Skip to main content

JJCM: Bakso Monster & Polperro Steak House

" Yus..ko dah makan?"

Aku yang sedang dalam ke'mamaian' coz baru lepas bangun tido dengar x dengar jer ape pertanyaan si Noma tu.

Dipendekkan cerita lah yer...sebab banyak gak bende yang disembangkan dengan Noma bila aku bangun tido tu. Semuanye berkisar tentang experience Noma interview petang semalam.

"Hang nak makan mana Noma? Yus dah makan..kalau nak Yus temankan boleh jer." kataku pulak yang ketika itu sedang berura-ura nak masuk bilik air, nak mandi.

"Anjung pun okay. Dekat sikit." jawab Noma pulak.
"Cepat sikit Yus kalau nak mandi tu.." teriak pulak Noma padaku.

Last-last aku cancel mandi. Lepas makan baru mandi. Aku capai seluar lalu memakainya semula.

"Okay Noma. Yok..Siap da." ujarku kepada Noma sambil mengambil dompet, phone dan jugak kunci rumah.

"Yok.." ujar Noma pulak. Sejurus selepas itu kami berdua sudah berada di dalam kereta.

Sebelum tu aku ajaklah Noma p tengok kot-kot lah Anjung Warisan bukak malam tu. Teringin sangat rasanya tekak ni nak makan Char Kuew Teow kat situ. Tapi sayang seribu kali sayang, Anjung Warisan tak bukak. Apasal tak bukak haa? Aku jadi tension sebab tak dapat Char Kuew Teow.

EHHH..bukan aku kata aku tak nak makan ke? Just nak teman kan Noma..Kuikuikui...

Noma gelakkan aku jer. Hahaha...Kesian Yus...

"Noma ...makan mane ni?" tanya aku pulak selepas itu. Padahal dah set awal-awal nak p makan Anjung Merah.

Aku pendekkan lagi ceritanyer lah yer..

"Aku bawak ko p makan bakso nak? Malam semalam aku jalan-jalan Shah Alam dengan Denna ternampak restoran ni. Namanye Bakso Monster..." ujar Noma teruja.

"Wah...boleh gak tu. Yok lah Noma." aku pulak mengiyakan ajakan Noma itu.

Maka, kami berdua buat u-turn then menuju ke Shah Alam...Bukan main jauh lagi minah dua orang ni cari makanan kan...

"Mane kedai nye Noma..tak de pun." aku tanya pada Noma sebab tak nampak pun papan tanda restoran Bakso Monster kat area Pusat Komersial Seksyen 7 ni.

"Ehh..apasal aku pergi dengan Denna semalam tak crowded macam ni wei. Semalam tak ramai orang pun." ujar Noma pulak kehairanan dan pelik.

"Hang ni biar betui Noma. Yus rasa kat area tepi tasik tu kot." ujar aku pada Noma.

"Aku tak perasanlah pulak ade tasik ke idak semalam. Tapi aku perasan ade nampak restoran Hakim dan Khulafa' Bistro. Pastu ade Hotel De'Art.." ujar Noma pulak sambil pusing-pusing area Seksyen 7 tu.

Aku dah agak dah. Bukan kat Pusat Komersial ni..

"Noma..kite keluar dari sini dulu. Bukan kat sini." ujar aku kepada Noma then kami berdua menuju ke jalan yang sebetulnya.

"Ha...kat sini la Yus." ujar Noma tetibe bile terpandangkan restoran Hakim di depan mata.
"Lupe plak aku nak bagitau ko die dekat-dekat dengan Pak Li Kopitiam. Sampai sini aku tau dah mana kedai tu." ujar Noma terus menuju ke destinasi yang pasti.

"Yeahh..sampai.."
"Wah..Noma..besarnye restoran ni Noma."
"Eh..RM9.90 jer ke."

Ujar aku kelihatan sedikit teruja.


Bukan main besar lagi papan tanda restoran ni. Sesuai la dengan keluasan restoran ni....



"Sebelah tu Pelperro. Kite masuk sini dululah." kata Noma pulak.

Perghh..Minah ni lapar betul ni. Ada cita-cita nak masuk restoran sebelah.

"Mak aii Noma...awat tak ade orang ni Noma?" tanya aku kepada Noma seusai keluar jer dari kereta Persona Ungu Norma tu.

Noma wat dek je soalan aku tu. Mesti dalam hati Noma berkate, "Masuk jer la Yus. Aku dah lapar giler ni. Kang engkau plak yang aku makan". Hahaha...


Noma yang sedang kelaparan...

Perghh..memang besar giler Bakso Monster ni. Cantik plak dekorasi restoran ni. Rasa-rasenye baru bukak restoran ni. Lampunye plak mak aii romantik bangat sih. Sesuai bangat bagi pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta mahu dating sambil pekena bakso.

Aikk..dah kenapa tetibe ngomongnye Indonesia ni...??

Sebabnye..masuk-masuk jer menu sudah sampai ke kami. Tiba-tiba......

"Ya..mahu order apa?"

Ohhh..pekerjanya Indonesia ya...aku rase owner restoran ni memang pure from Indonesia kot. Sebab time Noma bayar memang pekat slang orang yang jage cashier tu. Dan mungkin juga lelaki kat tempat cashier tu owner Bakso Monster tu sendiri. Hehehe...

Panjang plak lah aku berdrama yek..

Noma just order Bakso Monster with glass noodle dan ayaq kosong ja.
Aku plak x order ape-ape sebab aku tak lapar lagi. Lagipun aku dah makan 3 ketul ayam goreng masa kat rumah. So, just berkongsi jer la dengan Noma. Bila sampai jer menu yang di pesan..Mak aii...memang sesuwai sangat dengan nama restoran ni. Baksonye seketul ja. Tapi bapaklah hai besar. Dikerat 6 baksonya tu. Mula-mula kitorang ingatkan bakso tu ade 6 bijik sebab mase nak order tu kitorang tanyalah ade bape ketol baksonye. Rasanya orang yang amik menu tu tak berapa nak paham atau pun kitorang yang tak berapa nak dengar ape yang die cakap. Hahaha..dah macam ayam ngan itik bercakap.

So, review Noma dan aku mengenai Fat Bakso with Glass Noodle:



- Portion yang cukup memuaskan. Besaq bak hang mangkuknye. Boleh makan untuk 2 ke 3 orang.
- Penuh dengan sayur-sayuran. Glass Noodle nye pun okay lah..So..So..
- Tapi sayangnya, sup nya agak masin. Aduhai..boleh kene darah tinggi kalau makan selalu.
- Dekorasi restoran yang cukup menarik. Sejuk je. Tenang dan tak ramai orang.

Overall, kitorang bagi just 3 bintang jer. Hehehe....





Restoran di kelilingi dan dihiasi pokok-pokok buluh dan daun keladi..Nampak tak tu...??

Bakso Monster Checked...

Pastu Noma ajak p plak Polperro Steak House. Alahh..sebelah je dengan Bakso Monster ni. Inilah rupenye Polperro yang dikatakan oleh Amy ri tu. Sorry Amy...Kami p dulu Polperro ni. Next time kite p same-same na....

Nampaknya, Fat Bakso With Glass Noodle tak dapat menggembirakan perut cik Noma kite ni. So, ape lagi..cari tempat...mintak menu...then cik Noma kite ni order Steak Combo. Perghh...Lapiaq bebeno ni...Aku pulak masih berkira-kira nak makan ke idak. Nengok menu nampak macam semuanya sedap-sedap belaka. Tapi rasenye tak tahu lah plak kan. So, waiter tu amik dulu order Noma.

Taddaaaa...


Perghh....Inilah Steak Combo....

Review Cik Noma mengenai makanan die ni yer...

- Hurmmm...daging yang agak kurang kelembutannya. Noma kate rasa macam makan plastik. Liat semacam. Tapi ade certain part daging tu dapatlah yang lembut. Aku cuit sikit daging tu gak semalam. Gigih aku nak mengunyah. Last-last aku buang masuk dalam tisu. Huhuhu...
- Yang memuaskan hati Noma hanyalah baked bean, mash potato tu, sayur tu dan juga sos black pepper tu. 
- Kalau amik set combo ni yang membezakannya dengan menu lain ialah set combo ni ade udang. Adalah dalam 4 ke 5 ekor udang dalam tu. Noma kate udangnya agak tidak fresh. Tapi okay lah....
- So, Noma just bagi 3 bintang je untuk Steak Combo ni.

Selang beberapa minit Noma menjamah Steak Combo nya itu, akhirnya aku tewas jugak bila mana aku order pulak Black Pepper Chicken Chop. Ceh...padahal kat rumah dah makan dah tiga ketul ayam goreng. Adusss....


Amekkaww...sekali datang bapaklah besar ayamnye. Ada dua slice yang besar-besar. Jenuh aku nak perabihkan. Aku bagi Noma satu slice.

So, review aku pulak ialah:

- Sayurnya okay lah. Enak ditekak.
- Kentangnya pun okay lah jugak.
- Chickennya sedap.
- Sos black pepper nye pun sedap.

Pendek kate memang sedap lah. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak perabihkan makanan ni. Sedihnya la hai. Kalau lah ayam ni boleh berkata-kata, mesti die dah bambunye aku. Dah tahu kenyang buat ape p order lagi. Tu lah...ikut sangat nafsu tu. Hahaha....

Itu ayam yang cakap ke atau aku yang cakap????

Tapi yang paling aku tak tahan tu bile Noma kate chicken chop ni ayamnye rasa macam makan goreng pisang. Kahkahkah...Tak boleh blah lah minah ni tau. Agak-agaknya tukang masak nye pakai tepung goreng pisang kot. Hahahahaa....

Overalll...Pelpero Steak House kitorang bagi 3.5 bintang jer..setengah bintang lebih dari Bakso Monster tu.

So, total dinner kitorang berdua malam tu ialah less than RM50.00. Okay lah...



Jam pun dah tunjuk pukul 11.30 malam. Molek lah kalau kitorang gerak balik Subang. Esoknya pulak nak keje kan. Perut pun dah kekenyangan. So, tidurnya mesti enak bangat. Ehh...aku tak mandi lagi. Before tido aku kene mandi dulu. Kang tak pasai-pasai aku mengigau. Mujur jugak pagi tu aku bangun. Kalau idak EL lah aterr...

Kesimpulannya, kedua-dua restoran ni okay lah. Harga pun affordable. Memang sesuai lah sangat sebab dalam kawasan ramai student universiti. Takkanlah nak letak harga mahal-mahal. Kang tak ade orang nak datang. Hikhikhik...

Tp bagi aku, Subang lagi best kot restoran dan cafe-cafe nye...Lagi banyak pilihan dan rasenye memang tip top dan best. Tapi dari segi harga memang area Shah Alam lah paling best.

Aku tak tahu waktu beroperasi dua-dua restoran ni. Kome datang jer lah. Tak pun Google la sendiri ya. Hahahaha....

Polperro Steak House Checked.

Comments

  1. hahaha...saje je tak bagitahu.. tapi dialog di atas tu hanya rekaan semata-mata ye. Hahaha.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...