Skip to main content

My New Workstation

Actually dah hampir 2 minggu aku duduk tempat baru ni. Alahaii.. replace tempat duduk Ms Yau jer. Bukannya replace position Ms Yau. Hahaha. La ni Ms Yau dah ade bilik dia sendiri. Bersebelahan dengan bilik finance. Okay lah tu. Senang lah nak kejar payment. Kihkihkih.

Bila Ms Yau dah duduk bilik lain ni rase macam susah sikit lah nak jumpa dia. Kalau dulu die ade je depan mata aku. So, kalau nak tanya apa-apa boleh terus tanya direct. La ni, discussion kami berdua banyak on Skype je. Lagipun Ms Yau bukan selalu ada kat office. 

Kenapa aku pindah tempat Ms Yau dan Ms Yau pindah bilik baru? Kononnya, kitorang nak ambil sorang lagi budak PMP tapi fokus on Gain Green Group. La ni aku jaga semua company under Gain Green Group & BSTM Group. Setakat ni okay je aku handle dua-dua company ni. Tapi, management nak ada seorang purchaser yang memang fokus on Gain Green Group. Tapi masih lagi dibawah pantauan Ms Yau lah. Kirenya, aku lepas ni ade team mate baru lah. 

Actually, dah masuk dah hari tu. Wai Mei namenye. Tapi tak sampai seminggu dah hantar surat resign. Dia pun baru habis belajar. Dapat better offer why not pergi tempat lain kan. Hurmm..Sampai ke la ni aku masih keseorangan. Budak-budak finance dah ngolok-ngolok aku Puan Manager. Hareyyy betul lah. Hahaha. 

Hopefully cepat lah purchaser Gain Green masuk. Aku rasa tak best dah duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Even dulu Ms Yau ade dalam bilik ni pun aku senyap tapi sekurang-kurangnya aku tahu yang aku tak keseorangan. Hahaha. 

Mengada!!!








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...