“Ape yang awak buat ni?? Awak ingat saya bagi awak gaji tiap-tiap bulan tu hanya nak tengok hasil kerja awak yang mcm ni…worst!!!really-really worst….” Tengkingan seorang lelaki memecah suasana harmoni pagi Isnin di Megah Bersatu Holding.
Kelihatan dari luar bilik CEO, seorang wanita berpakaian yang seperti tidak cukup kain sedang tersedu-sedan menangis sambil mengelap air matanya dengan tisu.
“Saya minta maaf Encik Akmal. Saya janji lain kali saya x buat lagi.” kata staf wanita itu yang bernama Jenny kepada majikannya.
Air mata kelihatan meleleh dari pipinya. Lelaki itu dengan wajahnya yang dingin sedingin ais dikutub utara hanya memandang sinis pekerja wanita itu.
“Kalau beginilah prestasi kerja awak, baik awak berhenti ajer. Saya bukan xtau Jenny, awak tu selalu mengular. Selalu ponteng kerja. Pergi saloon, manicure la, pedicure la…saya diamkan ajer. Awak ingat ni company bapak awak yang awak boleh buat sesuka hati awak. Lagi satu mak ayah awak memang da xder duit ke nak belikan awak kain yang cukup. Company ni ade etika berpakaian yang telah ditetapkan. Selama ini saya diamkan…awak naik kepala ye Jenny. Mulai dari sekarang saya x mau tengok muka awak lagi di syarikat ini. Ur fired!!!...jerit lelaki itu kepada Jenny.
Terkulat-kulat wanita itu bile ditengking sebegitu rupa oleh majikannya yang garang bak singa yang sentiasa lapar….macam x penah makan setahun.
Keluarlah Jenny bersama jujuran air mata dari pejabat itu.
Akmal Akif, nama yang cukup indah. Mempunyai wajah yang tampan, bentuk tubuh menarik yang sentiasa menjadi tarikan bagi wanita-wanita gedik di luar sana. Tapi nama dan wajahnya tidak setanding dengan sikapnya yang cukup garang dan panas baran. Beku, sejuk, dingin..itu la sifat yang boleh digambarkan bagi seorang lelaki yang bernama Akmal Akif ini.
Pertuturannya memang cukup berbisa…semua staf di Megah Bersatu Holding memang cukup lali dan masak dengan perangai anak bos besar mereka itu. Garang dan tegas..adakala garangnya tidak mengenal tempat. Kalau datangnya mood yang x berapa baik, habis satu opis bagai dilanda puting beliung dan tsunami.
Jenny atau nama yang tertera di kad pengenalannya Zanifah Rasyid merupakan setiausaha Akmal Akif yang ke 25….yang ke 25???
Yer!! yang ke-25…kenapa? X percaya?....
banyak gile staf-staf perempuan yang sudah ditendang keluar dari menjadi setiusaha lelaki garang itu. Ada sahaja yang x kene di mata lelaki itu…
Tapi, Jenny adalah satu-satunya setiausaha yang berkhidmat di syarikat itu yang bertahan paling lama iaitu selama lebih kurang 6 bulan. Kalau sebelum ini, belum sampai 2 minggu setiusaha Akmal dah cabut. Tak tahan dengan kerenah bos yang garang dan kerek.
Apa yang membuatkan Jenny tahan lebih 6 bulan di syarikat itu adalah samata-mata untuk mengambil hati akmal akif. Ingin menjadi pendamping kepada waris tunggal lelaki syarikat Megah Bersatu Holding.
Disebabkan ingin menambat hati jejaka berhati batu itulah, jenny sanggup melanggar etika berpakaian bagi seorang setiusaha. Dengan berpakaian ketat sehinggga menampakkan susuk tubuh badan diharapkan dapat menundukkan jejaka itu. Mungkin bagi lelaki di luar sana ya, tetapi tidak bagi Akmal Akif, dia bukanlah seorang lelaki yang mata keranjang. Cintanya hanyalah untuk Dayyana Mansur seorang. Tiada dua dan tiganya. Dayyana akan sentiasa kekal di hati. Tapi disebabkan Dayyana jugalah, Akmal nekad menjadi seorang lelaki yang dingin dan beku.
“Tok..Tok…” terdengar ketukan di muka pintu pejabat Ceo Megah Bersatu Holding.
“Masuk..” laung Akmal dari dalam sambil meneruskan pembacaannya…
”Ah..engkau Luqman…aku ingat kan saper tadi….” Kata Akmal kepada teman baiknya merangkap penasihat kehormatnya apabila berada di saat genting menjawab soalan-soalan cepumas Datin Sakinah.
Luqman Nur Hakim, teman sepermainan Akmal dari kecil sehinggalah dewasa. Segala aktiviti mereka lakukan bersama-sama. Jungle trekking, memancing, melancong semua mereka lakukan bersama-sama. Mereka diibaratkan sebagai belangkas. Berdua kemana-mana sahaja.
Ketika Akmal berada di dalam kesedihan di saat pemergian Dayyana, Luqman la orang yang sentiasa bersama dengannya memberikan kata-kata perangsang kepada sahabatnya itu. Cuma, perangai dan sikap Akmal sahaja yang tidak dapat Luqman hilangkan. Jauh di sudut hati Luqman, akan muncullah seorang gadis yang bisa membuatkan sahabatnya kembali mengenal ertinya kemanisan dalam bercinta.
“ Ko ni kenapa Mal…sampai la ni..da 24 kali ko berganti setiausaha tau..kau tau x…yg ni termasuk Jenny dah 25 kali..ape yang x kene lagi ni. Lagi satu apa pasai ko g fired si Jenny tu….kire okey la tu die tahan selama 6 bulan…ko nak ….” Belum sempat Luqman menghabiskan ceramahnya, Akmal cepat-cepat meningkah…
“Oopp..oppp…..ko kalau da bercakap memang tau…macam bertih jagung…” tungkas Akmal mematikan percakapan Luqkman.
“Dah tu apa pasal ko fired budak tu? Meleleh air mata minah tu tadi…habis makeup 3 inci die tu runtuh..dah macam hantu tepung komak aku nengok minah tu..hahaha….” lawak Luqman pulak sambil ketawa berdekah-dekah.
“Amboi ko…bukan main suka lagi ek ko sebelahkan budak tu..kalau da suka, pergilah pujuk die. Jadi setiusaha kau pulak. Takpun jadi bini ko.” Tempelak Akmal pada Luqman membuatkan lelaki itu tersedak.
“Apa?? nak di jadikan bini?? spesies sotong kurita tu?? kalau nak dijadikan kekasih separuh masa mungkin ya..tapi kalau nak dijadikan isteri sepenuh masa minta maaflah….tak nak la aku..eeee…” kata Luqman sambil meliuk-lintukkan badannya seperti orang menahan geli.
“Kau jangan, x suka-x suka…tetiba dia tu yang jadi bini kau….baru kau tau…alah, Jenny tu okey aper..boleh dilentur…rebung lagi tu…” kata Akmal cuba menggiat Luqman…
”Rebung ko kata…itu da jadi buluh tau..bukan takat buluh..da boleh jadi lemang tau…hahaha” gelak Luqman.
“Kau ni…da la…yok, keluar lunch..aku lapar ni…ari ni ko belanja..semalam aku da belanja ko kan” kata Akmal sambil menarik tangan Luqman keluar dari pejabat.
“eh..eh…kau ni..relaks ea..boleh keluar makan lagi….semua schedule ko cmner nanti…kau kan da xder setiusaha..tau dek uncle mati ko kene bebel…” bebel Luqman lagi pada Akmal…
” La, apa susah..ko kan ader..ko boleh jadi setiausaha aku.” Sakat Akmal sambil mengenyitkan sebelah matanya.
“Wei..wei..xnak aku. Aku banyak lagi keje ko tau” bantah Luqman. Kedudukannya sebagai salah seorang pengarah projek membuatkan dirinya sentiasa sibuk memanjang sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri.
“ Dah tu…tak paham2 lagi..” jeling Akmal.
Tau da luqman kalau jelingan itu yang dilemparkan oleh Akmal memang bantuan Luqman diperlukan. Dia la petugas yang akan ditugaskan untuk mencari setiausaha baru kepada bapak singa tu.
“Aduhai…aku lagi yang kene..harap2 pasni lama la sikitlah tahannya..susah2 aku cari setiausaha lelaki la…hahaha” bebel luqman terus di dalam hatinya.
“Woi…ape lagi tercegat tu…cepat la..terhegeh2 tau..aku lapar ni” laung Akmal yang sudah jauh dihadapannya.
“Yer la..kejap.” balas Luqman..memang x sabo2 la mamat ni tau…
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete