Wednesday, 20 April 2016

Gunung Nuang Telah Ku Tawan

Jika kau fikirkan kau boleh...
Kau pasti boleh melakukan..
Jika kau fikirkan kekalahan...
Kau hampiri kegagalan..

Mujur saja aku tidak menemui kegagalan dalam misi aku dan rakan-rakan menawan puncak Gunung Nuang Sabtu yang lepas. Terkejut jugak dengan kemampuan fizikal dan mental diri sendiri dalam meneruskan pendakian sampai ke puncak tempoh hari. Kalau tidak, kegagalan lah yang aku temui nanti.

Alhamdulillah, hasrat dan impian untuk mendaki Gunung Nuang dapat direalisasikan pada hari Sabtu yang lepas. Tarikh 16 April 2016 adalah hari yang sangat memenatkan dan juga melelahkan. Betul-betul mencabar fizikal dan mental masing-masing. 

Pendakian yang seramai enam orang sahaja akhirnya berjaya juga ditamatkan. Actually, pendakian kali ini dikhaskan untuk Amy. Al-maklumlah, dua minggu yang lepas kan Amy cancel naik Nuang tu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Amy sendiri. So, nak tak nak Amy kenelah juga mengwajibkan diri untuk turut serta dalam pendakian kali ini. So, aku pun tumpang sekakilah jugak. Hehehe...

Kasihan Amy hari tu. Nampak benar mental dia koyak. Hampir-hampir juga menyerah kalah di tengah pendakian. Mujur jugak ada rakan-rakannya yang banyak memberikan Amy dorongan dan semangat. Hehehe..Walaupun Amy kata dia agak stress bile ada orang yang menekan die dari belakang. Selalunya, memang Amy antara orang yang lebih awal kehadapan kalau xtvt mendaki ni. Tapi, hiking kali ni nampaknya tidaklah pulak. Rasenya ada sesuatu yang mengganggu fikirannya itu. Tapi, berkat semangat dan dorongan rakan-rakan yang lain, berjaya jugak Amy sampai ke puncak Gunung Nuang.

 Syabas Amy...Amy wanita gagah....

Berbalik semula pada ekspedisi pendakian kami...

Cadangan awalnya nak naik tepat jam pukul 4 pagi. Menurut kata Syakir, yang juga merupakan ketua bagi ekspedisi kali ini, pendakian ke Gunung Nuang mengambil masa lebih kurang 14 jam turun dan naik. Itu kalau dalam rentak steady dan cool lah. Kalau dalam rentak yang laju mungkin lagi cepat sampai kot.

Makanya, lebih baiklah kalau kitorang start awal pagi. So, tak ade lah kami tiba di kaki gunung lewat malam. Namun, disebabkan atas faktor kesesatan yang memang tak dapat nak dielakkan, aku dan Amy tiba agak lewat di kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang tu. Boleh pulaklah jalan nak ke Hulu Langat tu ditutup. Bukan main jauh kami buat u-turn tau. Nasib lah sampai jugak ke destinasi. Sesampai je, Syakir, Izzu dan Hakim sudah lama menantikan kedatangan kitorang berdua. Hehehe...sengih jer lah Amy..Iyer lah, janji nak start naik pukul 4 pagi. Alih-alih, kitorang start naik pukul 5 pagi jugak. Huhuhu...

Secara peribadinya, pendakian ke Gunung Nuang benar-benar mencabar mental dan fizikal aku. Serious giler penat. Dengan trek mendaki yang "pacak" tak hengat. Mendaki akar-akar berselirat yang membentuk tangga. Mendaki batu-batu untuk sampai ke puncak. Memang betul-betul mencabar kesabaran aku sendiri. Kalau kaki tersilap langkah, maka tergoleklah aku ke bawah. Huhuhu...Kalau tak bernasib baik, terpeleot lah kaki ini. Mujur sepanjang pendakian tak ada bende-bende buruk yang berlaku kepada kami berenam.

Berbekalkan "headlamp" dan "torchlight" memasing, kami memulakan perjalanan memasuki kawasan trek balak. Masha Allah, bukan main jauh lagi sebenarnya trek balak ni nak menuju ke pintu masuk Gunung Nuang. Diulangi, kita perlu berjalan sepanjang 5KM sebelum sampai ke pintu masuk trek ke Gunung Nuang tau. Waktu Subuh tu memang tak rasa lah jauhnya tu. Tapi bile time turun tu, mak aiii...koyak sat mental aku tengok trek balak tu. Jauh giler rupenye. Nak menangis pun ada tau. Psiko giler lah...

Lebih kurang dalam satu setengah jam kami trekking, dalam pukul 6.30 pagi kami sampai di pintu masuk ke Gunung Nuang. Ramai pendaki-pendaki lain yang tiba masa tu. Masing-masing mengerjakan solat subuh pagi tu. Jangan risau, kawasan ni memang banyak air. Sebab kawasan inilah kawasan sungai dan air terjun. Ada juga pendaki-pendaki lain yang pasang khemah kat sini. Bestnye dapat mandi ayaq sungai...Huhuhu...Tak boleh..kami kene teruskan pendakian.

Tepat pukul 7 pagi kami meneruskan pendakian. Kami sampai ke Kem Lolo pada pukul 7 pagi. Kem Lolo antara kawasan based camp. So, sesape nak bercamping boleh lah pasang khemah kat sini. Ada air terjun uollss...Kami just pass thru jer Kem Lolo dan meneruskan pendakian ke Kem Pacat. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat memang lamer giler. Lebih kurang 2 jam kot. Mental sekejap aku dibuatnye. Tapi, alhamdulillah, kitorang berenam sampai jugak ke Kem Pacat pada pukul 9.30 pagi. Kem Pacat jugak salah satu kem yang boleh korang bercamping. Tapi agak sukar lah nak dapatkan sumber air kat sini. Huhuhu... Tapi kat Kem Pacat ni ada rambut Rapunzel tau. Hehehehe...





Kat Kem Pacat ni kitorang rest lebih kurang dalam 15 minit. Isi perut masing-masing bagi meneruskan perjalanan. Aku seperti biasalah, memang tak lalu nak jamah makanan kalau daki gunung ni. Entahlah, aku rase ayaq mineral tu lagi sedap dan nikmat berbanding makanan-makanan yang lain. Hahaha...Aku just minum ayaq milo ja yang Syakir bawak. Dalam pukul 9.55 pagi kami meneruskan pendakian semula ke Puncak Pengasih. Trek nak ke Puncak Pengasih ni lah paling psiko giler. Bapaklah hai...aku rase macam nak pengsan dibuatnya. Memang kojenye memanjat jer lah. Rock Climbing kami hari tu. Giler lah.. pastu dalam kepala asyik pikir bila lah nak sampai ni. Selisih dengan pendaki-pendaki lain yang nak turun, tanya depa berapa lama lagi nak sampai ke Puncak Pengasih..dorang kate lagi setengah jam..Tapi sampai ke sudah tak jumpe-jumpe lagi Puncak Pengasih. Stress giler lah...Hehehe...Ramai hikers lain yang turut naik dan turun masa tu. Aku ingat lagi sorang uncle ni..siap menyanyi untuk kitorang nak bagi kitorang motivasi bagi meneruskan perjalanan. Hilang kejap rasa tekanan tu. Thank you lah uncle...Hehehe...

Lebih kurang satu jam setengah memanjat je kojenye, dalam pukul 11.30 pagi kitorang sampai jugak ke Puncak Pengasih. Ni lagi satu psiko..Ingatkan dah sampai lah puncak yang dicari-cari. Rupa-rupanya ni puncak tipu. Puncak yang sebenar-benarnya ada lagi setengah jam perjalanan turun dan naik di hadapan. Mak aii..tak sampai lagi ker...hukhukhuk..bila nak sampai ni. Penat tau..hahaha....Kat Puncak Pengasih ni kitorang duduk rehat-rehat sat sebelum meneruskan perjalanan. Makan apa yang patut.Wefie bagai-bagai...Kat Puncak Pengasih ada satu laluan ke arah mercu tanda sempadan antara 3 negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tapi, kitorang tak singgah pun situ. Kitorang nak teruskan perjalanan ke puncak je terus.

Alhamdulillah, dalam pukul 12.35 tengah hari kami selamat sampai ke puncak. Yahooooo....Dah Sampai Akhirnya...Perghh..penat giler seh...ape lagi cari port menarik sikit. Landing dan keluarkan apa yang patut dalam beg galas masing-masing. Hakim bawak ayaq panas. (Berapa kilo berat la die bawak beg haversack die tu). Huhuhu... Syakir pulak bawa maggi cup. So, apa lagi kenduri maggi cup lah kami berenam kat atas puncak tu. Hehehe...Orang memang ramai atas puncak ni...Sebab ade juga pendaki yang naik dari laluan Janda Baik. Depa kata, laluan dari Janda Baik lebih mudah dan pendek berbanding kalau ikut laluan dari Hulu Langat. Entahlah, mungkin lepas ni nak try daki Nuang lalu ikut Janda Baik pulak..Hehehe..

Setelah lebih kurang hampir satu jam lepak-lepak kat atas tu sambil menghirup udara puncak dan menghayati view yang cantik, kitorang decide nak memulakan pendakian turun pulak. Dipendekkan ceritanya lah yer...Kitorang selamat sampai bawah lebih kurang dalam pukul 7.45 malam.. Naik waktu gelap turun pun waktu dah gelap. Hehehe...seharian ko kami dalam hutan.

Log Perjalanan Nuang

5.00AM - Start trekking
6.36AM - Smpai hujung trek balak
7.00AM - Sambung trekking
7.30AM - Pass thru Kem Lolo
9.25AM - Smpai Kem Pacat
9.55AM - Smbung trekking
11.30AM - Smpai PuncakPengasih
11.45AM - Smbung trekking
12.35PM - Smpai puncak
1.30PM - Start turun
2.15PM - Smpai Puncak Pengasih
2.20PM - Smbung trekking
3.20PM - Smpai Kem Pacat
3.40PM - Smbung trekking
5.00PM - Smpai Kem Lolo
5.20PM - Smpai trek balak
6.05PM - Smbung trekking
7.45PM - Sampai bawah

Apa yang boleh aku rumuskan mengenai pendakian aku kali ni ke Gunung Nuang???

Rasa sangat puas hati. Rasa juga sangat bangga dengan diri sendiri sebab mental dan fizikal aku sangat baik sepanjang pendakian hari tu (Puji diri sendiri..Masuk bakul angkat sendirilah)..Hehehe..Alhamdulillah, perjalanan jugak berjalan dengan lancar dan smooth. Tak ada bende yang tak baik berlaku pada kitorang berenam. Pendakian kami dipermudahkan olehNya. 

Tapi, seperti biasalah..dah lepas turun, balik rumah barulah terasa kebas dan sengal-sengalnya urat-urat kaki aku ni. Sakit giler weii kaki aku hari Isnin tu. Gagahkan juga badan dan kaki ni masuk opis. Hahaha..Terkengkang-kengkang aku berjalan. Turun naik tangga tak usah cakaplah..Rasa macam nak menangis mak nakk....!!!Tapi apa-apa pun, aku memang puas hati dapat menawan salah satu gunung yang tertinggi kat area Selangor ni..Hahahaha...

Syabas Yus!!! Yus Wanita Gagah!!! Hahahaha...


View dari atas puncak Gunung Nuang..sayangnya tak berapa nak nampak sebab berkabus. Huhuhu...


Kami berwefie di Puncak Pengasih...



Selamat Datang ke Dataran Pacat.. 

  Berehat sebentar di Puncak Pengasih sebelum meneruskan perjalanan ke puncak yang sebenarnya...






Meredah sungai sebelum menuju ke Kem Pacat..Sejuk bak hang ayaqnya... 

Landing Time...Relaks-relaks sebelum start turun.. 




Kami di Puncak Gunung Nuang.... 

















Antara laluan yang perlu diredahi sebelum nak sampai ke Puncak Pengasih...




Penanda Puncak 

Sedikit Info Mengenai Gunung Nuang yang aku dapat dari uncle Wiki...

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.

Bagi aku, ekspedisi kali ini adalah ekspedisi yang sangat best. Impian untuk mendaki Gunung Nuang akhirnya terlaksana juga...In shaa Allah..jika diberi kelapangan aktiviti mendaki ini akan aku teruskan juga sampai bila-bila...

P/S: Nak story satu pengalaman yang agak mistik sikit....Time berjalan keluar lalu area trek balak ri tu. Time tu dah pukul 7.15 malam kot..(sebab baru lepas azan Maghrib). Dalam tengah aku menyuluh kehadapan, tetibe aku ternampak sekilas bayangan lembaga berpakaian serba putih. Mak aii..berdesup darah aku naik ke kepala. Bertakbir aku sekejap. Terus aku tundukkan semula pandangan aku ke bawah. Tak berani nak pandang depan. Lepas hati aku tenteram sikit, perlahan-lahan aku alihkan mata aku kehadapan. Aku nampak hanya trek balak yang jalannya memang berturapkan simen putih tu. Aku tak tahu lah sama ada ape yang aku nampak tu hanyalah satu ilusi atau sebenarnya jalan yang berturap simen tu jer. Huhuhu...Iyer lah, bile dah senja, pastu kau jalan pulak dalam hutan memanglah macam-macam bende bermain di kepala. Daun sedang ditiup angin pun boleh nampak macam satu lembaga yang menakutkan. Moral of the story nya...jangan duk berjalan dalam hutan waktu-waktu senja. Sebab mungkin ada saje "bende lain" yang sedang memerhatikan kite...eee...seram plak saya..hehehe.....

Wallahulam...

1 comment:

  1. Wow, kabus tak nampak sangat la kan kat puncak?

    Alhamdulillah takde jadi pape kat Pisyek masa naik Nuang dulu.

    Pengalaman Pisyek: Misi Menawan Gunung Nuang

    ReplyDelete