Skip to main content

K-Pop Oh K-Pop...

Super Junior, Shinee, TVXQ, Big Bang, EXO...mesti pernah dengarkan nama-nama boyband dr Korea ni. Membariskan ahli-ahli yang sememangnya jambu-jambu belaka....Semua gadis-gadis di luar sana pasti mengangankan mereka mempunyai teman lelaki persis ahli-ahli K-pop ini..Muzik K-pop juga semakin lama semakin banyak dimainkan di corong-corong radio negara kita..

Aku juga salah seorang peminat yang meminati muzik K-Pop..Muziknya yang segar dan berbentuk cache selalu juga bermain di halwa telinga ku..Namun, aku bukanlah peminat yang terlampau fanatik dan obses dengan boy band dari negara Korea Selatan ni. Dengar pun sekadar suka-suka...

Dan dalam beberapa minggu ini, negara kita dikejutkan dengan video viral anak-anak gadis Melayu kita dipeluk dan dicium oleh salah satu group dari Korea ni yang tak silap aku nama group ni adalah B1A4. Aku pun tak berapa nak kenal dengan group ni sebenarnya. Mungkin tak sepopular boy-band Korea yang lain kot. Owwhh..berbalik semula kepada video viral yang sekarang tersebar luar di laman sosial...Masuk berita jugak tau...

Nak salahkan siapa sebenarnya?? Siapa yang patut dipertanggungjawabkan atas masalah ini..
Sama ada penganjurnya kah..??Boyband Korea itu sendiri kah...???Atau pun anak-anak gadis Melayu kita yang pergi ke fan meeting itu?? Ya..siapa yang patut dipersalahkan.

Okay..cuba kita fikir semula..fan meeting artis-artis luar negara yang datang ke negara kita ini bukanlah sesuatu perkara yang baru. Selalu je diadakan fan meeting di Malaysia. Silapnya mungkin peminat-peminat yang terlibat semasa B1A4 fan meeting itu adalah anak-anak Melayu yang rata-rata semuanya beragama Islam..Sebab kalau aku perhatikan fan meeting before ni pun rata-rata peminat yang buat aktiviti bersama artis-artis kesayangan mereka terdiri dari golongan non-Muslim. Yang Muslim tu maybe ada lah tapi sekadar minta autograph atau berselfie je lah kot. Dan aku perasan kalau artis-artis Korea yang datang ke Malaysia buat fan meeting mesti ada aktiviti atau game yang dijalankan untuk merapatkan lagi relationship antara peminat dan idolanya. Tapi itu lah..yang menjadi pesertanya anak-anak gadis kita ni ha...

Nak salahkan penganjur??Tak boleh lah nk salahkan penganjur seratus peratus atas perkara yang dah berlaku tu..Dorang pun mesti pernah anjurkan fan meeting before ni. Dan tak di sangka pulak masalah ni timbul sekarang. Aku yakin mesti dorang juga dah inform awal-awal rule and regulatios, do and don't semasa fan meeting itu nanati. Malaysia kan negara Islam dan majoritinya semua beragama Islam..So kene lah jaga sensitiviti agama...Tapi ye lah...tak suspek plakkan bende ni nak jadi...

Nak salahkan group B1A4 tu ke?? Mungkin dorang pun tak tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh buat...mesti bagi dorang benda yang dorang buat tu adelah sesuatu perkara yang normal..dorang nk jaga hati peminat dorang..And aku ade tengok video tu memang dorang and Chinese MC tu sendiri kata boleh ke buat aksi ni.."Can i hug you"...Tapi, apa yang aku tengok..budak-budak ni yang ampun...terkam terus kat mereka..sampai Chinese MC tu renggangkan jarak antara mereka tau. Rasa-rasanya Chinese MC tu pun tak sangka and terperanjat budak-budak Melayu ni buat macam tu..Malu dikk oiii...

So, jujur aku katakan aku salahkan budak-budak ni..Boleh je mereka kata tak nak...tapi apa yang aku tengok bukan main lagi terkinja-kinja dapat bertemu dan bersama artis pujaan mereka tu..di tariknya orang tu kedalam pelukan tanpa segan silu..mana perginya tatasusila dan adab sopan kita sebagai orang Melayu dan juga beragma Islam..Mengucap panjang aku tengok vidoe tu semalam tau..Rasa sedih bila melihatkan anak-anak Melayu macam tu. Mungkin dorang masih muda, darah tengah panas..terlampau teruja dan gembira dapat berjumpa dengan artis pujaan mereka..Namun, adik-adik ku jagalah adab kita dik sebagai seorang wanita Muslim. Nak berhibur tu tak salah tapi bataskan sedikit..Nanti orang diluar sana ingat wanita-wanita Melayu ni mudah, easy..senang di ambil kesempatan...Aku rasa budak-budak tu mesti malu...silap-silap tak mahu keluar rumah, pergi sekolah..ye lah..sekarang budak-budak tu tengah glamor..netizen-netizen tunggu masa je nak dedahkan gambar dorang tu..Netizen pun satu hal...suka sangatlah nak mengaibkan orang...

Tapi aku sure orang yang paling sedih dan malu adalah mak ayah budak-budak ni. tak dapat aku bayangkan perasaan dorang kat kampung. hancur lulu hati dorang melihatkan anak-anak menjadi bahan mulut orang..Fikirlah perasaan dorang adik-adik ku..kalau akaklah buat perangai macam ni..alamatnya hari yang sama ayah akak datang bawa parang nak tetak akak...:)

So, sama-samala kita beringat..sentiasa jaga perlakuan kita. jaga tatasusila dan adab sopan kita...lebih-lebih kita ni bertudung..bertudung bukan sekadar tutup rambut kita je tapi mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang menyimpang dari agama Islam dan menjaga maruah dan harga diri kita sebagai seorang Muslimah...

Moga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di masa-masa akan datang. Jadikanlah ia sebagai satu pengajaran.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...