Thursday, 16 November 2017

Ophir Mount Via Asahan 28 Oktober 2017

Hajat nak panjat Gunung Ledang tercapai jua akhirnya. Sokmo ajak kawan-kawan yang lain naik, tapi dan dan tu jugaklah masing-masing sibuk. Bila Vajidah free je nak naik Ledang tanggal 28hb Oktober hari tu, aku on jer tanpa banyak soal. 

Bila kau rase kau memang nak pergi, tak kira lah apa halangannya pasti kau akan tunaikan jugak hajat dan impian kau tu. Macam aku lah. Gigih tau cari tiket nak balik kampung. Sanggup tau apply cuti Jumaat tu. Hahaha..Yang penting aku dapat daki Gunung Ledang yang penuh dengan cerita lagenda yang tersendiri.

Aku pendekkan ceritanya je la ye...

Jumaat aku apply cuti, so petang khamis tu lepas keje terus on the way ke TBS. Bas pukul 830 malam, bas Mayang Sari. Plan asalnya memang nak gerak hari Jumaat malam je tapi risau penatlah, letihlah. Kang pewai je nanti.

So, dalam pukul 1 pagi sampai kampung. Yeszaa..borak-borak dengan mak dan ayah then terus masuk tidur. Plan asalnya jugak nak gerak ke Melaka pada pagi hari Jumaat tu. Konon-konon nak  berjalan area Melaka la ceritanya. Tapi non hado bila Vajidah lewat balik dari outstation. Aku pun tak kisah sangat. Lagi best sebab aku ada masa yang lama nak luangkan masa bersama mak ayah kat rumah. 

Oh ya..by the way, trip dayhike ke Ophir Mount ni kitorang naik via Asahan. Dikendalikan oleh sebuah group hiking yang dikenali sebagai Thrill Adventure. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM80. Murah ke mahal tu? Entahlah..aku sendiri pun tak tahu. Ada je aku jumpe yang kene bayar RM65, RM75 je, tapi tak kene dengan tarikh pulak. Sebab dah memang eager sangat nak naik Ledang, 80 pun 80 lah. Hahaha..

Pengalaman mendaki via Asahan??

Orang kata trek Asahan lagi mencabar dari trek Sagil. Hurmm..mungkin. Kata orang trek Asahan lagi panjang dari trek Sagil. Tapi bagi aku yang tak pernah naik Ledang lalu Sagil, aku rasa trek Asahan okay lagi kot. Best walaupun treknye agak panjang. Tak ada lah kene selalu memanjat. Ada jumpa yang trek landai, memang senang hati je jalan. Jalan-jalan macam kat supermarket tu. Kalau ada trek yang menmanjat, memang memanjat lah kojenye. Mungkin next time, aku nak try naik Ledang via Sagil pulak.

Okaylah..dipendekkan lagi ceritanya, aku listkan log perjalanan aku dan V tempoh hari mengikut kelajuan dan tahap stamina aku sendiri. V sememangnya laju. Relaks je die daki sambil duk kunyah cloud 9 dan gula-gula.

Ledang Via Asahan
28/10/2017

8.30 pg - start trekking
9.00 pg - tiba di cp1 Enggang Berangan

CP1 Enggang Berangan

9.30 pg - tiba di cp2 Hentian Hanuman

 
 CP2 Hentian Hanuman

10.00 pg - tiba di cp3 Hentian Unggas

 CP3 Hentian Unggas

10.30 pg - tiba di cp4 Lembah Beruang

CP4 Lembah Beruang

11.30 pg - tiba di cp5 Batu Berlumut

 CP5 Batu Berlumut
12.00 tghari - tiba di cp6 Padang Batu
12.30 tghari - tiba di cp7 Gunung Rundok

 CP7 Gunung Rundok

1.30 ptg - tiba di puncak ledang


Yehhaa..Dah nak sampai dah


 Yang mana satu pilihan kalbu??? Sagil atau Asahan...
2.30 ptg - bergerak turun
3.00 ptg - tiba di cp7 Gunung Rundok


3.15 ptg - tiba di cp6 Padang Batu, solat jamak dan topup air
3.30 ptg - start trekking from cp6
3.45 ptg - tiba di cp5 Batu Berlumut


 4.15 ptg - tiba di cp4 Lembah Beruang
4.45 ptg - tiba di cp3 Hentian Unggas

5.30 ptg - tiba di cp2 Hentian Hanuman


5.45 ptg - tiba di cp1 Enggang Berangan
6.20 ptg - tiba di kaki gunung

Seperti biasalah, waktu nak turun memang cepat. Semua line up bagaikan berlari. Hahaha..Tapi, masa hari kejadian, stamina aku masa turun sangat lemah. Memang malas giler nak turun. Tapi nak tak nak tetap kene heret jugak kaki tu. Kang tiba kaki gunung dah gelap. Actually, ramai lagi yang masih belum turun waktu tu. Tak tahu lah depa sampai bawah pukul berapa. Lepas buat pengiskhtiharaan barang masing-masing, aku dan V terus blah. Kami nak balik semula ke Rengit.

Line up kali ni tak berapa ramai. Tak dan nak beramah mesra, kenal-kenal gitu. Tapi tak aper lah. Hahaha.. Gambar satu group pun kami berdua tak ade. Tapi yang kelakarnya, Vajidah yang sangat kreatif telah mem"photoshop"kan gambar kami berdua kedalam gambar group itu. Dan inilah hasilnya. Hahaha..Gelak besar aku tau.


Hahaha...nampak real kan???

Dipendekkan ceritanya lagi, aku dan Vajidah sampai Rengit pada pukul 10 malam. Perghhh..penat giler. Dah lah esok petang aku kene gerak balik Subang semula. Memang giler ahh...

Tapi, yang penting aku puas. Kaki aku dah jejak kat puncak Gunung Ledang. Just tak jumpe pulak Puteri Gunung Ledang. Ahakss..oh ya!! Nenek kebayan aku jumpe..


Hahahaha



Lagi seorang nenek kebayan.


Cantikkan!!


Lihat lah alam...


Bye Bye!!! Naik dulu ye..


Yesss..I dit it!!! Gunung Ledang telah ku jejak



Padang Batu. Tempat paling femes untuk amik gambar.


Untuk info..Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah menggunakan trek Asahan ini untuk ke Puncak Gunung Ledang bagi menyampaikan hajat Sultan Melaka untuk si Puteri. 
Tak caya?? Cer bace ni..Hehehe

No comments:

Post a Comment