Thursday, 10 January 2019

Virtual Run 2018

Last year, aku ade register dua penyertaan untuk virtual run. Satunye Shoppadiva Virtual Run 3KM dan satu lagi Score 11.11 Virtual Run 5KM. Kedua-duanya aku dapat habiskan larian.

Kalau kau join virtual run, kau dikehendakki untuk berlari dalam jarak yang kau pilih. Tak kisahlah sama ada 3KM ke, 5KM ke atau pun 10KM. Berlarilah di mana saja kau rasa nak berlari. Yang penting kene track masa dan distance larian kau tu. Gune je lah whatsoever apps running yang ade kat apps store tu. Aku gune apps Strava jer.

Fee untuk virtual run ni pun actually murah compare dengan run yang sebenar tu. Banyak gaklah bezanya. Mayb sebab ada t-shirt kot. Virtual Run tak ada tshirt ye. Cuma ada medal jer. Lepas dah berlari dalam tempoh yang ditetapkan dan dah submit jugak keputusan run kau dalam tempoh masa yang ditetapkan barulah medal akan dihantar within 1-2 weeks dari tarikh akhir result dihantar.

So, aku dah dapat dah kedua-dua medal untuk Virtual Run aku tahun lepas. Cantikkk...aku sangat sukakan medal Score Run. Medal finisher 42KM okay..padahal buat 5KM je...kihkihkih....Medal Shoppadiva pun lawa jugak.

This year ada nak join virtual run lagi tak???

Pada aku best jugak join virtual run ni. Macam beri satu booster untuk kau berlari dan jogging.  Iyer lah, kau dah bayarkan haruslah kau kene tamatkan jugak larian yang kau dah pilih. Kirenye x ade lah kau lari saja-saja. Selain kau dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan, kau dapat jugak medal as a reward kau. kannnn!!!!

Menjawab pada soalan kat atas tu..in sha Allah, akan ada lagi virtual run yang aku ingin buat. Tapi kene cari yang sesuai dan harganya mestilah murah jugak. Hehehe.....


Medal Score 11.11 Virtual Run 5KM


Medal Shoppadiva 2018 Virtual Run 3KM

Sekarang ni aku memang tengah menggila kunpul medal running. Hahaha...Sekurang2nya setiap bulan aku kene join running. Moga aktiviti baru aku ni akan terus konsisten lah kan dan bakal menurunkan jugak berat badan aku serta buat stamina aku lebih fit.

Jom...join yus berlari jugak..🏃🏃🏃

No comments:

Post a Comment