Thursday, 25 September 2014

MYVi - Iriz - Axia


Perodua Myvi - Bumble Bee

 Proton Iriz - Baru keluar ni

Perodua Axia - Pun baru keluar

Ermmm...yang mane satu menjadi pilihan hati???? Myvi? Iriz? atau Axia? Susah plak nak buat pilihan yek...hihihi...

Semalam ayah call tapi aku tak sempat nak angkat coz waktu tu ade kat opis. Tengah kije. Aku call lah balik ayah..Kot-kot ade bende urgent ke sbb ayah tak kan call aku waktu aku tengah berkerja. Retun call ayah balik..bagi salam...Benda pertama keluar dari mulut ayah...

Ayah: Along!! Nak ambil Axia tak? Axia dah keluar tu.
Aku: Hahaha..Axia!!! tak nak la yah.. Tak lawa lah model kereta tu. kelakar...

Itu plak yang aku cakap ngan ayah..hahaha..Tergelak ayah...

Okay..kite ulas sikit tentang kereta-kereta yang jadi pilihan aku untuk membelinya...

First aim kereta pertama aku ialah Perodua Kembara..

Lama da kereta keluaran perodua ni keluar. Tapi tu la..dulu aku sangatlah berkenan dengan kereta jenis pacuan 4 roda ni. Tahan lasak sikit dan nampak bergaya.. lagipun agak tinggi..Tapi biasalah waktu tu masa sekolah lagi. Mane ade duit nak beli kereta..Hahaha...Just berangan-angan kereta idaman...Hahaha...

Sekarang..aku terpikat dengan perodua Myvi..Aku sukalah sangat Myvi ni tau. Nampak comel..sesuai lah sangat dengan orang2 perempuan macam aku ni...Memang aku dah aim nak beli kereta Myvi tahun depan. Aku tak kira..aku nak dapatkan jugak Myvi..Kalau boleh aku nk yang version Bumble Bee tu..Walaupun dah ramai sangat orang pakai bumble bee tu tapi aku nak jugak...TAK KIRA!!!...hahaha....Bagi aku Myvi nampak comel dan smart. cute je aku tengok model kete ni. besar pun besar jugak...biarlah tak sebesar Alza atau Persona tapi aku suka kereta yang comel lote ni...

Yang warna purple ni pun comey gak..Eeee..tak sabarnya...

Proton Iriz..Baru je dilancarkan semalam oleh Proton...Errmm..Kereta terbaru keluaran anak Malaysia..Kereta ni ada ala-ala Perodua Myvi sikit. Mungkin nampak lebih kecil sedikit. (sebb belum tengok lagi secara face to face) dan juga ada ala-ala Proton Savvy jugak..(Aku tak berkenan betul dengan Savvy tu) Hahahaha...Tapi tu lah harga kereta keluaran proton ni boleh tahan mahalnya. Tu pasal ramai pengguna memilih Perodua kot. Affordable...Tapi tak tahu lah..Citarasa setiap orang tu lain-lain kan...Tapi still lagi hati aku kuat mengatakan Myvi menjadi pilihan hati ini...Tapi tak tahu lah kalau dah tengok depan2 bakal merubah hati ini..Chewaahhh....


Kite tengok pulak Perodua Axia seperti dalam perbualan ayah dan aku...Aku dah tengok depan2..hahaha..tak menepati citarasa aku..Kereta ni nampak kelakar lah..Hahaha...Tak berkenan lah..kalau nk compare dengan Viva aku prefer Viva...Axia ni boleh dikatakan besar sikit dari Viva, kecil sikit dari Myvi...Tengah-tengah..hihi....Tapi tetap jugak Myvi di hati..

Yela..yelah...Myvi juga di hati....actually aku buat review ni berdasarkan pandangan mata aku dari luaran sahaja..aku tak tengok lagi detail2 or spec kereta2 ni..hahaha..(ade plak gtu, kate nk beli kereta..)..so, review ni just berdasarkan design sahaja...pasal spec yang lain nanti aku tulis dalam en3 yang lain...masa betul2 aku nak beli kereta..Hahaha....Sekarang tengah mengumpul downpayment lagi..

No comments:

Post a Comment