Skip to main content

Hiking Bukit Melati, Nilai

                                                            Tarikh: 04 Dec 2021

                                                     Tempat: Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan

Starting Point: Putra Nilai

Ketinggian: 350 meter - 370 meter

Tahap Kesukaran: Easy

Distance: 5.1 km

Tempoh perjalanan: 1 Jam 38 Minit



Alhamdulillah, merasa jugak akhirnya mendaki Bukit Melati kat Nilai, Negeri Sembilan pada 04 Dec yang lalu. Plan asalnya nak mendaki Gunung Datuk tapi plan terpaksa di cancel last minute atas sebab2 yang tertentu. 

Nak tahu sebab apa? 

Semua sedia maklum yang hutan simpan area Selangor kan dah tutup till 31 January, so of course lah hikers2 akan tuju ke area lain pulak untuk meneruskan aktiviti mereka tu. Sah-sah lah Datuk, Angsi dan bukit-bukit yang berdekatan dengan Selangor akan full house. Member pun ada cakap even pukul 1 pagi parking Datuk dah penuh. Huhuhu. So, akhirnya kitorang decided untuk hike Bukit Melati je. Line up hari tu, kami berlima je iaitu aku, Izni, Lydia, Adda dan guider tersohor Bukit Melati, Keyrol. Nasib baik lah Keyrol ada, so memang kitorang buat full loop lah.

Trek mendaki Bukit Melati ni memang banyak route. So, better lah kot pergi dengan orang yang dah biasa naik. Kang yang kuban-kuban kitorang lalu. Silap-silap tak dapat nak cover semua peak. Hahaha. Tapi, kalau pergi lagi sekali boleh try route lain pulak kan. Hehehe.

Bukit Melati ni tak de lah sesukar mana pun. Even kanak-kanak pun boleh daki. Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner. Bukit ini jugak sangat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi korang yang ingin mendaki gunung-ganang. Kalau korang pergi sana, memang ramai hiker2 mahupun trail runners sedang buat training. Tak tahu lah berapa loop dorang pusing satu Bukit Melati tu. Bukan main laju. Kitorang tak habis lagi, dorang dan buat loop ke dua. 

Pada hujung minggu, kebiasaannya bukit ini memang dipenuhi oleh pengunjung. Kat bawah tu pun memang banyak gerai-gerai yang disediakan. So, before start mendaki tu boleh sarapan dulu. Dah turun pun boleh terus makan lunch. Hahaha.

By the way, dalam bukit ni terdapat beberapa buah bukit yang lain, denga kata lain puncak kecil seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill, Rope Hill dan Mosquito Hill. Tempoh hari kitorang start dari Eagle Hill dan akan turun dekat Centipede Hill

Laluan : Eagle Hill ----> Monkey Hill ----> Rope Hill ----> Cobra Hill ----> Mosquito Hill ----> Centipede Hill

Trek laluan turun naik. Tiba tang landai memang landai, tiba tang pacak memang pacak. Bagi kawasan yang bercuram, dun wurry akan ada tali keselamatan disediakan bagi memudahkan para pendaki.

Hari tu kitorang berjaya tamatkan ke semua peak dalam tempoh 1 jam 38 minit. Santai-santai je. Tak rushing2 pun. Nak laju-laju nak ke mana kan. Hahaha. Bukit ini masih terjaga dan terpelihara oleh pihak berwajib dan jugak masyarakat sekitarnya. Even ada peti sumbangan diletakkan di bawah bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan. Baguslah cam tu kan. Paling tidak, kawasan ini akan terus dipelihara dengan baik. So, pastikan kalau korang nak hike sini jagalah kebersihan kawasan. Sampah jangan dibuang merata-rata. Jangan buat bising dan terlalu galak sangat. Kita masuk rumah orang kan, so adab kenalah sentiasa jaga.

Around pukul 9 lebih camtu kami selamat turun di kaki Bukit Melati. Tengah on trek lagi dah excited nak pekena Roti Telur Goyang kat gerai yang ada kat bawah tu, tapi sedihnya gerai tu tutup pulak. Sudahnya kami lepak kat mamak yang berdekatan. Maybe next time kite try. Keyrol kate roti telur goyang die padu. Ishh!! wajib cuba ni.

Terlalu awal pulak kalau nak balik Setia Alam semula kan. So, dengan gamblenya kami decide untuk hiking lagi. Next entri aku cerita pulak next bukit kitorang pergi hari tu. 

Layankan je laah gambar kenangan yang sempat diambil tempoh hari.



Peak 1 - Eagle Hill


Peak 2 - Monkey Hill


Peak 3 - Rope Hill


Peak 4 - Cobra Hill


Peak 5 - Mosquito Hill


Peak 6 - Centipede Hill


Melati Hill












Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...