Skip to main content

Tahniah Bola Sepak Malaysia, SEA GAMES 29

Selamat Bekerja. Cuti tak jadi. Hehehehe. Ingatkan boleh lah hari ni atau Isnin depan cuti sempena meraikan kemenangan emas dalam bola sepak sukan SEA tahun ni. Malangnya Malaysia tak ada rezeki nak bergelar juara. Thailand masih lagi mengekalkan kejuaraannya bila mana menang 1 gol dalam perlawanan semalam. Huhuhu.

TAHNIAH THAILAND!!!!

Apa-apa pun tahniah lah buat pemain Malaysia yang bertungkus lumus bermain. Tak pernah kenal erti putus asa. Dan kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak Malaysia, janganlah disebabkan kekalahan ini kita mengecam mereka semua. Bila menang dipuji melambung-lambung tapi bila tewas, kata-kata nista dan hinaan keluar dari mulut. Tak baik semuanya tu tau. Berilah mereka semangat walaupun mereka kalah. Mungkin bukan juara untuk musim ini. Manalah tahu satu hari nanti kita bakal bergelar juara pulak. Hehehe.

Yus tengok ke bola malam semalam????

Semestinya tidak. Yus bukanlah peminat tegar bola sepak Malaysia. Biasa-biasa aja. So, semalam tak tengok pun perlawanan akhir bola sepak di antara Malaysia dan Thailand. Tahu result pun dari kawan-kawan FB. Katanya, 1 gol yang dimenangi oleh Thailand disebabkan tampanan goal keeper Malaysia dan akhirnya masuk ke gawang Malaysia sendiri. Takper lah, nak buat lagu mana. Dah memang rezeki Thailand nak menang malam semalam. Kita pulak janganlah terus menyalahkan goal keeper tu. Dia dah buat yang terbaik. Mungkin tampanan yang dibuat tak cukup kuat kot. Tangannya terpeleot ke. Glove tu sendiri licin ke. So, fikir yang baik-baik jer lah.

Cuti????

Siapa yang tak suka diberi cuti khas kan. Tapi dah sememangnya Malaysia ni kaya dengan cuti. Takkanlah bola menang pun nak cuti lagi. Tapi, kalau dah gomen kata cuti, kita cutilah. Hahaha. Disebabkan tak jadi cuti ni, so yus kenelah masuk kerja. Ala, lagipun esok dan lusa cuti Merdeka dan Raya Haji. Cukuplah tu masa bersama mak ayah kat kampung. Malam ni pun yus akan bergerak balik kampung. Siap dah bawak barang-barang semua ke opis. Masalahnya sekarang, tiket bas yus pukul 10.30 malam. Haila...Melanguk sorang-soranglah yus kat TBS tu nanti. Nak balik rumah sewa dulu memanglah malas kan. So, nak tak nak tunggu jer la 4 jam tu. Ada yang nak teman tak agak-agak?? Hahaha...

Okay lah. Jam pun dah nak pukul 8.30 pagi. Molek lah masuk kerja dulu. Nanti sambung lagi. Pasal bola tu??? Janganlah disedihkan sangat. Biasalah adat perlawanan mesti ada yang menang dan juga kalah. Takkan dua-duanya nak menang. Dah tu siapa nak kalah????

Sekian saja dari yus, si gadis comel lagi ayu. Opppss!!!

Assalamualaikum.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA "PERAK MEDAL" 

bawak balik anak pokok ape?? Hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...