Wednesday, 21 December 2011

Akhirnya.......

Akhirnya..............................

Aku punye portfolio untuk 1CiTiZEN dah siap....walaupun aku tengok sample-sample portfolio yang lain memang cangih-canggih dan mantop-mantop tapi aku bersyukur coz aku berjaya juga menyiapkan portfolio aku yang x seberapa tu.....

Nak tau aku buat aper??????????
Aku buat slide show jer...gune powerpoint je yang ader kat dlm laptop tu....buat sesimple yang boleh...nak buat yang 'DABOOM' memang x la kan.....maner der mase aku nk menggodek photoshop, paint tu sume.....sistem aku tu pun masih terkandas lagi.........so,kire pkai powerpoint ni cukup baik la weh.......

Ape tajuk portfolio aku tu???? tajuknya "USE OF MOBILE PHONE"......

Perisian dalam tu mcm biasa la...semua orang pun tahu kan....aku buat ape etika ketika menggunakan mobile phone kite tu......kat maner kite x boleh nak gune phone kite tu...sbgai contoh jangan bwk hanphone kite tu p nengok WAYANG....buatnya tetiba phone kite berbunyi mau mengamuk org dlm cinema tu...dah la tgh scene sedey...terus x jadi sedey....jadi MARAH......

Lagi satu...jangn guna hanphone mase lecture tgh ngajo kat depan......termasuklah aku sekali..time study dulu, aku pun ader gak text ngan kengkawan....ngan kengkawan sebelah pun aku text..takut kantoi ngan lecturer kitorang berbual...hahaha.........dah aku bosan duk dlm claz tu...mcm masuk telinga kanan kuar telinga kiri....lebih-lebih lagi bile time subjek PDE...serius aku ngantuk weh..so,nak hilangkan ngantuk, aku main la game dlm handphone tu atau pun text kengkawan....HAHAHA....

Kengkawan jangan ikut tabiat buruk aku ni....Nanti x fokus ape yang lecturer ajar kat depan...Tapi kalau sesekali nak buat tak aper....HIHIHI.......

Ikutkan banyak jugak tempat kite x boleh guna handphone dengan sesuka hati mak kite...lebih-lebih lagi janganlah korang text or answer ur call bile korang tengah driving...memang saja cari nahas lah korang....ini akan menyebabkan ACCIDENT!!!!!!...........

Apa kengkawan???

ACCIDENT!!!!!!

Kalau korang je yang terlibat dalam kemalangan tu xper la jugak...Ini kalau dah melibatkan orang lain 4 sure ini akan jadi satu problem yang sangat BESAR....so, jangan sesekali gune handphone masa korang tengah DRIVE....

INGAT TU.....................

Disini aku selitkan jugak satu video untuk tatapan dan renungan kita bersama...................

Apa yang korang rase bile nengok video ni....???SERIOUS rase seriau kan....???
Ini la padahnya bile kite menyalahgunakan teknologi yang ada......tak pasal-pasa kite kehilangan orang yang tersayang...bukan takat kite je kehilangan orang yang tersayang...orang lain pun hilang orang yang dorang sayang disebabkan kecuaian kite........

So, renung-renungkan la yer..................dan Selamat Beramal....:)

Ini semua aku dapat daripada program 1CiTiZEN yang aku pergi next week.....SV aku la yang suruh pergi. Walaupun pada mulanya berat hati aku nak bangun pagi dan malas nak mandi di kala orang lain tengah syok diulit mimpi aku terpaksa gagahkan jua kaki ku ini ke bilik air...bersihkan diri.......

Bile aku sampai program tu aku mule rase bosan...tapi lama-lama aku jadi suka......banyak bende yang aku tahu pasal teknologi....khasnya pasal cara kite mengaplikasikan penggunaan internet tu sendiri.......bijak ke tak kite handle teknologi ni.......

Kirenya aku puas hati dapat pergi program ni....TERIMA KASIH pada DR FATIMAH SIDI coz bagi saya peluang join program ni......SIJIL dapat ILMU pun dapat....

Banyak benonye aku nk story pasal program 1CiTiZEN ni....maybe dalam entry akan datang aku story banyak lagi pasal ni........HEHEHE.....

aku nak sambung buat sistem pulak....kesian sistem aku tu xder orang layan die.....

Daaaa......................

Friday, 16 December 2011

Bile hati dan perasaan kacau bilau....

latihan industri tinggal tak kurang dari sebulan je..pasni tamat lah sudah aku berkhidmat untuk pejabat kolej 15 upm. Dan tamatlah pengajian aku dlm bacelor matematik pengkomputera.

tapi saat nak tunggu aku tamat ni, pelbagai cabara,dugaan,perasaan terpaksa aku hadapi. mujurlah jugak laporang aku dah disiapkan. so, lega la sikit rasa hati ni.

tapi, tetiba plak aku dapat lagi satu tugasan baru. wat sistem status untuk pelajar kolej 15 upm ni. aduhai....sempat ker ni. blank da otak aku ni. nak mintak tolong saper ni. kawan2, HELP ME. aku risau tak sempat nak siapkan.

mujurlah jugak sistem yang aku buat ni hampi same dengan sistem yang fatyn buat. skang aku tgh tunggu email source code sistem tu dr fatyn. dapat je nnti, aku terus explore. aku dah x boleh lengah2 lagi ni. takut x sempat jer ni.

tension giler aku ri ni tau. plak tu ketensenan bertambah ketahap x boleh nk blah..balik bilik tetiba aircond dlm bilik x berfungsi. aduhai..sabar2..betul2 menguji kesabaran aku lah...aku rase mcm nak hempuk je suis aircond tu. berhangin btollah..time cmni, time aku tgh panaslah die na rosak..sabo je la.mujurlah jugak bilik aku tu sejuk malam2...sabar..semua tu dugaan untuk aku.

lagi satu hal....aku tak beli lagi tiket balik batu pahat minggu depan. aduhai....matilah aku berebut ngan budak2 upm nak balik study week ni. alahai..lemah betol lah...belum campur budak-budak ukm lagi. mintak-mintak tiket balik ader la lagi. jap lagi aku naik bus, naik train p bts. kalau ader rezeki aku, ader lah tiket balik tu...

KALAU TAK.............................................................:(

Wednesday, 7 December 2011

Alahai Omak!!!!

Alahai Omak Ko......

sedang aku bermalas-malasan di opis, aku terima satu panggilan yang tidak dikenali...nak tau saper???
supervisor aku da...cik zati...tanya bile aku nak email report LI kat die...alamak...bukan die nak 15/12 ke??
aku pun wat relaks la..rupe2nye die nak 1st week of this month...aduhai....

da siap da pun report aku tu..tinggal nak antar je...tapi aku rase mcm kureng la report aku tu..aku pun xtau nape...nmpk mcm sikit sangat....kalau nak diikutkan format, report x lebih dari 20 muka surat. so, okey la report aku sekarang ni....lebih lagi tau....

biar la cik zati sendiri tengok report aku tu...cek grammar aku yang tunggang langgang tu.....haii....member2 aku lain cmne la gamaknya ye...da siap ke idok report dorang tu....

alahai omak ko......

BAB 5



Malam itu Nur membawa Raudhah dan Rin makan diluar, di Restoran Seri Melayu. Seronok benar Rin apabila mendengar mereka akan makan di luar. Iya lah, bukan selalu kami berdua membawa Rin keluar. 

Kesian Rin…Rin nampak comel dengan gaun pink pemberian Nur ketika majlis harijadi nya yang lepas.

Kami makan dengan begitu berselera sekali tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling. Rin juga asyik menikmati aiskrim yang dipesan tadi.

“Nur, kenapa ni?? Kak long tengok Nur macam bad mood je. Ada pape masalah ke kat opis?” Tanya kak long memecahkan suasana.

Ini yang membuatkan Nur begitu sayangkan kakaknya. Kakaknya memang cukup prihatin. Bijak membaca air mukanya jika dia ditimpah sebarang masalah.

“Tak de pape la kak….stress dengan kerja sikit.” Kata Nur jujur kepada Raudhah sambil tersenyum manis. Raudhah memandang adiknya itu dengan pandangan penuh tanda tanya. Dia tau Nur mempunyai masalah. Mungkin masalah di opis ataupun masalah peribadi.

“Takpe lah..balik rumah nanti aku akan bertanyakan hal ini pada Nur.” Bisik hati kecil Raudhah. Mereka pun meneruskan makan malam mereka dengan begitu berselera.

Sesampai sahaja di rumah, Nur terus naik ke biliknya di tingkat atas untuk mandi dan solat isyak. Raudhah dan Rin memandang pelik akan perilaku Nur itu. Yang pastinya Raudhah akan menemui adiknya dan bertanyakan masalah Nur.

Seusai mandi dan solat, Nur duduk di atas katil sambil menyandarkan badannya ke kepala katil. Tangannya mencapai novel yang baru dibelinya tadi. Novel terbaru karya Ramlee Awang Mursyid bertajuk Fiksyen 302. Memang Nur amat meminati hasil karya penulis thriller no.1 di Malaysia ini. Novel-novelnya cukup meninggalkan kesan kepada setiap pembacanya. Semua perasaan akan dialami oleh si pembaca. Dari perasaan takut, seram, ngeri dan juga indah. Penulis bijak bermain dengan emosi.

Pembacaan Nur tidak khusyuk..kejadian petang tadi di Restoran Rasa Sayang betul-betul membuatkan Nur bengang dan marah. Dah la datang lambat, tak pandai nak minta maaf. Pulak tu, buat keputusan sesuka hati dia.

“Mentang-mentang lah dia anak bos syarikat tu. Sesuka hati aje nak mangarah orang kan.” Bebel Nur geram sambil menumbuk Jammy, teady bear besar pemberian Rossa, sahabat baiknya di universiti dulu.

Kejadian petang tadi terimbau kembali….

“Saya tak nak design macam ni. Awak suruh designer awak tukar semuanya…gile old fashion design macam ni. Da tak relevan nak guna zaman sekarang. Saya tak nak nanti tak der sape nak beli rumah tu. Muflislah company saya nanti.” Kata Akmal tidak henti-henti membuatkan kepala Nur berhangin dan sudah mengepal penumbuknya.

“Tapi Encik Akmal, pihak kami dah tunjukkan design dan plan ni pada Dato Hisyam. Dan dia sendiri berpuas hati dengan design yang kami buat ni.” Kata Nur tidak mahu beralah.

Memang benar designer Bersatu Holding telah berjumpa sendiri dengan Dato Hisyam mengenai design dan juga plan untuk projek perumahan itu. Malah ahli lembaga pengarah Megah Bersatu Holding dan juga Bersatu Holdings menyetujuinya.

“Saya tak peduli semua tu. Sekarang saya pengarah projek. Saya berhak meminda semua yang saya rasakan tak mendatangkan benefit pada company.” Tegas Akmal tidak juga mahu mengalah.

“Saya nak awak siapkan design dan plan yang baru dalam seminggu. Selepas seminggu awak datang ke opis saya, and then kita discuss proses yang seterusnya.” Kata Akmal bersedia untuk keluar dari restoran itu.

“Okey..ingat tu Cik Nur Randhiana Razali. One weeks from now..” kata Akmal lagi sambil berlalu pergi.

Tinggallah Nur keseorangan disitu memikirkan bala yang datang. Dalam masa seminggu nak pinda semua design dan plan??? Gile ape?? Nak wat design yang sekarang ni pun dah ambil masa sebulan nak disiapkan. Ish..betullah mamat ni sewel plus gila..sesuka hati company bapak die aje nak main ubah…

Eh..eh..memang lah company bapak dia kan.
Peningnya…lalu Nur terus meninggalkan perkarangan restoran menuju ke rumahnya.



“Nur, boleh kak long masuk??” Tanya Raudhah setelah mengetuk pintu bilik Nur. Dia risau melihatkan keadaan adik kesayangannya itu.

“Masuklah kak long..” pelawa Nur dengan senyuman.
Raudhah mengambil tempat disebelah adiknya itu. Bilik adiknya nampak kemas dan teratur. Adiknya memang seorang yang rajin dan pandai menghias. Walaupun adakalanya tingkahlaku Nur agak kasar tapi Raudhah tau hati adiknya cukup lembut dan cepat senditif.

Suasana bilik adiknya cukup tenang dan damai dengan alunan ayat-ayat Al-Quran ditambah pula dengan wall paper dinding yang menggambarkan suasana pantai menambahkan lagi ketenangan apabila berada di bilik ini.
Dilihat adiknya khusyuk membaca novel kegemaranya tapi Raudhah tahu fikiran Nur jauh melayang entah ke mana.

“Nur ada sebarang masalah ke?” Tanya Raudaha memulakan soalan. Nur menoleh kearah kak longnya dan melemparkan senyuman tawar.

“Takde pape la kak..Nur Okey je..Cuma agak stress dengan kerja kat opis dan projek yang terbaru ni.” Jelas Nur pada Raudhah.

“Kalau ada masalahnya ceritalah pada kak long. Kak long sedia mendengarnya. Kita kan adik beradik. Lihat Nur macam ni kak long rasa sedih tau.” Pujuk Raudhah lagi.
Kasihan pula dia melihat raut wajah kakaknya itu. Bukan Nur tak mahu bercerita tapi Nur tau kakaknya sendiri punya masalah di pejabat. Dia tak mahu membebanka kakaknya.

“Ceritalah pada kak long…please!! Kalau tak nak cite kat kak long, kak long xnak dah cakap ngan Nur.” Kata Raudhah lagi dengan gaya merajuk.

Tergelak dia melihat kakaknya itu. Macam budak-budak. Tak padan dengan ibu beranak satu. Kak long dari kecil memang pandai membuat lawak. Dia lah pengubat hati kami semua di rumah. Tapi semenjak kejadian itu kakaknya berubah murung dan pendiam. Dan aku, marahku pada lelaki bernama Razlan masih utuh dalam hati ini.

“Nur runsing kak kalau tak dapat siapkan design dan plan baru untuk projek perumahan kat Seri Pulai Height tu. Pengarah projek Megah Bersatu Holdings nak panda semua design dan plan tu. Padahal plan tu da disapprove by ahli lembaga pengarah kedua-dua company. Pulak tu dia bagi masa seminggu nak disiapkan. Takut lah kak tak sempat. Nur rasa pun memang tak sempat lah kak. Macam mane ni kak?” Tanya Nur kepada Raudhah sambil menggenggam rambutnya. Serabut benar nampaknya Nur ketika itu.

Kasihan Raudhah melihat adiknya itu. Betullah mamat tu sewel ada ke dipinda semua design dan plan tu padahal proses pembinaan dah suku dijalankan.

“Macam ni Nur. Apa kata kalau Nur sendiri pergi jumpa terus dengan Dato Hisyam. Ceritakan hal sebenarnya. Bukanlah nak mengadu tapi design dan plan tu kan hasil idea dua company. Mana boleh pengarah projek sesuka hati nak buat pindaan.” Cadang Raudhah kepada adiknya itu.

“Betul jugak ye kata kak long tu. Baik aku terus pergi je jumpa Dato. Lantak lah..aku nak ngadu jugak pada dato tentang anaknya yang kepala batu tu. Biar padan muka dia. Aku yakin aku akan menang kes ini. Hahahaha…..” jerit Nur kegembiraan di dalam hati.

“Muah..” satu ciuman dipipi Nur berikan kepada kakaknya. Terperanjat Raudhah dibuatnya.

“setel da masalah awak tu?? Kan senang??” kata Raudhah pada Nur sambil tersenyum.

“Hehehe..thanks kak long. Kak long betul-betul bagi idea yang cukup bernas. Siaplah mamat sewel tu…” kataku sambil tersenyum jahat memikirkan nasib mamat sewel tu nanti.

“Lagi satu ni, nape Nur tak argue je idea mamat sewel tu masa jumpa dia tadi?? Kan Nur pun pengarah projek ni juga?? “ Tanya Raudhah tidak puas hati.

“Bukan adik kak long ni pantang ke kalau ada orang cari pasal ngan dia…??aikk…lain macam je kak long tengok adik kak long ni…” kata raudhah sambil tersengih.

“Ish..mane ade la kak long…Cuma tadi malas nak berbahas dengan maamt sewel tu. Dah la penat tunggu dia sampai. Dia pun nak cepat.lagipun dia yang concuer perbincangan tadi.” Kata Nur mempertahankan diri.

“Hehehe…dah la tu..jangan difikirkan sangat halt u. insyaAllah setel tu nanti. Sekarang Nur pergi tidur. Kak long nak pergi tengok Rin tu da tido ke belum budak tu.” Ujar Raudhah sambil mencium lembut dahi Nur.
Nur masih lagi di atas katil memikirkan kata-kata kakaknya tadi.

“Betul jugak ea..kenapa aku x bantah aje idea mamat sewel tu tadi. Kan aku juga pengarah projek tu.” Kata Nur di dalam hatinya.

“Tapi sekejap….aku macam pernah nampak lah mamat ni..tapi kat mane ye……” fikir Nur pula.

Ya…memang dirasakan yang dia pernah terserempak dengan mamat ni. Tutur kata mamat sewel yang pedas pernah menyapa halwa telingannya tidak lama dahulu. Tapi dia lupa dimana dia pernah bertemu lelaki itu.
Malas hendak memikirkan soal itu, Nur terus merebahkan dirinya ke katil lalu menutup suis lampu kerna hari esok ada tugas yang perlu dilaksanakan. Hahahahaha….padan muka mamat sewel tu.



BAB 4


“Aduhai…leceh betullah…aku banyak giler keje ni…boleh pulak suruh aku pergi jumpe wakil Bersatu Holdings tu..ganggu kerje aku ajer la.” Bebel Akmal sendirian di dalam biliknya sambil tanganya ligat menyelak-nyelak helaian kertas projek usahasama syarikatnya dengan Bersatu Holdings.

Teringat kembali perbualan antara dirinya dan juga Dato Hisyam semalam…

“yes pa…papa cari Akif??” Tanya Akmal setelah mendapat keizinan dari papanya untuk masuk kedalam bilik tuan punya syarikat Megah Bersatu Holdings.

“Ya kif..duduk!!” ujar Dato Hisyam mempersilakan Akmal duduk.

Memang kebiasaanya kaum keluarganya akan memanggil dirinya dengan panggilan Akif sahaja di rumah. Termasuklah luqman. Cuma Luqman akan memanggil dirinya dengan panggilan Akmal jika berada di pejabat.

“Papa nak kamu pergi jumpa wakil dari Bersatu Holdings esok petang. Gantikan papa.” Arah Dato Hisyam kepada anaknya itu.

“Nah, ni fail projek tu. Papa nak kamu handle projek ni. Jumpa wakil mereka, discuss sebut harga barang-barang untuk pembinaan tu nanti.” Ujar Dato Hisyam serius.

“Tapi pa, Akif ada lagi projek yang nak kena handle ni. Masih lagi perlu pemantauan Akif pa…” kata Akif sekaligus membantah arahan papanya itu.

Memang betul. Akif perlu handle lagi 2 buah projek pembinaan rumah kos rendah di Setapak. Nasib baik lah projek itu sudah sampai ke fasa yang terakhir. Dan tugas itu boleh diambil alih oleh penolong projek, Encik Hamdan.

“No excuse..papa tau kamu boleh handle. So, handle projek ni.” Tegas Dato Hisyam lagi.
Memang Dato Hisyam yakin akan kemampuan anaknya itu menguruskan projek-projek besar. Sebab itulah dia beriya-iya memberikan projek ini kepada Akmal.

Akmal memang seorang ketua dan juga pekerja yang bagus. Walaupun dahulunya, Akmal bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tapi demi permintaan papanya yang menginginkannya mengepalai Megah Bersatu Holdings, Akmal sanggup melupakan cita-citanya itu.

“Baik pa…Kalau itu kehendak papa, Akif akan laksanakan tugasan ni dengan sebaik mungkin. Akif takkan mengecewakan papa.” Janji Akif pada papanya.



“Argh….jangan stress Mal..Ko mesti boleh!!” ujar Akmal perlahan memberikan semangat pada dirinya sendiri.

“Alahai..ko ni da kenapa Mal?? Tengah practice drama ke??” Tanya Luqman tiba-tiba.

“Drama hotak ko..” sembur Akmal pada Luqman.
Kan da kene sembur.

“Yang ko ni tetiba masuk bilik aku ni apahal?? Dah tak tau nak ketuk pintu tu dulu ke?” kata Akmal menyindir.

“Banyak la ko aku x ketuk pintu tu. Aku dah ketuk banyak kali tau. Naik kematu tangan aku ni. Kau tu je yang khusyuk sangat wat drama.” Balas Luqman pula menyindir sahabatnya itu.

“Eh..ye ke!! ko da ketuk ea?? Hehehe…” ujar Akmal sambil tersengih kerana sedar akan kesilapan dirinya.

“Sorry la…aku x sengaja la..aku tengah stress ni..” kata Akmal lagi.

“Kau stress ape lagi??” Tanya Luqman pula. Kasihan pula dia melihat wajah kusut Akmal.

“Papa suruh aku handle projek yang usahasama dengan Bersatu Holdings tu.” Kata Akmal ambil mengeluh.

“  Okey la tu…apa masalahnya pulak??” kata Luqman pula.

“Masalahnya, aku banyak lagi projek nak kene siapkan ni. Aku takut aku x boleh nak handle projek ni.” Kata Akmal berterus-terang.

“Alah, aku yakinlah kau boleh handle this projek. Aku yakin papa kau mesti yakin kau boleh buat kalau x masakan dia boleh kasi ko projek yang bernilai jutaan ringgit tu. Papa kau percayakan kau. Lagipun, x lama lagi kan kau yang akan ambil alih syarikat ni. So, dari sekarang kau kene biasakan diri.” Kata Luqman penuh semangat memberikan kata-kata perangsang kepada Akmal.

Akmal hanya tersenyum nipis. Benar juga kata-kata Luqman tu. Dia beruntung mempunyai sahabat seperti Luqman. Yang sentisasa memberikan kata-kata semangat kepada dirinya.

“Tapi kau mesti tolong aku jugak tau.” Kata Akmal tiba-tiba.

“For sure la my friend.” Ujar Luqman pula sambil memaut bahu Akmal.

“Thanks bro..” Ujar Akmal.

“Thanks ajer…belanja aku makan.” Kata Luqman tersengih.

“Yer la..yok, aku belanja kau makan.” Kata Akmal.

Mereka berdua keluar dari pejabat dengan perasaan gembira. Dan kini Akmal tidak perlu risau dan dia yakin akan dirinya sekarang.



Tepat jam 2 petang, Nur sudah tercongok didepan restoran Seri Melayu untuk perjumpaan bersama wakil dari Megah Bersatu Holdings. Perjumpaan sebenarnya pada pukul 2.30 petang tapi Nur seorang yang suka datang awal bila berurusan dengan klien. Prinsipnya hanya satu, dia tidak suka ditunggu. Prestasi dia dihadapan klien menunjukkan juga karisma syarikat Bersatu Holdings.

Tapi, jam sudah menginjak ke angka 4 petang. Batang hidung wakil dari Megah Bersatu tak muncul-muncul lagi. Nur mula berhangin.

“Aik, mana lah plak mamat ni…jenuh dah aku menunggu ni?” bebel Nur sendirian.

“Tadi beriya-iya suruh datang awal, jangan lewat. Ni dia pulak yang lewat. Aku balik jugak ni nanti. Dah lah sombong nak mampus bercakap dalam telefon tadi.” Bebel Nur lagi menahan geram.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Nur mula panas hati. Dia berkira-kira hendak blah aje dari situ. Jumpa lain kali saja.

Sedang dia berkira-kira hendak pulang, ada suara mencelah.

“Dah nak balik ke?” tegur suara itu.

Seorang lelaki yang pada pandangan setiap wanita cukup bergaya dan segak. Bisa mencairkan hati wanita-wanita yang ada di Malaysia ni. Dengan kemeja berwarna biru lembut, rambut tersusun rapi jelas menampakkan kekacakannya. Tiba-tiba, Nur dapat rasakan debaran di dalam dadanya.

“Dah habis awak renung saya? Saya tau lah saya ni handsome. Janganlah pulak awak pandang saya sampai boleh tembus ke belakang” kata lelaki itu lepas sambil tersenyum sinis.

“Amboi mamat ni…bukan main mulut die ye..betul-betul tak der insurans. Sekali aku lempang terus tak bercakap sebulan.” Bebelku menahan hati yang panas.

“Encik Akmal Akif ye??” Tanyaku dengan senyuman manis di bibir meminta kepastian lelaki itu.

“Ye la..siapa lagi. Takkan lah orang lain kot datang nak mengurat awak.” Sindir lelaki itu.
Mak aii…memang mulut tak der insurans.

“Okey..straight to the point la ye cik Nur Randhiana Razali…Lagipun saya nak cepat ni..Ada hal sikit.” kata lelaki itu sambil mengambil tempat di depan Nur.

“Ish..ish…betullah mamat ni langsung tak der adab…bukan tau nak minta maaf sebab datang lambat. Dah tau ada hal lain datanglah awal. Takpun cancel kan je meeting ni. Sabar je la Nur dengan kerenah mamat putus fius ni…baik kau habiskan meeting cepat dengan lelaki ni. “ kata suara hati Nur.

Nur sememangnya hendak pulang awal. Dia telah berjanji pada kak long dan Rin untuk membawa mereka keluar makan malam diluar. Jadi, dia perlu lekas-lekas berbincang dengan mamat poyo didepannya ini dengan segera.

BAB 3

“Mama…papa Rin mana?? Rin nak jumpa papa. Kawan-kawan kat sekolah semua papa dorang jemput balik sekolah. Rin je x..kalau x mama yang jemput, auntie yang jemput” petah kanak-kanak itu berkata sehingga membuatkan Nur dan Raudhah terkedu seketika.

Nur memandang Raudhah. Dilihatnya ada genangan air mata di tubir mata kak longnya itu. Terus dipeluknya anak kesayangannya itu.

“Rin, papa Rin ader….” Kata kak long sambil mengelap air matanya.

“Kalau papa ade, maner die ma..?” Tanya Rin lagi.

“Papa ader..die ada dalam hati Rin..sentiasa ada dalam hati rin…” kata Kak long lagi menunjukkan jarinya ke arah dadanya anaknya.

“Memang la papa sentiasa ada dalam hati Rin..tapi Rin nak tengok papa..Rin nak peluk papa, ma…”  petah Rin  berkata-kata lagi.
Kini tangisan kak long x dapat dibendung lagi. Terus dia berlari menuju ke tingkat atas meninggalkan Nur dan Rin.

“Auntie, Rin ada buat salah ke?? Rin minta maaf…Rin dah buat mama menangis” kata anak kecil itu dengan nada sayu.

“Tak Rin…Rin x salah…mama x sihat tu…dah, Rin jangan sedih-sedih lagi tau..auntie naik atas dulu ye..nak nengok mama. Rin tengok tv elok2..” kata Nur memujuk anak kecil itu.

Belum sempat Nur berdiri meninggalkan sofa, Rin menarik tangannya.
“Auntie, cakap dengan mama Rin mintak maaf ye….Rin dah buat mama menagis.” Jujur Rin menuturkan kata-katanya itu. Hati Nur menjadi begitu sebak.
Arina Syaqila memang seorang anak yang pintar dan bijak. Petah berkata-kata. Tapi apakah salah anak itu kerna tidak dilahirkan tanpa bapa. Sentiasa menagih kasih seorang bapa. Yang sentiasa menyayanginya.

4 tahun sebelumnya…

“Pang…..” satu tamparan hebat melekap di muka Raudhah.

“Sampai hati Raudhah malukan ayah dan ibu. Tak cukup lagi ke kasih sayang yang dah kami berikan kepada kamu. Tergamak kamu menconteng arang ke muka kami berdua. Ayah betul-betul kecewa dengan kamu Raudhah.” Kata ayah sebak menahan kemarahan dan juga kesedihan. Ibu pula mengesat air mata yang tidak henti-henti putus mengalir sejak mendengar berita tersebut pagi tadi.

“Anak siapa tu Raudhah?? Baik kamu cakap Raudhah sebelum aku cincang kamu hidup-hidup.” Tengking ayah sambil siap sedia untuk menghayun tali pinggang ke badan kak long.

“Dah la tu ayahnya…jangan disiksa lagi budak tu. Raudhah tu da cukup tersiksa. Ini semua dugaan. “ pujuk ibu sambil memeluk kaki ayah menahan dari terus memukul kak long.

Nur di sebalik pintu hanya melihat sahaja kejadian itu. Dia begitu marah kepada lelaki itu yang meninggalkan kak long menanggung derita seorang diri. Dasar lelaki dayus.

Ayah dan ibu begitu tertekan mendengar perkhabaran itu. Heboh satu kampung perihal kak long mengandungkan anak luar nikah. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, hanya Nur dan kak long saja yang tahu.
Disebabkan kejadian itu lah, ayah dan ibu meninggalkan alam fana ini kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mungkin ayah begitu tertekan dengan apa yang berlaku dan hilang fokus semasa pemanduan. Dari saat itu, Nur tekad membenci semua lelaki..baginya lelaki adalah perosak…yang meninggalkan kakak kesayangannya seorang diri menanggung malu. Yang menyebabkan ayah dan ibunya pergi dulu.


“kak long….” Tegur Nur setelah mengetuk pintu bilik kakaknya itu. Kak long hanya menoleh sekilas lalu melemparkan pandangan jauh ke luar jendela.

“Kak long….janganlah macam ni. Sedey Nur tengok kak long macam ni tau. Rin pun sedih kalau lihat mama die macam ni.” Demi mendengarkan nama Rin, air mata kak long jatuh mencurah-curah lagi.

“Kak long sedey Nur…kak long kesian dengan Rin. Kak long x dapat berikan dia kasih sayang seorang ayah. Kak long rasa bersalah sangat kat Rin” kata kak long sambil meletakkan kepalanya di bahu Nur. Nur tahu perasaan kakaknya itu. Setelah lebih kurang 5 tahun hidup keseorangan tanpa seorang lelaki, kak long memang seorang yang cukup tabah mengharungi dugaan hidup sebagai seorang ibu tunggal.

“Nur, kak long nak mintak tolong Nur boleh?? Kak long harap Nur boleh tunaikan impian kak long ni” kata kak long penuh pengharapan.

“Kak long nak minta tolong apa? InsyaAllah, Nur sedaya upaya akan tolong kak long. “ kataku berjanji sambil menggenggam era tangannya.
Kalau untuk kakakku yang seorang ni lautan api sanggup aku renangi untuk menunaikan permintaanya.

“Kak long nak minta Nur carikan abang Faizal.” Kata kak long sambil memandang tepat ke dalam anak mata Nur.

Terkedu Nur seketika mendengarkan permintaan kak long. Tak disangka kak long menyuruh Nur mencari abang Faizal, penyebab penderitaan kak long.
Nur hanya memandang sayu wajah kakaknya itu. Meminta pengertian yang dia tidak bisa menunaikan permintaan kakaknya itu.

“Please Nur, kak long minta tolong sangat-sangat pada Nur. Tolong carikan abang Faizal ye..” kata kak long sambil menggenggam erat jari jemari Nur.

“Nur tak kesiankan Rin ke? Rin perlukan bapa Nur. Dan Rin bukan anak luar nikah Nur. Nur taukan itu??” jelas kak long lagi.

“Kak long risau kalau lepas ni xder orang akan tengok-tengokkan Nur. Jaga Nur elok-elok. Kak long tau Nur boleh jaga Rin dengan baik. Tapi, Nur kan ada kehidupan Nur sendiri.” Kata kak long lagi sayu.
Nur jadi pelik dengan tutur kata kak long. Nur nekad walaupun apa yang terjadi dia akan sentiasa berada di sisi kak long dan Nur. Dia rela tiada kehidupan sendiri.

“Apa yang kak long cakap ni?? Kita akan sama-sama jaga Rin. Kita berdua akan sentiasa hidup bersama-sama. “ kata Nur berjanji pada kak longnya.

“Dah lah kak..x payah difikirkan sangat. Buat sakit kepala ajer. Senang-senang apa kata kak long cari suami?? Hehe..” kata Nur cuba menyakat kakaknya.

“Ish kamu ni…tak mau la akak…” kata kak long tersenyum malu.

“Ehm…dah ade calon la ni ek??” kata Nur cuba mencongkel rahsia.
Raudhah memang seorang wanita yang cantik dan elegan. Wajahnya yang putih bersih tanpa secalit make-up pasti membuatkan sesiapa terpandang terpesona. Mustahil kakaknya yang seorang itu tidak punyai secret admirer. Pasti ada.
Tapi mungkinkah kak long masih lagi teringatkan abang Razlan……

“Dah la kak..yok kita turun bawah. Kasihan anak kak long tu Nur tengok. Dia rasah bersalah sangat dengan kak long sebab buat kak long menangis.” Kata Nur sambil menarik tangan kak long turun ke tingkat bawah.
Kak long hanya tersenyum kecil. Rin sememangnya seorang anak yang baik dan Raudhah bangga mempunyai seorang anak seperti Rin.

BAB 2

“Ape yang awak buat ni?? Awak ingat saya bagi awak gaji tiap-tiap bulan tu hanya nak tengok hasil kerja awak yang mcm ni…worst!!!really-really worst….” Tengkingan seorang lelaki memecah suasana harmoni pagi Isnin di Megah Bersatu Holding.

Kelihatan dari luar bilik CEO, seorang wanita berpakaian yang seperti tidak cukup kain sedang tersedu-sedan menangis sambil mengelap air matanya dengan tisu.  

“Saya minta maaf Encik Akmal. Saya janji lain kali saya x buat lagi.” kata staf wanita itu yang bernama Jenny kepada majikannya.
Air mata kelihatan meleleh dari pipinya. Lelaki itu dengan wajahnya yang dingin sedingin ais dikutub utara hanya memandang sinis pekerja wanita itu.

“Kalau beginilah prestasi kerja awak, baik awak berhenti ajer. Saya bukan xtau Jenny, awak tu selalu mengular. Selalu ponteng kerja. Pergi saloon, manicure la, pedicure la…saya diamkan ajer. Awak ingat ni company bapak awak yang awak boleh buat sesuka hati awak. Lagi satu mak ayah awak memang da xder duit ke nak belikan awak kain yang cukup. Company ni ade etika berpakaian yang telah ditetapkan. Selama ini saya diamkan…awak naik kepala ye Jenny. Mulai dari sekarang saya x mau tengok muka awak lagi di syarikat ini. Ur fired!!!...jerit lelaki itu kepada Jenny.

Terkulat-kulat wanita itu bile ditengking sebegitu rupa oleh majikannya yang garang bak singa yang sentiasa lapar….macam x penah makan setahun.  
Keluarlah Jenny bersama jujuran air mata dari pejabat itu.

Akmal Akif, nama yang cukup indah. Mempunyai wajah yang tampan, bentuk tubuh menarik yang sentiasa menjadi tarikan bagi wanita-wanita gedik di luar sana. Tapi nama dan wajahnya tidak setanding dengan sikapnya yang cukup garang dan panas baran. Beku, sejuk, dingin..itu la sifat yang boleh digambarkan bagi seorang lelaki yang bernama Akmal Akif ini.

Pertuturannya memang cukup berbisa…semua staf di Megah Bersatu Holding memang cukup lali dan masak dengan perangai anak bos besar mereka itu. Garang dan tegas..adakala garangnya tidak mengenal tempat. Kalau datangnya mood yang x berapa baik, habis satu opis bagai dilanda puting beliung dan tsunami.

Jenny atau nama yang tertera di kad pengenalannya Zanifah Rasyid merupakan setiausaha Akmal Akif yang ke 25….yang ke 25???
Yer!! yang ke-25…kenapa? X percaya?....
banyak gile staf-staf perempuan yang sudah ditendang keluar dari menjadi setiusaha lelaki garang itu. Ada sahaja yang x kene di mata lelaki itu…
Tapi, Jenny adalah satu-satunya setiausaha yang berkhidmat di syarikat itu yang bertahan paling lama iaitu selama lebih kurang 6 bulan. Kalau sebelum ini, belum sampai 2 minggu setiusaha Akmal dah cabut. Tak tahan dengan kerenah bos yang garang dan kerek.

Apa yang membuatkan Jenny tahan lebih 6 bulan di syarikat itu adalah samata-mata untuk mengambil hati akmal akif. Ingin menjadi pendamping kepada waris tunggal lelaki syarikat Megah Bersatu Holding.
Disebabkan ingin menambat hati jejaka berhati batu itulah, jenny sanggup melanggar etika berpakaian bagi seorang setiusaha. Dengan berpakaian ketat sehinggga menampakkan susuk tubuh badan diharapkan dapat menundukkan jejaka itu. Mungkin bagi lelaki di luar sana ya, tetapi tidak bagi Akmal Akif, dia bukanlah seorang lelaki yang mata keranjang. Cintanya hanyalah untuk Dayyana Mansur seorang. Tiada dua dan tiganya. Dayyana akan sentiasa kekal di hati. Tapi disebabkan Dayyana jugalah, Akmal nekad  menjadi seorang lelaki yang dingin dan beku.

“Tok..Tok…” terdengar ketukan di muka pintu pejabat Ceo Megah Bersatu Holding.

“Masuk..” laung Akmal dari dalam sambil meneruskan pembacaannya…

”Ah..engkau Luqman…aku ingat kan saper tadi….” Kata Akmal kepada teman baiknya merangkap penasihat kehormatnya apabila berada di saat genting menjawab soalan-soalan cepumas Datin Sakinah.
Luqman Nur Hakim, teman sepermainan Akmal dari kecil sehinggalah dewasa. Segala aktiviti mereka lakukan bersama-sama. Jungle trekking, memancing, melancong semua mereka lakukan bersama-sama. Mereka diibaratkan sebagai belangkas. Berdua kemana-mana sahaja.

Ketika Akmal berada di dalam kesedihan di saat pemergian Dayyana, Luqman la orang yang sentiasa bersama dengannya memberikan kata-kata perangsang kepada sahabatnya itu. Cuma, perangai dan sikap Akmal sahaja yang tidak dapat Luqman hilangkan. Jauh di sudut hati Luqman, akan muncullah seorang gadis yang bisa membuatkan sahabatnya kembali mengenal ertinya kemanisan dalam bercinta.  

“ Ko ni kenapa Mal…sampai la ni..da 24 kali ko berganti setiausaha tau..kau tau x…yg ni termasuk Jenny dah 25 kali..ape yang x kene lagi ni. Lagi satu apa pasai ko g fired si Jenny tu….kire okey la tu die tahan selama 6 bulan…ko nak ….”     Belum sempat Luqman menghabiskan ceramahnya, Akmal cepat-cepat meningkah…

“Oopp..oppp…..ko kalau da bercakap memang tau…macam bertih jagung…” tungkas Akmal mematikan percakapan Luqkman.

“Dah tu apa pasal ko fired budak tu? Meleleh air mata minah tu tadi…habis makeup 3 inci die tu runtuh..dah macam hantu tepung komak aku nengok minah tu..hahaha….” lawak Luqman pulak sambil ketawa berdekah-dekah.

“Amboi ko…bukan main suka lagi ek ko sebelahkan budak tu..kalau da suka, pergilah pujuk die. Jadi setiusaha kau pulak. Takpun jadi bini ko.” Tempelak Akmal pada Luqman membuatkan lelaki itu tersedak.

“Apa?? nak di jadikan bini?? spesies sotong kurita tu?? kalau nak dijadikan kekasih separuh masa mungkin ya..tapi kalau nak dijadikan isteri sepenuh masa minta maaflah….tak nak la aku..eeee…” kata Luqman sambil meliuk-lintukkan badannya seperti orang menahan geli.

“Kau jangan, x suka-x suka…tetiba dia tu yang jadi bini kau….baru kau tau…alah, Jenny tu okey aper..boleh dilentur…rebung lagi tu…” kata Akmal cuba menggiat Luqman…

”Rebung ko kata…itu da jadi buluh tau..bukan takat buluh..da boleh jadi lemang tau…hahaha” gelak Luqman.

“Kau ni…da la…yok, keluar lunch..aku lapar ni…ari ni ko belanja..semalam aku da belanja ko kan” kata Akmal sambil menarik tangan Luqman keluar dari pejabat.

“eh..eh…kau ni..relaks ea..boleh keluar makan lagi….semua schedule ko cmner nanti…kau kan da xder setiusaha..tau dek uncle mati ko kene bebel…” bebel Luqman lagi pada Akmal…

” La, apa susah..ko kan ader..ko boleh jadi setiausaha aku.” Sakat Akmal sambil mengenyitkan sebelah matanya.

“Wei..wei..xnak aku. Aku banyak lagi keje ko tau” bantah Luqman. Kedudukannya sebagai salah seorang pengarah projek membuatkan dirinya sentiasa sibuk memanjang sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri.

“ Dah tu…tak paham2 lagi..” jeling Akmal.

Tau da luqman kalau jelingan itu yang dilemparkan oleh Akmal memang bantuan Luqman diperlukan. Dia la petugas yang akan ditugaskan untuk mencari setiausaha baru kepada bapak singa tu.

“Aduhai…aku lagi yang kene..harap2 pasni lama la sikitlah tahannya..susah2 aku cari setiausaha lelaki la…hahaha” bebel luqman terus di dalam hatinya.

“Woi…ape lagi tercegat tu…cepat la..terhegeh2 tau..aku lapar ni” laung Akmal yang sudah jauh dihadapannya.

“Yer la..kejap.” balas Luqman..memang x sabo2 la mamat ni tau…

sambungan Bab 1

“Kamu dah ader teman istimewa ke Nur…??kenal-kenalkan la kat kak long orangnyer…” ayat Nur Raudhah, satu-satunya kakak kandung Nur  sambil mengenyitkan matanya.

“ape yang Rin dah citerkan pada kak long?? kak long jangan percayakan ckp si Rin tu…” kata Nur kepada kak long nyer….

”alah…kalau yer pun, apa salahnye..kamu tu da elok sangat kawen tau..tp kak long nengok sampai sekarang kamu xder special boyfriend..kamu nk jadi andartu ker??” giat kak long kepada Nur sambil tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih. Terima kasih untuk Colgate.

“a’ah kak long…jadi andartu lagi bagus dari hidup bersama dengan makhluk perosak, makhluk yang x sedar diri, x sedar diuntung.” Kataku selamba pada kak long sambil mataku terus tertancap di depan tv.

“Nur, perkara yang lepas jangn la dikenang lagi. X semua lelaki mcm tu….ader je lelaki yang baik di luar sana. Kamu belum jumpe je lagi.” Nasihat kak long ikhlas.

“ dah la kak long…Nur x kan sesekali percayakan lelaki.lelaki semuanya sama..dasar penipu..”kata Nur geram kepada kak long..”

“tapi abah x mcm tu kan??” kata kak long tiba-tiba…
”dah la kak long…Nur penat..nur naik atas dulu nak tidur…esok Nur ade meeting dengan client.” Kata Nur pada kak long sambil mencium tangannya…
I
tulah Nur Randhiana Razali. Selalu mengelak apabila ditanya tentang soal hati. Dulu Nur seorang gadis yang periang dan ceria. Mudah mesra dengan setiap orang. Tapi tidak untuk sekarang. Jiwanya dan hatinya ibarat sebongkah ais yang x dapat nak dipecahkan….ketraumaannya terhadap insan bernama lelaki jelas terpampang. Memang die terlalu bencikan lelaki. Kerana seorang lelaki die jadi begitu dingin. Kejadian yang x disangka-sangka itulah membuatkan die rasa semua lelaki di dalam dunia ini x layak hidup di muka bumi ini.

“Nampaknya luka di hati Nur masih belum sembuh…sampai bile Nur harus berperilaku sedemikian…adakah seorang jejaka di luar sana dapat memecahkan bongkah ais dalam diri Nur?? “ kata kak long penuh pengharapan di dalam hatinya.
Semoga ada insan yang bisa memberikan keceriaan dan kebahagiaan terhadap adik kesayangannya itu.



Tuesday, 6 December 2011

BAB 1

“Rin, jangan lari laju-laju sangat…auntie penat la nk kejar kamu….”suara jeritan seorang wanita berseluar jeans jelas membingitkan suasana damai di sekitar pantai Wangi.

Di hadapannya seorang kanak-kanak perempuan yang kecik molek sedang mentertawakan wanita itu. 

“Uwek..auntie x dapat kejar Rin” ejek Arina Syaqila atau nama panggilannya Rin kepada wanita itu sambil menjelirkan lidahnya.

“Ya Allah, budak ini..degil betullah….nanti jatuh, sendiri yang sakit..meraung menangis..sape yang susah..aku jugak….” Bebel Nur sendirian.

“Siap kamu Rin, kalau auntie dapat tangkap kamu, auntie cubit peha kamu” jerit wanita itu kepada anak saudaranya.

“Ouchh!!!Aduh…sakitnye….” aduh Nur menahan kesakitan kerana tiba-tiba dilanggar oleh seorang yang berbadan sasa.

Lelaki itu bangun sambil mengibas punggungnya yang dipenuhi pasir-pasir pantai.
Sedang Nur berdiri sambil membetulkan urat-urat di badannya tiba-tiba mamat itu bersuara kasar.

“Mata tu letak kat maner ha?? Kalau yer pun nak berlari-lari kat sini pandang-pandanglah orang keliling..ini x, main lari je…Macam budak kecik aje nak lari-lari kat sini. Kalau rasa diri tu budak kecik, pergi terjun laut tu.” bebel lelaki itu kepada Nur.

“Amboi-amboi mamat ni…ini sudah lebih..sesedap oren air mak die buat je, nak marah-marah aku kan…kak long pun x pernah nak marah-marah, nak tengking-tengking aku macam ni tau…ni x boleh jadi ni…memang nak kene mamat ni.” kata Nur sambil menahan hati yang sedang panas menggelegak dek kerana lelaki itu di dalam hati….

”Amboi..sedapnye bahasa cik abang yang kurang di ajar ni….nak saya tolong ajarkan ke?? Saya tau la memang saya yang salah tapi kot ye pun jangan la tengking-tengking,  marah-marah saya mcm tu..tegur elok-elok tak boleh ker..saya pun ada perasaan jugak tau….harap jer muka handsome, tp langsung x der manner” kata Nur kepada lelaki perasan bagus nak mampus tu.

“Eh..eh..tau pulak ada perasaan…yang kau tu da xder perasaan malu ke lari-lari kat sini macam budak kecik..Harap je muka cantik, tapi lagak ngalahkan budak x cukup umur…” balas lelaki itu x mau mengalah.

“Eh..eh..betullah mamat ni sengaja tempah maut dengan aku..siap ko” kata Nur di dalam hati sambil kedua-dua belah kakinya telah memasang kekuda bersedia untuk mematah urat-urat sendi kaki lelaki itu. Maaflah bebenyak pada Tok Wan kerana aku tanpa sengaja telah menyalahgunakan silat gayung yang diajarnya dulu. Hehehe….

Sedang aku bersedia hendak memulakan langkah, tiba-tiba….

“Eh auntie…kenape ni??Rin tunggu auntie tadi tau kat hujung sana. Mama pun tercari-cari auntie…kita dah nak balik ni…nanti petang mama kene balik opis…nanti takut x sempat plak..eh auntie kenapa berdiri macam tu?? Rin nengok da macam shin can wat gaya action kamen la plak…hahaha…” kata Rin tiba-tiba membuatkan Nur terkedu saat itu.

Nur lihat lelaki itu tersenyum sinis sambil memandangnya.

“ish..kurang asam punye anak sedara. Dimalunya aku depan mamat poyo ni. Siap Rin, balik rumah nanti auntie kutil2 Rin” bebelku sendirian di dalam hati.

“Eh auntie, sape uncle ni?? Boypren auntie ek?? owh..pandai ek main sorok-sorok ngan Rin n mama…nanti rin nak report kat mama” Belum sempat Nur menahan Rin, anak kecil molek itu terus berlari kearah tempat letak kereta.

“Aduh, mampus aku kalau Rin bagitau kak long pasal ni..ishh…Rin ni pun satu..memang radio bergerak betullah…x padan dengan budak kecik….” Bebel Nur sendirian.

“Lelaki td?? owh..yer..mane ek lelaki tadi?? Kurang asam punye mamat..die blah cmtu jer….dasar lelaki xder sivik…dulu x belajar sivik kot kat sekolah…eh..eh..time zaman mamat tu subjek sivik xder lagi la….hehehe..” bebel Nur terus didalam hati…ish..baik aku pegi ke kete…ntah paper la si radio bergerak tu inform kat kak long…bukan boleh percaya si Rin ni..nanti ader je yang ditokok tambah citer…pening aku nak menjawab pada kak long nanti..terus wanita itu berlalu meninggalkan pantai Wangi.

1st posting

yang ni bukanlah fisrt posting aku....tapi aku nak juga post ni jadi post aku yang pertama.post yang kat atas tu adalah pengenalan mengenai blok aku ni..hehehe
macam-macam kan aku ni....
masa ada lagi lebih kurang setengah jam untuk hari ini di opis...penat giler aku rini...bukan penat ape...penat duk menaip..penat tengok facebook, gosip2 artis kat luar sana, penat sambung tulis manuskrip aku dan juga penat nak siapkan sistem yang xtau bile lah nak siap2 tu.....

sedia maklum, aku tgh buat latihan practical kat upm serdang...tak sangka betullah aku dapat wat prac kat UPM...mula2 memang aku xnak pergi.kalu boleh biarlah yang dekat sikit ngan rumah aku kat johor tu......
huhuhu...
tapi apakan daya x dapat...so, UPM la tempatnya....

tapi da hampir 3 bulan aku berada di sini....da biasa da.....makan sorang2...tido sorang2...huhuuhu..pendek kata memang aku sorang2 la kat sini...mujur jugak ada student2 sini.......hehehe......

tinggal lagi sebulan aku nak habiskan latihan industri ni....2 task da aku siapkan 2 bulan pertma...sekarang hanya tinggal sistem aku yang x siap2 lagi...huhuhu....

tapi da nampk da perkembangan pada sistem aku tu....pandai pun ko wat sistem faiross...inipun berkat bantuan pakcik google dan kak long youtube...hahahaaha......

walaupun x sehebat mane tapi boleh la dibanggakan...yer la...lama da kot aku tinggal bab2 php, coding2 ni...mane nak ingat lagi......aku ni budak mathematic tapi kene wat sistem...aduhai.....nasiblah dulu memang budak computer science.....adalah juga sikit ilmu...hehehe....

okey la..sekian untuk post aku yang pertama.....:)

Hari pertama blog ku lahir ke dunia

hehehe...akhirnya Siti Faiross Bt Shariff ada blognya sendiri....bukan ape..kalau ada blog ni senang sikit aku nak tulis macam-macam...aku memang suka menulis...aku cadang nak post nanti karya-karya tulisanku..
sebelum ni aku menulis di buku ataupun simpan kat laptop.
kalau tulis kat sini, boleh la member2ku turut baca sekali....bagi comment dan juga idea.....

so, SELAMAT DATANG NUKILANKU.....

2024 - Tahun happy kan diri sendiri

Happy New Year 2024..... Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni hari ketiga kita di tahun baru..Blog Cik CT ni pun dah hampir 2 tahun ditingg...