Awal bulan yang lalu yus dan rakan-rakan cuti-cuti Malaysia ke Kota Kinabalu, Sabah. Tarikh 04 Ogos sehingga 07 Ogos menjadi pilihan kami since kami beli tiket promo waktu tu. Tiket return dari KLIA ke KKIA hanya RM210. Okay tak tu? Kira okaylah kan. Hehehe. Yang join trip KK ni ada dalam 6 orang termasuklah yus, kak Dayah, kak Jai, kak Ain, adik kak Jai dan suaminya. Actually plan g KK ni yus tumpang dorang jer. Lama dah tak jalan-jalan naik kapal terbang. Bila yus dapat tahu kak Dayah nak ke KK, yus tumpang lah ngekor sekali. Hehehe. Alhamdulillah, perjalanan kami di sana dipermudahkan. Tak ada masalah besar pun yang melanda kami. Masalah sikit-sikit tu adalah. Cuaca disepanjang perjalanan pun boleh dikatakan agak baik. Antara tempat-tempat yang kami lawati tentu sekali Desa Dairy Farm Kundasang, War Memorial Park Kundasang, Sabah Tea, Hot Spring Poring, Rumah Terbalik, Pasar Malam Filipina, Masjid Besar Kota Kinabalu serta Island Hop Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamu...
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...