Before that nak wish Happy Chinese New Year to kaum Cina in Malaysia.
May the New Year brings
flourishing prosperity, good fortune and great success in all your future
endeavours. (Chewah..speaking omputih)
Waktu sekarang berada di pejabat. Bos tak masuk lagi. Masih lagi bercuti. Menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak tersayang. Lagipun jarang sangat bos aku ni apply cuti. So, biarkan saja dia menikmati cutinya itu.
Sunyi tu memang lah terasa sunyi. Itu pasal aku tinggalkan seketika kerja dan mengupdate blog ni. Rasenye lame dah aku tak update blog. Last entry pasal hiking ke Gunung Angsi tempoh hari. Actually, banyak sebenarnya aktiviti menarik yang aku dan rakan-rakan serumah lakukan dalam bulan dua ni. Antaranya, kitorang same-same buat farewell party untuk Watif. Ya, Watif dah pun berpindah dari teratak Tentoobee. Dah bersuamikan, makanya disisi suami lah tempat yang seafdhalnya. Seronok sangat masa farewell party Watif ri tu. Kitorang buat kat Tryst Cafe, SS15. Asyik gelak je kerjanya dan sudah semestinya Watif menjadi mangsa buli kitorang. Next entry aku akan story lg detail.
Lagi, kitorang mencuba pelbagai jenis makanan. Western pulak tu. Ya, seminggu sokmo kitorang layan tekak dengan makanan barat. Itu akan juga didetailkan dalam coming soon entry. Apa-apa pun saat bersama rakan-rakan memang best dan menyeronokkan. Hilang sekejap stress bekerja.
Kesimpulannya, nikmatilah zaman muda dan bujang kita dengan sebaik-baiknya. Bila dah berkahwin nanti susah dah nak buat aktiviti bersama kawan-kawan. Masa pun dah terhad. Kalu dulu boleh lepak 2-3 jam, tapi bile dah berkahwin tak boleh dah. Hati suami juga perlu dijaga. Lagi-lagi kalau dah ada anak tu. Hehehe....Lagi satu, berbaktilah kita kepada kedua orang tua kita. Masa bujang ni lah kita boleh balik kampung bila masa kita suka. Kalau dah berkahwin, kita dah ada dua kampung dah. Dah kene buat undian pulak nak balik kampung sape dulu. So, nikmatilah zaman bujang ni dengan sepuas-puasnya. Jenguklah mak ayah kat kampung tu. Tanyalah khabar mereka selagi mereka masih ada ni. Bila mereka dah tak ada nanti mesti kita akan rindu walaupun masa tu kita dah ada kampung suami kita. Lain benar rasanya. Tak sama seperti yang dulu kan...
Isshh..apalah yang aku melalut ni. hehehe......
No comments:
Post a Comment