Saturday, 31 December 2016

Bye Bye 2016..Hi 2017....

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2016. Esok sudah memasuki tahun 2017 pulak...
Happy New Year korang-korang..

Azam tahun lepas nampaknya banyak yang tak tercapai..

Aku listkan beberapa azam yang ingin aku laksanakan pada tahun ini pulak..

1) Travel
Yesszaa...Acheh jadi destinasi pertama travel aku tahun depan iaitu pada bulan Februari. Boleh dikatakan jugak inilah kali pertama aku bakal menjejakkan kaki ke luar negara. Echewahhh...
Seterusnya pulak, pada bulan 4 supposely aku join ekspedisi menawan Gunung Kerinchi, Indonesia. Tetapi, hajat tak kesampaian. Huhu..Pada bulan Ogos pulak misi jalan-jalan makan angin Sabah. Tak dilupa jugak, trip bajet Menjejak Penang coming soon.

Masjid Raya Baiturrahman

Gunung Kerinchi

Kundasang, Sabah

Jambatan Pulau Pinang

2) Passport
 Okayy...tahun depan tahun aku jalan-jalan makan angin. So, tak boleh nak jalan-jalan kalau passport tak ade.. Hahaha...Tinggallah mereput dalam rumah tu nanti. Makanya, ekspedisi buat passport haruslah bermula. Bila tu? Januari ni lah..... 


3) Bayar semua tunggakkan duit PTPTN
Ini wajib. Dah kalau tak bayar tunggakkan then buatnya kau sangkut masa kat imigresen tak ke nyaya nanti. Jangan buat pasal Faiross oii...kalau sangkut, jawabnya drama sayu lambai tangan pada Kak Dayah ajer lah...Kuikuikui...Keluarkan jer KWSP nanti. Tolak je dari situ. Lagipun bukannya banyak tunggakkan tu. Sikit ja...Kuikuikui....Bila lagi nak guna wang hasil penat lelah berkeja kan.....


4) Nak daki seberapa banyak gunung kat Malaysia ni
Hajat nak mendaki gunung luar dari Malaysia tak kesampaian. So, cover je lah gunung-gunung di Malaysia. Tak kurang cantiknya jugak. Antara gunung dalam list aku untuk tahun 2017 ialah Ledang, Muntahak, Telapak Buruk, Pulai dan juga Baling. Ohh ya...tanggal 14 & 15 Januari ini, aku dan rakan-rakan bakal mendaki Gunung Pulai dan Baling. Waduhh...tak sabar rasanya...

 
5) Cari calon suami
Kahwin???? Ohh..tentu sekali tidak lagi. Rasanye tak kesampaian hajat tu nak dilaksanakan pada tahun 2017 ni. Calon pun tak ade lagi...Acaner nak kawen???So, tahun ini usaha keras mencari calon zauj...Kuikuikui...


Mungkinkah ini orangnya???

6) Kereta
Bezza dah memang sedia ada kat rumah tu. Tinggal ready nak bawak dan sambung bayar bulan-bulan jer..Tapiii..Tapi kan...alorhh..tak berani nak bawak kereta lagi..Kuikuikui...Acaner ni?? Tengok lah tahun depan nanti...Hahaha..

7)Nak kurus
BMI dah terlebih ni..So, nak tak nak kene kurangkan sikit berat tu. Seriously, berat aku now dah 61KG. Bapak ahh..dulu time belaja 51KG je kot. Sebab ape ea?? Nak kata stress dengan keje tak jugak. Hurmm..betullah..berisi sebab senang hati katanya. Hahaha...So, mulai sekarang kena start bersenam dan berjogging lah....Trek MPSJ!! Mu tunggu aku datang k.....

8)Menabung
La ni banyak dah cara-cara nak menyimpan duit. Tahun lepas duit tabung aku dah mencecah RM230. Tak tahu lah bila nak pergi bank tu. Nanti-nantilah..tunggu sampai tabung tu betul-betul penuh dulu. Untuk tahun 2017 pulak, nak start kumpul every week. Start dari RM1 dan seterusnya bertambah pada setiap minggu. Boleh lah nanti buat bajet nak travel..Hehehe 

9) Perbanyakkan posting
iya....tahun 2017 ni aku nak banyakkan lagi entri dalam blog Cik CT. Actually banyak lagi entri yang aku tak posting. So, tahun 2017 ni aku penuhkan blog aku dengan entri-entri yang menarik. Tunggu......

10) Kumpul Gold Bar every month
Yeszaa....start tahun 2017 ni aku nak menabung gold bar pulak. Every month. Untuk simpanan masa hadapan jugakkan. Tahun 2016, tak banyak pun gold bar yang aku simpan coz masih tak tahu lagi pasal gold-gold ni. So, tahun 2017 kene achive target utk ade 12gram gold bar. In sha Allah...

11)...............................

12)....….............

13)....…...........


To Be Continued..


Apa-apa pun...
Selamat Tahun Baru 2017...

Friday, 23 December 2016

Gunung Belumut, Kluang, Johor - 03/12/2016

Aku suka hiking. Walaupun kadang-kadang aku ragu-ragu dengan stamina dan ketahanan mental aku sendiri. Boleh ke tidak aku sampai ke puncak ni? Tidakkah aku akan menyusahkan rakan-rakan yang lain untuk tunggu aku? Buatnya aku tetiba pengsan pulak macam maner?

Semua soalan-soalan tersebut sentiasa sangat bermain di kepala aku ni. Terkadang aku yakin dengan kemampuan diri ini. Tapi pada masa yang sama juga aku tetiba rasa kurang keyakinan pulak nak meneruskan pendakian itu.

Tapi disebabkan perasaan untuk sampai ke puncak dan melihat suasana dan view puncak setiap gunung yang aku daki tu, aku tekadkan jugak hati ni, kuatkan jugak langkah kaki untuk terus melangkah ke hadapan. Perasaan bila kaki dah dijejakkan dipuncak serta disajikan pulak dengan pemandangan hijau hutan di sekeliling lebih memukau mata saat itu.

Ternyata, perasaan itulah yang aku alami bila mana kaki ini berjaya jugak sampai di puncak Gunung Belumut. Dapat aku rasakan trip hiking kali ini benar-benar telah merencatkan mental dan fizikal aku sendiri. Hampir-hampir saja aku mengibarkan bendera putih tanda aku mengalah kerna tidak larat lagi untuk meneruskan pendakian.

Aku percaya, perasaan ini pastinya akan dirasakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti outdoor mendaki ini. Tidak terkecualilah aku. Walaupun boleh dikatakan rajin mendaki, tapi jarak masa antara waktu pendakian aku dengan pendakian yang lain agak jauh. Kadang-kadang lepas setahun baru aku naik gunung, Beberapa bulan kemudian barulah naik gunung yang lain pulak. So, boleh dikatakan stamina aku tak fit. Tu pasal lah bila aku naik Belumut dengan training yang tak seberapa menyebakan aku hampir-hampir menemui kegagalan.

Baiklah, marilah aku mulakan cerita tentang pendakian aku ke Gunung Belumut.

Penyertaan aku kali ini di atas ajakan Uji. Kira rakan atas rakan lah. Rakan seuniversiti Uji ajak Uji then Uji pulak ajak aku. Pulak tu Belumut ni terletak di Kluang, Johor dah alang-alang tu meh le balik kampung. Aku memang setuju sangat bila dipelawa oleh Uji tempoh hari. Lagipun, inilah kali pertama aku hiking gunung area Johor. Nama aje anak jati Johor, suka panjat gunung tapi gunung-gunung yang ada kat Johor ni tak pernahlah nak jejak. Ledang pun belum lagi tau. Hishhhh....Hahaha...

So, bila diberi peluang untuk mendaki gunung kedua tertinggi di negeri Johor ini, aku memang tak mahu lepaskan peluang itu. Sambil-sambil tu aku boleh balik kampung jumpa mak dan ayah. Muahahahaha...

Aku dan Uji diinvite masuk dalam group Whatsup trip Belumut. Nama group ialah : Belumut & Arong 3-4/12/2016. Actually lepas naik Belumut depa semua nak naik Arong pulak. Arong pulak terletak di area Mersing. Kitorang bertiga tak naik oleh sebab kesuntukkan masa. Lagipun aku dan Uji hari Ahad tu dah nak kena balik Subang dah. BTW, group ini ditubuhkan bagi memberikan sebarang informasi mengenai trip kali ini. Kat mane nak jumpa. Pukul berapa nak kena ada kat meeting point. Pendek kata, kalau nak tanya apa-apa mengenai trip Belumut boleh lah ajukan terus soalan disitu. Pasti ramai yang akan menjawabnya. By the way, aku hanya jadi silent reader sajalah...Hahaha...Dorang memang super active. Kalau di off kan data tu, beratus mesej masuk lepas korang on data. Jadi hang phone aku. Tak menang tangan nak skrol conversation depa tu. Huhuhu...

Oh ya..By the way, trip Belumut Daypack kali ini diorganizekan oleh sebuah group yang sememangnya fokus dalam aktiviti-aktiviti pendakian ini. Boleh dikatakan hampir setiap minggu dorang akan bawak orang panjat gunung. Kiranya dorang ni guider lah.

Trip kali ini memang seronok. Dapat kenal ramai kawan-kawan baru dari pelbagai negeri. Ada yang memang datang dari Johor. Ada juga yang datang dari KL dan dari Melaka. Gigih sungguhlah mereka-mereka ini kan. Aku dan Uji jugak tak terkecuali. Gigihnya kami lepas balik kerja terus naik LRT gerak ke TBS. Bas ke Pontian pukul 8.30 malam. Ini juga kali pertama Uji datang rumah aku. Kebetulanlah pulak, Vajidah memang tinggal di kampung yang bersebelahan dengan kampung aku. Molek sangat lah tu kan. Dalam bas macam biasalah, pastikan diri kitorang berdua dapatkan rehat yang secukupnya. Esok pagi-pagi dah nak kene bangun awal kan. Uji sudah lena diulit mimpi nan indah. Aku je ha yang duk terkebil-kebil pandang kiri dan kanan. Seperti biasanya, bila aku naik bas aku memang sukar nak lelapkan mata. Dan disebabkan itulah jugak, pagi tu mental aku agak koyak sedikit. Sebabnya, aku tak cukup tidur. Dalam bas aku hanya tidur-tidur ayam jer sampailah ke depan kampung. Sampai-sampai rumah jer, aku duk bersembang-sembang lagi dengan mak dan ayah sehinggalah mak aku tegur pergilah masuk tidur. Esokkan aku nak kena bangun awal. Kang tak terjaga pulak.

Oh Ya...trip kali ini kami dikehendakki untuk berkumpul di Masjid Jamek Kampung Ulu Dengar, Kahang pada pukul 7 pagi. Sudah...kata mula-mula jumpa pukul 8 pagi. Perjalanan dari Rengit ke Kluang ambil masa lebih kurang satu jam setengah. So, kitorang memang decide keluar awal. Solat Subuh pun di tengah perjalanan. Alhamdulillah, sampai jugak kami ke destinasi walaupun ada sedikit terlajak ke depan. Hahaha...Time kitorang sampai tak ramai yang ada lagi. Maybe dorang semua pergi sarapan dulu kot. Sempatlah jugak kitorang berkenalan dengan Kak Sanah. Ohh..ini rupanye kak Sanah. Selalu duk tengok berbual dalam Whatsup. Hari ni dapat tengok in-person.

Lepas semuanya siap sarapan ada sedikit taklimat diberikan oleh ketua ekspedisi, Abang Amad mengenai laluan trek Belumut. Diperkenalkan jugak kami semua kepada Encik Zam yang akan bertindak sebagai sweeper. Lepas tu kitorang lakukan sedikit regangan yang diketuai jugak oleh abang Amad. Group pendakian kali ini disertai seramai lebih kurang 30 orang. Ramai tu.. Lori sudah bersedia menunggu untuk menghantar kami ke pintu hadapan Hutan Lipur Gunung Belumut. Wahhh..seronoknya dapat naik lori ramai-ramai. Dah ada rase macam pendatang tanpa izin pulak. Seronok giler..Suasana meriah dengan hilai tawa kami semua bila mana ada rakan-rakan yang lain duk la hai bersilat menghalang daun-daun kelapa sawit yang menghalang pandangan kami. Hahaha....


Mahu diantarin kemana orang-orang ini ya....??



Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi. Ternyata mereka-mereka yang mendaki kali ini bukan calang-calang. Memang budak kaki gunung ni. Bukan main laju lagi kome-kome yer. Tinggalkan aku kat belakang ni ha. Hahaha...Aku memang dah tergolong dalam geng-geng sweeper. Mujurlah jugak ada Encik Zam yang sudi jaga kitorang disepanjang pendakian ini. Sabar juga melayan kerenah sewel kitorang ni ha. Hahaha...

Memang betullah kata Abang Amad. Jangan main-main dengan trek Belumut. Boleh dikatakan di sepanjang pendakian kita dikehendaki memanjat. Memaut pada akar-akar kayu. Panjat batu-batu. Pendek kata trek dia macam trek Nuang jugaklah. Jarang jumpa kawasan yang landai. Mental aku betul-betul diuji tang part dari CP1 nak ke CP2. Masha Allah...apa kenelah dengan aku ni. Aku malas giler nak teruskan pendakian. Aku dah tak larat sangat dah nak memanjat. Aku rasa nak turun masa tu jugak. Kawalan pernafasan aku pun dalam keadaan tidak memuaskan. Aku jadi stress dan penat. Rasa nak menangis pun iye jugak. Hahaha..


Menunggu giliran untuk naik...


Muka ada manyak senyumlah...





 Amekkaw trek Belumut...Nak naik sangat kannn..

Memang masa tu aku group yang terakhir bersama sweeper. Mujur lah ada Uji dan Vajidah yang banyak bagi support pada aku waktu tu. Encik Zam jugak tengok aku macam dah tak mampu nak teruskan lagi. Tapi disuruhnya aku gerak slow-slow. Akhirnya, berjaya juga aku sampai ke CP2. Alhamdulillah...Tapi baru CP2 okay. Belum sampai puncak lagi. Ada lagi 3 check point ko nak kene redah. Huhuhu...Encik Zam suruh kitorang rehat dalam lebih kurang 10 minit. Masa tiba di CP2 ni, kitorang terjumpa dengan group Yana dan Kak Lieza. Depa pun sedang berehat-rehat sementara nak teruskan lagi pendakian. Alhamdulillah..time ni aku dah rasa okay sikit dah. Aku rasa kembali bersemangat nak sampai ke puncak. Mula-mula tadi Encik Zam kata kalau aku tak larat sangat aku boleh stay kat CP2 ni. Ehh..memang tidak lah aku nak tinggal sorang-sorang kat CP2 tu. Uji dan Vajidah takkanlah nak teman kan aku pulakkan. Kesian depa berdua nanti. Uji datang dari jauh tu semata-mata nak tawan puncak Belumut. 


 My supporters.....


We did it...

So, aku decide untuk teruskan jugak pendakian. Aku dah rasa okay sikit. Kali ni langkahan kaki aku lebih laju. Ini disebabkan trail untuk ke CP yang seterusnya sudah agak berlandai. Takde lah terasa penat sangat. Encik Zam beritahu kitorang yang Abang Amad kata kalau kitorang tak sampai puncak sebelum pukul 2 petang, kitorang kene berpatah balik semula ke CP2, meeting point semua orang sebelum bergerak turun ke kaki gunung. Takkanlah aku nak mensia-siakan perjalanan yang dah jauh aku tempuh ni kan. So, apa-apapun kitorang kene pastikan kitorang sampai jugak ke puncak.

Alhamdulillah, lebih kurang dalam pukul 1.15 petang kitorang sampai jugak akhirnya. Bersyukur sangat-sangat walaupun kitorang lambat lebih kurang satu jam dari group yang asal. Mesti puas dorang duk melepak kat atas tu kan sambil menantikan ketibaan group sweeper ni. Hahaha...

Macam biasa, kitorang telah disediakan seorang satu lunch pack yang berisi nasi lemak sambal udang. Bunyinya memang menyelerakan kan? Iyerlah..masing-masing dah tahap kebuluran tak hingat. So, sampai-sampai puncak tentu sahajalah nak melantak kan. Lapaq habaq hang. Tapi sayang tidak bagi aku, seperti biasa jugaklah aku kalau panjat gunung ni mulalah hilang selera makan tu. Aku tak boleh nak terima makanan yang berat like nasi. Aku tahu aku kene jugak makan untuk kembalikan semula tenaga untuk perjalanan turun nanti. That's why lah aku dah siap-siap standby "Sneakers" jer. So, aku just makan cekelat tu jer. Lepas makan-makan tu, mestila sesi bergambar pulakkan. Tak sah kalau dah sampai puncak tak snap gambar banyak-banyakkan. Hahaha...

Di puncak gunung Belumut ni akan terdapat sebuah bongkah batu yang besar disitu. Kitorang kene panjat sikit untuk mendapatkan keseluruhan view puncak.Ya Allah, tenyata cantik sungguh keindahan di sekelilingnya. Walaupun dikelilingi oleh hutan-hutan yang kehijauan, pemandangan gunung-gunung yang kehijauan jelas memuaskan hati ku sendiri. Dah berapa ratus gambar dah kitorang bergambar kat atas tu. Tak terkiran rasanya kot. Penuhlah la storage masing-masing nanti.

Lepak-lepak kat atas tu lebih kurang dalam sejam lebih. Dalam pukul 2.30 petang, kitorang diarahkan untuk mula bergerak turun. Takut sampai kaki gunung lewat pulak nanti. Perjalanan turun aku sangat cepat. Bukan main laju lagi aku melangkah. Tak sabar betul ni nak sampai bawah. Walaupun kaki tak usah dicakaplah sakit bukan main. Tapi aku tetap gagahkan jugak. Kalau tak digerakkan nanti, alamat tak balik lah aku. Duk lah bertapa atas ni lagi. Hohoho....

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai kaki gunung dalam pukul 6 petang. Sementara tunggu yang lain tiba, sempatlah aku berborak kosong dengan kak Sanah. Hebak sungguh akak ni. Budak gunung ni. Uji dan Vajidah pulak masing-masing dah terus menuju ke lori yang siap sedia menunggu kami di hadapan pintu masuk hutan lipur. Bila semua dah turun, kitorang sempat bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang Hutan Lipur Gunung Belumut sebagai tanda kenang-kenangan.




Bagi aku sendiri, mendaki Gunung Belumut adalah satu pengalaman mendaki yang menarik serta menyeronokkan. Dapat kenal dengan rakan-rakan mendaki yang baru.Tak dan nak kenal nama dan mana satu empunya nama tu tapi kitorang still keep in touch dalam group Whatsup walaupun aku ni cuma silent reader jer. Hahaha...Enjoy masuk group hiking SAS Adventures ni. In Sha Allah, for the next trip aku dan yang lain akan hiking Gunung Baling dan Pulai pulak pada 14 dan 15 Januari 2017 ini.

Satu pengalaman mendaki yang boleh aku katakan mencabar. Tak dan nak jot down pukul berapa sampai pada setiap CP disebabkan mental aku yang tak berapa nak memuaskan itu. Hehehe...

Nak naik lagi ke next time??

Itu soalan yang sering diajukan kepada diri sendiri. Aku jenis yang kalau dah naik satu gunung tu, aku tak akan repeat naik lagi. Tapi tak tahulah untuk Belumut ni. Mungkin naik dan jugak mungkin tidak. Tapi, kalau dikatakan aku serik ke panjat gunung ni??? Jawapannya ialah.....................

Hehehe...Bak kata Vajidah yang aku petik dari dalam status FB dia...

"Ape benda yang kita dah buat, rasa menyesal datang, pastu ehhh...tak serik lagi rupanya, buat lagi, karang menyesal lagi..siap janji tu, tak nak buat lagi dah...fikir balik apalah aku buat ni, kenapalah aku join...pastu boleh pula tetiba rindu balik nak buat..."

So, itulah HIKING...

Makanya, tak ada lah istilah serik dalam mendaki bagi aku. Mungkin jugak bagi korang diluar sana...Kann??
So, janganlah korang pernah serik untuk mendaki lagi. Hahahaha.....



Naaa..Faiross atas gunung Belumut ni haa....








Antara geng-geng sweeper...Weeeee..







Aterrr..dah macam zombie kampung pisang ghupernye...





Alamak..acaner nak turun ni...??




Gunung Belumut Checked...

Ihsan gambar dari rakan-rakan trip Belumut. Thanks uolllss....

Monday, 12 December 2016

Salam Maulidur Rasul - Sanah Helwah Ya Rasulullah

Allahumma solli ala sayyidina muhammad
Waala ali sayyidina muhammad

Salam Maulidur Rasul 1438H 2016.
Alhamdulillah, diberikan lagi kesempatan untuk sama-sama meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Ya Allah...

Maulud nabi tahun ini jatuh pada hari Isnin, 12.12.2016. Tema sambutan maulidur rasul tahun ini ialah Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah. Mudah-mudahan, ukhuwah yang sentiasa terjalin dan terbina antara seluruh umat islam, menguatkan lagi perpaduan dan ikatan sesama kita. Saling tolong menolong, bantu membantu. Ikut segala sunnah Rasullullah...Mudah-mudahan kite beroleh syafat darinya di akhirat nanti.

Amiinn....

Semoga juga rakan-rakan seagama kite di Syria, Palastin, Acheh dan Islam Ronghiya di Myanmar diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Diberikan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian yang menimpa mereka.

Tidak dilupa jugak pada seluruh umah Islam Malaysia..semoga kite terus diberikan keamanan dan keselesaan untuk hidup di muka bumi ini. Dijauhkan dari sebarang anasir-anasir yang boleh membawa bencana kepada kita dan perkuatkan lagi ikatan ukhuwah sesama kita..

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Waala ali sayyidina Muhammad...

Sannah Helwah Ya Rasulullah....

Friday, 2 December 2016

Belumut Prolog...

Hai....

La ni ader dalam bas mayang sari on the way ke kg halamanku, Rengit. Aku tak berseorangan tau. Aku ditemani teman seopis ku jugak.

Awat cik CT ni rajin beno nak balik kg wpun bukan minggu bercuti? Hehehe...sebabnye adalah aku dan uji ader xtvt lain yang nak dilakukan pada hari Sabtu.

Apa tu??

Kami berdua nak p hiking Gunung Belumut...

Wahhh....x sudah-sudah berhiking. Tak penat ker?? Eehhh...mane boleh penat. Tak dapat nak dibayangkan perasaan tu bile berjaya sampai ke puncak dan bakal melihat satu pemandangan yang cukup cantik dan indah. Hilang segala penat lelah pendakian yang berjam-jam tu tau...

Masalahnya la ni..esok awal-awal pagi lagi aku dan uji kene bangun awal otw nak ke Kluang. Meet point kitorang nanti di Masjid Jamek Ulu Dengar, Kahang. Dengarnya, ramai yang ade dalam group Belumut ni nanti. Dapat la tambah kenalan baru. Hehehe...Nak lagi best, mane tahu bertemu jodoh di sini. Hikhik...okay abaikan....

Uji pun dah tido dah kat sebelah ni. Aku macam biasalah mane nak lena kalau naik bas ni. Terhuyung hayang dibuatnyer....sejuk pulak tu. alahai...Sejuk-sejuk ni lah rase nak terkucil. Huhuhu....
Okay, bagi nak elak rase terkucil tu datang baiklah aku membutakan diri.

Lagi satu...what de hal gaji kami2 tak masuk lagi ni. Aduhai la hai....Betullah orang kata..Penantian itu memang satu penyeksaan tau. Lagi-lagi yang ditunggu-tunggu tu gaji korang. Mahunya tak berhangin gaji yang diidamkan tak masuk. Kalah orang bercinta die punye sindrom. Makan x kenyang, mandi pun x basah. Hahahaha.....Sabo jer lah....




Bermulah pengembaraan dua gadis ini....

Saturday, 26 November 2016

Hilangnya Aura Tentoobie

Okay...Abaikan entri aku yang tak berapa nak betol sebelum ni...saje je tengah-tengah malam nak berpuitis sekejap...layan jiwa yang tak berapa nak karat...tulisan tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada....Nukilan itu hanyalah suka-suka sahaja....Kalaupun benar mungkin ianya hanya kebetulan sahaja....Kisah yang dahulu biarlah menjadi memori yang tercipta..Memori yang pasti kan diingati sepanjangnya...

okay...sebelum tirai mata melabuhkan kelopaknya, nak bercerita sedikit lah tentang kisahku dan Tentoobie...selagi jarum tak menganjak ke angka 12 memang aku tak tido..

Tentoobie kurasa tidak lagi seperti dulu. Tentoobie kini sangatlah suram..dingin...Tak meriah dan gembira seperti dulu kala..
Aku rindukan suasana Tentoobie yang dahulu...

Semangat Tentoobie kini telah tiada. Hilang entah ke mana. Keluhan rasa ini pernah ku coretkan di entri yang lalu. Salah aku ke Tentoobie jadi begini? Salah aku ke? Aku hanya inginkan yang terbaik untuk Tentoobie.

Ya, jujur ku akui...aku terlalu tegas dan garang dalam hal ehwal Tentoobie. Tapi takkan aku hanya berdiam diri mendengarkan perkara yang kurang manis diperkatakan ditelingaku?

Takkan aku hanya berdiam diri melihatkan saja. Aku ingin jadi ketua yang baik..Tapi sayangnya mungkin bagi mereka aku ini bukanlah seorang ketua yang terbaik buat mereka. Biarlah...Biarlah...Biar apa pun persepsi mereka terhadapku, aku tak peduli. Fikirlah apa yang mereka ingin fikirkan. Bukan mudah nak gembira dan puaskan hati semua orang.

Yg penting aku jalankan tanggungjwbku as a ketua rumah. Entahlah..kalau dahulu kitorang treat as a rumah kami sendiri. Tak macam rumah sewa pun. Kami hidup dalam suasana yang harmoni. Makan bersama. Sembang bersama. Hiking bersama. Shopping bersama. Pendek kata semualah bersama. Tapi tidak untuk yg kali ini. Huhuhu...Takper lah..Bukan sepanjang masa kami semua bersama macam ni. Masing-masing pun akan temui kebahagiaan sendiri nanti. Akan mendirikan rumah tangga mereka.

Takper lah. Selagi masih boleh bertahan dan bersabar,aku akan teruskan jua. Tapi jangan sesekali buat aku hilang rasa sabar ini. Kalaulah hilang rasa sabar ni, aku sendiri tak pasti apa yang bakal aku lakukan nanti....

Wednesday, 23 November 2016

Malam yang tak berapa nak betol....

Gembira melihat kau kan bahagia...
Gembira melihat kau bakal menemui jalan yang kau cari-cari selama ini...

Ku doakan  kesejahteraan dan kebahagiaanmu dari kejauhan ini...

Soal diriku tak usahlah kau khuatirikan lagi...
Pandailah aku mengubati hatiku sendiri..

Hati ini pastikan pulih kembali...
Hanya masa kan menentukan segalanya...

Tidak ku menyimpan dendam...
Tidak ku menyimpan amarah...
Kerna ku tahu tiada jodoh antara kita....

Sekian...Bye...

Sunday, 20 November 2016

Hari Minggu Saya

Hari minggu yang agak membosankan. Masa dihabiskan hanya duduk di rumah sahaja.
Kalau minggu lepas, sakan aku berbelanja di Masjid Jamek. Tapi tidak untuk minggu ini.
Cadangnya jugak nak ke rumah Angah hari ini. Tapi sayangnya plan hanya tinggal kenangan saje. Mane tidaknya, bangun pun dah pukul berapa. Buka sahaja mata ini, jam sudah ke angka 12 tengah hari. Hehehe.
Apalah yang dibuat malamnya itu?
Apa lagi kalau bukan berburung hantu di malam hari. Sudahnya mata ini hanya boleh dipejam pada pukul 4 pagi. No wonder la bangun pun terlajak ke tengah hari.
Jangan selalu buat begini
Hari minggu sahajalah boleh buat. Kalau hari biasa, makna kate esoknye bermata panda lah mata ini.

Makanya, plan ke rumah Angah di tunda ke hari lain sahaja nanti. Mungkin minggu depan. Dan mungkin sahaja bulan hadapan. Huhuhu....

Sebenar-benarnya, semalam hari Sabtu plannya nak mendaki Gunung Telapak Buruk. Tapi sayangnya plan tidak menjadi. Rakan-rakan yang lain jadi. Tapi tidak aku dan Amy. Amy tidak berkelapangan untuk turut sama mengikuti pendakian itu. Kerna memikirkan pelajar-pelajar yang sedang diajarnya kini. Makanya, kalau Amy tak pergi, aku pun tak pergi jugaklah. Hehehe....

Tapi bila mana Amy cerita betapa seronoknya mereka ke sane, rasa hati ini nak daki Telapak Buruk terus menebal di hati. Teringin rasanye hendak melihat peninggalan sejarah yang ada disana.

Sebenarnya apa yang ada di sana ya??

Telapak Buruk merupakan satu lokasi di mana pada zaman dahulunya terdapat satu kejadian pesawat pengebom terhempas di situ. Kesan-kesan tinggalan pesawat yang terhempas itu masih ada lagi di sana. Sebahagiannya pulak telah di bawa ke muzium.

Secara jujurnya, aku lupa sudah info-info mengenai peristiwa ini. Dah baca berulang kali, tapi masih sukar jugak nak melekat di hati. Hahahaha.....

In sha Allah, jika diberi kelapangan memang teringin nak mendaki gunung ini. Boleh cover terus Gunung Berembun.

Okay, bila plan nak mendaki tak menjadi, makanya kita berarahlah pulak ke plan bershopping. Sekadar cuci-cuci mata apa salahnya kan. So, semalam diri ini keluar menemani teman serumah Alin ke GM Klang. Nak membeli sedikit barang-barang persediaan perkahwinannya. Lepas tu melenconglah pulak ke IKEA. Cari pulak bekas kaca untuk dijadikan door gift nanti. Walaupun sesat, alhamdulillah berjaya jugak sampai ke sana dengan berbantuankan pakcik Waze. Nak harapkan aku yang menunjuk arah??? Memang ke mana-mana entah nanti aku bawak si Alin tu.

Balik rumah pulak singgah sebentar membeli burger. Sambil-sambil tu, usha-usha lah abang burger yang berwajah comel. Nak masak memang tidaklah kalau sudah begitu. Sambil makan burger tu, kami bertiga layan drama Melayu Cik Siti di TV3. Kalau dah melayan cerita tu, tak sah kalau tak bergurau senda. Ada jer komen-komen kelakar yang menjadi bahan ketawa kami malam itu. Tak terasa sunyilah suasana rumah dengan kehingaran suara-suara kami walaupun bertiga ni. Jenis yang sangat mudah terhibur, beginilah jadinya. Cerita yang seram ditengok pun boleh jadi kelakar dibuatnya.

Habis cerita di TV, sambung bersembang pulak di dalam bilik. Selagi tak ditutup lampu, selagi itulah mulut ini tak berhenti bercakap. Bila masing-masing dah penat barulah senyap. Jam pun dah pukul 1 pagi, Burung Hantu Activated....sudahnya tidur pukul 4 pagi. Molek sangatlah Ahad duduk di rumah sahaja. Tak payah ke mana-mana......Rehat-rehatkan diri...

Okay...sekian sudah cerita hari minggu saya....Jumpa di minggu lain pulak yer....

Assalamualaikum......

Tazkirah Pagi

Janganlah kamu terlalu menyintai seseorang itu lebih dari segala-galanya, boleh jadi kamu akan membencinya di kemudian hari....

Janganlah juga kamu terlalu membenci seseorang itu, boleh jadi kamu akan mengasihi dan menyintainya dikemudian hari.....

Jadinya, sayangilah dan bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja kerna Yang Esa itu bila-bila masa sahaja bisa membolak-balikkan hati hambaNya ini....

Wallahualam....

Thursday, 20 October 2016

New Revongen Tshirt Corporate

Hehehe..

Hai...Selamat Bekerja!!!

Esok semua staff Revongen dikehendaki untuk pakai Revongen T-shirt. Baru jer dapat sehelai Selasa hari tu. Pilihan warna dari bos besar Revongen sendiri iaitu warna biru. Tak tahu plak nak describe biru tu biru ape. Nak kata macam warna biru gelap tak jugak. Nak kata biru navvy pun tak jugak. Tapi boleh lah bila dah pakai. Nampak cantik jugak.

Revongen T-shirt ni kene pakai every Friday or kalau kitorang ada apa-apa seminar kene attend ke..ada exhibition ke..so, kene lah sarung kat badan tshirt ni. Apa kata orang tu, barulah nampak kita bawak nama Revongen tu sendiri. Hahaha...Aku duk bahagian purchasing, x ada nya nak keluar ke mana-mana. Duduk jer lah dalam opis tu ha. Hahaha....

Revongen T-shirt ni berlengan pendek. Tak cukup budget nak buat lengan panjang. Hahaha...Asal boleh lah labu..Dari tak ada kan...Esok, dalam tu aku sarung jer la inner hitam, pahtu baru lah sarung t-shirt ni. Giler ko nak berlengan pendek semata-mata. Aurat tau...

Rasanya ini kali pertama aku dapat pakai t-shirt company provide. Setelah aku berbakti pada Revongen ni hampir lebih kurang tiga tahun. Kuikuikui...Okay la tu kan..Ada jugak kenanganya nanti kalau aku dapat peluang bekerja kat tempat lain. Sekurang-kurangnya ada jugak sesuatu yang boleh aku ingati dan kenang tentang Revongen ni. Kann!!!Kann!!!Kan!!!!



Monday, 17 October 2016

Bezza in da house......

Assalamualaikum....

Bezza in da house....

Hahaha.....

Ayah cik CT beli bezza baru taww....berwarna biru metalik....tengok gambar memang cantik.....suke cik CT taww.....

Tak berkesempatan lagi nak face to face dengan bezza kat rumah tu..cik CT kat subang lagi kan....teringin rasenye nak bergaya dengan bezza baru.....hahaha.....

Tapi sayang seribu kali sayang cik CT ni penakut bebeno nak bawak kereta tu. Lagilah kereta baru ni. Aduhai...cik CT oiii, bile lah nak hilang penakutnya tu...

Ayah cik CT kate nak bagi cik CT pakai bezza tu...cik CT sambung bayar bulan-bulan jer lah....perghhh...berbulu je mata adik-adik cik CT kat rumah tu ha....hahahahaha....tapi entahlah...rasenya tak perlu lagi kot buat masa ni. Abang merah cik CT tu pun dah memadai...tengoklah coming soon nanti....

Belanja sikit gambo bezza baru....oppss...belanja belakang bezza jer lah...hahahaha..


Selamat Malam Sayang

Selamat Malam Sayang....
Selamat malam kuucapkan...
Moga kau terus lena...
Mimpi yang indah-indah belaka...

Selamat Malam Sayang.....
Bertemankan bintang-bintang....
Bergemerlapan diangkasa raya....
Bulan menyerlahkan cahayanya...
Moga tidurmu nyenyak senyenyaknya....

Selamat Malam Sayang....
Moga ketemu esoknya...
Meniti hari-hari seterusnya dengan penuh gembira....
Bertemankan sahabat-sahabat yang setia....

Selamat Malam Sayang....


Saturday, 8 October 2016

Hang Out IKEA

Penatnya....mandi pun tak lagi...balik-balik jer terus bukak laptop. Update blog. Cik CT balik dari mana sebenarnya ni????

Hari ni kan hari Sabtu. Hari hujung minggu. Takkanlah nak duduk rumah jer kan. Keluar lah jalan-jalan menikmati pemandangn kota raya beserta menghabiskan duit. Bukan menghabiskan duit sebenarnya. Tapi self reward. Bagi hadiah untuk diri sendiri. Bosanlah duduk rumah ni. Takkanlah asyik tidur jer. Tak berkembang langsung otaknya nanti. Bile keluar, sekurang-kurangnya boleh tengok gelagat-gelagat dan kerenah-kerenah warga kota. Iyer la Cik CT oii..Suka hati awaklah!!!!

Okay...aku dan kawan-kawan tadi *Amy dan Uji jalan-jalan IKEA. Amy nak beli gift card as hadiah kawen untuk Izue yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bulan lepas. 

Selamat Pengantin Baru Izue!!!! 

Amy dan kawan-kawan UTM dorang collect duit beli gift card untuk Izue dah husband. So, depa gunalah gift card untuk beli apa yang patut kat IKEA tu. Untuk orang-orang yang baru bernikah ni sesuwai sangat lah membeli belah kat IKEA. Macam-macam ada. Harga pun boleh tahan jugak.(Untuk barang-barang yang kecik jer lah. Hehehe..)

Dah sampai IKEA tu takkanlah semata-mata nak beli gift card dan terus balikkan...memang idak lah kan. Kita cuci-cuci mata lah sikit. Haiiii..bile sebut pasal cuci-cuci mata ni memang taklah kan kalau setakat nak pandang-pandang tu. Confirm ade bende yang akan dibeli. Nahhh...amik kaww!!! Rambang mata dibuatnya. Tong sampah pun dibelinya. So, hasil tangkapan aku di IKEA hari ni just rak pinggan dan sudu, cover clothing untuk Alin dan jugak tong sampah berwarna merah...Ini kalau bawak mak aku ni, memang banyaklah Cik Ani tu memborong. Pakkal IKEA tak ada kat Johor tu. Hahahahaha...Seronoklah jalan IKEA ni. Banyak benda yang boleh ditengok dan jugak dibeli. Tinggal kau sedia duit berkepuk-kepuk dalam poket jer tak pun swap je kad debit tu. 

Sampai IKEA sudah semestinya sebelum balik pekena Meatball yang menjadi trademark IKEA. Boleh lah kongsi bertiga. Lagipun Uji first time masuk rasenye. So, kita kasi dia chance rasa Meatball IKEA. Kali ni kitorang tak buat perangai kitorang yang membeli juadah ikut nafsu tu. Last pergi ri tu dengan norma dan amy, kitorang tak habiskan pun meatball. Membazir tau. Tu lah, beli tak hengat duniya!!!Nyumm,,nyummm...sedapnye...masih terasa-rasa di anak tekak ni keenakkan meatball tu. Hohoho....Sekali-sekala nak reward diri sendiri boleh lah. Kalau dah selalu makan, kopak lah kawan. 

Lepas duk puas santai-santai kat IKEA tu, kitorang masuk plak The Curve..alah, sebelah jer. Lagipun nak solat Asar kat situ. Kata Amy tak ramai orang. Memang betul..tak ramai orang pun..Yuhuuuu....Lepas solat Asar jalan-jalan sat dalam The Curve. Sorry...bukat sat yer,..tapi lama kot. Boleh pulak menyinggah makan aiskrim, duk menyinggah scrub tangan, duk menyinggah jadi model kat POPLOOK lah. Dan hasilnya, aku sendiri belilah sabun muka organik Zura Natural Product as a hadiah untuk wajah sendiri. Hahaha...Tak larat dah nak pakai Phewiitt..Mahal sangat. Kui..kui..kui..Kat POPLOOK pulak, Amy dan Uji beli seorang sehelai blazzer cum cardigan dengan harga RM89 sepasang. Okay lah tu. Kain pun sejuk jer. Tak panas. Dalam POPLOOK sempat lah menerai semua blazzer kat situ. Meriah sekejap butik tu dengan kehingaran suara kami bertiga. Lepas tu terus ramai pulak orang masuk dalam butik tu. Nak kata kami ni pembawa rezeki lah tu..Hahaha...

Takper lah keluar duit banyak sikit hari ni. Untuk gembirakan diri sendiri apa salahnya kan...Hari yang menyeronokkan dan menggembirakan. Banyak benda yang disembangkan dengan Amy dan Uji. Harapnya, aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Hang out sekali-sekala dengan kawan-kawan apa salahnya kan...Hahaha....


Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2

Hai..bertemu kembali di entri "Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2"

Dalam pukul 2 macam tu kitorang selamat sampai ke tempat parking kereta. Masing-masing muka memamg dah sememeh habis. Memang penat giler lah. Nak makan pun macam tak ada selera. Rasa nak balik Subang cepat-cepat then naik atas katil membuta...Hahahaha...

Tapi, aku lapar...aku nak makan..So, kak Haiza drive ke restoran. Malangnya payah nye nak cari restoran yang open. Iyer lah, kan orang tengah cuti merdeka. Mestilah operasi kedai makan pun tutup. Tapi masalahnya, area PD ni tempat orang selalu datang beriadah kot. Rugi lah kalau pengusaha kedai makanan ni tutup. Masyuk ooo..Masa on the way nak ke PD, bukan main ramai lagi konvoi-konvoi bermotor. Untung ooo...

Drive dan terus drive, akhirnya kitorang masuk ke area satu restoran ni. Nama restoran tak silap aku ada nama Anjung, tapi anjung ape aku dah lupa dah. Tetiba teringat restoran Anjung Merah kat Subang tu. Masuk je dalam kedai tu memang penuh dengan budak-budak motor. Bau asap rokok memang tak yah cakap lah. Hampir memenuhi ruang kedai makan. Masa nak minta order, masa yang paling menggeramkan. Apa yang kami nak order semua dah habis. Hape ke he nye jang!!!! Semua menu dah sold out ni. Aduhaii...Nasi campur tu memang lah ada cume waktu la ni kami hanya perlukan juadah yang ringan-ringan jer macam mee rebus, mee hun sup. Akhirnya, aku seorang je yang order nasi ayam madu. Ug, kak Dayah dan kak Haiza just order air jer. Actually, aku pun tak lalu nak habiskan nasi ayam madu tu. Nasi ayam madu yang sampai tak seperti yang aku bayangkan. Bagi aku tak sedap. Uhukhukhuk....Tapi aku tetap habiskan jugak. Nanti membazir.

After makan, kitorang meneruskan perjalanan ke KL semula. Kami tak balik Subang terus. Kami terus ke Ampang, rumah kak Dayah. Actually, sampai Ampang nanti kami akan terus ke kenduri kawen sahabat kak Dayah dan kak Haiza. Tapi, perancangan tak menjadi..Kitorang sampai rumah kak Dayah kat Ampang dalam pukul 4 petang. Masih teragak-agak nak pergi ke tak kenduri kawan tu. Sebab dah lewat sangat ni. Takut majlisnya habis. Tapi, kitorang decide untuk pergi jugak. So, bersiap-siaplah kami dengan berbaju kurung. Dalam pukul 5 kami on the way ke Keramat. Sampai-sampai jer, kami tak tahu kat mane dewan yang menempatkan majlis kawen kawan kak Dayah dan kak Haiza tu. Aduhai, penat naik Bukit Batu Putih dan perjalanan dua jam dari PD ke KL tak hilang lagi, ni nak kene cari pulak kat mane dewan perkahwinannya tu. Cari-cari punya cari akhirnya jumpe jugak dewannya. Tapi sayangnya, majlis dah habis deyy...Catering tengah sibuk-sibuk mengemas. Pengantin pun dah tak ade, Jenaka apakah ini??? Hahahaha..



Okay, kitorang berempat dah lapar..Yok, balik Ampang semula, kita pergi makan kat medan selera.
Memang kitorang senyap je menikmati juadah makan tengah hari plus makan malam kitorang. Tak pandang dah kiri dan kanan. Hehehe...Lepas je kitorang habis makan, kitorang bergerak semula ke rumah kak Dayah. Kitorang drop by dia kat situ. Then, aku, kak Haiza dan Ug meneruskan perjalanan balik ke Subang Bestari pulak. Dalam pukul 7.15 malam sampai Subang Bestari. Bersalam-salaman dengan kak Haiza then kitorang pulak bergerak balik ke USJ. Ug drop aku kat depan rumah. Perghh...memang seharian kami diluar rumah. Memang memenuhi masa cuti dengan sebaik mungkin. Huarghhhh...esok dah masuk keje. Penat...Saya nak EL la kalau macam ni. Hahaha...ehhh, tak lah. Kerje mesti pergi kan. So, malam tu lepas habis mengupdate status FB, aku masuk tidur. Esok nak kene bangun awal plakkan..

Alhamdulillah..perjalanan kami dipermudahkan. Dapat jugak naik Bukit Batu Putih, tengok Rumah Api Tanjung dan dapat lihat pemandangan laut yang menakjubkan. Seronok sangat-sangat. Moga-moga ada kesempatan di lain hari untuk ke sini lagi. Mungkin jugak akan explore dengan lebih mendalam lagi apa tempat-tempat menarik yang ada di Port Dikcson itu...

So, ini lah antara gambar-gambar kenangan yang sempat diabadikan sebelum phone masing-masing "DIE"....Hahahaha..........








































Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...