Monday, 28 September 2020

All the best lovely sistaaaa..❤❤

Algamdulillah, selesai dah hantar adik Pika masuk UPSI pagi tadi. Finally, Pika dapat menyambungkan pelajaran dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Kimia. Hampir tercapai hasrat mak ayah nak tengok salah seorang anak mereka bergelar seorang pendidik. Lagipun Pika memang suka bab-bab chemistry ni. Suruh amik Medic tak nak. Katenye tak suka Biologi. Subjek yang paling die suka selain Kimia ialah Fizik. Suruh amik engineering tapi tak minat pulak nak jadi jurutera. Tak kisah lah dik Pika oii. Asalkan kau happy dengan apa yang kau pilih tu.


Perjalanan ke Tanjung Malim bermula dari rumah aku. Aku awal-awal lagi dah ngajak depa tido je rumah aku. Tak ade lah jauh mane pun Setia Alam dengan Tanjung Malim. Ade lah dalam sejam lima minit perjalanan. Tapi last minute ayah kate nak sewa je homestay yang ada kat Tanjung Malim. The problem is sume homestay, hotel dah sold out. Memang tak ade yang available lah kalau di saat-saat akhir nak booking. Ayah sebenarnya risau akan jem pagi tu. Actually, jem kejap je kat susur keluar Setia Alam je. Lepas tu clean n clear dah. Last-last aku yakinkan ayah sempat je sampai Tg Malim on time. Lagi pun Pika register pukul 10.30 pagi.

Well, Pak Sarip memang jenis malas nak ngadap jem ni. Kul 4.30 pagi die dah bangun dah. Kami anak-anaknye pun ikut serta lah bangun. The problemnye is si Pika ni. Mandi dah lah lambat, bersiap pun lambat. Orang lain dah siap, dah nak gerak, die baru nak terhegeh-hegeh. Aduhaiii. Last-last keluar pukul 7.15 jugak. Jalan dah start jem. Banyak kereta. Nak dijadikan ceritanya, aku dan ayah terpisah dalam kesesakkan jem tu. Aku drive kereta aku bertemankan Ateh dan Ibab. Mak ayah pulak dalam kereta Bezza. Bukan tak nak satu kereta, tapi plannye balik nanti ayah mak akan terus balik Johor. Takkan nak antar aku semula balik Setia Alam.

Bile dah terpisah tu aku suruh lah Pika bukak je Google Maps ke UPSI Tg Malim. Aku dah cakap dah awal-awal standby je maps tu just in case terlepas pandang kereta aku. Aku dan Ateh dah masuk PLUS utara menuju ke Tg Malim. Try ahh tepon Pika, Pika kate dah nak sampai. Ehhh..aku baru nak masuk Rawang, cepat bebeno minah ni drive. Rupe-rupenye depa dah salah route. Adik aku type destinantion UPSI, Sepang. Patulah aku pelik awat boleh masuk KLIA extended highway pulak ni. Aduhaiii...aku dah kate dah salah tu. Masuk semula highway PLUS. Pika degil tak nak masuk. Katenye dah dekat nak sampai. Sudahnye masuk kawasan sawit mane entah. Sampai ke Nilai perginye. Aduhaii. Dah sah sah salah tu. Ateh yg dalam kereta aku dah risau, resah ayah tersesat jauh tu. Dengan jem nye lagi. Aku dah keluar tol Tg. Malim around pukul 8.30 pagi. Kitorang tunggu ayah sampai dalam lebih kurang 2 jam. Dorang sampai Tg Malin pukul 10 pagi. Daripada nak sampai awal pagi, last-last lewat jugak. 🤣🤣

Pika akan register masuk di Dewan Cenceleri Kampus Sultan Azlan Shah dekat dengan Proton City, kampus baru UPSI. Pendaftaran kali ini base on drop off. Satu kereta sahaja dibenarkan masuk dan family just drop student dan barang-barang je. Mak aiii. Tapi iye lah kan. Depa nak minimize kan contact dan social distance tu. Kita kan masih berdepan dengam bahaya COVID19. Tapi tak feel lah macam aku dulu-dulu masuk Uni. Norma baharu kan. Hehehe.

Lepas drop off Pika, peluk cium die, kitorang terus shoot balik. Before tu singgah makan lunch kat area Tg Malim. Aku tak mahir area sini. So, nampak je kedai makan benti je. Perut dah lapar sangat mintak diisi ni. Hahaha. Aku sampai Setia Alam around pukul 12 tgh hari. Tapi p menyinggah mandikan baby O. Mak ayah sampai Johor around pukul 5.30 petang. Alhamdullah semuanya selamat sampai. Pika pun dah masa kolej kediaman die biarpun tunggu berjam-jam. 

Semoga Pika dapat membiasakan diri die dengan persekitaran yang baharu ni. Lama sangat duduk kampung die tu. Homesick lah citernye. Dah lah lepas sebulan baru boleh keluar, balik kampung. Kite tunggu lagi sebulan ye Pika. Nanti along mai jemput ko. Kite balik kampung sesama. 

Bye bye Pika...







Friday, 18 September 2020

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020

Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin

Starting Point : Alam Budiman Trail

Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik 

Total Jarak Pendakian : 13KM

Tahap Kesukaran : Easy to Moderate


Log perjalanan 

Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail. Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape yang nak join. Finally, Lydia & Keyrol ajak hiking sini. Tapi, antara kami tak ade sape yang tahu trail ni. Memang lah ramai hikers lain tapi kalau pergi dengan mereka yang tahu trail kan lagi bagus dan memudahkan. Tak gitu????

So, dipendekkan ceritanya Keyrol ajak member die, Oja dan Oja ajak jugak member-member dorang yang lain. Makanya, jadi lah kami 10 orang semuanya. Bukan kaleng-kaleng group aku follow ni. Semua budak-budak trail runner. Aduhai...salah ke keputusan aku follow depa semua ni? 🤣

Rabu pagi semua berkumpul di Rahmath Bistro. Mati-matilah aku ingat Rahmath Bistro Setia Taipan ni. Rupa-rupanya, Rahmath Bistro Alam Budiman. Oh ya, trip kali ini kami start melalui Alam Budiman Trail. Ada satu kawasan padang bola diantara kawasan taman perumahan di situ. Sampai-sampai situ je dah banyak kereta yang dah berparking. Actually, debar sebenarnya. Kate Keyrol dorang nak buat full trail yang merangkumi total perjalanan 22KM. 😱😱 Oh maii..aku dah cuak jugak time tu. Tapi tak pe, follow je dorang. Kalau tak boleh nanti, aku patah lah balik semula ke starting point. Sedikit sessi suai kenal dan warming up, dalam pukul 9 pagi macam tu kami start trekking. Seriouslah, awal-awal trek dia dah belanja pacak. Mental kejap aku. What the heck ni???? Aku mengah giler weiii 😂😂 Dapat aku rasa tahap stamina aku waktu tu berada pada tahap yang agak rendah. Tapi, still okay lagi lah. Tenang je aku melangkah. Slow jer...Finally, sampai ke Peak Garden. Boleh aku katakan starting point dr Alam Budiman Trail memang daki memanjang. 😅 So, aku serik nak ikut sini lagi.


Keindahan Tasik Cermin



Keunikkan Bukit Sapu Tangan

Sampai Peak Garden ramai giler manusia. Aku time tu pun rasa sangat penat tapi masih lagi mampu tersenyum. Bila dah ramai-ramai ni feeling nak bergambo tu tak ade lagi. Phone pun aku malas nak keluarkan. Kitorang meneruskan perjalanan ke Bukit Sapu Tangan. Trail yang kami ikut berpandukan seorang rakan yang dipanggil Dan ialah :

Alam Budiman - Peak Garden - Bukit Sapu Tangan - Tasik Cermin - Peak Garden - Alam Budiman

Kami sampai di satu kawasan lapang. Sebelah kanan terus menuju ke Bukit Sapu Tangan dan sebelah kiri menuju Tasik Cermin. Dan bawak kitorang ke Bukit Sapu Tangan dahulu. Perjalanan actually tak lama. Trail pun santai-santai jer. Aku orang terakhir yang sampai ke Bukit Sapu Tangan tu. Penat bak hang tapi masih tetap tersenyum. Fuhhh, di sini sekali lagi dipenuhi dengan manusia. Kitorang tak lama berada di sini. Bergambo kenangan dan terus menuju pulak ke Tasik Cermin. Trek agak mudak, turun je dan akan melalui satu kawasan tanah merah yang tengah on going construction. Tak lame lagi penuh dengan perumahan lah kawasan ni nanti. Huhuhuh. Habis pokok-pokok. 😥😥


Achievement unlocked Bukit Sapu Tangan
  
Tasik Cermin ~ terpegun seketika melihat keindahannya. Serasa aku ini bukan lombong. Katenye tasik semula jadi yang tersembunyi di kawasan hutan simpan ini. Ada aktiviti kayak chuolss. Boleh tahan luas tasik ni. Tasik berwarna seakan-akan hijau emerald. Nice. Kat sini pun ramai manusia. 😂 


Achievement unclocked Tasik Cermin

Kami actually belum sampai lagi spot view Tasik Cermin tau. Trekking ke depan lagi, masuk hutan sikit, turun bukit tadaaa...sampai dah Tasik Cermin. Ohhh..begini rupenye Tasik Cermin. Sekali lagi, terlalu ramai manusia di sini. Kitorang amik port melepaskan lelah masing-masing. Lame jugak kitorang lepak kat sini. Nak bergambo pun kene tunggu turn. Trip hiking kali ni aku tak teruja sangat keluarkan phone snap picture kawasan sekitar. Tak tahu lah mengapa. Mungkin penat sangat kot. Gambo & video semua bergantung harap pada phone Lydia, Keyrol & Adda. Hahahaha....

Lepas puas melepak kat Tasik Cermin kami start trekking ke starting point Alam Budiman. Pendakian turun inilah melalui ranjau onak durinya. Mental, barai semua ada. Trek pacak tak hengat. Izzati kepenantan yang amat sangat. Sampai menangis dibuatnye di tengah trek. Adda pulak pada mulanya ingat dah laju ke hadapan mengejar kawan-kawan yang lain rupe-rupenye berdepan dengan kesakitan kaki krem. Arghhh!! Sudah..teruk jugak penangan krem kaki si Adda. Agak membantutkan pergerakan pendakian turun kami. Last-last adik-adik trail runner terpaksa mengikut pace kami yang kakak-kakak ni. Adda terpaksa di sweep. Alhamdulillah, kami 10 orang semuanya selamat turun dengan jayanya. Dalam pukul 3 petang jugak lah sampai starting point semula. 

Personal, aku rasa tak ade lah susah mane trail ni tapi tak tahu lah nape kali ni aku rasa mental aku lemah, barai. Penangan kaki sakit pun masih terasa sehingga sekarang tau. In sha Allah, aku boleh cube pulak masuk ikut Setia Alam Community Trail lepas ni.

Alhamdulillah, kami berjaya tapau dua tempat viral ni dalam tempoh 4 jam 35 minit tak termasuk waktu rehat dan kecemasan. 

In sha Allah, pasti aku akan ke sini lagi. Tak puas lagi nak tengok view Tasik Cermin. 😍😍😍 Mungkin lepas ni pergi Tasik Cermin je. Hahaha....So, layan je lah gambo yang sempat di ambil by iphone Lydia....


Kekonon acah-acah cover magazine


Terkejut i is join dak-dak trail runner ni


Walaupun terkejut, dalam gambo tetap senyum


Photo group @ Bukit Sapu Tangan








Thursday, 17 September 2020

Happy Birthday Mr Law ❤❤


Happy Birthday To You....
Happy Birthday To You.....
Happy Birthday to Mr Law...
Happy Birthday To You....

Pada 14 September yang lalu, weolss semua telah meraikan hari jadi our big boss, Mr Law yang ke-52. Makin tua makin awet muda pulak bos besar kitorang ni. Tak nampah aiihh umur dah 50 lebih. 🤭🤭

Majlis sambutan hari jadi Mr Law ini diadakan pada pukul 11.30 pagi macam tu bertempat di area Gain Green. Well, semua duk berhimpit menyorok dari ternampak Mr Law. Masuk je Mr Law dalam kawasan Gain Green tu semua menyanyikan lagu happy birthday untuk beliau. 

Sedikit ucapan diberikan oleh Mr Law sebelum kitorang melantak kek. Sedap weii kek nye. So yummmyyy...😋😋😋 Secret Recipe chuollsss...

Semoga our big boss kami stay healthy, stay young and more success...

HAPPY BORN DAY MR LAW.....
.
.
.
.
.


Masing-masing eksaited bergambo


Mr Law with finance team but apasal tetibe ade budak baju pink dari Purchasing tu...🤭🤭

 
Big Boss Make a Wishh

 
Boss dapat kad lahhh


Macam berjanji pulak sume duk pakai warna ala-ala nak same...hehehe







Friday, 11 September 2020

Cik CT nak buat ape minggu ni???

Assalamualaikum..

Hai..Selamat Petang...

Tengah keje ke tu? Cik CT ade kat opis ni ha. Well, hari ni hari Jumaat dan Cik CT sangat sukakan hari Jumaat. Sebab apa? Sebab, esoknye hari Sabtu. Cik CT boleh tido sampai ke tengah hari. Hahahahaha...

Tak lah, Cik CT suka Jumaat sebab Cik CT dah boleh start berehat. Cik CT boleh buat apa yang Cik CT suka pada waktu hujung minggu. Cik CT boleh mengemas rumah, Cik CT boleh memasak, Cik CT boleh mengemas bilik, Cik CT boleh mendobi baju..Pendek kata, Cik CT boleh buat semua benda lah bila datangnya hari Sabtu tu. Cik CT boleh keluar dengan kawan-kawan. Cik CT boleh dating....Ehhhh!! dating?? Hahahaha.

Rasenya semua orang tak sabar-sabar menantikan hari Jumaat kan. Even, hari Khamis lagi Cik CT dah start rasa teruja. Pergi kerja pun dengan wajah yang ceria je. Tapi bila start hari Ahad je semua orang dah kemurungan kan? Sebab apa? Sebab esok, Isnin dah kene keja. Kemurungan bermula pada hari Ahad tu.Hahaha. Lemau je. Dalam hati terdetik, " Cepat nye lah hai dah habis Sabtu Ahad ". Walau apa pun, perjalanan hidup mestilah diteruskan. Tak kan lah selamanya nak Sabtu Ahad kan. Nak bersenang-lenang. Iye dok??

Ape Cik CT nak buat ye weekend ni?? Hurmm, petang ni lepas habis kerja opismate ngajak Cik CT main bowling. Okay jugak tu. Dah lame sangat tak jadi juara longkang ni. Lagi pun tak de benda nak buat kan. Sabtu ni pulak nak ke mana ye? Ajak si dia date, tapi busy katenye. Al-maklum lah, busy kalah pak menteri. Tak per lah kan, carik duit kahwin katenye. Ehhhh!!! Hahahaha. Bila tak jadi nak ngedate dengan si dia, kita cari lah kawan lain g dating. Hahahaha. Nak ajak sape ea g dating weekend ni. Ade yang nak dating ngan Cik CT tak? Hahaha..

Lama tak hiking memana...Hurmm, rasa nak hiking lah pulak weekend ni. Boleh lah kot ngajak Lydia ke, Keyrol ke hike bukit memana. Tak bukit, gunung pun okay. Hamboiii. 

Bosannye lah hai duk opis ni. Kerja serasanya sume dah siap. Tinggal lagi bape jam je habis waktu kerja. I is tak sabar nak main bowling ni. Untonglah bila opis dekat dengan mall ni. Ehh, rumah Cik CT pun dekat dengan mall. Kalau tak ade orang nak dating ngan Cik CT weekend ni, Cik CT jalan-jalan sorang masuk mall lah. Tengok movie kat GSC ke. Well, macam tak biasa masuk wayang sorang-sorang. Kat Subang dulu Cik CT selalu buat kan. Orang single memang begitulah gayanya. Hahaha. #hidupseorangsingle. Hahahaha.

Merapu ape lah Cik CT pepetang ni. Mentang-mentang lah hari ni boss Cik CT tak masuk. Meronggeng bukan main ye. Boss Cik CT la ni masuk opis alternate. Isnin, Rabu & Khamis je dia masuk opis. Kekadang tu Selasa dengan Khamis je masuk. Dia work from home sekarang ni. Tapi, okay je. Boss Cik CT sentiasa online. So, kalau ade ape-ape urgent matter, just Whatsapps or Skype her. Senang.. Teknologi dihujung jari kan. Hehehe.

Okay lah. Cik CT nak sambung kerja semula. Nanti kite bertemu kembali ya.

Bye..Bye..

Wednesday, 9 September 2020

Mari Mewarna Bersama Cik CT

Assalamualaikum....

Selamat Malam...

Dah tido ke? Cik CT lum tido lagi. Baru tutup lampu landing atas katil. Amik mood nak tido. Dalam pada nak amik mood tu, Cik CT update lah dulu blog untuk malam ini. Cik CT nak story aktiviti Cik CT di waktu malam sebelum tido.

La ni Cik CT gian mewarna tau. Hahaha. Entahlah, mungkin bosan sangat kot hidup Cik CT ni sampai tak tahu nak habiskan masa malam tu dengan ape gamaknye. Tu yang gian mewarna. Sebelum ni habis 1 buku mewarna Cik CT kaler. Semalam pergi Ninso dengan hosmate Cik CT beli lagi 1 buku mewarna. Dan malam semalam sebelum tido aktiviti Cik CT adalah mewarna. Hahahaha.

Seronok ape mengaler ni. Terasa macam budak-budak gitu walaupun dah tua bangka sebenarnye. Kihkih. Cik CT rase seronok bila mewarna ni. Cik CT lupa segala rasa penat, rasa stress pd kerja yang tak siap2 lagi kat opis tu. Bila mewarna, Cik CT akan fokus pada mewarna je. Lagi2 sambil dengar lagu. Hilang semua masalah. Cik CT rasa happy bila buku mewarna yang pada mulanye putih je dah jadi colourful bila Cik CT dah siap mengaler. Walaupun Cik CT tahu Cik CT ni bukannye terer mewarna sangat. Hahaha.

Yang penting Cik CT happy dengan apa yang Cik CT buat. Cik CT tak kacau sesapa pun. Cik CT buat hal Cik CT jer. Setakat ni feel malam Cik CT lebih kepada mewarna. Novel Haura Cik CT tu still pending dari hari tu. Cik CT tak ade mood nak baca novel. Cik CT tengah tunggu mood datang. La ni mood mewarna Cik CT sampai, so kite mewarna lah. HAHAHAHAHA....







Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...