Monday, 31 August 2015

Coretan Maghrib....

Assalamualaikum.....

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58.

Merdeka...Merdeka...Merdeka....

Pastinya mengimbau kembali saat-saat dimana bapa kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat ini dengan penuh semangat.

Maka dengan itu, sedarlah kita bahawa jika tiada mereka, pejuang-pejuang negara yang rela berkorban untuk memerdekakan kita dari penjajah tidaklah kita akan dapat menikmati hidup aman damai seperti sekarang ini.

Bersyukurlah dan bertekadlah untuk terus sama-sama menjaga tanah bumi kita yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara bertuah ini kembali semula seperti ketika dahulu.

Kenang dan hargailah jasa-jasa mereka yang bersusah payah mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu.

Jangan biarkan penjajah terus menerus menjajah kita.

Sayangilah bumi Malaysia yang tercinta ini. Sama-samalah kita berdoa pada Yang Maha Esa agar diberkati dan dirahmati negara Malaysia ini. Sentiasa berdiri kukuh dan megah. Dipandang tinggi oleh seantero dunia.

#diucapkan jugak selamat menyambut hari kelahiran buat adikku Siti Fatihah Shariff yang ke-22. Anak merdeka ni......Semoga ateh sentiasa success dan gembira dalam apa yang ateh buat. Jadilah anak yang soleh pada mak dan ayah.

#diucapkan jugak selamat hari ulangtahun perkahwinan yang pertama buat adikku Siti Fazlina Shariff dan suaminya....Pengantin merdeka ni...Moga rumah tangga kalian berdua sentiasa dirahmati dan diberkati Yang Maha Esa. Dipanjangkan jodohnya, in sha Allah hingga ke jannah...dan selamat menimang cahaya mata tidak lama lagi....

Coretan Maghrib,
Siti Faiross Shariff


No comments:

Post a Comment