30 minit je...Kalau langkah panjang & berlari pulak 20 minit je
Kredit pic: FB Uncle Ong |
Ini kali kedua aku dan kawan2 mai hiking sini. Orang panggil Rawang Bypass, tapi aku ade terbace kat blog somebody, die panggi bukit ni Bukit Matt. Aku rasa nama bukit ni Bukit Kuari kot ea. Sebab die dekat dengan highway Rawang bypass, org ramai duk lah paggil dengan nama tu.
View sini memang ohsem 1st time aku mai hari tu. Dulu viral tau tempat ni. Every week pasti ramai orang yang hiking. Trek nye yang simple dan senang menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka. Nak training buat looping 50 kali pun boleh. Hehehe.
Lagi satu, kalau nak mai tengoh Hutan Brokoli, mai lah datang sini. View hutan dipingiran higway tu kalau pandang dari atas memang macam brokoli. Hijau dan gebu. Hahaha.
Cer tengok petikan berita ni...
Projek Rawang Bypass ni merupakan lebuh raya sepanjang 23km yang memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit.
By the way, ini destinasi kedua kitorang selepas naik Bukit Guling Ayam. Since Guling Ayam sangat lah senang dan time tu hari masa awal so kite decide untuk terus naik Rawang bypass. Kebetulan Parapika dan Muaz pun ada so, bawak lah dorang sekali.
Perjalanan dari Gombak ke Rawang mengambil masa selama 30 minit macam tu. Alhamdulillah, time kitorang sampai starting point tu kereta tak banyak mana dan senang nak park kereta masing-masing. Selapas sedikit regangan kami meneruskan pendakian ke peak. Cuaca pun sangat dingin dan damai. Sejuk je. Kitorang risau actually kalau hujan sebab waktu tu pun hari macam mendung. Tapi kitorang nekad untuk terus naik. Kalau hujan kita patah balik.
Lebih kurang dalam 25 minit macam tu kitorang sampai ke peak. Cuaca pulak semakin cerah tapi tak terik. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. So, best lah masing-masing bergambar. Sampai atas memang tak ramai dah orang. Tempat itu kami yang punya. Hahaha.
Lepas dalam setengah jam rehat kat atas tu, bergambo then kitorang terus turun bawah.
Our next trip, Kinabalu |
Comments
Post a Comment