Tarikh: 31 Oct 2021
Tempat: Bukit Guling Ayam
Starting Point: Petronas Lingkaran Karak
Ketinggian: 200m kot
Tahap Kesukaran: Easy Peasy
Distance: Entah lah, tp memang sangat dekaat
Tempoh perjalanan: 15 minit je...Kalau langkah panjang & berlari pulak 10 minit je
Tercapai juga hasratnye nak mendaki bukit yg tengah menjadi viral sekarang ni iaitu Bukit Guling Ayam. Terletak dia area Gombak dekat je dengan Rawang. Orang kate bukit ni kacang sangat lah kalau nak naik pun. Kacang sekacang-kacangnya lah. Tak sampai 15 minit sampai dah. 10 minit pun boleh kalau jenis yang berkaki machine tu. Hehehe.
Plannye mcm biasa lah dengan Geng Pendaki Muka Pinggan aka Leha Hikers menghabiskan cuti hujung minggu. Nak kemana lagi kami kalau tak berhiking. Kebetulan pulak adik bongsu aku mai umah minggu tu. Alang-alang tu bawak laah die keluar peluh. Si Parapikaa tu mana suka sangat bersukan ni. Puteri Lilin la katakan. Tapi aku tak kira, aku paksa jugak dia follow. Bukit Guling Ayam ni aku rasa sangatlah okay bagi si Parapika tu. Compare dengan Gunung Lambak. Pernah jadi drama jugak tu time Parapika naik Lambak dulu.
Siapa line up ke Bukit Guling Ayam ni? Of course lah Geng Pendaki Muka Pinggan aka Leha Hikers yg terdiri dari aku, Adda, Lydia dan jugak Afiq. Tak dilupa jugak Hazirah, Parapika dan jugak Muaz. Cuma Muaz tak dan nak naik sekali Bukit Guling Ayam. Lambat nau sampainye.
Malam sebelum tu Hazirah mai rumah aku dulu kat Setia Alam. Dorang kalau nak hiking memang plan tido umah aku dulu. Kalau tak esok paginye ke laut dalam lah masing-masing. Tapi malam tu cuma Hazirah je yg mai. Lydia gerak dari rumah dia kat Pulau Indah. Adda pulak memang dari Gombak. Afiq akan bergerak dari Seremban pagi tu. Plan asal nye nak meet point di rumah Adda pada pukul 7 pagi sebab Adda kata starting point dr rumah dia ambil masa 5 minit jer. Team aku memang sampai awal kat rumah Adda. Lebih kurang kul 7.15 macam tu. Call Afiq, katenye setengah jam lagi sampai. Lydia pun same. Sudahnya ambil keputusan untuk terus berjumpa di Petronas Lingkaran Karak tu je. Kang lambat memang tak de parking ler jawabnye.
Perjalanan dari Setia Alam ke sini mengambil masa selama satu jam jugak lah. Sebab tu aku gerak awal. Tapi, sudahnya masing-masing start naik pukul 8 pagi. Orang memang dah start ramai, parking pun nasib baik lah dapat. Korang kene pandai-pandailah carik parking. Boleh parking di area McD, Petronas atau Starbuck yang ada disitu. Tapi mostly memang akan penuh. Aku not sure boleh parking kat mane lagi. Double park under own your risk. Asalkan tak menganggu lalu lintas pengguna petro palm yg lain.
Sebab itu disuggestkan untuk datang lebih awal. Tak de lah korang pening kepala nak park kereta kat mane kan.
Perjalanan ke peak boleh dikatakan hanya mengambil masa dlm lebih kurang tak sampai 15 minit. Cume tang mengahnya bile korang kena naik satu bukit yg bertar ni. Humakaii..teringat aku dengan bukit tonggek UiTM, haa lebih kurang gitew lah. Mengah jugak teman. Tapi x lama mane pun. Kejap je. Lepas tu dah start memanjat batu-batu. Kena hati2 tau, batu-batu nye tajam. Seluar aku selamat terkoyak segitiga kene siat dek batu ni. Luka sikit lah peha aku. Nampak berparut dah. Jatuh nilai hantaran kawen Cik CT. Hahahaha.
Bile aku panjat Guling Ayam ni kan, aku terimbau kenangan panjat Bukit Tabur. Lebih kurang gini lah. Guling Ayam ni kire macam anak menakan, ke cucu. Kiri kanan jurang. Extra carefull. Jangan langkah. Kalau lah jatuh...huhuhu..mintak lah dijauhkan.
Ape2pun hati-hati.
Time kitorang naik tu tak ramai mane pun org. Kire okay lah. Tak de lah crowded sgt atas tu. Nak bergambar pun x kene tunggu turn lama.
Vieww Guling Ayam? Memang ohsem!! Kita disajikan dengan pemandangan 360 darjah yg mengasyikkan.
Nampak view Bukit Tabur tau.
Puas hati lah.
Lame jugak lah kami kat atas tu. Around pukul 9 camtu kami decide untuk turun. Sebab kami akan ke destinasi seterusnya pulak. Nak tahu ke mane?
Next entri k.
Jom kita layan dulu gambar2 kenangan yg sempat dirakam tempoh hari
Suka sangat dengan gambar ni tau. |
Ini lah bukit yg aku cakap tu. Time turun kene hati-hati tau. Licin. |
Geng Pendaki Muka Pinggan @ Leha Hikers |
Depa kate puncak depan tu Bukit Tabur. |
Follow je jalan depan tu sampai ke atas |
Bersama Parapika di puncak Guling Ayam |
xhajakkk!!!
ReplyDeletekan kite jumpe kat NZ coffee
Delete