Skip to main content

Raya oh Raya

Raya Oh Raya....

Sekejap sangat masa berlalu. Dah nak habis dah bulan Syawal. Tinggal lagi beberapa hari jer lagi Zulkaedah bakal menjelma. Di kesempatan ini, tak terlewat rasenye jika aku nak berkongsi sedikit kemeriahan keluarga Pak Sarip menyambut lebaran.

Aku balik kampung pada 01.07.2016 selepas waktu bekerja. Bas pulak pukul 8.30 malam. Nak dijadikan cerita pulak biler kereta Maz yang aku tumpang breakdown di tengah highway yang sedang jammed. Mak aii...dugaan sungguh nak balik beraya ni. Mujur jugak ade individu-individu yang sudi membantu terutamanya pak cik pegawai peronda NPE dan anak-anak buahnye, seorang abang berbaju merah yang setia meneman kami menantikan ketibaan tow truck dan jugak jutaan terima kasih buat sahabat sebilikku, cik Noma yang sudi berpatah balik meredah kesesakkan jam NPE semata-mata nak menghantar aku terus ke Terminal Bersepadu Selatan malam tu. Actually, aku risau sangat tak sempat sampai TBS. Kak Naz dan Mazni pun dah rasa serba salah. Tapi mujur ade Noma. Kalau idak naik kereta peronda lah kawan. Hehehe..


Alhamdulillah, selamat juga sampai TBS pada pukul 8.00 malam. Mujur jugak sempat sampai walaupun aku dan Noma boleh pulak sesat masa nak otw ke TBS tu. Kalau idak aku memang beli tiket keesokkan petangnya pulak lah. Alahai....

Bila naik bas waktu malam ni macam biasalah tak ade benda lain yang akan dibuat melainkan tidur jer. Iyer lah, nak dipandangnya apa kiri dan kanan tu. Gelap jer. So, molek lah kalau tidur jer. Jom Tido!! ZZZZzzzzzzzzzz...............

Dalam pukul 2.30 pagi, aku selamat sampai depan kampung. Ayah dah sedia menunggu kat depan. Sebab aku awal-awal lagi masa sampai Rengit dah call ayah suruh standby depan kampung. Seriaulah aku pepagi buta menunggu ayah. Dah lah tak ade orang kan. Sesampai jer rumah, salam mak dan ayah then cakap dengan mak ada bende tak boleh dimakan. Lapaq giler ni. Disebabkan kegelabahan dan kerisauan aku nak ke TBS aku tak usik pun roti dan air yang dibeli Noma masa berbuka tu. Aku sempat jamah sikit jer. Mak kata ade Mee Rebus kat dapur tu. Pergilah makan. Panaskan dulu kuahnya. Perghh...sedap giler bak hang Mee Rebus Cik Ani ni. Kat kedai pun tak sesedap yang Cik Ani buat. Memang Thorbaekk lah...

Lepas makan tu aku tak terus tido, aku duk sembang-sembang dulu dengan mak dan ayah bercerita mengenai kehidupan aku di Subang. Adik-adik aku yang lain semuanya dah diulit mimpi nan indah. Sampailah ke pukul 4 pagi, aku cakap dengan mak aku nak tido. Mata dah mengantuk sangat ni. Mak kata pergilah tidur dengan atuk Bon kat depan nun. 

Esoknye nak tahu aku bangun pukul berapa???

Aku bangun pukul 12 tengah hari kaww. Ehh..before tu, subuh aku dah bangun dah. Kang keluar pulak arahan komando Pak Sarip kang nengok anak-anak die tak bangun Subuh lagi. Hehehe..Lepas subuh tu aku tido lah semula dalam bilik. Mak aku tak kisah sangat anak-anaknya lewat bangun. Iyer lah..dah lame anak-anaknya tak balik kampung kan. Tapi anak-anaknya janganlah pulak buat selalu peel tu. Kang membebel pulak Cik Ani tu nanti. Hehehe....

So, seperti biasalah...aku akan ditugaskan untuk mengelap lantai ruang depan, dapur dan juga beranda. Tapi biasalah Cik CT ni, die buat kerja last minute. Malam raya tu baru aku busy mengemop lantai. Hahaha...Iyer lah, pagi esoknya berkilat dan berseri-serilah lantai rumah Pak Sarip dan Mak Ani. Tak gitu komee...

Dipendekkan ceritanya lah yer..macam biasa pagi raya tu kitorang sekeluarga bangun pagi. Mandi..Kemas apa yang patut..Isi kuih yang bermacam jenis tu dalama balang. Then, bersiap-siap nak pergi beraya ke rumah atok Bon pulak. Memang rutin kami, pagi raya tu mesti pergi rumah atuk Bon dulu. Bermaaf-maafan, bersalam-salaman dengan pak cik mak cik lepas tu baru deme semua bergerak beraya ke rumah aku pulak. Biasanya pagi raya kat rumah atuk Bon tu, ayah buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah atuk Malek dan juga mereka yang telah meninggal dunia. Tahun ni tak berapa nak meriah sangat sebab tak ramai anak-anak atuk Bon balik pagi tu. Deme semua raya rumah mertua dulu. Huhuhu....

Sesampai je di rumah aku, macam biasalah..mak jamu apa yang ada. Time raya ni lah sebenarnya time yang paling menyeronokkan kalau bab makanan. Time ni lah korang akan jumpe ketupat, nasi impit, kuah kacang, ayam masak merah dan juga lemang. Memang seronoklah hari raya. Makan pun tak hengat duniya....Time kat rumah aku dah ramai dah pak cik mak cik aku datang. So, sessi fotografi bermulalah...Bukan main meriah lagi dengan suara-suara sedara mara aku. Gamat seketika rumah Pak Sarip.


 Nengoklah tu..bukan main payah nak suruh depa ni amik gambar...


Gambar family Pak Sarip dan Mak Ani...Yeah!! Tahun ni cukup semuanya...


 Adik beradik lelaki ayah dan sepupu lelaki aku..


Dapat jugak gambar semua family.......Ini baru lima keluarga adik beradik ayah yang ada. Ada lagi lima orang adik beradik ayah yang tak ada dalam gambar..


Ohh ya..before pergi beraya rumah atuk Bon, aku dan adik-adik wefie-wefie lah dulu dengan baju raya kami...Tahun ni Cik Ani memilih tema warna kuning keemasan (Gold)


Inilah Pak Sarip nya...Masih handsome kan orangnya. 


 Inilah Cik Ani. Tahun ni Cik Ani beraya dengan gaya shawl lilit-lilit. Jenuh nak suruh Cik Ani ni pkai shawl tau. Die kata payah nak lilit-lilit selendang ni. Baik dia pakai tudung sarung jer. Hahaha..


Anak-anak perempuan Pak Sarip...

Lame jugaklah pakcik makcik aku duk bertapa kat rumah aku tu. Sampai dah masuk waktu zuhur dah. Dalam pukul 3 lebih kurang macam tu, depa semua pakat nak balik semula ke rumah atuk Bon disebabkan aku dan keluarga akan bergerak pulak menuju ke Endau, beraya di kampung halaman Cik Ani pulak. Memang setiap tahun, kitorang tak pernah pagi raya di rumah nenek sebelah mak aku tu. Selalunya, kitorang akan balik petang raya. Tertanya-tanya jugak, Cik Ani memang tak kisah ke tak dapat berpagi raya bersama adik beradiknya. Ternyata jawapan yang diberi Cik Ani, memang dia tak kisah pun. Alahai..bagusnya mak aku ni kan. Hehehe...So, lepas kitorang semua kemas apa yang patut dulu dan solat Zuhur, then dalam pukul 4 tu kitorang on the way ke Kampung Semaloi, Endau pulak. Kali ni naik dua kereta sebab adik aku, Faz dan suaminya ada.

Bismillah...Perjalanan kami bermula..



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...