Skip to main content

BAB 5



Malam itu Nur membawa Raudhah dan Rin makan diluar, di Restoran Seri Melayu. Seronok benar Rin apabila mendengar mereka akan makan di luar. Iya lah, bukan selalu kami berdua membawa Rin keluar. 

Kesian Rin…Rin nampak comel dengan gaun pink pemberian Nur ketika majlis harijadi nya yang lepas.

Kami makan dengan begitu berselera sekali tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling. Rin juga asyik menikmati aiskrim yang dipesan tadi.

“Nur, kenapa ni?? Kak long tengok Nur macam bad mood je. Ada pape masalah ke kat opis?” Tanya kak long memecahkan suasana.

Ini yang membuatkan Nur begitu sayangkan kakaknya. Kakaknya memang cukup prihatin. Bijak membaca air mukanya jika dia ditimpah sebarang masalah.

“Tak de pape la kak….stress dengan kerja sikit.” Kata Nur jujur kepada Raudhah sambil tersenyum manis. Raudhah memandang adiknya itu dengan pandangan penuh tanda tanya. Dia tau Nur mempunyai masalah. Mungkin masalah di opis ataupun masalah peribadi.

“Takpe lah..balik rumah nanti aku akan bertanyakan hal ini pada Nur.” Bisik hati kecil Raudhah. Mereka pun meneruskan makan malam mereka dengan begitu berselera.

Sesampai sahaja di rumah, Nur terus naik ke biliknya di tingkat atas untuk mandi dan solat isyak. Raudhah dan Rin memandang pelik akan perilaku Nur itu. Yang pastinya Raudhah akan menemui adiknya dan bertanyakan masalah Nur.

Seusai mandi dan solat, Nur duduk di atas katil sambil menyandarkan badannya ke kepala katil. Tangannya mencapai novel yang baru dibelinya tadi. Novel terbaru karya Ramlee Awang Mursyid bertajuk Fiksyen 302. Memang Nur amat meminati hasil karya penulis thriller no.1 di Malaysia ini. Novel-novelnya cukup meninggalkan kesan kepada setiap pembacanya. Semua perasaan akan dialami oleh si pembaca. Dari perasaan takut, seram, ngeri dan juga indah. Penulis bijak bermain dengan emosi.

Pembacaan Nur tidak khusyuk..kejadian petang tadi di Restoran Rasa Sayang betul-betul membuatkan Nur bengang dan marah. Dah la datang lambat, tak pandai nak minta maaf. Pulak tu, buat keputusan sesuka hati dia.

“Mentang-mentang lah dia anak bos syarikat tu. Sesuka hati aje nak mangarah orang kan.” Bebel Nur geram sambil menumbuk Jammy, teady bear besar pemberian Rossa, sahabat baiknya di universiti dulu.

Kejadian petang tadi terimbau kembali….

“Saya tak nak design macam ni. Awak suruh designer awak tukar semuanya…gile old fashion design macam ni. Da tak relevan nak guna zaman sekarang. Saya tak nak nanti tak der sape nak beli rumah tu. Muflislah company saya nanti.” Kata Akmal tidak henti-henti membuatkan kepala Nur berhangin dan sudah mengepal penumbuknya.

“Tapi Encik Akmal, pihak kami dah tunjukkan design dan plan ni pada Dato Hisyam. Dan dia sendiri berpuas hati dengan design yang kami buat ni.” Kata Nur tidak mahu beralah.

Memang benar designer Bersatu Holding telah berjumpa sendiri dengan Dato Hisyam mengenai design dan juga plan untuk projek perumahan itu. Malah ahli lembaga pengarah Megah Bersatu Holding dan juga Bersatu Holdings menyetujuinya.

“Saya tak peduli semua tu. Sekarang saya pengarah projek. Saya berhak meminda semua yang saya rasakan tak mendatangkan benefit pada company.” Tegas Akmal tidak juga mahu mengalah.

“Saya nak awak siapkan design dan plan yang baru dalam seminggu. Selepas seminggu awak datang ke opis saya, and then kita discuss proses yang seterusnya.” Kata Akmal bersedia untuk keluar dari restoran itu.

“Okey..ingat tu Cik Nur Randhiana Razali. One weeks from now..” kata Akmal lagi sambil berlalu pergi.

Tinggallah Nur keseorangan disitu memikirkan bala yang datang. Dalam masa seminggu nak pinda semua design dan plan??? Gile ape?? Nak wat design yang sekarang ni pun dah ambil masa sebulan nak disiapkan. Ish..betullah mamat ni sewel plus gila..sesuka hati company bapak die aje nak main ubah…

Eh..eh..memang lah company bapak dia kan.
Peningnya…lalu Nur terus meninggalkan perkarangan restoran menuju ke rumahnya.



“Nur, boleh kak long masuk??” Tanya Raudhah setelah mengetuk pintu bilik Nur. Dia risau melihatkan keadaan adik kesayangannya itu.

“Masuklah kak long..” pelawa Nur dengan senyuman.
Raudhah mengambil tempat disebelah adiknya itu. Bilik adiknya nampak kemas dan teratur. Adiknya memang seorang yang rajin dan pandai menghias. Walaupun adakalanya tingkahlaku Nur agak kasar tapi Raudhah tau hati adiknya cukup lembut dan cepat senditif.

Suasana bilik adiknya cukup tenang dan damai dengan alunan ayat-ayat Al-Quran ditambah pula dengan wall paper dinding yang menggambarkan suasana pantai menambahkan lagi ketenangan apabila berada di bilik ini.
Dilihat adiknya khusyuk membaca novel kegemaranya tapi Raudhah tahu fikiran Nur jauh melayang entah ke mana.

“Nur ada sebarang masalah ke?” Tanya Raudaha memulakan soalan. Nur menoleh kearah kak longnya dan melemparkan senyuman tawar.

“Takde pape la kak..Nur Okey je..Cuma agak stress dengan kerja kat opis dan projek yang terbaru ni.” Jelas Nur pada Raudhah.

“Kalau ada masalahnya ceritalah pada kak long. Kak long sedia mendengarnya. Kita kan adik beradik. Lihat Nur macam ni kak long rasa sedih tau.” Pujuk Raudhah lagi.
Kasihan pula dia melihat raut wajah kakaknya itu. Bukan Nur tak mahu bercerita tapi Nur tau kakaknya sendiri punya masalah di pejabat. Dia tak mahu membebanka kakaknya.

“Ceritalah pada kak long…please!! Kalau tak nak cite kat kak long, kak long xnak dah cakap ngan Nur.” Kata Raudhah lagi dengan gaya merajuk.

Tergelak dia melihat kakaknya itu. Macam budak-budak. Tak padan dengan ibu beranak satu. Kak long dari kecil memang pandai membuat lawak. Dia lah pengubat hati kami semua di rumah. Tapi semenjak kejadian itu kakaknya berubah murung dan pendiam. Dan aku, marahku pada lelaki bernama Razlan masih utuh dalam hati ini.

“Nur runsing kak kalau tak dapat siapkan design dan plan baru untuk projek perumahan kat Seri Pulai Height tu. Pengarah projek Megah Bersatu Holdings nak panda semua design dan plan tu. Padahal plan tu da disapprove by ahli lembaga pengarah kedua-dua company. Pulak tu dia bagi masa seminggu nak disiapkan. Takut lah kak tak sempat. Nur rasa pun memang tak sempat lah kak. Macam mane ni kak?” Tanya Nur kepada Raudhah sambil menggenggam rambutnya. Serabut benar nampaknya Nur ketika itu.

Kasihan Raudhah melihat adiknya itu. Betullah mamat tu sewel ada ke dipinda semua design dan plan tu padahal proses pembinaan dah suku dijalankan.

“Macam ni Nur. Apa kata kalau Nur sendiri pergi jumpa terus dengan Dato Hisyam. Ceritakan hal sebenarnya. Bukanlah nak mengadu tapi design dan plan tu kan hasil idea dua company. Mana boleh pengarah projek sesuka hati nak buat pindaan.” Cadang Raudhah kepada adiknya itu.

“Betul jugak ye kata kak long tu. Baik aku terus pergi je jumpa Dato. Lantak lah..aku nak ngadu jugak pada dato tentang anaknya yang kepala batu tu. Biar padan muka dia. Aku yakin aku akan menang kes ini. Hahahaha…..” jerit Nur kegembiraan di dalam hati.

“Muah..” satu ciuman dipipi Nur berikan kepada kakaknya. Terperanjat Raudhah dibuatnya.

“setel da masalah awak tu?? Kan senang??” kata Raudhah pada Nur sambil tersenyum.

“Hehehe..thanks kak long. Kak long betul-betul bagi idea yang cukup bernas. Siaplah mamat sewel tu…” kataku sambil tersenyum jahat memikirkan nasib mamat sewel tu nanti.

“Lagi satu ni, nape Nur tak argue je idea mamat sewel tu masa jumpa dia tadi?? Kan Nur pun pengarah projek ni juga?? “ Tanya Raudhah tidak puas hati.

“Bukan adik kak long ni pantang ke kalau ada orang cari pasal ngan dia…??aikk…lain macam je kak long tengok adik kak long ni…” kata raudhah sambil tersengih.

“Ish..mane ade la kak long…Cuma tadi malas nak berbahas dengan maamt sewel tu. Dah la penat tunggu dia sampai. Dia pun nak cepat.lagipun dia yang concuer perbincangan tadi.” Kata Nur mempertahankan diri.

“Hehehe…dah la tu..jangan difikirkan sangat halt u. insyaAllah setel tu nanti. Sekarang Nur pergi tidur. Kak long nak pergi tengok Rin tu da tido ke belum budak tu.” Ujar Raudhah sambil mencium lembut dahi Nur.
Nur masih lagi di atas katil memikirkan kata-kata kakaknya tadi.

“Betul jugak ea..kenapa aku x bantah aje idea mamat sewel tu tadi. Kan aku juga pengarah projek tu.” Kata Nur di dalam hatinya.

“Tapi sekejap….aku macam pernah nampak lah mamat ni..tapi kat mane ye……” fikir Nur pula.

Ya…memang dirasakan yang dia pernah terserempak dengan mamat ni. Tutur kata mamat sewel yang pedas pernah menyapa halwa telingannya tidak lama dahulu. Tapi dia lupa dimana dia pernah bertemu lelaki itu.
Malas hendak memikirkan soal itu, Nur terus merebahkan dirinya ke katil lalu menutup suis lampu kerna hari esok ada tugas yang perlu dilaksanakan. Hahahahaha….padan muka mamat sewel tu.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...