Saturday, 30 April 2016

Sabtu Minggu Ke-Lima

Lalalalalalalalalalala....................................Lalalalalalalalalalala...............

Huarghhhh...Sabtu yang membosankanlah...Tak produktif dan inovatif langsung hari ini. ..Tak tahu dah ni nak buat aper...Bosan lah plak every day buat rutin yang sama..Filing dah setel..Kadang-kadang semak gak mata ni..banyak naww paper dalam opis ni..Huhuhu...

Jarum tu bergerak macam slow sangat lah. La ni baru pukui 11. Ade dua jam lagi nak ke pukui 1. Aduhaii..awat arr?? Kalau weekday tu, cepat benar masa berlalu. Dalam sedar tak sedar dah masuk waktu lunch. Dalam sedar tak sedar dah waktu balik. Dalam sedar tak sedar jugak esok dah masuk keje balik. Hehehe...Tapi bile keje hari Sabtu ni..alahai..jarum jam tu rasa macam x nak bergerak. Rasa dah cepat dah masa berlalu...tapi bile dok pandang jam..ehh..ehh..baru lepas lima belas minit. Ingatkan dah lepas sejam..Hahaha...

Punyerlah tak sukenye kije hari Sabtu..Hihihihi........

Friday, 29 April 2016

Bile esok keje..

Oooohhhh Maii...

Esok guwe keja dong. Waduh..waduh..waduh..lemah sekali sih bila Sabtu guwe digangguin...Nggak sukak sih...

Huhuhu..Kok udah ngapain ngobrol nya tuh..Hahaha....

Ni lah jadinya bila Cik CT lemau esok keje. Merepek je. Belum lagi jumpe hari Sabtu esok. Mati kutu lah esok saya jawabnyerr. Huhu...

Ya..esok, 30 April 2016..Sabtu minggu kelima. So, Revongen mengwajibkan esok waktu bekerja. Aduhhh..tak semangat tol lah. Awat tak tukaq p tarikh lain. Dah lah minggu ni cuti 4 hari coz ade cuti Hari Pekerja. hukhukhuk. Tak dapat nak bermalas-malasan di rumah lama-lama. Psiko kot bile ko p koje tp kilang-kilang, opis-opis sekeliling kau tutup. Kereta pun tak banyak di kiri dan kanan jalan. Tak ke bengang tuh. 

Tapi, nak wat lagu mana..bersyukur lah bukan keje every Saturday. Nak jumpe Saturday minggu ke lima ni pun bukan selalu kan. So, akak redha jer lah Kiah oii...Hahaha...

Okay. sessi luah perasaan cukup sampai di sini. Sambung balik buat keje. Esok pagi kite mengomel lagi na....

Thursday, 28 April 2016

PEWIIT SKINCARE

Masalah jerawat pada wajah memang merimaskan dan juga melemaskan. Adakalanya rasa sangat menyedihkan. Betul tak???

Siapa wanita dalam dunia ini yang tidak mahu memiliki kulit wajah yang cantik, bersih dan putih mulus. Bebas dari sebarang parut atau pun bekas-bekas jerawat. Tentu sekali aku tidak terkecuali. Namun, sememangnya jerawat-jerawat suka naww naik kat wajah aku ni. Aku tak tahulah kenapa. Kalau diikutkan history aku bersama-sama Miss J ni..(Biarlah aku kenalkan jerawat aku ni sebagai Miss J), tak adalah horror sangat. Kadang-kadang x ada pulak Miss J ni naik secara mengganas. Time nak period tu ada lah die naik dalam 2 3 butir. Normal lah tu kan. Tapi itu pun cepat kering dan tidak meninggalkan bekas hitam yang melampau.

Namun tidak pada penghujung tahun 2015...Tekanan ku bermula di sini...

Miss J timbul dengan ganasnya di wajah aku. Tak tahu lah apa penyebabnya. Mungkin juga cara pemakanan yang salah. Dan mungkin juga cara pemakaian produk kosmetik yang tidak betul. Walau apa pun penyebabnya, memang aku tika itu berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Stress melihat wajah sendiri. Hahaha....

Akhirnya, setelah hampir sebulan aku tidak mengenakan sebarang skincare di wajah ku..aku decide lah nak try satu produk ni. Produk skincare ni diberi nama Pewiit Skincare. Aku jumpe kat FB. Produk ini menarik minat aku untuk mencubanya. So, aku decide lah nak try Pewiit Skincare ni. 



Mari kita tengok ape kelebihan produk Pewiit Skincare ni:

Pewiit skincare !!!!!!!......

Dalam 1set ada
- 1sabun kulit kayu manis
- day cream ( uv protaction)
- night cream ( alovera + vit A ,C E)


Kelebihannya sangat ajaib ..
€ menghilangkan jerawat batu
€ menghilangkan parut jerawat
€ menghilangkan kesan jerawat
€ memutihkan
€ mengecilkan pori kulit
€ menyihatkan kulit
€ muka andar berasa segar .
€ glowing
€ menghilangkan jeragat
€ menghikan kulit kusam
€ uv protaction
€ mengekalkan kelembapan kulit


Kandungan sabun/day cream/ night cream
® extract bunga cengkih selepas hujan
® extract kulit kayu manis turun temurun tok
® extract collagen
®extract gluta
® vitamin A C E
® extract alovera
® extract tomato
® 1 bunga cengkih = membantu menghilangkan jerawat dan jerawat batu
® 2 kulit kayu manis = membantu menghilangkan parut jerawat dan bintik-bintik hitam
® 3 collagen = mencantikan kulit dan mencerahkan kulit
® 4 gluta = melembabkan kulit wajah
® 5 vitamin A C E = menyihatkan kulit dan merawat sel kulit mati .
® 6 alovera = merawat kulit dan mengecil pori kulit wajah .
® 7 tomato = astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan , dan vitaman A ,C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit





Menarik dan teruja kan kandungan dalam sabun/day cream/night cream produk ni. Katanye bebas dari sebarang bahan kimia. Tak tahu lah sahih ke tidak. Tapi dah sis yang jual kat aku tu penuh yakin mengyakinkan aku so, yakin lah aku.  Kalau tipu lah aku, maka tipu lah jugak akak tu kat aku. Hahaha....(aper la ayat ko ni Yus)

Ternyata, aku yakin dengan kebenaran kata-kata sis tu sekarang. Sebabnya aku sendiri dah cuba produk ni dan ternyata aku sangat sukakan produk ni. Alhamdulillah, masalah jerawat aku dah semakin pulih. Biar pun tak pulih sepenuhnya tapi sedikit sebanyak ada lah perubahannya tu.

Perubahan yang terjadi pada wajah aku la ni:
- Kulit dah tak berminyak lagi (Yezzzaa...bangun tidur jer kulit rasa lembab dan tak melekit)
- Wajah nampak lebih segar dan berseri
- Jerawat naik pun cepat kecut dan kering (Yang ni paling aku suka..nyahh ko Miss J)
- Parut dan bekas jerawat yang dulu-dulu pun semakin pudar. (Yang ni lagi aku suka)

Paling abvious memang tang dahi aku. Giler lah dulu, Miss J naik dalam 3 biji kot kat atas tu. Plak tu besar-besar. Lepas tu Miss J tu tinggalkan bekas. Memang nampak hitam lah bekas Miss J tu. Tapi bile aku consume pakai skincare ni, bekas-bekas Miss J kat dahi tu dah semakin pudar. Gembira sungguh aku. Kawan-kawan serumah memang nampak perubahan yang terjadi pada wajah aku ni. Bila balik kampung pun mak ayah aku tegur kulit dah semakin elok. Wahhh..gembiranya aku. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat...

La ni, aku nak repeat order lagi. Aku consume produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. So, kalau korang di luar sana yang punya masalah kulit boleh lah try produk ni. In Shaa Allah, boleh mengurangkan masalah jerawat kat wajah tu. 

Rege?? Berapa regenye??

Pewiit skincare
(Normal Price RM250)

Untuk 99 org Sahaja..
HARGA PROMOSI
SET TRIAL -1 box rm 120 (ss rm130)
SET  JIMAT -2 boxes rm 180 (ss rm190)(jimat RM60)

* ss = sabah /sarawak..
**Nak lebih jimat pakat dengan kawan atau saudara ambk set jimat tu.


First order ri tu aku amik yang set jimat. Ader lagi kat umah tu. Just sabun je yang dah habis. Tu yang nak kene repeat order ni. Hahaha...

So, next entri pulak aku nak story pasal supplement yang baru bulan ni aku consume. Produk ni mesti korang pernah dengar punyer lah. Jadi fenomena kot produk ni. Begitu jugak dengan pengasasnya. Mesti pernah dengan PERLAKING kan??? 

So, kita ketemu di next entri ya...Daaaaa............


                                       Belanja sikit gambaq after consume Pewiit Skincare ni....

Tuesday, 26 April 2016

Birthday Lagi!!!

Hehehe..terkezutt eden td bile tetibe jer depa x keluar makan lunch ni. Tengok Ujie ngan Fathihah menonong jer keluar. Buat derkk je kat aku yang tengah memanggil ni. Dalam nak kejar dorang tu, Jasmine inform pergi bilik sebelah (bilik yang depan auditorium Revongen). Ehh..dah kenapa pulak..???

Jangan-jangan.................................

Yehhh..betul rupenye. Depa semua tengah prepare buat birthday celebration untuk sesape yang birthday die jatuh bulan 3 dan 4.

So, today we are celebrate birthday Me, Ina, Yana dan Miza...Alhamdulillah...kenyang rasenye hari ini. Duit pun tak payah keluar sebab ade orang sponser makanan. Hehehe..Macam biasalah. Bila buat celebration birthday ni mestilah banyak makanan kan. Kek sudah semestinya makanan yang wajib ada. Kek kali ini didatangkan khas oleh Ika. Katenye Ika yang buat bergurukan ibunya. Hehehe..Mak Ika yang buat ni. Ika just tolong tengok jer ni. Kihkihkih. Sedap bangat kek carrot walnut ni. Tak muak pun.

Selain itu, main dish nya ialah nasi ayam didatangkan khas dari restorang Nasi Ayam Warisan. Depa order kat area-area opis ni jer. Nyumm..nyumm..sangat sedap. Menu yang lain antaranya cucur badak dari Fathihah, cookies ice cream dari Ujie, Pudding Nata dari Kak Naz dan jajan Mamee Monster yang dibeli oleh Arina. Ini pun dah cukup banyak ni. Kenyang perut masing-masing. Alhamdulillah...

So, Terima Kasih buat Geng Gossip dan Makan Anjung Merah for the cute party...Hehehe............






Geng Gossip dan Makan Anjung Merah 
(Lepas ni bukan Anjung Merah 2 dah..tukar plak Geng Gossip dan Makan Zatulicious)



Birthday Girlzz yang diraikan..

Wednesday, 20 April 2016

Gunung Nuang Telah Ku Tawan

Jika kau fikirkan kau boleh...
Kau pasti boleh melakukan..
Jika kau fikirkan kekalahan...
Kau hampiri kegagalan..

Mujur saja aku tidak menemui kegagalan dalam misi aku dan rakan-rakan menawan puncak Gunung Nuang Sabtu yang lepas. Terkejut jugak dengan kemampuan fizikal dan mental diri sendiri dalam meneruskan pendakian sampai ke puncak tempoh hari. Kalau tidak, kegagalan lah yang aku temui nanti.

Alhamdulillah, hasrat dan impian untuk mendaki Gunung Nuang dapat direalisasikan pada hari Sabtu yang lepas. Tarikh 16 April 2016 adalah hari yang sangat memenatkan dan juga melelahkan. Betul-betul mencabar fizikal dan mental masing-masing. 

Pendakian yang seramai enam orang sahaja akhirnya berjaya juga ditamatkan. Actually, pendakian kali ini dikhaskan untuk Amy. Al-maklumlah, dua minggu yang lepas kan Amy cancel naik Nuang tu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Amy sendiri. So, nak tak nak Amy kenelah juga mengwajibkan diri untuk turut serta dalam pendakian kali ini. So, aku pun tumpang sekakilah jugak. Hehehe...

Kasihan Amy hari tu. Nampak benar mental dia koyak. Hampir-hampir juga menyerah kalah di tengah pendakian. Mujur jugak ada rakan-rakannya yang banyak memberikan Amy dorongan dan semangat. Hehehe..Walaupun Amy kata dia agak stress bile ada orang yang menekan die dari belakang. Selalunya, memang Amy antara orang yang lebih awal kehadapan kalau xtvt mendaki ni. Tapi, hiking kali ni nampaknya tidaklah pulak. Rasenya ada sesuatu yang mengganggu fikirannya itu. Tapi, berkat semangat dan dorongan rakan-rakan yang lain, berjaya jugak Amy sampai ke puncak Gunung Nuang.

 Syabas Amy...Amy wanita gagah....

Berbalik semula pada ekspedisi pendakian kami...

Cadangan awalnya nak naik tepat jam pukul 4 pagi. Menurut kata Syakir, yang juga merupakan ketua bagi ekspedisi kali ini, pendakian ke Gunung Nuang mengambil masa lebih kurang 14 jam turun dan naik. Itu kalau dalam rentak steady dan cool lah. Kalau dalam rentak yang laju mungkin lagi cepat sampai kot.

Makanya, lebih baiklah kalau kitorang start awal pagi. So, tak ade lah kami tiba di kaki gunung lewat malam. Namun, disebabkan atas faktor kesesatan yang memang tak dapat nak dielakkan, aku dan Amy tiba agak lewat di kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang tu. Boleh pulaklah jalan nak ke Hulu Langat tu ditutup. Bukan main jauh kami buat u-turn tau. Nasib lah sampai jugak ke destinasi. Sesampai je, Syakir, Izzu dan Hakim sudah lama menantikan kedatangan kitorang berdua. Hehehe...sengih jer lah Amy..Iyer lah, janji nak start naik pukul 4 pagi. Alih-alih, kitorang start naik pukul 5 pagi jugak. Huhuhu...

Secara peribadinya, pendakian ke Gunung Nuang benar-benar mencabar mental dan fizikal aku. Serious giler penat. Dengan trek mendaki yang "pacak" tak hengat. Mendaki akar-akar berselirat yang membentuk tangga. Mendaki batu-batu untuk sampai ke puncak. Memang betul-betul mencabar kesabaran aku sendiri. Kalau kaki tersilap langkah, maka tergoleklah aku ke bawah. Huhuhu...Kalau tak bernasib baik, terpeleot lah kaki ini. Mujur sepanjang pendakian tak ada bende-bende buruk yang berlaku kepada kami berenam.

Berbekalkan "headlamp" dan "torchlight" memasing, kami memulakan perjalanan memasuki kawasan trek balak. Masha Allah, bukan main jauh lagi sebenarnya trek balak ni nak menuju ke pintu masuk Gunung Nuang. Diulangi, kita perlu berjalan sepanjang 5KM sebelum sampai ke pintu masuk trek ke Gunung Nuang tau. Waktu Subuh tu memang tak rasa lah jauhnya tu. Tapi bile time turun tu, mak aiii...koyak sat mental aku tengok trek balak tu. Jauh giler rupenye. Nak menangis pun ada tau. Psiko giler lah...

Lebih kurang dalam satu setengah jam kami trekking, dalam pukul 6.30 pagi kami sampai di pintu masuk ke Gunung Nuang. Ramai pendaki-pendaki lain yang tiba masa tu. Masing-masing mengerjakan solat subuh pagi tu. Jangan risau, kawasan ni memang banyak air. Sebab kawasan inilah kawasan sungai dan air terjun. Ada juga pendaki-pendaki lain yang pasang khemah kat sini. Bestnye dapat mandi ayaq sungai...Huhuhu...Tak boleh..kami kene teruskan pendakian.

Tepat pukul 7 pagi kami meneruskan pendakian. Kami sampai ke Kem Lolo pada pukul 7 pagi. Kem Lolo antara kawasan based camp. So, sesape nak bercamping boleh lah pasang khemah kat sini. Ada air terjun uollss...Kami just pass thru jer Kem Lolo dan meneruskan pendakian ke Kem Pacat. Perjalanan dari Kem Lolo ke Kem Pacat memang lamer giler. Lebih kurang 2 jam kot. Mental sekejap aku dibuatnye. Tapi, alhamdulillah, kitorang berenam sampai jugak ke Kem Pacat pada pukul 9.30 pagi. Kem Pacat jugak salah satu kem yang boleh korang bercamping. Tapi agak sukar lah nak dapatkan sumber air kat sini. Huhuhu... Tapi kat Kem Pacat ni ada rambut Rapunzel tau. Hehehehe...





Kat Kem Pacat ni kitorang rest lebih kurang dalam 15 minit. Isi perut masing-masing bagi meneruskan perjalanan. Aku seperti biasalah, memang tak lalu nak jamah makanan kalau daki gunung ni. Entahlah, aku rase ayaq mineral tu lagi sedap dan nikmat berbanding makanan-makanan yang lain. Hahaha...Aku just minum ayaq milo ja yang Syakir bawak. Dalam pukul 9.55 pagi kami meneruskan pendakian semula ke Puncak Pengasih. Trek nak ke Puncak Pengasih ni lah paling psiko giler. Bapaklah hai...aku rase macam nak pengsan dibuatnya. Memang kojenye memanjat jer lah. Rock Climbing kami hari tu. Giler lah.. pastu dalam kepala asyik pikir bila lah nak sampai ni. Selisih dengan pendaki-pendaki lain yang nak turun, tanya depa berapa lama lagi nak sampai ke Puncak Pengasih..dorang kate lagi setengah jam..Tapi sampai ke sudah tak jumpe-jumpe lagi Puncak Pengasih. Stress giler lah...Hehehe...Ramai hikers lain yang turut naik dan turun masa tu. Aku ingat lagi sorang uncle ni..siap menyanyi untuk kitorang nak bagi kitorang motivasi bagi meneruskan perjalanan. Hilang kejap rasa tekanan tu. Thank you lah uncle...Hehehe...

Lebih kurang satu jam setengah memanjat je kojenye, dalam pukul 11.30 pagi kitorang sampai jugak ke Puncak Pengasih. Ni lagi satu psiko..Ingatkan dah sampai lah puncak yang dicari-cari. Rupa-rupanya ni puncak tipu. Puncak yang sebenar-benarnya ada lagi setengah jam perjalanan turun dan naik di hadapan. Mak aii..tak sampai lagi ker...hukhukhuk..bila nak sampai ni. Penat tau..hahaha....Kat Puncak Pengasih ni kitorang duduk rehat-rehat sat sebelum meneruskan perjalanan. Makan apa yang patut.Wefie bagai-bagai...Kat Puncak Pengasih ada satu laluan ke arah mercu tanda sempadan antara 3 negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tapi, kitorang tak singgah pun situ. Kitorang nak teruskan perjalanan ke puncak je terus.

Alhamdulillah, dalam pukul 12.35 tengah hari kami selamat sampai ke puncak. Yahooooo....Dah Sampai Akhirnya...Perghh..penat giler seh...ape lagi cari port menarik sikit. Landing dan keluarkan apa yang patut dalam beg galas masing-masing. Hakim bawak ayaq panas. (Berapa kilo berat la die bawak beg haversack die tu). Huhuhu... Syakir pulak bawa maggi cup. So, apa lagi kenduri maggi cup lah kami berenam kat atas puncak tu. Hehehe...Orang memang ramai atas puncak ni...Sebab ade juga pendaki yang naik dari laluan Janda Baik. Depa kata, laluan dari Janda Baik lebih mudah dan pendek berbanding kalau ikut laluan dari Hulu Langat. Entahlah, mungkin lepas ni nak try daki Nuang lalu ikut Janda Baik pulak..Hehehe..

Setelah lebih kurang hampir satu jam lepak-lepak kat atas tu sambil menghirup udara puncak dan menghayati view yang cantik, kitorang decide nak memulakan pendakian turun pulak. Dipendekkan ceritanya lah yer...Kitorang selamat sampai bawah lebih kurang dalam pukul 7.45 malam.. Naik waktu gelap turun pun waktu dah gelap. Hehehe...seharian ko kami dalam hutan.

Log Perjalanan Nuang

5.00AM - Start trekking
6.36AM - Smpai hujung trek balak
7.00AM - Sambung trekking
7.30AM - Pass thru Kem Lolo
9.25AM - Smpai Kem Pacat
9.55AM - Smbung trekking
11.30AM - Smpai PuncakPengasih
11.45AM - Smbung trekking
12.35PM - Smpai puncak
1.30PM - Start turun
2.15PM - Smpai Puncak Pengasih
2.20PM - Smbung trekking
3.20PM - Smpai Kem Pacat
3.40PM - Smbung trekking
5.00PM - Smpai Kem Lolo
5.20PM - Smpai trek balak
6.05PM - Smbung trekking
7.45PM - Sampai bawah

Apa yang boleh aku rumuskan mengenai pendakian aku kali ni ke Gunung Nuang???

Rasa sangat puas hati. Rasa juga sangat bangga dengan diri sendiri sebab mental dan fizikal aku sangat baik sepanjang pendakian hari tu (Puji diri sendiri..Masuk bakul angkat sendirilah)..Hehehe..Alhamdulillah, perjalanan jugak berjalan dengan lancar dan smooth. Tak ada bende yang tak baik berlaku pada kitorang berenam. Pendakian kami dipermudahkan olehNya. 

Tapi, seperti biasalah..dah lepas turun, balik rumah barulah terasa kebas dan sengal-sengalnya urat-urat kaki aku ni. Sakit giler weii kaki aku hari Isnin tu. Gagahkan juga badan dan kaki ni masuk opis. Hahaha..Terkengkang-kengkang aku berjalan. Turun naik tangga tak usah cakaplah..Rasa macam nak menangis mak nakk....!!!Tapi apa-apa pun, aku memang puas hati dapat menawan salah satu gunung yang tertinggi kat area Selangor ni..Hahahaha...

Syabas Yus!!! Yus Wanita Gagah!!! Hahahaha...


View dari atas puncak Gunung Nuang..sayangnya tak berapa nak nampak sebab berkabus. Huhuhu...


Kami berwefie di Puncak Pengasih...



Selamat Datang ke Dataran Pacat.. 

  Berehat sebentar di Puncak Pengasih sebelum meneruskan perjalanan ke puncak yang sebenarnya...






Meredah sungai sebelum menuju ke Kem Pacat..Sejuk bak hang ayaqnya... 

Landing Time...Relaks-relaks sebelum start turun.. 




Kami di Puncak Gunung Nuang.... 

















Antara laluan yang perlu diredahi sebelum nak sampai ke Puncak Pengasih...




Penanda Puncak 

Sedikit Info Mengenai Gunung Nuang yang aku dapat dari uncle Wiki...

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.

Bagi aku, ekspedisi kali ini adalah ekspedisi yang sangat best. Impian untuk mendaki Gunung Nuang akhirnya terlaksana juga...In shaa Allah..jika diberi kelapangan aktiviti mendaki ini akan aku teruskan juga sampai bila-bila...

P/S: Nak story satu pengalaman yang agak mistik sikit....Time berjalan keluar lalu area trek balak ri tu. Time tu dah pukul 7.15 malam kot..(sebab baru lepas azan Maghrib). Dalam tengah aku menyuluh kehadapan, tetibe aku ternampak sekilas bayangan lembaga berpakaian serba putih. Mak aii..berdesup darah aku naik ke kepala. Bertakbir aku sekejap. Terus aku tundukkan semula pandangan aku ke bawah. Tak berani nak pandang depan. Lepas hati aku tenteram sikit, perlahan-lahan aku alihkan mata aku kehadapan. Aku nampak hanya trek balak yang jalannya memang berturapkan simen putih tu. Aku tak tahu lah sama ada ape yang aku nampak tu hanyalah satu ilusi atau sebenarnya jalan yang berturap simen tu jer. Huhuhu...Iyer lah, bile dah senja, pastu kau jalan pulak dalam hutan memanglah macam-macam bende bermain di kepala. Daun sedang ditiup angin pun boleh nampak macam satu lembaga yang menakutkan. Moral of the story nya...jangan duk berjalan dalam hutan waktu-waktu senja. Sebab mungkin ada saje "bende lain" yang sedang memerhatikan kite...eee...seram plak saya..hehehe.....

Wallahulam...

Friday, 8 April 2016

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Jadi....
Selamat Hari Jadi....
Selamat Hari Jadi ...Yus..
Selamat Hari Jadi....



Selamat Hari Lahir diucapkan untuk diriku sendiri. Hehehehe..Moga-moga dengan bertambahnya umur ini, aku menjadi semakin matang dan dewasa. Dipanjangkan umurnya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amiin..Ohh..tak terlupa jugak, moga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik. Amiin...

Alhamdulillah, kini umur aku sudah mencapai ke angka 29 tahun. Tanggal 07 April 1987, emak selamat melahirkan anaknya ini yang ketika itu berat, makk aii..mencecah ke angka 4 kilo. Semangat betol anak Pak Sarip dan Mak Ani ni. Hehehe. Alhamdulillah, hingga ke umur ini diberikan kesihatan yang baik-baik.

Sambutan kelahiran tahun ni seperti biasa macam tahun-tahun yang terdahulu jugak. Dapat ucapan selamat dari kawan-kawan. Hari ni aku balik kampung. Nak celebrate sesame dengan famili. Lagipun dah lame aku tak balik kan. Hehehe...

Okaylah...Happy Birthday Siti Faiross Shariff..May Allah bless you..

Wednesday, 6 April 2016

Mencari Sunrise di Puncak Broga

Gigih yer Cik CT bangun pukul 2 pagi...
Tido sejam setengah jer...Cukup ke tu???
Semata-mata nak mengejar sunrise di puncak Broga....Hehehe...

Alkisahnya begini...26.03.2016 yang lepas sepatutnya plan asal nak mendaki Gunung Nuang. Tapi sayangnya, plan tak menjadi. Sebabnya?? Sebabnya..Amy tak jadi nak join. So, aku pun tak join jugaklah. Hehehe..Takper lah..x ada rezekilah tu nak try daki Gunung Nuang. Mungkin di lain hari kot...

So, backup plannya...kak Dayah ajak naik Bukit Broga hari Sabtu tu. Ini kali ke tiga aku panjat Broga. Tapi kali ini tujuan utamanya ialah mahu melihat terbitnya matahari di atas bukit. Chewaahhh...iyer lah, ekspedisi kali pertama tak berjaya..ekspedisi kali kedua tempoh hari naik dah agak lewat. Matahari dah atas kepala baru sampai puncak. So, kali ketiga ni plak nak merasalah panjat awal-awal pagi. Memanjat di dalam kepekatan malam bertemankan anging yang menderu-deru diiringi dengan bunyi unggas-unggas. Echewaaahhh..ayat ko....So, dalam pukul 12.30 malam kak Dayah selamat tiba di rumah aku di Subang. Kesian kak Dayah penat. Borak-borak sat lepas tu tido sekejap sebelum nak bangun pukul 2 pagi tu. Target kitorang nak keluar rumah pukul 2.30 pagi. Actually, hiking kali ni aku dan kak Dayah follow satu kelab aktiviti hiking yang baru saja ditubuhkan di FB. First xtvt depa adalah panjat Bukit Broga. Kebetulan pulak kak Dayah belum pernah naik Bukit Broga dan aku jugak belum pernah lagi mendaki di awal pagi. So, molek sangat lah kitorang join je group ni.

Kitorang berdua tidurlah sejenak dalam sejam. Pukul 2 tepat, jam phone berbunyi, automatik aku terus bangun. Bagusnye lahai anak Pak Sarip ni. Kalau nak bangun Qiam ke..Subuh ke..bukan main liat lagi ko yer..Hehehe...Ni nak panjat bukit, laju jer mata tu bukak...

Dalam pukul 2.30 pagi kitorang gerak keluar. Sejuk giler pagi tu. Kalau sambung tidur ni memang heaven lah..Aku pendekkan cerita la yer..berbantukan aplikasi Waze (aku tak ingat jalan nak ke Bukit Broga tu), akhirnya dalam lebih kurang pukul 3.30 pagi kitorang selamat sampai di kawasan ladang kelapa sawit, tempat parkir kereta. Macam biasa lah, kene hulur RM5 baru boleh masuk. Mula-mula, memang tak banyak kereta pun. Mungkin awal lagi kot. Ahli-ahli team hiking tu pun tak sampai-sampai lagi. Kitorang berdua jer lah yang dah sampai dulu. Cuaca sangat sejuk pagi tu. Berangin jer. Masuk toilet sat nak buang ayaq kecik. Kat atas tu bukannya ada sumber air. Nak cekau mana air nanti. Hahaha...

Dalam lebih kurang 15 minit menunggu, akhirnya sampai lah ahli-ahli team hiking tu. Tak silap ade lah dalam lebih kurang 15 orang kot. Siap ade baby lagi tau dalam lebih kurang umur setahun gtu. (kalau tak silap aku lah). Ayahnya yang gendong kat bahagian depan. Abang ni naik sekali dengan isteri dan seorang lagi anaknya. Gigih betul mak ayah budak ni. Kecik-kecik dah bawak anak-anak mendaki bukit. Baguss...Baguss...

Memang best bile mendaki di kala dinihari ni. (Echewahh..ayat aku...) Angin sejuk menemani aku di sepanjang pendakian. Bunyi-bunyi cengkerik memeriahkan lagi suasana. Langsung tak terasa lelah dan penat. Alhamdulillah, stamina aku di dalam keadaan baik. Berbekalkan flashlight di phone dan jurupandu team hiking, pendakian menjadi mudah. Maaf kak Dayah coz yus pergi meninggalkan akak di belakang. Yus tau akak akan ditemani mereka-mereka yang ada tu. Hehehe...Poyo lebih la ko yus...Hahahaha...

Alhamdulillah, tak silap aku lebih kurang dalam pukul 5.30 pagi kot kitorang sampai di puncak Bukit Broga. Ya Allah, cantik pemandangan waktu dinihari ni. Udara pun segar dan nyaman jer. Sambil menghirup udara atas bukit dan juga menunggu waktunya subuh, kak Dayah ajak aku baca Al-Mathurat. Bagus kak Dayah ni. Kalau lah yus sorang tu, memang yus dah selamat landing bentang sleeping bag kat atas tu. Ngorok..Hikhikhik...

Kenangan lucu yang x dapat dilupakan naik Broga kali ini ialah kitorang berdua solat subuh tapi arah kiblat salah. Bile matahari dah naik tu barulah perasan yang arah kiblat kitorang salah. Hehehe..Konfiden betol..Teringat semula kenangan masa panjat Bukit Tabur dua tahun yang lepas. Pun salah kiblat jugak...Hahaha...


Itu kah sunrise yang dicari-cari??? Tak dapat nak snap angle yang cantik-cantik. Sume orang dok konker batu tu. Ciss...



Ramai giler orang kat puncak tu. Tengoklah kat landmark Broga ni. Atas tu penuh dengan orang yang dah lama sampai dan juga yang baru sampai. Aku ngan kak Dayah dapat snap pic kat situ jer lah. Tak boleh nak naik dah. Siap ada yang landing tido baik punya kat atas tu. Even, sebelah tempat aku berdiri ni pun actually ade orang sedang lena diulit mimpi yang indah. Hahahahaha. Angin pagi kan. Memang best lah kalau buat taik mata..




Good Morning semua....Kami berdua di Puncak Broga lagi...

Alhamdulillah, berjaya jugak nak tengok matahari terbit di puncak Broga. So, dalam lebih kurang 2 jam lepak kat atas tu..orang pun dah makin ramai..lebih kurang pukul 8 pagi, kitorang berdua bergerak turun. Team hiking FB tu pun dah x tahu kemana depa pergi. Aku ngan kak Dayah bawak haluan kitorang sendiri. Terpisah dari group tu. Hehehe....

 Perjalanan turun sangat best. Tak penat langsung. Cuaca pun tak panas sangat. Angin die memang kencang giler lah. Sejuk je kat atas ni. Rasa macam tak nak turun. Rasa nak bawak balik angin tu ke rumah jer.
Almaklumlah, Subang kan tengah panas la ni. Hehehe...

So, dalam perjalanan nak turun tu memang banyaklah momen-momen indah yang sempat dicapture bersama kak Dayah. Siap buat video lagi tau. Hehehe...








Bukit Broga dah tiga kali naik..Jadinya, bila pulak nak naik terus ke Gunung Tok Wan tu? Alang-alang dah sampai Broga tu, jejaklah kaki tu sekali ke puncak Gunung Tok Wan pulak. Hehehe...In Sha Allah...Next Time...

Monday, 4 April 2016

Review: Batman Vs Superman : Dawn of Justice - (02 April 2016)

Kali ni aku nak review sikit movie yang baru jer keluar dalam bulan lepas iaitu Batman vs Superman : Dawn of Justice yang menampilkan dua watak superhero Batman, superhero dari Gotham City yang penuh dengan alatan yang berteknologi tinggi dan canggih manggih bergandingan dengan superhero Superman, seorang wira yang disanjungi oleh semua penduduk Metropolis (Smallville) City.




Terpikir sejenak di kepala ini..awat la depa berdua ni nak bertelagah. Nak berkelahi. Dah kenapa pulak depa ni saling nak menghapuskan antara satu sama lain. Depa berdua ni kan superhero. Tak molek lah nak gaduh-gaduh ni. Hish..macam budak-budak la haii...Hahaha...(Itu apa yang terpikiaq di kepala hotak aku ni la..)

So, apa penyebab depa berdua ni berkelahi? Apa puncanya? Before aku nak review dengan lebih detail lagi, meh kite layan sekejap trailer movie dan kita scroll sikit plot rasmi movie ini yang aku copy paste from pakcik Wiki...


PLOT: 

Eighteen months after the destructive battle with General Zod in Metropolis, Superman has become a controversial figure. Daily Planet journalist Clark Kent, Superman's alter ego, has moved in with Lois Lane. Meanwhile, billionaire Bruce Wayne, who has operated in Gotham City as Batman for nearly two decades, sees Superman as a potential threat to humanity. After learning of Batman's activities, Superman also views him as a threat, and seeks to stop him via the Daily Planet articles under his disguise.

Wayne learns that weapon trafficker Anatoli Knyazev has been contacting LexCorp's mogul Lex Luthor. Meanwhile, Luthor tries to convince Senator June Finch to allow him to import kryptonite retrieved from the Indian Ocean (results of Zod's terraforming attempt), claiming to use it as a "deterrent" against Kryptonians. He also makes side dealings with Finch's subordinate and demands access to Zod's body and the Kryptonian scout ship. In the next meeting with Luthor, Finch denies his request.

Wayne attends Luthor's party at LexCorp, where he meets mysterious antiques dealer Diana Prince, and retrieves data from the company's mainframe. The data drive, however, is stolen by Diana, who later returns it to Bruce, due to her inability to decrypt the data. While decrypting the drive at the Batcave, Wayne receives a vision of a post-apocalyptic world, where he leads a group of rebels against Superman. He is snapped out of the vision by a mysterious time traveler, who warns him of Lois Lane's crucial role in the distant future, and urges him to find "the others". Wayne later realizes that Lex is not only experimenting with kryptonite, but also investigating metahumans. One of them is Diana herself, who is an immortal warrior. Wayne admits to Alfred Pennyworth that he plans to steal the Kryptonite to weaponize it, should it become necessary to fight Superman. Batman pursues the convoy carrying the kryptonite from the White Portuguese ship to LexCorp, but Superman intercedes and orders him to cease his activities.
Luthor orchestrates a bombing at a congressional hearing, where Finch is questioning Superman on the validity of his actions. The bomb kills dozens of people, including Finch. Frustrated with failing to save people, Superman goes into self-imposed exile. Batman breaks into LexCorp and steals the kryptonite, in preparation to battle Superman by building a powerful exoskeleton and creating a kryptonite-powered riot gun and a kryptonite-tipped spear. Meanwhile, Luthor enters the Kryptonian ship and learns of its functions, as well as recorded alien worlds.

Luthor kidnaps and holds hostage Martha Kent, Clark's adoptive mother. He reveals that he has been sending messages to Batman and Superman to heighten their animosity towards each other. Luthor forces Superman to fight and kill Batman, in exchange for Martha's life. Superman tries to reason with Batman, but Batman initiates the fight and eventually gains the upper hand. Before Batman can kill Superman with the spear, Superman urges Batman to "save Martha", whose name is also shared with Wayne's late mother. Lois arrives and explains the situation. Upon learning of Luthor's plan, Batman leaves to rescue Martha, while Superman confronts Luthor on the scout ship. Luthor unleashes a monstrous creature made from Zod's body mixed with Luthor's DNA. Superman, Batman and Diana join forces to fight the creature, but are outmatched by its ability to absorb energy. Realizing that it is vulnerable to kryptonite, Superman retrieves the kryptonite spear and impales the monster, while it stabs him with its bone protrusions, killing Superman.

Luthor is arrested and imprisoned. Facing Batman in prison, he gloats that Superman's death has made the world vulnerable to powerful alien threats. A memorial is held for Superman in Metropolis. Clark is also declared dead and Wayne, Lane, Martha, and Diana attend a private funeral for him in Smallville. Martha passes an envelope to Lane, which contains an engagement ring from Clark. After the funeral, Wayne reveals to Diana that he plans to form a team of metahumans, starting from the ones from Luthor's files, to protect the world in Superman's absence. After they leave, a faint heartbeat echoes from Clark's coffin and the dirt around it begins to levitate.

Review Peribadi:

Pandangan aku, macam biasa pada permulaan cerita sepatah ape pun aku tak paham..sebab apa? satunya, sebab time aku dan Aisyah masuk Hall 11 tu, tak silap aku lah maybe sudah 10 minit kot movie dah start. Aku dan Aisyah berpandangan sesama sendiri. Apakahhh!!! Aku tengok balik tiket, kot-kot la aku dan Aisyah salah masuk hall ke. Bile diamat-amati semula tiket tu memang betul dan sah, patutnya movie start pukul 1 petang. Itu pun belum bermula lagi tayangan sebab biasalah pasti akan ada selingan trailer-trailer sebelum movie hendak bermula.

Hati dah rasa mcam tak puas hati. Rasa nak menyumpah pun iyer gak. Mana boleh gini kan. Tapi disebabkan movie pun memang dah start and tiket plak bapaklah mahal weekend tu, RM15 kau...(boleh buat duit makan Anjung 3 hari tau..Hahaha), kitorang berdua labuhkan jua punggung di seat tu. Kang marah plak orang lain duk tengok kitorang terkial-kial tak puas hati kat situ.

Sebab keduanya plak...aku kalau nengok movie omputih ni, part awal jer memang aku blurr ya amat. Sepatah apa pun aku tak paham apa jalan citernye. Hahaha...Tapi bile dah sampai part tengah-tengah tu, aku dah mula paham dah plot movie Batman Superman ni. Mujur jugak aku tak ajak Aisyah keluar panggung tu, kalau idak RUGI...RUGI....Hehehe...

Bile aku dah mula paham plot cerita, barulah aku rasa movie ni memang menarik giler. Apa yang boleh aku katakan, movie ni memang lebih menjurus kepada kehidupan watak Superman itu sendiri, iaitu Clark Kent. Pendapat peribadi aku, aku cuma nak kata watak Batman dan Wonder Woman dalam cerita ini just sampingan jer. Bagi menjayakan watak Superman itu jer. Sebab apa aku kata macam tu? Sebab memang plot cerita more to menjurus kepada Superman sahaja. Pelakon-pelakon pun semuanya melakonkan watak yang ada dalam movie Superman. Ada Louis Lane, ada Lex Luthor, ade Martha Kent, ada Daily Planet, dan ada juga  penduduk Smallville. Pendek kata aku rasa memang citer ni pasal Superman ajerlah.

Semua ni berpunca dari Lex Luthor. Aku rasalah kan Lex ni jeles kot dengan kejayaan dan kecemerlangan Superman yang menjadi hero dan kebanggaan bagi semua penduduk Smallville. Saja je nak jatuhkan Superman. Pastu plak main kotor, main culik-culik plak. Diculiknya ibu angkat Superman dan sebagai syarat untuk melepaskan Martha Kent, Superman diminta untuk membunuh Batman dan membawa balik kepala Batman sebagai bukti. Mujurlah jugak, Superman ni berakal panjang. Tidak terus menerus membunuh dan menyerang Batman sebaliknya meminta bantuan Batman untuk membantunya menyelamatkan ibunya, Martha Kent. Batman yang sememangnya merancang hendak membunuh Superman kerana dia menganggap Superman sebagai salah satu ancaman kepada penduduk bumi, akhirnya tidak meneruskan hajatnya itu. Mula-mula, bengang jugak dia bile tengah lawan-lawan, sambil tu boleh pulak Superman memujuk die supaya membantu menyelamatkan Martha. Siapa Martha? Who Martha? Martha Wayne, ibu die kan dah lama mati. Loius meleraikan tanda tanya si Batman ni dan mengatakan yang Martha Kent sebenarnya adalah ibu Superman.Oppss..nama ibu mereka sama rupenya. So, Batman tak nak dah ada lagi Martha yang terbunuh so, dia bantulah Superman selamatkan ibunya. Yeahhh..Martha Kent selamat....

Si Superman plak p la nak serang Lex Luthor. Lahabau betol lah si Lex ni. Tak cool langsung dan tak sama dengan watak Lex Luthor dalam drama bersiri Smallville tu. Dah la tak handsome..Oppsss.. Rupa-rupanya, Lex dah mencipta satu manusa yang boleh aku katakan bukan manusia pun. Tapi lebih kepada raksasa buruk kot. Buruk giler muke die. Dorang duk lah berlawan-lawan. Giler susah nak hapuskan raksasa buruk ni. Walaupun mereka bertiga (Superman, Batman dan Wonder Woman) bergabung tenaga untuk sama-sama menghapuskan raksasa ni, namun tak berjaya langsung. Dah kene tembak dengan senjata nuklear pun x jalan. x lut. Kebal betul.

Satu jer caranya.....Caranya ialah menggunakan batu Krypton. Sebab itu lah kelemahan bagi raksasa ni dan juga sebenarnya kelemahan bagi Superman itu sendiri. Aku pendekkan citer la yer...Akhirnya, Superman berjaya juga membunuh dan menghapuskan raksasa buruk itu walaupun akhirnya dirinya sendiri turut terkorban. Superman Mati Okay...Diulangi...Superman Mati Okay...Sedih lah jugak. berlinang lah jugak ayaq mata ni tau. hahaha...So, adat istiadat permakaman Superman dijalankan diseluruh bandaraya US tanpa sebenarnya tak ada pun jenazah Superman dalam keranda tu sebab dorang dah bawak jenazah Clark Kent untuk dikebumikan di Kansas disebelah makam ayahnya. 

Begitulah berakhirnya kisah seorang superhero yang bergelar Superman......Tapi yang aku peliknya di akhir cerita...tetibe je keranda yang mengisi jenazah Clark Kent aka Superman bergetar. eeehhhhh...Superman hidup balik ker???? Yang tu aku tak tahu..kot-kot lah lepas ni memang ada sambungannya. So, kite tunggu dan lihat sajalah nanti ya...

Satu je aku nak komen mengenai movie ni....pelik betol aku....punyer lah dah dilanyak, diganyang, dilontar, dibaling, dilempar, ditumbuk oleh Batman...Tapi Superman tetap maintan. Wajah tak ada langsung kesan lebam ke..darah mengalir ker..agak-agaklah kot. Rambut plak maintan tercacak. Apa daaaaa....

Satu komen aku untuk Batman pulak...mak aiii...ape punye costume lah si Batman ni pakai. Apasal aku tengok berat semacam jer costume Batman ni. Dengan topeng nya yang berbesi. Buruklah plak tu. Dan Batman nampak gemok dalam movie ni uollsss...Hahaha...

Komen aku untuk Wonder Woman plak...COOL.... AWESOME.....cantik siot minah ni...okay..itu jerr...

So, overall...untuk movie Batman Vs Superman : Dawn of Justice ni aku bagi 4 bintang jer.....

Okay..Selamat Menonton Korang.....





Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...