Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Akhirnya.......

Akhirnya.............................. Aku punye portfolio untuk 1CiTiZEN dah siap....walaupun aku tengok sample-sample portfolio yang lain memang cangih-canggih dan mantop-mantop tapi aku bersyukur coz aku berjaya juga menyiapkan portfolio aku yang x seberapa tu..... Nak tau aku buat aper?????????? Aku buat slide show jer...gune powerpoint je yang ader kat dlm laptop tu....buat sesimple yang boleh...nak buat yang 'DABOOM' memang x la kan.....maner der mase aku nk menggodek photoshop, paint tu sume.....sistem aku tu pun masih terkandas lagi.........so,kire pkai powerpoint ni cukup baik la weh....... Ape tajuk portfolio aku tu???? tajuknya "USE OF MOBILE PHONE" ...... Perisian dalam tu mcm biasa la...semua orang pun tahu kan....aku buat ape etika ketika menggunakan mobile phone kite tu......kat maner kite x boleh nak gune phone kite tu...sbgai contoh jangan bwk hanphone kite tu p nengok WAYANG....buatnya tetiba phone kite berbunyi mau mengamuk org dlm cinema ...

Bile hati dan perasaan kacau bilau....

latihan industri tinggal tak kurang dari sebulan je..pasni tamat lah sudah aku berkhidmat untuk pejabat kolej 15 upm. Dan tamatlah pengajian aku dlm bacelor matematik pengkomputera. tapi saat nak tunggu aku tamat ni, pelbagai cabara,dugaan,perasaan terpaksa aku hadapi. mujurlah jugak laporang aku dah disiapkan. so, lega la sikit rasa hati ni. tapi, tetiba plak aku dapat lagi satu tugasan baru. wat sistem status untuk pelajar kolej 15 upm ni. aduhai....sempat ker ni. blank da otak aku ni. nak mintak tolong saper ni. kawan2, HELP ME. aku risau tak sempat nak siapkan. mujurlah jugak sistem yang aku buat ni hampi same dengan sistem yang fatyn buat. skang aku tgh tunggu email source code sistem tu dr fatyn. dapat je nnti, aku terus explore. aku dah x boleh lengah2 lagi ni. takut x sempat jer ni. tension giler aku ri ni tau. plak tu ketensenan bertambah ketahap x boleh nk blah..balik bilik tetiba aircond dlm bilik x berfungsi. aduhai..sabar2..betul2 menguji kesabaran aku lah...aku ra...

Alahai Omak!!!!

Alahai Omak Ko...... sedang aku bermalas-malasan di opis, aku terima satu panggilan yang tidak dikenali...nak tau saper??? supervisor aku da...cik zati...tanya bile aku nak email report LI kat die...alamak...bukan die nak 15/12 ke?? aku pun wat relaks la..rupe2nye die nak 1st week of this month...aduhai.... da siap da pun report aku tu..tinggal nak antar je...tapi aku rase mcm kureng la report aku tu..aku pun xtau nape...nmpk mcm sikit sangat....kalau nak diikutkan format, report x lebih dari 20 muka surat. so, okey la report aku sekarang ni....lebih lagi tau.... biar la cik zati sendiri tengok report aku tu...cek grammar aku yang tunggang langgang tu.....haii....member2 aku lain cmne la gamaknya ye...da siap ke idok report dorang tu.... alahai omak ko......

BAB 5

Malam itu Nur membawa Raudhah dan Rin makan diluar, di Restoran Seri Melayu. Seronok benar Rin apabila mendengar mereka akan makan di luar. Iya lah, bukan selalu kami berdua membawa Rin keluar.  Kesian Rin…Rin nampak comel dengan gaun pink pemberian Nur ketika majlis harijadi nya yang lepas. Kami makan dengan begitu berselera sekali tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling. Rin juga asyik menikmati aiskrim yang dipesan tadi. “Nur, kenapa ni?? Kak long tengok Nur macam bad mood je. Ada pape masalah ke kat opis?” Tanya kak long memecahkan suasana. Ini yang membuatkan Nur begitu sayangkan kakaknya. Kakaknya memang cukup prihatin. Bijak membaca air mukanya jika dia ditimpah sebarang masalah. “Tak de pape la kak….stress dengan kerja sikit.” Kata Nur jujur kepada Raudhah sambil tersenyum manis. Raudhah memandang adiknya itu dengan pandangan penuh tanda tanya. Dia tau Nur mempunyai masalah. Mungkin masalah di opis ataupun masalah peribadi. “Takpe lah..balik rumah nanti aku akan b...

BAB 4

“Aduhai…leceh betullah…aku banyak giler keje ni…boleh pulak suruh aku pergi jumpe wakil Bersatu Holdings tu..ganggu kerje aku ajer la.” Bebel Akmal sendirian di dalam biliknya sambil tanganya ligat menyelak-nyelak helaian kertas projek usahasama syarikatnya dengan Bersatu Holdings. Teringat kembali perbualan antara dirinya dan juga Dato Hisyam semalam… “yes pa…papa cari Akif??” Tanya Akmal setelah mendapat keizinan dari papanya untuk masuk kedalam bilik tuan punya syarikat Megah Bersatu Holdings. “Ya kif..duduk!!” ujar Dato Hisyam mempersilakan Akmal duduk. Memang kebiasaanya kaum keluarganya akan memanggil dirinya dengan panggilan Akif sahaja di rumah. Termasuklah luqman. Cuma Luqman akan memanggil dirinya dengan panggilan Akmal jika berada di pejabat. “Papa nak kamu pergi jumpa wakil dari Bersatu Holdings esok petang. Gantikan papa.” Arah Dato Hisyam kepada anaknya itu. “Nah, ni fail projek tu. Papa nak kamu handle projek ni. Jumpa wakil mereka, discuss sebut harga barang-bara...

BAB 3

“Mama…papa Rin mana?? Rin nak jumpa papa. Kawan-kawan kat sekolah semua papa dorang jemput balik sekolah. Rin je x..kalau x mama yang jemput, auntie yang jemput” petah kanak-kanak itu berkata sehingga membuatkan Nur dan Raudhah terkedu seketika. Nur memandang Raudhah. Dilihatnya ada genangan air mata di tubir mata kak longnya itu. Terus dipeluknya anak kesayangannya itu. “Rin, papa Rin ader….” Kata kak long sambil mengelap air matanya. “Kalau papa ade, maner die ma..?” Tanya Rin lagi. “Papa ader..die ada dalam hati Rin..sentiasa ada dalam hati rin…” kata Kak long lagi menunjukkan jarinya ke arah dadanya anaknya. “Memang la papa sentiasa ada dalam hati Rin..tapi Rin nak tengok papa..Rin nak peluk papa, ma…”  petah Rin  berkata-kata lagi. Kini tangisan kak long x dapat dibendung lagi. Terus dia berlari menuju ke tingkat atas meninggalkan Nur dan Rin. “Auntie, Rin ada buat salah ke?? Rin minta maaf…Rin dah buat mama menangis” kata anak kecil itu dengan nada sayu. “Tak Rin…...

BAB 2

“Ape yang awak buat ni?? Awak ingat saya bagi awak gaji tiap-tiap bulan tu hanya nak tengok hasil kerja awak yang mcm ni…worst!!!really-really worst….” Tengkingan seorang lelaki memecah suasana harmoni pagi Isnin di Megah Bersatu Holding. Kelihatan dari luar bilik CEO, seorang wanita berpakaian yang seperti tidak cukup kain sedang tersedu-sedan menangis sambil mengelap air matanya dengan tisu.   “Saya minta maaf Encik Akmal. Saya janji lain kali saya x buat lagi.” kata staf wanita itu yang bernama Jenny kepada majikannya. Air mata kelihatan meleleh dari pipinya. Lelaki itu dengan wajahnya yang dingin sedingin ais dikutub utara hanya memandang sinis pekerja wanita itu. “Kalau beginilah prestasi kerja awak, baik awak berhenti ajer. Saya bukan xtau Jenny, awak tu selalu mengular. Selalu ponteng kerja. Pergi saloon, manicure la, pedicure la…saya diamkan ajer. Awak ingat ni company bapak awak yang awak boleh buat sesuka hati awak. Lagi satu mak ayah awak memang da xder duit ke nak be...

sambungan Bab 1

“Kamu dah ader teman istimewa ke Nur…??kenal-kenalkan la kat kak long orangnyer…” ayat Nur Raudhah, satu-satunya kakak kandung Nur  sambil mengenyitkan matanya. “ape yang Rin dah citerkan pada kak long?? kak long jangan percayakan ckp si Rin tu…” kata Nur kepada kak long nyer…. ”alah…kalau yer pun, apa salahnye..kamu tu da elok sangat kawen tau..tp kak long nengok sampai sekarang kamu xder special boyfriend..kamu nk jadi andartu ker??” giat kak long kepada Nur sambil tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih. Terima kasih untuk Colgate. “a’ah kak long…jadi andartu lagi bagus dari hidup bersama dengan makhluk perosak, makhluk yang x sedar diri, x sedar diuntung.” Kataku selamba pada kak long sambil mataku terus tertancap di depan tv. “Nur, perkara yang lepas jangn la dikenang lagi. X semua lelaki mcm tu….ader je lelaki yang baik di luar sana. Kamu belum jumpe je lagi.” Nasihat kak long ikhlas. “ dah la kak long…Nur x kan sesekali percayakan lelaki.lelaki semuanya sama..da...

BAB 1

“Rin, jangan lari laju-laju sangat…auntie penat la nk kejar kamu….”suara jeritan seorang wanita berseluar jeans jelas membingitkan suasana damai di sekitar pantai Wangi. Di hadapannya seorang kanak-kanak perempuan yang kecik molek sedang mentertawakan wanita itu.  “Uwek..auntie x dapat kejar Rin” ejek Arina Syaqila atau nama panggilannya Rin kepada wanita itu sambil menjelirkan lidahnya. “Ya Allah, budak ini..degil betullah….nanti jatuh, sendiri yang sakit..meraung menangis..sape yang susah..aku jugak….” Bebel Nur sendirian. “Siap kamu Rin, kalau auntie dapat tangkap kamu, auntie cubit peha kamu” jerit wanita itu kepada anak saudaranya. “Ouchh!!!Aduh…sakitnye….” aduh Nur menahan kesakitan kerana tiba-tiba dilanggar oleh seorang yang berbadan sasa. Lelaki itu bangun sambil mengibas punggungnya yang dipenuhi pasir-pasir pantai. Sedang Nur berdiri sambil membetulkan urat-urat di badannya tiba-tiba mamat itu bersuara kasar. “Mata tu letak kat maner ha?? Kalau yer pun nak berlari...

1st posting

yang ni bukanlah fisrt posting aku....tapi aku nak juga post ni jadi post aku yang pertama.post yang kat atas tu adalah pengenalan mengenai blok aku ni..hehehe macam-macam kan aku ni.... masa ada lagi lebih kurang setengah jam untuk hari ini di opis...penat giler aku rini...bukan penat ape...penat duk menaip..penat tengok facebook, gosip2 artis kat luar sana, penat sambung tulis manuskrip aku dan juga penat nak siapkan sistem yang xtau bile lah nak siap2 tu..... sedia maklum, aku tgh buat latihan practical kat upm serdang...tak sangka betullah aku dapat wat prac kat UPM...mula2 memang aku xnak pergi.kalu boleh biarlah yang dekat sikit ngan rumah aku kat johor tu...... huhuhu... tapi apakan daya x dapat...so, UPM la tempatnya.... tapi da hampir 3 bulan aku berada di sini....da biasa da.....makan sorang2...tido sorang2...huhuuhu..pendek kata memang aku sorang2 la kat sini...mujur jugak ada student2 sini.......hehehe...... tinggal lagi sebulan aku nak habiskan latihan industri n...

Hari pertama blog ku lahir ke dunia

hehehe...akhirnya Siti Faiross Bt Shariff ada blognya sendiri....bukan ape..kalau ada blog ni senang sikit aku nak tulis macam-macam...aku memang suka menulis...aku cadang nak post nanti karya-karya tulisanku.. sebelum ni aku menulis di buku ataupun simpan kat laptop. kalau tulis kat sini, boleh la member2ku turut baca sekali....bagi comment dan juga idea..... so, SELAMAT DATANG NUKILANKU.....