Tuesday, 24 February 2015

Hiking Bukit Tabur

Errrmmm...rasenye hampir setahun entri tentang xtvt pendakianku dan rakan-rakan serumah yang lain ke Bukit Tabur masih lagi tak dipost. La ni baru ada kesempatan nak mengupdate. Bile ek tarikh aku daki Bukit Tabur ni? See..betapa lamanya xtvt hiking Bukit Tabur ni telah berlalu. Tak silap aku dua tahun yang lepas kot. Akhir tahun 2013. Masa tu Linda dan Azie ada lagi menyewa. Ekpedisi mendaki Bukit Tabur ni pun actually plan last minute. Malam Sabtu tu kitorang lepak-lepas sesame kat Aosis, Damansara. So, discusslah ape plan nak buat weekend tu. So, kitorang decide nak naik Bukit Tabur. Review kat internet pasal Bukit Tabur ni pun semua best-best belaka. Itu yang membuatkan kitorang lagi bersemangat nak mendaki. Akhirnya kata sepakat telah dibuat. Keesokkan harinya pendakian ke Bukit Tabur akan bermula..Yeahhh....


Ambil gambar sat kat air terjun yang ada kat Aosis tu...


Before tu kita kenal-kenal dulu apa itu Bukit Tabur. Di mana letaknya dan apa yang menarik dan best kat sane...

Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.
Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan. Bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri. Namun begitu apabila sudah melalui beberapa puncak, pendaki akan menuju ke satu jalan mati. Disitulah puncak terakhir dimana pendaki dapat melihat keseluruhan pemandangan disekelilingnya.

Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. (Mak aii, pukul berapa dorang naik tu? And pukul berapa plak dorang nak turun?)Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingya. Mereka melihat pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali. Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 am.

Bagi pendaki yang masih baru, bukit tabur ini mempunyai jalan "trek" yang agak merbahaya. (Betol..Betol..)Dengan batuan-batuan granit yang keras serta dakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuat pendaki merasa gayat. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin mendaki bukit ini supaya memastikan tahap kecergasan dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap. Menggunakan peralatan terutama pakaian dan kasut yang sesuai. "Trek" perjalanan di Bukit Tabur amat berbeza sekali dengan laluan gunung-gunung di malaysia kerana walaupun laluan ia agak pendek sekitar 1.30 Jam. Namun oleh kerana laluan yang mencabar dan tebing-tebing yang merbahaya membuatkan perjalanan ke puncak terasa amat perit sekali.

Ada dua laluan dimana pendaki perlu menuruni curam menggunkan tali dimana dibawah adalah jurang setinggi 100 kaki. Dikawasan tebing inilah sering berlaku kemalangan kepada pendaki terutama pada pendaki yang tidak berpengalaman. Namun keperitan pendakian terasa hilang sedikit demi sedikit apabila tiba di puncak gunung di mana disitu pendaki dapat merehatkan badan di atas "grass carpet" yang lembut dan sejuk.(Macam tak pernah jumpe pun masa dah sampai kat atas puncak tu)

Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin cuba menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi. Dikatakan, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka.(Ya, itu sudah semestinya)


Copy paste from Uncle Wiki.

Betul sangatlah apa yang pakcik Wikipedia bgtahu tu. Laluan pendakian ke Bukit Tabur agak merbahaya. Sangat berbeza dengan trek gunung-ganang yang lain, yang ada di Malaysia ni. Perlukan kecergasan dan ketelitian. Sentiasa perlu behati-hati kerana kita bakal berhadapan dengan curam dan jurang yang dalam. Bagi sesiapa yang gayat, memang tak disarankan naik.

Ekspedisi kitorang dianggotai seramai lima orang. Semuanya gadis-gadis belaka. Kak Haiza, Kak Dayah, Kak Hanis, Linda dan termasuklah aku. Perjalanan kami bermula pada pukul 4 pagi. Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di kaki bukit pada pukul 5.30 pg. Hampir jugak kitorang berpatah balik sebab tak berapa yakin betulke ini bukitnya. Bukan apa sepanjang perjalanan ke sana, kitorang akan melalui kawasan perumahan. Dah lah pagi-pagi buta. Dengan sedikit warming up@sessi panaskan badan, kitorang memulakan pendakian. Masa tu tak silap aku dalam pukul 5 lebih kot. Ada lagi beberapa group yang sedang prepare untuk naik sama. Dengan berpandukan cahaya lampu telefon bimbit masing-masing kami mula mendaki. Gila rare lah kitorang waktu tu. Dengan tak ada guide nye. Dengan kurangnya kelengkapan mendaki. Hanya berbekalkan semangat dan jati diri yang kental untuk menawan puncak Bukit Tabur. Chewahh....

Target kitorang kalau boleh nak sangat tengok sunrise kat atas tu. Perjalanan bermula dengan baik sekali. Selain dari tu, kitorang juga nak solat Subuh sama-sama kat atas. Kisah paling lawak dan lucu terjadi  bila tak disangka-sangka Linda bawak naik sekali telekung kat atas tu..Hahaha..tak boleh blah. Terperanjat jugak group2 hiking yg lain bile tetibe dorang ternampak satu lembaga putih sedang berdiri kat tengah-tengah hutan tu. Hahahaha.... Mujurlah masa tu aku tengah uzur, so aku inform je la kat dorang..Lawak giler lah...Masing-masing bantai gelak puas-puas lepas tu. Satu kenangan manis yang memang takkan dilupakan...

Pendakian selepas tu agak merumitkan. Mujur jugak kitorang follow sorang abang dan kakak ni. Doranglah jadi guide kitorang. Kalau nak tahu actually kitorang tak ikut pun laluan yang sepatutnya kitorang ikut. Kitorang terus lompat ke check point yang seterusnya. Aku tak ingat check point berapa tapi senang citer eg: from checkpoint 4 kitorang suppose ikut check point 5 tapi kitorang terlebih advance terus lompat ke checkpoint 7. Macam tulah contohnya...(Payah plak nak explain). Sampai ade satu group abang-abang ni pelik nape kitorang lalu trek tu coz trek tu more adventure. Bahaya untuk perempuan. Mana taknya kitorang kene menapak dari satu curam ke curam yang lain based on abang yang kitorang follow tu. bawah tu jurang. tak dapatlah nak dibayangkan kalau kitorang terjatuh ke bawah tu. Nauzubillah min zalik...Kalau lah takde abang tu memang kitorang dah patah balik kot...


Turn kami berlima untuk ke puncak yang sebelah sana tu. Ada bran tak....


Cantikkan view..nampak empangan Klang gate...

Alhamdulillah..setelah lebih kurang 2 jam mendaki kitorang berjaya jugak menawan Bukit Tabur. Satu ekspedisi yang sangat mengujakan dan menyeronokkan. So, apalagi..meh kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil masa kat atas tu...Gila gambar katenye..Tak sah kalau tak bergambar.

 Giler tak gilernye kitorang ni. Tengah tunggu turn nak naik...



Walaupun kepenatan tapi wajah masing-masing tetap kelihatan berseri-seri dan ceria...



Nampak tak jurang bawah tu..Agak-agak kalau jatuh boleh survive lagi tak???? jeng..jeng..


Akak ni lah yang kitorang follow. Tak snap plak gambar abang yang jadi guide kitorang tu..


Lima gadis come lote yang  berani tak hengat....


Ni plak trek masa nak turun. Mudah je trek nye. Tak yah lagi lalu laluan berbatu-batu tu..bahaya...




Penat ni..lepak sat....





Alhamdulilah, kami berlima selamat naik dan selamat turun. Pengalaman mendaki yang menakjubkan. Dapat melihat keindahan dan kecantikkan ciptaan Yang Maha Esa. Bersyukur dikurniakan satu keindahan yang amat cantik untuk dilihat dan dihayati. So, dengan itu marilah kita sama-sama jaga keindahan hutan dan bukit-bukau kita. Ceh, sempat bagi pesanan penaja tu. Hahaha....

So, nak bagi tips sikit...

1) Pastikan kita memerlukan stamina yang cukup kuat untuk naik Bukit Tabur ni. Jangan ada perasaan gayat. Tahap stamina tu sentiasa dalam keadaan baik dan tip top.
2) Pastikan cukup zat makanan. Makan dulu dan kalau boleh bawaklah sneakers ke. Bolehlah mamam time dlm perjalanan tu. Tapi bg aku macam tak dan je nak makan sbb asyik memanjat je kojenya.
3) Pastikan jaga langkah kita tu. Nak masuk tren pun kene mind your step. Inikan pulak nak mendaki. Jangan tersilap langkah. Tersilap langkah gaung dibawah menanti kita tau.
4) Rajin-rajinlah bergaul dan berbual dengan hikers yang lain. Jangan buat hal kita je. Kot-kot lah kita salah laluan ke ada jugak yang boleh menegur dan membantu kita.
5) Paling penting, sebelum memulakan pendakian tu baca doa dan selawat banyak-banyak. Moga perjalanan kita dirahmati dan sentiasa dibawah perlindungan Allah.

Hehehe...tips-tips yang bolehlah digunapakai...InshaAllah...

Kesimpulannya, ekspedisi mendaki Bukit Tabur adalah satu pendakian yang paling mencabar. Boleh tahan adventure. Aku tak yakin untuk naik lagi sekali. Cukuplah hanya sekali..Hehehe.....

No comments:

Post a Comment