Skip to main content

Tragedi October

 Already October gaiss....

Tinggal lagi 3 bulan je kita bakal meninggalkan tahun 2020 yang sememangnya kita tahu meninggalkan banyak kenangan pahit kepada seluruh dunia, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam tempoh 12 bulan di tahun 2020 ini, kita hanya betul-betul merasai nikmat bekerja, bergembira, bersosial cume lah 8 bulan je. 4 bulan lagi almost stay at home disebabkan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Sehingga kini kita masih belum menang lagi dan sekarang kes makin meningkat dari ke hari disebabkan kelalaian dan kealpaan kita semua yang memandang ringan wabak ini. Jumlah kes makin menurun je kita dah bersorak ria meraikan kemenangan walhal virus ni bila-bila masa je boleh menyerang kembali. Dah lalai dalam pemakaian mask, hand sanitizer, penjarakan sosial dah tak diambil peduli dah. Mall penuh dengan manusia-manusia. Di tambah sekarang, isu politik Malaysia yang busuk yang kononnya ingin mengembalikan mandat rakyat untuk memilih pentadbir mereka semula. Ohhh pleasee..annoying seh. Kita sekarang tengah berperang dengan wabak merbahaya, korang nak suruh kitorang ni pergi keluar mengundi ko. Hotak letak mane gamaknya. Kitorang dah berpuas hati dengan keraaan yang memimpin sekarang. Cubalah sekali ini pikirkan kebajikan rakyat. Jangan dipikirkan tembolok masing-masing. Keinginan yang berkobar-kobar untuk jadi seorang Perdana Menteri. Seriously, so disgusting korang ni. Patutnya virus Covid-19 pergi kat korang dulu tau. Bukanlah aku nak mendoakan yang buruk-buruk sesama manusia tapi dah kalau berdepan dengan manusia yang busuk hati macam ni memang mendapat lah.

Korang tengok lah contoh yang berlaku sekarang ni..Sabah, dah banyak kes. La ni, Selangor pun kes makin meningkat dan mungkin akan bertambah penambahan kes. Kitorang tak nak dah PKP macam dulu. Kitorang nak jalani rutin harian macam biasa. Bersiar-siar, balik kampung jumpa mak ayah, carik rezeki. Bukan semua orang boleh hadap effect dari PKP ni. Ada mereka yang hilang terus punca rezeki. Aku bersyukur sangat-sangat sebab company aku boleh sustained since kitorang memang on essential services. 

Gaiss...kes makin meningkat gais.. Hari ni je dah 691 kes gais..Allahu...tak mustahil kes akan terus meningkat. So, ape tindakan kerajaan sekarang? Seriosly aku bengang sehh!!. Disebabkan korang duk berkempen kat Sabah tu, lepas tu tak memasal bawak balik virus covid19 ke Semenanjung. Tak memasal semua negeri dah ade kes. Ishh..korang ingat Covid tu pilih orang ke? Nahh!! semua ahli politaik dah kene Covid19. Rasaiin lohh. Bukan lah niat aku nak mengecam dorang2 ni tapi benda dari awal boleh dicegah, dihindar. La ni dah jadi macam memang mintak kene kecam lah. Stress weeii...Ape-ape pun sekarang ni korang jaga diri memasing lah. Tak yah lah sangat kita jaga kita. Dorang pun tak pikir pasal kita yang marhaen ni pun.



Okay..Done Cik CT membebel petang-petang ni.



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...