Sunday, 22 January 2017

Gunung Pulai - 15 Januari 2017

Hurmm...hari kedua aku di Baling, Kedah....

Hari kedua hari nak naik Gunung Pulai pulak. Malam tu kitorang tidur dalam lebih kurang pukul 11 malam. Niat dari awal tu memang dah ada untuk tak nak naik Gunung Pulai..Tapi masih berbelah bahagi. Nak naik ke tak nak naik....Okay..xper..tunggu pagi esok ajer...

Esoknye...aku terjaga dalam pukul 2.30 pagi. Rupa-rupanya dorang dah terlajak tidur. Kelam kabut dorang bersiap. Mujur jugak Umi yang terjaga dulu, Kalau tidak memang ke laut lah semunya tu. Hehehe....Plan asal meeting point kat Kompleks Rakan Muda Baling pada pukul 2.30 pagi. Tapi dah kalau masing-masing baru nak bangun acaner tu?? Aku pulak??? Naik ke tidak ni???

Last-last aku pandang wajah V yang sedang bersiap tu...V, akak tak naik ea....Aku buat wajah kesian. V pandang semula wajah aku.. Betul ke ni tak nak naik kak? Aku hanya menganggukkan kepala. V pulak kata okay.,kak yus rehatlah...

Dan, al-kisahnya, aku tak naiklah Gunung Pulai. Hahahahaha........Aircond dan katil homestay ni tidak membenarkan aku turut sama mendaki Gunung Pulai. Ahaksss,,Alasan sangatkan....Hahaha...So, aku dan Umi sambung tidur semula...

Itu jer lah...story aku mengenai Gunung Pulai. Maybe hari lain lah kot aku naik Pulai ni. Naik dengan kak Dayah, kak Haiza dan jugak kak Hanis pulak.

Gambar di bawah aku cilok dari dorang yang naik. Hehehe...


Tyme ni rasenye dorang dah nak turun. Dorang naik dalam pukul 4 pagi jugak. Sampai atas dalam lebih kurang pukul 6.30 pagi. Dapatlah dorang tengok matahari naik. Memang cantik...



Cantikkan...subhanallah....Maha suci Allah....

Aku yang kat homestay ni just dapat tengok Pulai dari hadapan pintu bilik kitorang jer lah. Degilkan tak mahu naik. Lebih pentingkan tidur tu. Hahaha,...


Maka, berakhirlah sudah trip Baling Pulai kitorang. Kitorang balik Subang petang tu jugak. Iyer lah..lagipun esok masing-masing dah nak kerje kan. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai Subang dalam pukul 9 malam. V hantar Yakin dan Umi balik rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan balik pun kitorang disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Gambar-gambar dan video-video sumenye aku dah upload dalam IG (CIK_SITI_FAIROSS). Kalau rajin jenguk-jenguk jer la kat situ..

Terima kasih kepada line up Baling dan Pulai. Terima kasih juga kepada SAS Adventure yang organize trip hiking ni. Terima kasih jugak buat V, Umi dan Yakin sudi tumpangkan aku ke Baling. Kalau idak naik bas jer lah teman ke sana. Hahaha...Yang win nye, si kancil JKK V akhirnya sampai jugak ke Baling tu. Kecik bukan sebarang kecik tu. Power toll....


V bersama JKK nya...


Untuk Ahsana Homestay Baling Official thanks a lot. Kalau ada yang nak berkunjung ke Baling dan nak bermalam, homestay ni sangat recommendation. Layari lah page FB dorang untuk maklumat lanjut.

Okay..moga kite bertemu di lain entri pulak..Bye Bye...

Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment