Wednesday, 14 January 2015

Cuaca sangat baik....

Alhamdulillah..cuaca sangat baik pada hari ini...sangat cerah...sejak dua tiga hari ni lah, jarang sangat hujan dah...cantik je cuaca dan awan tu...terang benderang...

Sebelum ni kalau waktu petang tu, dah start dah langit kelihatan gelap dan mendung. Tanda hari akan hujan. Kadang-kadang diselangi dengan bunyi guruh dan kilat. Terperanjat aku dibuatnya dengan bunyi guruh yang kuat tu. Hampir tak senang duduk dibuatnya. Mana taknya meja kerja aku ni betul-betul mengadap ke luar. So, memang nampaklah kilauan cahaya kilat tu. Berdebar jantung ni tau.....

Mungkin bulan Januari dah start musim panas. Tak ada dah musim tengkujuh lagi. Apa-apa pun sangat bersyukur kerana masih lagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ciptaan Allah ini...

2 comments:

  1. Semoga cuaca ok sampai ke hujung tahun.

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..mudah-mudahan...Boleh la kite cuti-cuti Malaysia nanti yek...

    ReplyDelete

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...