Friday, 28 August 2015

Sehati Sejiwa..Hari Kebangsaan 2015


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!


MERDEKA!!!

Lagu yang paling meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Walaupun saban tahun lagu kemerdekaan sentiasa berubah-ubah mengikut tema, namun lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ni tetap sentiasa kukuh dan melekat di hati kta semua kann... Tak pernah jemu didengar dan sentiasa menjadi pilihan utama ketika majlis sambutan hari kemerdekaan. Lagu ni die semacam berhantu sikit..Ade feel gitewww...

Yeah..tinggal beberapa hari je lagi kita rakyat Malaysia akan sama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 58 dengan membawa tema "SEHATI SEJIWA", tema pada tahun ini. Lebih menekankan semangat kejiwaan dan bersatu hati seluruh rakyat Malaysia. Dengan adanya kepelbagaian kaum di Malaysia, di harapkan kita dapat terus hidup dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sebarang pergaduhan dan pergolakan. Amin...


 Aku mendoakan yang terbaik untuk negaraku ini.. Walaupun, pelbagai kontroversi melanda negara disebabkan oleh beberapa pihak yang berkemungkinan tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka ditambah pulak dengan masalah kejatuhan mata wang ringgit, di harapkan Malaysia masih boleh lagi berdiri teguh dan utuh. Masih lagi aman dan damai..Mudah-mudahan... 

Dengar cerita, Perhimpunan Bersih 4.0 bakal diadakan pada 29hb Ogos ini. Harapnya perhimpunan ini tidak membawa kepada perbalahan dan pergaduhan. Biarlah perhimpunan ini diadakan secara aman damai, bersih sepertimana sebersih namanya.

Saya sayang negara saya.........................




#Sumber dan ilustrasi dipetik dari artikel
 http://www.mysumber.com/tema-dan-gambar-logo-hari-kebangsaan-2015-malaysia.html

No comments:

Post a Comment