Friday, 20 January 2017

Gunung Baling - 14 Januari 2017

Ekspedisi Gunung Baling - 14 Januari 2017

TRAVEL LOG

Jumaat 13 Januari 2017

1.15 petang - Balik dari opis. Hari tu aku kerje separuh hari. Aku ambil half day. Lagipun kain baju aku tak pack langsung ni. Aiyoooo......

2.00 petang - V bersama kakak dan adiknya selamat sampai ke rumah aku. Diorang tumpang solat zuhur sat kat rumah. Lepas siap-siap solat dan mengemas aku bawak dorang p makan tengah hari kat Proton sebab dah alang-alang nak jumpa Uji hantar kunci rumah sewa dia kat opis...

3.00 petang - Kitorang menuju ke Taipan sat sebab Umi, kakak V nak p Bank Islam buat akaun baru. So, aku dan V duk bersembang je dalam kereta sambil menunggu urusan Umi siap. Yakin pulak p Speed Mart cari makanan. 

4.00 petang - Lepas urusan Umi setel kitorang on the way menuju ke destinasi iaitu Baling, Kedah. 1st time ni aku mai Baling. Berdebar jugak ni nak jalan jauh. Moga-moga dipermudahkan perjalanan kami berempat. Amiin...Kitorang banyak berborak di sepanjang perjalanan. Driver nye hanya V sorang jer. Nak harapkan aku memang idaklah teman. Penakut. Hahaha...Berhenti sat kat RnR Tanjung Malim solat Asar kat situ then teruskan perjalanan. Ohh...ade singgah sat petrol palm tapi aku lupa kat area mane. V isi minyak..Aku keluarkan duit dan beli sedikit bekalan makanan untuk perjalanan kami dan pendakian esoknya. 

Perghh...jalan nak ke Baling, Kedah memang mencabar. Bersimpang siur. So, berhati-hatilah semasa memandu. Kitorang masuk highway PLUS arah utara melalui Tol Subang. Itu je tol yang aku tahu nak ke utara. Nak lalu Guthrie V pulak taknak sebab banyak sangat tol. Berpandukan Google Maps, kitorang akan menyusur keluar melalui Tol Kuala Kangsar. Berdasarkan blog yang aku baca pun, deme kate laluan highway akan berakhir di Tol Kuala Kangsar dan seterusnya akan melalui jalan dalam, Gerik-Baling. 

8.30 malam - Oh ya,,,dalam pukul 8.30 malam kitorang berhenti di Medan Selera Lenggong untuk menikmati makan malam dan menunaikan solat jamak Isyak. Lepas makan-makan tu kitorang meneruskan perjalanan semula ke Baling. Kiri kanan jalan memang tak nampak apa. Gelap jer. Haila.berani betul anak-anak dara ni tau. Hehehe...

11.15 malam - Alhamdulillah, dalam lebih kurang pukul 11 malam kitorang akhirnya sampai jugak ke Masjid Ridzuaniah, Baling. Meeting point kami semua untuk keesokkan harinya. Berdebar jugak ni. Boleh ke idak kami bermalam di masjid ni? Syukur sangat-sangat bila pakcik yang jaga masjid tu mengalu-alukan kehadiran kami. Dia kata memang selalu orang datang duk tido kat masjid tu sebab esoknya nak naik Baling dan Pulai. Solat pun dah..badan pun dah letih..esok nak start mendaki. Molek lah kalau kitorang tidur dulu. Tapi, aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Ada aje bunyi orang keluar masuk masjid tu. Bunyi motor lah..Bunyi keretalah...suara orang lelaki lah yang aku dengar tu. Mungkin depa datang dari luar Kedah dan nak naik Baling dan Pulai esoknya jugak. Takper lah, asalkan korang jangan masuk bahagian perempuan udah la ek...Hehehe...


Masjid Ridzuaniah, Pekan Baling



14 Januari 2017

5.30 pagi -  Aku dah mula bangun sebab tak tahan nak buang ayaq kecik. Dengar dah suara orang ramai kat luar. Maybe dah sampai kot group-group yang lain tu. Kitorang berempat pun bangun dan mempersiapkan diri untuk solat berjemaah Subuh. Perghh...bila tidur dalam masjid wajiblah kena bangun awalkan..mandi..gosok gigi...ambil wuduk dan solat berjemaah sekali. Alhamdulillah....Hehehe...ada jugak hikmahnya tu.

7.30 pagi - Dah siang..Group dari JB pun dah sampai. Dorang jugak akan turut serta naik Baling dan Pulai ni. Dorang ni jugak akan sama-sama dengan kitorang satu homestay malam nanti. Oh ya...aku join trip ke Baling dan Pulai melalui trip SAS adventure. Organizer yang organize masa aku naik Belumut tempoh hari. Kitorang jumpa Abang Amad kat luar masjid. Dia suruh p sarapan dulu. Bila siang ni barulah aku nampak dengan jelas kawasan Baling ni. Masjid yang kitorang bermalam tu belakangnya mungkin kawasan gunung Baling mengunjur ke Pulai. Cantik sungguhlah haii...Baling ni pekannya kecik jer. Tak ader besar mana pun. Shopping Mall pun aku kira takde. Tapi aku suka sebab damai dan menyenangkan. Tenang jer. Tak de hiruk pikuk kota. Kawasan pun still hijau. Kitorang sarapan pagi di sebuah gerai dihadapan masjid. Orang-orang kat sini memang baik-baik dan peramah giler. Mesti depa selalu dikunjungi oleh orang-orang luar yang berkunjung ke sini untuk mendaki Gunung Baling dan Pulai.


Abang Amad memperkenalkan kitorang kepada Mat Kassim yang merupakan guider kitorang untuk trip kali ni. Serasanya Mat Kassim ni memang orang tempatan sini. Line up untuk trip kali ni tak silap aku 19 orang je. Ini untuk yang naik Baling. Ada yang nak naik Pulai esok tapi tak naik untuk yang Baling ni.

8.30 pagi - Lepas sarapan kitorang berkumpul semula di hadapan masjid. Abang Amad mengarahkan kitorang menuju ke pintu masuk Gunung Baling. Tak jauh mana pun dari masjid tadi tu. Lebih kurang 5 minit memandu jer. Sedikit briefing dan warming up yang diketuai oleh abang Amad dan Mat Kassim. Actually, masa kitorang tiba tu memang banyak giler kereta dah dipark. Mesti dorang ni dah naik awal-awal pagi. Kitorang je yang naik dah agak lewat. Dalam pukul 9 jugaklah.



SELAMAT DATANG PENDAKIAN GUNUNG BALING


9.00 pagi - Trek mendaki Baling bagi aku agak mudah pada permulaanya. Mudah tak mudah jugaklah bila masa di awal pendakian, kita akan melalui jalan bertanah merah. Tak dapat dibayangkan kalau hari hujan. Mesti habis baju kotor. Nak turun pun pakat gelungsur jer. Curam jugaklah trek mendakinya tu. Laluan yang seterusnya ialah kita akan menaiki tangga untuk sampai ke check point pertama yang diberi nama sebagai Gua Kambing. Bila sampai kat sini pemandangan yang korang nampak ialah batu-batuan. Kata deme kalau tengok betul-betul, bentuk batu tu menyerupai seekor kambing sebab tu diberi nama Gua Kambing. Start dari Gua Kambing ni trek memanjat pulak. Memang koje ko asyik memanjat jer.




Gua Kambing



Perjalanan ke puncak memgambil masa selama lebih kurang 2 jam (bagi aku lah)....

11.00 pagi - Akhirnya aku sampai jugak ke puncak. Yeayyy...Tapi tak sampai yang ke huruf  I tu sebab panas giler kot kat atas tu. Terik sangat-sangat. Bak kata orang utara, panas lit lat. Sebab tu aku surrender nak naik sampai ke atas. Jadilah dapat tengok view Baling dan paling bestnya dapat tengok view Pulai dihadapan mata. Seriously, cantik sungguh pemandangan masa tu. Subhanallah..tak terkata nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya. Syukur sangat-sangat kerana diberi peluang menikmati keindahan ciptaanNya.


Finally, Cik CT was here...


Sebahagian view dari puncak Baling. Depan tu lah puncak gunung Pulai..


Akhirnya, dapat jugak cuit puncak Gunung Pulai. Esoknya, aku nak cuit pulak puncak Gunung Baling....Boleh tak???Kihkihkih..



Pendaki Anggun sedang menikmati sepuas-puasnya keindahan di hadapan mata sampai terlupa beg kat belakang tu..Hahaha...


Selfie berlatar belakangkan Pulai bersama Yakin...




12.30 tengah hari - Kepala dah start pening ni. Mata pun dah berpinar ni. Baiklah kalau kitorang turun. Gambar pun dah puas dah snap. Cukup-cukuplah tu. Esok nak naik Pulai pulak. Perjalanan turun macam biasalah. Kau nak berlawan pulak dengan jari-jari kaki tu. Tapi biasalah, bila nak turun ni masing-masing laju jer. Sebab apa? Sebab nak minum air. Silap aku masa naik Baling ni aku tak bawak bekalan air yang mencukupi. Aku just bawak mineral water 500ml. Memang idaklah le nak tahan sampai ke bawah semula. Belum sampai puncak, air dah habis. So, disarankan better bawaklah air mineral yang 1.5L. Untuk kesenangan diri jugak kan. Mane nak dicekau air masa nak turun tu. Kalau hujan boleh lah jugak nganga mulut tu tadah air hujan. Hohoho...




1.30 petang - Alhamdulillah...sampai jugak ke kaki gunung. Yahooo...Benda pertama yang dicari tentu sekali air. Oh ya..before tu masuk toilet sebab nak basuh tangan. Satu lagi silap aku, masa mendaki tadi aku tak pakai glove. So, memang bertanahlah tapak tangan tu. Huhuhu..

Turun-turun je ade makcik tu jual ayaq sejuk. Makk aii..macam-macam air ader. Air yang menjadi pilihan aku tentulah air oren. Ya Allah, nikmatnya rasa. Tekak yang kering bila dibasahkan memang nikmat. Hilang sudah rasa dahaga tadi.

Kitorang tak terus balik tau. Kene tunggu group yang lain turun. Masalahnya, penat sangat ni. Letih giler. Aku dah boleh nak terlelap kat situ jugak. Hahaha..

So, puas hati dapat jugak tawan Gunung Baling. Yessszzaaa...syabas Cik CT....

Apa aktiviti seterusnya...???

3.00 petang - Dah alang-alang sampai Baling tu, kitorang singgahlah sat Lata Bayu mandi ayaq terjun. View memang ohwsem...Malangnya bateri phone aku flat. Tak dan nak snap picture. Lagipun, aku dah pandang air terjun tu macam aku pandang katil jer. Hahaha...Aku tak mandi pun. V, Umi dan Yakin jer mandi. Aku duk mentekedarah kat tepi batu ni. Lapaq bak hang.


Lata Bayu

5.00 petang -  Puas dah mandi, kitorang start menuju ke homestay. Melengas dah badan ni nak mintak dimandi. Malam ni kitorang akan bermalam di Ahsana Homestay. Memang best giler ahh homestay. Cantik siot. Recomended sangat bagi sesiapa yang bercadang nak bermalam di Pekan Baling ni. Kemudahan bilik yang boleh aku katakan cukup sempurna. Semua ada. Pulak tu berhadapan dengan view Gunung Pulai. Memang sangat cantik dan mendamaikan. Seperti yang aku cakap mula-mula tadi, kitorang berempat akan berkongsi bilik dengan 4 lagi rakan yang dari JB tu. Bilik yang kitorang sewa berharga RM150 untuk satu malam. Boleh lah tu kalau dibahagikan dengan 8 orang. Berpatutan lah sangatkan...Lagipun disediakan katil bersaiz King dan juga katil bersaiz Queen. Memanglah muat sangat-sangat. Besar pulak tu. Ade je rumah yang lagi besar tapi duit yang dikeluarkan jugak mestilah besar kan. Hahaha...


Inilah tempat penginapan kami malam tu. Besar kan??? Bukan satu rumah ni tau. Sebelah kiri gambar tu jer. Bilik Al-Fateh nama diberi... Yang sebelah tu pulak bilik Al-Farabi...Bilik ni orang lainlah yang duduk..Bukan kami....So, kiranya satu rumah ni ada dua bilik lah...


View dari hadapan pintu bilik Al- Fateh, Gunung Pulai..

8.30 malam - Malamnya, kitorang siap-siap nak p cari makanan pulak. Perut dah lapaq kan. Pulak tu kata abang Amad, hari Sabtu je akan ada Pasar Malam Baling. Memang banyak giler kedai yang ada. Macam-macam makanan ada. Tinggal sedia duit jer. Kitorang berempat pun membeli memang tak hingat duniya. Bukan main banyak lagi. Tapi best. Bukan selalu kan.

11.30 malam - Hari dah malam. Baiklah kitorang masuk tidur dulu. Esok pagi-pagi buta dah nak kene bangun. Kitorang akan start mendaki Gunung Pulai pukul 3 pagi. 

Masalahnya sekarang..agak-agak aku boleh bangun ke tak???? Nak tahu aku bangun ke tidak??? Aku naik ke tidak..??? Tunggu aku update di entri yang lain pulak ye.....Hehehehe....

Daaa,,,,

Ekspedisi Gunung Pulai - 15 Januari 2017 coming soon entri....


1 comment:

  1. Assalam
    Mohon beberapa gambar permandangan untuk tujuan promosi gunung baling.
    Selamat Datang
    Puncak Baling
    permandangan

    ReplyDelete