Alhamdulillah...satu lagi gunung di Malaysia berjaya diterokai. Tanggal 07 Feb 2015, aku, kak Dayah dan kak Haiza berjaya juga akhirnya sampai ke puncak gunung Angsi yang terletak di area Negeri Sembilan...
Kita story sikit pasal Gunung Angsi ni dulu...
Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh yang mane gunung ni terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang
melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang
Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung
berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk (Next hike), Gunung Berembun, Gunung Datuk (Already naik dah) dan Gunung Tampin.
Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam, dan pokok mersawa.
Serba ringkas info mengenai Gunung Angsi yang aku copy paste from Wikipedia..Hehehe...
Kami bertiga bertolak dari Subang pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke Gunung Angsi mengambil masa selama lebih kurang dua jam dari Subang melalui lebuh raya LEKAS..Mana taknya kitorang singgat sat kat R&R Seremban tu sarapan pagi... Kitorang keluar kat exit Senawang dan menggunakan alplikasi Waze untuk sampai ke Hutan Lipur Ulu Bendol. First time kan...Akhirnya sampai juga kitorang kat Ulu Bendol dalam pukul 10.00 pagi.
Sampai-sampai je kami terus ke pejabat hutan berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Kata pegawai tu, En Rashidi kitorang ni dah lewat sangat. So, dia tak syorkan kitorang hiking guna trek satu yang mana trek satu tu kita akan cross beberapa sungai dan akan melalui laluan sempit di area Bukit Botak nanti. Kecewa jugaklah sebab kalau boleh kitorang memang nak rasa lalu dua-dua trek tu. Tapi apakan daya kenalah dengar cakap orang yang lebih berpengalaman kan..Janganlah nak buat degil pulak. Nanti tak pasal-pasal glamour kitorang satu Malaysia....hehehe...lagipun tak ade orang lelaki dalam group aku tu..so, takpelah nampak gayanye macam kene pergi hike lagilah Gunung Angsi ni. Kalau pergi lagi kitorang nak lalu trek satu tu. Nak rase more adventure..hehehe...
So, lepas En. Rashidi bagi kitorang briefing serba sedikit tentang trek dua...oh ya..Lupe pulak, trek satu tu kita akan lalu kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul and trek dua yang kitorang naik ni melalui Bukit Putus.
So, lepas je bayar entrance fee RM5 seorang dan En. Rashidi briefing ringkas kat kitorang, kitorang kene drive ke area Bukit Putus dulu. Starting point untuk trek yang kedua. Tak jauh mana pun kalau naik kereta, lebih kurang dalam 5 minit je. And bagi hikers yang rancang nak rase kedua-dua trek bolehlah letak kereta sebiji kat area Bukit Putus tu. So, nanti korang start mendaki kat trek Ulu Bendol and turun kat trek Bukit Putus. Tak adalah nak kene jalan kaki semula ke Ulu Bendol nak amik kereta pulakkan....huhuhu...Tapi kalau nak lagi thrill boleh lah buat kot..Hahaha..
Dalam lebih kurang pukul 11 pagi kami start mendaki...
Gambar di atas ni gambar starting point mendaki kat area Bukit Putus..Maaflah gambar tak berapa nak clear la plak..hehehe...Stiff tau tangga tu..mengah jugak nak naik...Langkah kene jaga nanti tak pasal-pasal tergolek dok pulak...
Gambar-gambar kat bawah ni adalah antara laluan untuk trek Bukit Putus. Treknya sangat mudah..mudah tak mudah jugaklah..ada setengah tempat
tu rata je...bolehlah kalau nak berlari...dan ada juga laluan yang
sempit..bawah tu gaung so kene hati-hati. silap langkah boleh
tergelincir nanti...Apa yang penting ikut je trek yang telah disediakan.
Jangan nak memandai-mandai tukar laluan plak. Kang tak pasal-pasal perkara lain yang
jadi pulak..hohoho..
Tengok je la akar-akar yang berselirat yang membentuk tangga tu. Sentiasalah berhati-hati kalau taknak tersadung....
Ni laluan yang agak rata..Boleh lah berlari kat sini kalau nak..kalau nak bentang sleeping bag nak tido sat pun boleh.. tapi kalau boleh janganlah buat. Marah pulak hikers yang lain nanti.. Jangan risau ada check point lain yang kawasan die lagi luas. Nak berkhemah pun boleh lah...
Mengah nak naik ni tau...semput jugaklah...
Cantikkan...Ermm...nak cerita sikit, before kita sampai ke puncak kita akan melalui 8 buah check point...Aku tak sempat plak nak ambil gambar bagi setiap check point....sebab kitorang agak rushing nak sampai ke puncak benonye..hehehe...naik pun dah lewat kan....hohoho.
So, marilah kita tengok gambar-gambar yang sempat kitorang ambil...
Tiba-tiba ada waterfall kecil kat gunung ni...Air die punyelah sejuk..Air gunung kan...best sangat...
Akhirnya sampai jugak ke puncak..tempat pertama ambil gambar adalah tempat ni..landmark ni..aku pun tak tahu apa signifikannya tanda ni..hahaha..
Yes..akhirnya berjaya menawan puncak Gunung Angsi..Inilah buktinya...
Alhamdulillah..setelah lepak-lepak lebih kurang dalam sejam kat atas puncak tu so, dalam pukul 2 petang kitorang bergerak turun. En. Rashidi pesan kitorang tak boleh lama-lama kat atas tu memandangkan group kami bertiga je yang x turun lagi..risau kami sampai bawah lewat kot..dalam lebih kurang pukul 3.30 petang kami selamat sampai ke starting point Bukit Putus.
Pengalaman mendaki yang cukup best. Walaupun pemandangannya tak secantik Gunung Datok dan perjalanannya tak seadventure Bukit Tabur, namun setelah hampir setahun tak mendaki berjaya jugak menawan puncak Gunung Angsi...Alhamdulilllah..dipermudahkan perjalanan kami. So, next gunung adalah????..yes..Gunung Nuang plak..bile tu??? Mungking tahun yang akan datang..hahahaha....
terbaik hakak baju jdt... luaskan kuasamu johor...
ReplyDelete