Tuesday, 24 February 2015

Keindahan Yang Palsu


Apakah masa enam tahun itu
Cukup untuk kita mengenali
Hati budi pasangan kita
Luaran serta dalamannya
Cukupkah masa itu sebenarnya
Bagiku ia tidak cukup

Masa bercinta semuanya indah belaka
Semua yang dipandang hanya yang baik-baik belaka
Kentut pun difikir kewangianya
Tapi mengapa
Pabila sudah masjid indah terbina
Ada pula perkara-perkara kurang menyenangkan timbul
Mulalah yang indah-indah saat bercinta
Hilang dalam sekelip mata
Semua yang dpandang baik-baik belaka sebelum ini
Ternampak cacat celanya
Ketut pula baru diperkatakan kebusukannya

Mengapa semua ini boleh terjadi
Apa yang terjadi sebenarnya
Sebenarnya aku sendiri kurang pasti dengan jawapannya
Adakah mungkin
Tidak cukup lagi kita untuk mengenal
Luar dan dalam pasangan kita
Mungkin kurangnya ta’ruf antara pasangan
Yerlah......
Masa bercinta
Perkara yang diambil tahu hanya
Berdating, makan, menonton wayang
Dan juga jalan-jalan
Pendek kata...Semua yang indah dan manis belaka

Bila sudah memiliki
Semuanya hilang belaka
Benarlah kata orang
Tempoh masa enam tahun
Walau seberapa banyak masa pun
Belum cukup untuk kita kenal
Luar dan dalam pasangan kita

Namun...
Nasihatku Cuma satu
Bercintalah kita berdasarkan panduan syariat Islam
InsyaAllah, cinta yang lahir itu
Luhur dan tulus
Yang mana ianya dikurniakan oleh Tuhan kita yang satu

Tepuk dada tanyalah iman kita.....
Apa yang kita mahukan sebenarnya.................

No comments:

Post a Comment