Monday, 15 February 2016

Ekspedisi Ke Bukit Kutu

Terlebih dahulu aku nak menegaskan yang Bukit Kutu patutnye bukan dipanggil sebagai Bukit Kutu. Sepatutnye ia dipanggil sebagai Gunung Kutu. Sebab ape aku cakap gitu??

Sebab bukit ni lagi tinggi dari gunung-gunung yang aku pernah hiking dulu. Cuba bayangkan Gunung Angsi hanya berketinggian 825 meter (2,702 kaki) jer dari aras laut. Tapi, Bukit Kutu ni ketinggian dia 1053 meter (3,456 kaki) tau. Menyamai taraf ketinggian sebuah gunung tau. Mak aii...bukan sebarang bukit ni. Aku assume bukit ni macamlah Bukit Broga tu. Dah namenye bukit kan. Mestilah aku aspect macam bukit. Hiking santai-santai gtu.

Aku tak tahu lah pulak kenapa dorang letak nama bukit ni sebagai Bukit Kutu. Mungkinkah di sini dahulu terdapat banyak kutu-kutu yang melata??? Kalau dalam bahasa Inggeris nya pulak, bukit ini dipanggil sebagai Trecher's Hill sempena nama Sir William Hood Trecher yang menemui tempat ini pada tahun 1893. Tempat ini tak silap aku dijadikan juga sebagai kawasan peranginan bagi golongan-golongan bangsawan British dahulu. Kiranya, ni pusat peranginan dorang la kot. Di sekitar kawasan ini juga terdapat beberapa kesan peninggalan daripada sebuah banglo yang pernah didirikan di situ iaitu tangga batu, dua buah perigi lama dan juga sebuah cerobong asap yang orang selalu panggil Chimney (yang menjadi salah satu tempat wajib ambil gambar bila dah sampai atas ni) yang masih lagi gah berdiri teguh di kawasan ini.



Disebabkan ketinggian bukit ini dan treknye yang penuh liku, hampir-hampir je aku hilang semangat nak mendaki sampai ke puncak. Tapi mujurlah dari berkat sokongan kawan-kawan Amy dan juga keazaman aku sendiri untuk sampai ke puncak, aku kuatkan juga kaki ini untuk terus melangkah sehingga ke destinasi. Dan alhamdulillah, aku berjaya akhirnya..yesss.......


I  LOVE BUKIT KUTU


Actually, ekspedisi ini bermula dari pelawaan Amy yang mengajak aku untuk mendaki Bukit Kutu seminggu selepas cuti Tahun Baru Cina. Aku yang sememangnye menantikan saat untuk ke puncak Bukit Kutu (disebabkan before ni aku tak berjaya hiking Bukit Kutu atas sebab kitorang sesat di tengah pendakian), tanpa berfikir panjangnye terus menerima pelawaan Amy tu. Tanggal 13 Feb 2016, ekpedisi ke Bukit Kutu bermula.

Perancangannya, Amy akan bermalam di rumah aku pada hari Jumaat. Senang sikit nak gerak same-same ke Rawang nanti. Pukul 3.30 pagi tau kitorang bangun. Alarm awal-awal lagi aku dah set. Katanye semua kene berkumpul kat RnR Rawang pukul 5.00 pagi. Manalah tau kot-kot terlajak tido sampai ke Subuh nanti. Hiking dalam mimpi jer la jawabnye.

Kami berdua akan stop dulu di Hentian RnR Rawang coz di sinilah tempat pertemuan kawan-kawan Amy yang akan turut serta dalam ekspedisi Bukit Kutu nanti. Ramai jugaklah kawan-kawan Amy ni. Aderlah lebih kurang dalam 15 orang. 6 orang perempuan including my self dan selebihnye lelaki. Semua mereka ni kawan-kawan mendaki UTM Amy. Mereka sebenarnya dalam persediaan untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok akhir bulan tiga nanti.


Seusai masing-masing selesai menjalankan tangungjawab menunaikan solat Subuh, kami berkonvoi menuju ke destinasi. Lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi kami gerak, Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam satu jam untuk sampai ke kaki Bukit Kutu iaitu Perkampungan Orang Asli Kampung Pertak. Kami melalui lebuh raya PLUS arah utara dan keluar melalui susur Tanjung Malim. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di kaki bukit lebih kurang dalam pukul 8.45 gitu. Sedikit sessi memanaskan badan, akhirnya dalam pukul 9.00 pagi kami memulakan ekspedisi. Ramai betul orang pagi tu. Penuh tempat parking. Mujur lah jugak kami sampai lebih awal dan dapat park kereta masing-masing. Cume kene berjalan sikitlah untuk sampai ke jambatan besi yang pertama tu.

Dua jambatan besi ni still masih ader seperti kunjungan aku kali pertama di sini dulu. Selepas melalui jambatan besi kedua akan terdapat persimpangan Y (Tak dapat nak snap gambar Simpang Y tu). Di sini, kita akan mengalami sedikit kekeliruan untuk memilih lorong yang mane satu. Lorong ke kanan akan menuju ke destinasi kami iaitu Bukit Kutu, tapi lorong ke kiri akan menuju ke kawasan Air Terjun Lata Medang. 2 jam masa kami dibazirkan  kerana telah masuk lorong yang salah. Kami pergi masuk lorong ke kiri yang menuju ke kawasan air terjun. Hampir separuh perjalanan iaitu satu jam lebih kurang baru lah perasan yang kitorang salah destinasi. Mula-mula pun aku dah perasan, sebab kenapa kitorang tak jumpe sebatang sungai yang patutnye kitorang lalu. Disebabkan salah seorang kawan Amy telah pergi ke Bukit Kutu before ni, so aku diamkan jer la. Ikutkan je lah. Kot-kot memang ader jalan lain kan. Actually, time tu aku dah sedikit down. Iyer lah...tenaga dan stamina aku banyak habis kot mase mendaki di laluan trek yang salah tu. Semangat punye pasalkan, aku gagahkan jua kaki ni untuk berpatah balik menuju ke trek yang betul. Huhuhu....

 
Korang akan merentasi sebatang sungai selepas melalui persimpangan Y yang pertama tadi.

Ini satu lagi persimpangan Y yang akan korang temui after merentasi sebatang sungai selepas daripada persimpangan Y yang pertama tadi. Ikut jer lorong yang sebelah kanan tu untuk teruskan pendakian ke Bukit Kutu. Kalau ikut lorong sebelah kiri tu tak tahu lah plak aku mane jalan ni akan bawak korang. Hehehehe...

Pendakian ke Bukit Kutu memang mencabar stamina aku. Hampir-hampir sahaja aku mengalah di pertengahan jalan bila mana kudrat aku dah tak mampu untuk meneruskan pendakian lagi. Tapi, mujur jugak ada kawan-kawan Amy yang banyak membantu aku, serta menunggu aku untuk meneruskan pendakian. Walaupun pergerakan aku sangat lambat, mereka setia untuk menunggu dan follow aku dari belakang. Amy dah maju kehadapan dah tinggalkan aku. Hehehe.....Kalau lah tak ade dorang ni memang aku dah turun sendiri dah. Hahahaha....Penat wei..asyik memanjat je kojenye. Dah lah jalan penuh becak. Mungkin semalamnya hujan kot. Aku dah tak kisah dah perihal kasut aku. Lantak p la kotor pun. Nak sokmo bersih je takyah lah panjat bukit. P jer jogging kat padang nun. Hahaha....

Memang tak terbayang di kepala aku trek Bukit Kutu punyerlah thrill macam tu. Mencanak naik kot jalannya. Kekuatan kaki dan ketahanan mental perlu fit dan tough untuk meneruskan pendakian. Itu belum dengan kau kene melangkanh pokok balak yang baru tumbang. Merangkak bawah pokok. Mengelak pokok buluh yang ade di kiri kanan korang. Menapak kaki mengelak dari tergolek dok dalam lumpur. Mengelak laluan akar yang berselirat. Semua tu kadang-kadang membuatkan aku rase nak give up. Rase nak nangis pun iye gak. Dalam kepala asyik dok pikir bile nak sampai..bila nak sampai jer...

Pendakian ke Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang 4 jam paling lama. Tolak masa dari pendakian yang tersesat tu, aku dan yang lain sampai jugak ke puncak dalam pukul 2.30 petang. Amy dah sampai setengah jam awal dari aku. Siap landing baekk punyerr atas batu dah. Hahaha...Punyer lah excited bile dah sampai atas tu. Tak percaya yang aku berjaya jugak jejakkan kaki ni di puncak Bukit Kutu. Seriously rasa nak menangis pun ade. Hahaha...Sesampai je kat atas ape lagi, duduk relaks sat sebelum menunggu turn untuk panjat pulak puncak batu yang paling tinggi di situ. Boleh nampak pemandangan 360 darjah di situ. Betapa cantiknya dan hebatnya ciptaaan Yang Maha Esa ini. Hutan yang masih lagi penuh dengan kehijauan di kiri dan kanan korang. Ya Allah, seronoknya rasa. Hilang sudah rasa penat selama 4 jam mendaki tadi.

Tak sah la kan kalau tak ambil gambar banyak-banyak bila dah sampai kat atas ni......


Yesss... WE DID IT....KAMI DI PUNCAK


CIK CT tersengih seorang di atas puncak. Acah-acah berani jer ni...



Sebelum ni nengok Chimney ni kat blog orang jer kan. La ni, berdiri dihadapan salah satu tinggalan British. Still standing since 1920's..Bangga sat...









Oppss.. yang ini check point 5 (CP5)...ini lah rupenye Gua Kambing atau digelar juga sebagai Batu Tedung. Sebab kalau korang perasan, bentuknye macam kepala ular tedung tau. Tempat ini dijadikan juga sebagai tempat berehat dan berteduh bila hujan. Oh ya, nak bagitahu...pendakian ke Bukit Kutu ni, korang akan melalui beberapa buah check point. Tak silap aku ade lebih kurang 8 check point kot. Yang atas ni salah satu check point iaitu CP5. Punca air (WaterPoint) korang akan dapat di check point 4 (CP4) dikenali juga sebagai Gua Air. Kalau dalam perjalanan turun tu korang dah kehabisan bekalan air boleh lah korang ambil air kat situ. Time aku pergi ri tu memang ader air yang mengalir. Sejuk bak hang..Lega tekak aku dapat minum air tu. Bertenagalah sikit untuk meneruskan perjalanan turun. Aku tak sempat nak snap gambar check point ni disebabkan Lenovo aku kehabisan bateri. Hikhikhik...


Besar giler batu ni. Dah macam batu belah batu bertangkup. Makanlah aku..Telanlah aku..Aku kempunan telur ikan tembakul....EEEHHHH!!!!

Bergambar dihadapan tanda nama Batu Tedung... 












 Yahooo..Kami berjaya...


Setelah hampir lebih kurang satu jam setengah melepak kat atas tu, akhirnya dalam pukul 3.30 petang kami sama-sama bergerak turun ke bawah. Perjalanan turun tidak mengambil masa yang agak lama. Lebih kurang dalam 2 jam kitorang semua selamat sampai di kaki bukit. Tak silap aku, aku sampai di tapak parkir dalam pukul 6.30 petang. Alhamdulillah, Kaki aku memang dak kecut giler2. Iyerlah, dengan aku main aci redah je air sungai..ditambah plak dengan lecaknya lagi. Mujur lah aku tak kene gigit dek pacat. Hahaha...Perut masing-masing pun dah mintak untuk diisi. So, ape lagi..sessi memanjakan perut bermula. Kitorang makan dekat-dekat dengan area Pekan KKB tu jer...Malas dah nak p jauh-jauh. Penat giler tau tak.

Bagi aku, mendaki Bukit Kutu adalah satu pendakian yang penuh cabaran, Memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Kalau kau tak fit, maybe korang tak boleh teruskan lagi pendakian melainkan korang ade lastman-lastman yang setia menunggu dan memberikan korang dorongan dan sokongan untuk terus mendaki. Bukit Kutu ternyata memang meninggalkan beberapa sejarah peninggalan era pemerintahan British dulu. Meninggalkan juga satu pemandangan yang cukup memukau dan indah. Namun, aku sedih bila mana masih ade lagi individu yang kekurangan sivik dalam diri mereka apabila sesuka hati jer membuang sampah mereka di atas bukit tu. Sedih rasenye...patutnya perlulah ada rase tanggungjawab kat atas tu. Buang sampah elok-elok. Simpan dulu dalam beg. Dah sampai kaki bukit barulah buang. Ini tidak, ditinggalkannya kat atas tu. Mencemar sedikit keindahan puncak Bukit Kutu tu. 

Hiking untuk kedua kalinya????? Hurmmm, perlu dipertimbangkan semula. Tak tahulah sama ada aku punyer kekuatan atau semangat yang jitu atau tidak untuk naik lagi sekali.


Pemandangan air terjun di sepanjang trek mendaki 
View dari atas puncak batu yang paling tinggi di situ....

In Sha Allah, jika Allah mengizinkan...



Pendakian Bukit Kutu Yang Tidak Berjaya



3 comments:

  1. Kak pergi mendaki sendr dgn kwn2 ke atau ad renger hutan yg bawakkan?

    ReplyDelete
  2. Kak pergi mendaki sendr dgn kwn2 ke atau ad renger hutan yg bawakkan?

    ReplyDelete
  3. kutu ni naik dengan kawan2...xder renjer hutan yg bwkkan pun...follow je trek yg sedia ade tu...cume kene hati2 dgn simpang Y tu..takut naik ke lata medang nnti..hehehe

    ReplyDelete