Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Bila Hati Tidak Di Hati....

Bila hati tidak di hati... Bila hati tidak di hati?????? Macam mana pulak tu??? Bukan...Bila hati tu sudah tidak teruja dengan sesuatu... Tidak happy dengan apa yang dilakukan sekarang.... Rasa sentiasa down... Rasa sentiasa lemah... Tak bermaya...Lemah selemah-lemahnya... Nak buat apa pun serba tak kena... Lagaknye seperti...menoleh ke kiri tetibe rasa nak menoleh ke kanan... Bila menoleh ke kanan tetibe rasa nak menoleh ke kiri pulak.. Pendek kata, semua jadi tak tentu belaka lah... Bak kata orang yang dalam percintaan... Bila hati dah tak suka tu...yang cantik pun dikatakan tak cantik... Yang buruk lagi lah pulak...memanjang dikatakan buruknya.... Hurmm...nak buat apa ye kalau jadi begini...??? Buat tak tahu sajalah kan... Hahaha... Lumrah manusia..adakalanya memang akan berperasaan sebegitu.. Rasanya macam tak bersyukur pulak dengan nikmat yang diberikanNya... Tidak lah sampai begitu sekali... Manusia adakalanya perlukan perubahan... Perubahan dalam hi...

Kerna Buah Hati....

Usah lagi dikenang pada yang tak sudi... Usah lagi dipinta cinta yang takkan menjadi.. Biarlah dia memilih pasangan hidupnya sendiri... Biarlah dia yang menentukan masa depannya sendiri... Gembiranya hati ini melihatkan dirinya juga gembira... Girangnya hati ini melihatkan dirinya tidak lagi berduka... Cinta yang dicari-cari... Cinta yang ditunggu-tunggu.. Sudah kunjung tiba... Melenyapkan semua kisah-kisah duka... Menghilangkan luka-luka di hati... Kini, hanya sinar bahagia sahaja yang menerangi... Senyuman sentiasa tak lekang di bibir... Kerna sudah ada buah hati yang dicintai...

Manu Suka-Suka (Part 3)

 Bab 10 Setelah hampir lebih kurang 10 tahun Dian menetap di kota Melbourne, akhirnya Dian mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Kerinduan terhadap keluarga tercinta tidak dapat dibendung lagi. Masakan Malaysia yang tentu sekali tidak dijumpai di Kota Melbourne menambahkan lagi rasa ketidaksabaran Dian untuk kembali ke tanah airnya yang tercinta. Dalam tempoh sepuluh tahun itu jugaklah, Dian terputus hubungannya dengan Luqman. Janji yang dilafazkannya kepada Luqman untuk sentiasa bertanya khabar berita tidak dikotakan. Berpuluh-puluh email dihantar oleh Luqman namun satu pun tidak dibalas oleh Dian. Malahan kenduri kahwin Luqman dan Rina juga Dian tidak hadir. Hanya ibu dan ayahnya sahaja yang menjadi pengganti buat dirinya. Ternyata Luqman cukup terluka dengan perbuatan Dian itu. Khabar sedih dari ibunya mengatakan yang Luqman sedih Dian menyepikan dirinya begitu sahaja. Persahabatan yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya hancur berkecai dalam sek...

Tiada Halangan

La ni kecoh pulak nama peminjam PTPTN akan disenarai hitamkan oleh Imigresen kalau tak buat pembayaran balik pinjaman. Aku antara salah seorang peminjam PTPTN tu. Tapi aku bayar tau every month. Tapi tak tahu lah kalau nama aku dah ada dalam senarai blacklist ke idak. Tak p pulak check kat PTPTN atau pun Bank Negara Malaysia (nak check CCRIS). Huhuhu... Selain dari kaunter PTPTN dan BNM, kita boleh jugak check status kita melalui laman web Jabatan Imigresen Malaysia. Klik Sini   Imigresen dengan PTPTN kan ader link. Kalau peminjam liat bebenor nak bayar balik pinjaman, PTPTN inform lah Imigresen senarai hitamkan nama peminjam tu. Kalau dah disenarai hitamkan, jawabnya mike-mike semua tak boleh lah keluar dari Malaysia ni tau selagi mike-mike tak jelaskan bayaran PTPTN yang tertunggak tu. Tadi rase nak p check status diri ini sat...So, check punyer check nama masih lagi bersih dekat Imigresen. Tapi tak tahu lah boleh percaya ke idak laman web ni. Buatnye depa tak upd...