Skip to main content

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR

Assalamualaikum...

Pada tanggal 29 Julai yang lalu, yus dan rakan-rakan lain sama-sama plan nak tengok kelip-kelip sebagai aktivit hujung minggu kami. Dah lama sangat nak plan ke sini sebenarnya cuma tak berkesempatan lagi. Dah bila Amy mengajak, apalagi terus je yus ON. Hehehe.

Ini kali pertama yus nak tengok kelip-kelip yang katanya hanya ada dua tempat je kat dunia ni iaitu Brazil dan di tanah air yus sendiri, Malaysia. Bangga tak agak-agak??? Hahaha.

Mestilah bangga kan. Tak payah susah-susah nak travel ke Brazil semata-mata nak tengok kelip-kelip ni. Kat Malaysia sendiri memang dah ada.

Tempat tarikan pelancong ini terletaknya di Kuala Selangor, di sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Kuantan. Bukan Kuantan kat Pahang tu tau. Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Hihihi.

Hari Sabtu tu yus kerja sampai pukul 1 petang. Biasalah, kalau hari Sabtu jatuh pada minggu ke lima, Revongen memang wajib bekerja. Jadinya, Amy pick up yus kat rumah around pukul 5 petang macam tu then terus kitorang berdua pecut ke Seksyen 7 nak pick up Azza dan Nani pulak.


Alami Keindahan Malam Ditemani Sinaran Kelip-Kelip Berterbangan 
 
Perjalanan ke Kampung Kuantan dari Shah Alam mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Kami sampai tepat-tepat azan mahrib berkumandang. Mujur jugak Nani uzur waktu tu, so dia yang pergi beratur dulu nak beli tiket. Kami dan lain solat maghrib dulu di masjid yang berada bersebelahan.






Tu na Masjid. Sebelah jer..
 

Lepas je solat maghrib, terus yus, Amy dan Azza menuju ke pintu utama nak tengok kelip-kelip tu. Tak jauh mane pun. Jalan kaki 5 minit. Pasal parking tak perlu risau. Parking memang disediakan untuk pelancong-pelancong yang datang nak tengok kelip-kelip ni. Kedai makan, kedai souviner pun ada. Tapi masa kitorang pergi tu tak dan nak menyinggah. Kitorang terus mencari-cari kemana perginya Nani. 

Yeayy...Nani sedang beratur menunggu giliran nak naik perahu nak tengok kelip-kelip. Mujur jugak Nani dah belikan tiket. Kalau tak beratur panjanglah kami. Masa kami sampai tu, memang panjang barisan tau. Ramai pelancong-pelancong asing yang datang nak tengok keunikan kelip-kelip ni. Yang yus perasan kebanyakan pelancong yang datang adalah dari Korea. Berbas-bas datang. Hehehe. Ada jugak yang dari timur tengah dan juga barat. Local pun ada jugak termasuklah kami berempat ni.

Sape kate kat Malaysia ni tak ade tempat yang menarik. Banyaklah kalau pandai explore. Hehehe.

Lebih kurang dalam pukul 8.15 macam tu tiba lah giliran kami nak naik perahu pulak. Waahh..yus dan kawan2 yang lain sangat teruja. Jaket keselamatan wajiblah kene pakai. Kang perahu bocor tak ke nyanya. Dalam okay sungai tu tau. Jangan buat pasal. Hahaha. 


Wajah teruja kami berempat. Bersedia untuk meneroka malam bersama kelip-kelip..


Sedang menunggu giliran waktu ni..
 

Anyonggg...


Wajah Amy khusyuk baca info mengenai Kampung Kuantan




Suasana sekitar sungai memang gelap. Air kelihatan agak beralun. Kata pakcik yang mendayung perahu yang kami naik tu, air tengah pasang. Selang berapa minit mendayung, kami berempat disajikan dengan pemandangan yang cukup indah dan mengkagumkan. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa. Segala pujian kepada Allah tak putus-putus keluar dari mulut kami pabila melihatkan satu pemandangan yang memukau.

Ini first time yus tengok kelip-kelip dalam berkumpulan tau. Cantik giler. Dah macam kelip-kelip lampu pokok krismas dah. Lagi-lagi suasana keliling memang gelap. So, kerlipan cahayan dari kelip-kelip tu membantu menerangi kawasan sekeliling. Di sepanjang tebing sungai kami nampak kerlipan cahaya dari kelip-kelip itu. Ya Allah..yus seronok giler. Teruja kot. Tak dapat digambarkan indahnya cahaya tu. So, korang memang patut pergi dan rasainya sendiri.

Tak ada gambar yang dapat kami tangkap disebabkan masing-masing punya kamera tak berkemampuan nak mengcapture di dalam gelap. Kalau amik guna flash akan menganggu pulak habitat kelip-kelip tu. Nanti kelip-kelip tu merajuk. Dah dia tak nak keluarkan cahayanya pulak. Tak pasal-pasal kene tunggu 5 minit lagi nak tunggu kelip-kelip tu berhenti merajuk. Hahaha. So, baiklah jangan kacau habitat mereka. Rugi kot bayar tiket mahal-mahal tapi tak dapat tengok cahaya dia yang cantik tu.

Ohh..by the way tiket untuk satu perahu berharga RM53 termasuk GST. Dalam satu perahu boleh memuatkan seramai 4 orang. So, kira okaylah jugak sorang kene bayar RM13.25 jer. Waktu operasi bermula dari 7.45 malam sehingga 10.30 malam.

Best kot naik perahu malam-malam cenggini. Penggunaan perahu adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang akan mengganggu habitat kelip-kelip ini. Kita dah datang tempat orang mestilah kita tak nak buat kecohkan. Mestilah orang pun tak suka kan. Begitulah jugak kelip-kelip ni. Mestilah dia rasa terganggu kan. Ini pun kirenya kita dah ganggu ketenteraman mereka tau.  Ecehceheh...

Kerlipan cahaya kelip-kelip tu datangnya dari pokok-pokok yang ada di sekitar tebing sungai tu. Itu lah tempat tinggal kelip-kelip. Kelip-kelip suka duduk kat pokok ni. Nama pokok ni ialah pokok berembang. Pokok berembang ni ialah sejenis pokok bakau yang banyak tumbuh disekitar sungai selangor. Pokok berembang ini penting kepada habitat kelip-kelip kerana ianya adalah sumber makanan mereka.

So, mungkin kalau ada sungai lain yang ada pokok berembang ni berkemungkinan mesti ada habitat kelip-kelip ni. Sungai kat kampung yus tu ade ke tak ekk?? Hahaha.

Kelip-kelip ni comel je. Kecik je. Spesis kumbang. Tak sama tau dengan kunang-kunang. Mulanya kitorang ingat kitorang ni nak tengok kunang-kunang tapi pakcik perahu tu kata tak sama. Dorang tu spesis lain-lain. Kunang-kunang tu yang kita selalu nampak kat rumah kalau malam-malam. Kalau penuh kunang-kunang hurung lampu, orang kata hari nak hujan. Wallahulam. Kelip-kelip ni pulak hidup berkelompok hanya di pokok berembang sahaja dan tidak kemana-mana.

Kitorang sempat amik sekor dan letak kat tangan. By the way, masa kitorang amik sekor tu, tangan kitorang basahkan dulu dengan air sungai sebab kelip-kelip ni sukakan tempat yang lembap. Cahayanya keluar dari bahagian belakang kelip-kelip. Bahagian punggungnya mungkin. Hahaha. Dapat lah kitorang tengok kelip-kelip tu mengeluarkan cahayanya. Cahayanya keluar setiap 3 saat. Kata pakcik perahu tu lagi, kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang berbanding kelip-kelip betina. Ini bertujuan untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. 


Ni lah kelip-kelip yang kitorang amik tu. Tapi kitorang letak balik tau. Hehehe


Aterrnye, kamera kami tak canggih. So, nampak yang itu je lah. Mujur jugak tak keluar "benda" lain. Ahakss!!!

Haaaaa...keli-kelip jantan sekalian!!! berlumbalah kamu mengeluarkan cahaya yang paling terang untuk menambat hati kelip-kelip betina yang kamu berkenan. Hahaha.

Kitorang dibawa melusuri sungai selangor tu dalam lebih kurang 10 hingga ke 20 minit. Banyak betul perahu waktu tu. Kami berempat akhirnya selamat kembali ke jeti. Alhamdulillah, diberikan peluang untuk melihat kebesaranNya. 

Jam pun dah pukul 9 lebih waktu tu. Perut masing-masing pun dah berbunyi minta diisi. Kami keluar dari kawasan kampung kuantan dan menuju mencari restoran. Plannya nak makan seafood. Kononnya nak lah makan seafood fresh yang kat Jeram tu tapi disebabkan dah lapaq bak hang, kami pun berhenti je kat sebuah restoran seafood PAPA. Punyelah lapar kami order ikan siakap limau stim, telur dadar, sayur kailan ikan masin dan tomyam seafood untuk 4 orang makan. Hurmmm..sedap dan harganya pun berpatutan. Kami berempat makan hanya kene bayar RM51 jer. Murahkan!!! Ke mahal tu. Hahaha..


Restoran PAPA makanan laut. MAMAnya mana??


Jangan risau. Parking memang disediakan. Luas pulak tu.


Tom Yam Seafood 


Telur Dadar


Kailan Ikan Masin
 

Menu utamanya ialah Siakap Stim Limau


Jus Tembikai Yus




Wajah-wajah kelaparan.


Amekkaww...Licin anak-anak dara ni makan.

Balik tu hantar dulu Azza dan Nani balik Seksyen 7 barulah Amy hantar yus balik USJ. Sampai rumah lebih kurang pukul 1 pagi. haarghh..Mengantok sangat. Balik tu mandi, solat Isyak dan terus tidur.

Satu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan. Plan yus nak p lagi nanti. Kali ni nak pergi dengan budak-budak rumah sewa pulak. Hehehe...


Kelip-kelip Kampung Kuantan checked...

Comments

  1. salam sis. nak tanya info boleh? perahu limited ke ek? sbb sy ada rombongan kelas pastu agak2 kena booking ke? boleh ke? terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...