Thursday, 13 December 2018

Jogging Taman Rekreasi Hutan Bandar USJ 3

First time aku mai taman ni. Tak silap aku taman ni baru aje dibukak pada pertengahan tahun yang lalu. Masa mula-mula sampai taman ni, memang cantik weii. Rugi lah pulak tak pergi sini dari awal. Masih lagi terjaga dan alatan-alatan senam pun masih lagi dalam keadaan baik. Hopefully, akan terus berada dalam keadaan baiklah benda-benda tu kan. Huhuhu.

Actually, lama sangat dah aku tak berlari. Dah lah aku tengan join virtual run 5KM. Ingat nak terus lah direct 5KM tapi tak boleh lah wei. Aku mampu buat 2KM jer. Tu pun dalam masa 20 minit. Pace larian pun berterabur. Aduhaii..macam mana ni??? Esok aku nak p jog lagi kat situ. Lepas je habis 2KM aku buat tadi, aku dan Lydia cuba alatan senaman yang ada kat situ. Kat situ ada taman yang cantik tau. Apalagi, selfie lah. Aduhaii..selfie je lebih minah-minah ni. Jogging nye takat tu je lah. Hahaha.

Tengok lah gambo-gambo yang sempat kitorang amik tadi.


Terdapat banyak gazebo yang di bina di sini. Kawasan lapang kalau ada nak buat aktiviti bersama keluarga pun ada disediakan. 


Anak-anak mesti suka bila datang sini, sebab banyak permainan yang ada. Main lah dengan sepuas hatinya. Yang penting mak ayah kena pantau anak-anak tu.


Memang akan nampak semuanya hijau kat sini. So, kalau pagi-pagi datang berjogging kat sini adalah sangat disyorkan. So, this week aku nak ajak norma beriadah pagi kat sini. Aku kene pujuk dia tu, bukan main payah sekarang nak ajak dia keluarkan peluh tau.





Mujur ada Lydia jadi penaman tadi. Tapi boleh tahan juga Lydia berlari. Aku pun semput weii.





Taman Rekreasi Hutan Bandar USJ3 checked. Lepas ni nak ajak kawan-kawan opis lepak sini pulak lepas habis keje. Hari rabu bolehlah kitorang pergi pasar Batu 3 dan makan kat sini ramai-ramai. Mesti meriah kan..Hehehe.


Review: Spider Man: Into The Spider Verse (12 December 2018)

Filem : Spider Man: Inti The Spider Verse

Rate: 9/10

Cinema: GSC, USJ Summit.


Macam mana ek aku nak describe movie yang best ni??? Bagi aku movie ni best giler weii. Memang tak rugi lah aku tengok dengan Lydia semalam. Hahaha. Rasa sangat puas hati bila kitorang decide nak tengok cerita ni. Pada mulanya nak tengok movie Mortal Engine. Tapi bila tengok trailer macam krikk..krikk..krik..lepas tu ditambah pulak ada beberapa review yang sangat tidak membantu untuk kitorang terus stick dengan pilihan movie ini. Disebabkan jugak, time movie The Wrath tak kene dengan masa kitorang, so Spider Man: Into The Spider Verse menjadi pilihan kami. 

Kata kak Dian, boss Lydia cerita ni memang menarik dan best. Ternyata apa yang dikatakan oleh kak Dian itu benar-benar belaka. Movie ni best weii. Memang nampak komik habislah. Kalau tengok 3D mesti lagi best. Hahaha...

So, korang tengok jer lah movie ni. Berbaloi lah duit tu beli tiket untuk movie ni. Daripada kau tengok citer yang ntah apa-apa tu. Hahaha. Kalau nak tengok Spider Man tu ada lebih dari sorang, boleh lah tengok movie ni. Hehehe..

Aku dah tengok dh, korang bile lagi. Pergilah tengok!!!






Novel Review: 7 Warna Cinta

Novel Review: 7 Warna Cinta

Penulis: Fida Rohani

Rate: 8/10

Tarikh Bacaan: 11 - 12/12/2018




" Aku mencari harumnya nafasmu di celah wanginya mawar merah. "

Sinopsis Kulit Belakang:


Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecea, dia serik untuk bercinta lagi.

Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.

Walaupun hati terluka, Kamilia terus mencari cinta sejati. Takdir yang tersurat, dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Nik Arif. Perkahwinan tanpa restu itu menyebabkan hidupnya lebih menderita kerana suami yang tidak mampu berlaku adil. Sekali lagi dia melangkah pergi.

Saat terkapai-kapai mencari bahagia, Kamilia bertemu semula dengan Dani. Mereka kembali mengikat janji. Sayangnya...ketika langit diterangi tujuh warna cinta, tiba-tiba petir menyambar. Cinta Kamilia dengan Dani gugur satu per satu.

.
.
.
.
.

Review Aku:

Alhamdulillah...sebuah lagi novel dapat aku habiskan. Aku ambil masa hanya sehari je untuk habiskan novel ini. Amazing bukan??? Hehehe..Bagi aku novel ini boleh tahan menarik jugak. Berjaya buat aku tak mahu meninggalkan naskhah itu. Dengan tekun dan seriousnya aku menyelak helaian demi helaian untuk mengetahui kesudahan kisah suka dan duka seorang yang bernama Kamilia. Berkisar tentang seorang isteri kepada seorang suaminya, kepada madunya juga, kepada anak-anak tirinya, dan jugak kepada mertuanya. Hasad dengki dan cemburu menjadi halangan terbesar untuk Kamilia mencapai kebahagiaannya. Serasanya macam terlalu sukar untuk dia merasainya nikmat bahagia itu.

Novel ini membawa tema tentang amarah. Amarah yang membawa kepada pertelingkahan, kepada rasa cemburu dan dengki yang teramat. Aku dapat merasakan, rasa marah yang melampau ditambah dengan cemburu yang membabi buta menyebabkan manusia hilang pertimbangan. Sampai sanggup memohon bantuan selain daripada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Sanggup menghancur dan mengucar kacirkan perjalanan hidup insan lain. Sememangnya rasa dendam itu tidak akan mententeramkan jiwa. Sakit hati melihat kebahagiaan hidup orang lain.

Dari novel ini jugak, penulis menyampaikan sesuatu bahawa kemarahan memang sukar untuk dikawal sebenarnya. Ramai orang yang melahirkan rasa marahnya dengan bertindak agresif. Yang paling menakutkan, ramai orang akan melahirkan rasa marahnya dengan menggunakan mulut sebagai penumbuk dengan menghamburkan caci maki.

Sebab itu jugak kadang-kadang kita tengok orang yang tengah marah akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengar. Mereka yang tengah marah ni sometime tak sedar pun ayat yang keluar dari mulut mereka. Bila dah reda marahnya itu, baru lah menyedari ayat-ayat yang keluar itu telah melukai hati orang lain.

Oleh sebab itu jugaklah, bila kita dalam keadaan marah kita perlu bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan diam sahaja. Penulis jugak ada memberi beberapa tips untuk menangani kemarahan ini. Antaranya ialah, kenal pasti dan cuba elakkan situasi yang boleh membangkitkan kemarahan kita. Jauhi diri dari orang yang mudah marah dan naik angin.

Cari dan tanya kesalahan diri sendiri sebelum melabel, mencemuh dan menggertak orang lain. Jadilah empatetik iaitu yang cuba memahami pandangan dan situasi orang lain. Kita juga boleh kendurkan rasa marah itu dengan berjalan-jalan, berjogging, mendengar muzik ataupun shopping. Yeszzaa...aku suka kalau shopping. Hahaha..Hilang terus rasa marah tu.

Yang penting, perbanyakkan zikir dan selawat ketika kita sedang diuji dengan perkara yang menimbulkan rasa amarah kita. Ingat!! syaitan dan iblis sangat suka untuk menggoda orang yang sedang marah. Marah itu api!!!

Bgai aku, novel ini memang agak menarik dan tidak membosankan. Walaupun terkadang ada jugak ayat yang agak meleret namun itu tidak menganggu pembacaan aku.Terkadang aku rasa sedih dengan nasib yang menimpa Kamilia. Tidak boleh kah dia hidup dengan aman dan sentosa?? Terlalu banyak dugaan dan cabaran dalam dia mengecapi hidup bahagia berumah tangga. Emosinya ketika ditakdirkan untuk hidup bermadu. Lagi-lagi dia keseorangan pabila sedang mengandungkan anaknya. Mana suaminya Nik Ariff..Dayus giler si Nik Ariff ni...Jangan pandai-pandai nak berbini lebih dari seorang kalau tidak mampu berlaku adil. Hishhh..Emo sekejap aku baca novel ni tau...

Ada jugak part yang sedih dalam novel ini hingga membuatkan air mata aku menitik. Babak bila si ibu terlalu mengharapkan kedatangan anaknya untuk melihat dan menjenguk dia yang sedang tua itu. Sampai hati Nik Anwar buat ibunya begitu. Teringin rasa hati orang tua itu ingin melihat anaknya buat kali yang terakhir. Namun, sampai dia menutup mata, anaknya tak kunjung tiba juga. Tapi, tetap juga dia mengampunkan segala salah silap anaknya itu. Itu lah kasihnya ibu, membawa ke syurga. 

Ada lagi satu, part bila tak ada sesapa sudi menjaga si ibu yang sedang sakit. Betullah kata pepatah melayu, ibu ayah boleh menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada sepuluh orang anaknya sehinggalah mereka dewasa dan berjaya, namun sepuluh orang anak itu belum tentu boleh menjaga dengan baik ibu dan ayahnya pula. Aku bermohon pada yang satu, moga aku diberi kesempatan untuk menjaga mak dan ayah aku sehingga mereka telah tiada. Kalau dorang sakit, aku dapat menjaga mereka dengan baik. In sha Allah. Mudah-mudaha. Aminn..

Serasanya, itu sajalah review ringkas untuk novel ke-6 yang aku baca ini. Next novel yang akan aku review maybe novel karya 3 novelis di mana ada 3 cerita didalam satu naskhah novel. Oh ya, by the way, kalau baca review novel Aku Duda Kau Janda, aku nak review novel 3 Hati kan?? Tapi tak jadi sebab novel tu tebal sangat. Hahaha. So, tu yang aku baca 7 Warna Cinta. Nipis sikit. Hehehe...

Tunggu next review: 3 Hati...

Bye bye...




Sunday, 9 December 2018

Shopping kat Aeon Mall Shah Alam

Perghh...hari ini, Sabtu 08 Dec 2018 hari yang sangat memenatkan. Walaupun penat tapi hati ini tersangatlah happy dan puas. Sebab apa? Sebab apa yang dicari akhirnya dapat jugak.

Seperti biasa, lepas je dapat gaji, self reward kene lah diberi. Demi untuk menggembirakan hati sendiri. So, aku dan kawan-kawan opis yang lain plan lah nak shopping. Tak kisah kat mana, asalkan dapat shopping. Sebelumnya aku, Lydia, Yas dan Izzati dah p shopping kat Sunway Pyramid. Tapi apa yang aku nak tu x terjumpa pulak. 

Actually, apa yang aku nak sebenarnya?? Aku nak cari seluar jeans. Nak cari yang jenis Boot Cut. So, kitorang pergilah Brands Outlet kat Sunway Pyramid tu, tapi tak ada saiz aku. So, kat situ aku sekadar cuci mata jer lah. Selamat duit aku. Hahaha..

Namun tidak di Aeon Mall..aku tak berjaya nak setakat cuci-cuci mata jer. Masuk je Aeon mata dah jadi rambang, sebab Aeon tengah buat sales giler-giler sampai 31 Dec 2018 ni. Tempat yang aku tuju haruslah bahagian seluar. Actually, aku kan nak cari seluar jeans Boot Cut kat Brands Outlet Aeon Mall, namun tak terjumpa jugak. Jumpa tu jumpa tapi aku tak berkenan pulak dengan warnanya. Bile masuk Aeon ni aku terbekenan dengan seluar slack hitam dan coklat. Harga sehelai RM46 je wei. Mulanya aku nak beli satu jer, tapi bila mengingatkan seluar slack aku banyak yang dah koyak, aku terus grab dua dua tu sekali. Hohoho. Walaupun tak dapat seluar jeans Boot Cut tapi aku dapat seluar lain. Hahaha...

Aeon Mall aku pergi bertiga je dengan Lydia dan Hazirah. Serasanya dorang berdua lah yang rajin menyopping ni. Hahaha..Seronok tengok Hazirah shopping, beratus habis uollsss..

Tapi aku sangat happy shopping dengan dorang ni. Kitorang pun dapat makan ais krim baru McD. Gigih kitorang pergi jugak McD Seksyen 2 sebab dalam Aeon Mall tak ada McD. Curious pulak why Aeon Mall tak ada McD. Hehehe.

So, ni antara kenangan yang sempat diabadikan untuk hari ini...


Time ni ayu lagi..Lipstick pun masih merah menyala uolss.

 
Seafood Spagethi Oglio Olio. Sedap..actually, aku jarang makan spagethi oglio olio ini tapi Hazirah kata Oglio Olio ni the best antara tempat-tempat yang lain. Katanya lagi, ada 3 benda yang pure dalam Oglio Olio ni: 1) Rasa bawang putihnya  2) Chili Flakes nya  3) Rasa Olive Oil tu sendiri. Yeayy..aku merasakan kesemuanya dalam menu lunch aku hari ini.


Sangat suka dengan Pizza Overload ni. Crust die tu yang best. Tak cepat muak pun.


Menu kami didatangkan dengan free Wheat Bun with butter. Sedap weiii. Siap boleh tambah lagi tau. Manager Roast & Grill tu yang hantar wheat bun refill pada kami tau. Sekali dia bagi sampai 5 biji. Hamekawww..


Lipton Ice Lemon Tea dia pun bukan main beso.

Nama restoran ni Roast & Grill. Recommended restaurant. Time ni dorang tengah buat promotion. Satu set hidangan termasuk air dan unlimited wheat bun hanya RM15.90 jer. Okay lah tu. Actually, ade menu-menu yang lain jugak. Hehehe..




Sementara tunggu Lydia shopping kat Padini, aku dan Hazirah beramah mesra dengan maskot Aeon ni. Comel jer memasing. Hahaha


Ohmaiii..Habis fulus kitorang!!!


Since, kat Aeon Mall tak ade McD, so kitorang ke Seksyen 2 untuk medapatkan aiskrim baru McD. Dalamnye masih sama, vanila ais krim cume di dip kan dengan beberapa flavour. Aku - Caramel, Lydia - Mango, Hazirah - Taro. Harga: RM2.95 setiap satu


Okay..aku sorang je yang lapar. Hahaha. Apalagi, Smoky Beef Grill menjadi pilihan...


Harap-harap tak ketat lah seluar baru aku ni nanti. hahahahaha..

Perut pun dah kenyang, hati pun riang..Time to masuk tidurlah. hahaha..Gigih aku update blog pasal shopping tadi. Kihkih..Nite!!!

Novel Review: Aku Duda Kau Janda

Novel Review: Aku Duda Kau Janda

Penulis: Airis Dania

Rate: 6/10

Tarikh Bacaan: 26/11 - 07/12/2018



Melihat kebahagiaan orang yang kucintai adalah kebahagiaanku juga, walaupun bukan diriku yang mendampingimu...

Sinopsis Kulit Belakang:

Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah. Kerana janji itu jugalah yang menjadi penyebab kemalangan Adam Hasif sehingga dia lumpuh. Walau bagaimanapun, Adam Hasif tetap menuntut agar Nur Anisha menunaikan janjinya. Adam Hasif sudah berubah daripada seorang lelaki yang baik menjadi seorang lelaki yang obses dan cemburu. Pada waktu yang sama, hadir Imran Rifqi meluahkan rasa cintanya pada Nur Anisha. Nur Anisha bingung untuk memilih. Keresahan hati Nur Anisha bertambah dengan kehadiran Khairi. Khairi masih tetap setia menunggu Nur Anisha walaupun Nur Anisha sudah berkali-kali mengatakan dia tidak mencintai Khairi. Siapakah yang akan menjadi pilihan Nur Anisha? Sanggupkah Nur Anisha mengingkari janjinya pada Adam Hasif semata-mata untuk memilih Imran Rifqi? Adakah Khairi akan terus setia menunggu?

" Berilah Im peluang untuk mencintai Nisha. Memiliki semua cinta yang ada di hati Nisha." - Imran Rifqi

" Perasaan cinta itu boleh datang kemudian. Kita kan dah lama berkawan, tentu senang kita menyemai cinta bersama." - Khairi

" Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-MU. Tunjukkanlah aku jalan yang benar dalam menentukan pilihan. Bahawa sesungguhnya apa yang KAU berikan dan tentukan adalah yang terbaik untukku." - Nur Anisha
.
.
.
.

Review Aku:

Pertama sekali aku nak cakap yang novel ini agak membosankan dan terlihat sangatlah meleret. Ini dibuktikan dengan aku mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk aku tamatkan pembacaan novel ini. Bukanlah aku tak menyukai plot cerita novel ini, tapi aku kurang suka dengan gaya ayat yang ditulis. Tak kelihatan santai dan bersahaja. Novel ini boleh kukatakan adalah novel yang agak berat dari segi penyampaian, bahasa dan isi yang cuba disampaikan oleh penulis. 

Norma pun terkadang menegur aku pabila melihatkan aku terlalu berkerut dahi ini. Hahaha. Ya, aku cuba juga untuk menamatkan bacaan novel ini. Dan akhirnya, novel ini habisku baca pada malam semalam. Penat jugak tau nak habiskan. Pening-pening gak kepala ni. 

Actually, banyak pengajaran dan nilai murni yang aku perolehi dari pembacaan novel yang bertajuk Aku Duda Kau Janda ini. Antaranya ialah, ketentuan jodoh itu ternyata memang telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. In sha Allah, jika kita rajin berdoa dan meminta padaNya pasti kita akan beroleh jodoh yang baik. Semestinya seorang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Ternyata di dalam novel ini, jodoh di antara Nur Anisha dan Imran Rifqi tenyata sangat kuat dan kukuh. Sememangnya memang jodoh mereka walaupun masing-masing pernah mendirikan rumah tangga. 

Cinta tidak semestinya bersatu.. Ya, betul..Cinta antara Nur Anisha dan Imran Rifqi hampir saja tidak bersatu. Demi tidak mahu melukakan hati orang tua, tidak mahu Imran Rifqi menjadi seorang anak yang derhaka, Nur Anisha sanggup mengundurkan dirinya. Ternyata dalam novel ini, penulis menonjolkan karektor Nur Anisha seorang gadis yang sangat berpegang teguh kepada agamaNya. Seorang yang sangat baik hati, selalu bersangka baik, sanggup berkorban untuk orang lain, sabar dan sangat penyayang. Terkadang aku rasa agak sakit hati dengan karektor Nur Anisha ini, terlampau baik hati sampai orang lain menginjak-nginjak maruh dan harga dirinya. Tapi berkat kesabarannya itulah, Nur Anisha beroleh kebahagiaan.

Karektor Imran Rifqi jugak sangat menarik minat aku. Dari seorang lelaki yang playboy, yang suka mempermainkan hati perempuan, akhirnya dia terjebak dengan cinta seorang gadis alim dan solehah. Tapi cintanya sangat berliku dan penuh cabaran. Dari halangan ibunya, penolakkan cintanya oleh Nur Anisha disebabkan dia mengambil keputusan  untuk berkahwin dengan Adam Hasif, Imran Rifqi digambarkan seorang lelaki yang cukup tabah dan kuat. Walaupun dia masih lagi dalam usaha mencari dan ingin kembali kepada agama, dia tidak mejadikan kegagalan cintanya pada Nur Anisha satu penyebab untuk dia menjauhi semula Tuhan Yang Maha Esa. Ini kerana dia tahu, dia ikhlas, hijrahnya itu demi kerana Allah. Cintanya pada Sang Pencipta.

Aku sangat tak suka karektor Adam Hasif di dalam novel ini. Pengajaran yang lain, yang boleh aku nampak dalam watak Adam Hasif ialah jangan terlebih mencintai cintanya pada manusia selain daripada cintanya pada Allah. Adam Hasif terlalu obses untuk memiliki cinta Nur Anisha sehinggakan dia menjerumuskan diri kepada perkara yang memudaratkan dirinya sendiri. Demi untuk cepat-cepat meminang Nur Anisha, dia sanggup berlumba haram untuk mendapatkan duit dengan cepat. Sangat tidak bermoral apa yang dilakukan oleh Adam Hasif ini. Lagi satu, Adam Hasif sangat mementingkan dirinya sendiri. Sanggup dia memaksa Nur Anisha untuk menunaikan janjinya, sedangkan dia tahu tidak ada lagi rasa cinta di hati Nur Anisha. Nur Anisha yang baik hati bersetuju jugaklah berkahwin dengan Adam Hasif yang lumpuh itu. Bagi aku, kalau kita mencintai seseorang itu kita pasti nakkan yang terbaik untuk si dia. Jika dia bahagia dengan pilihan barunya, itu jugak adalah kebahagiaan kita. Macam apa yang Imran Rifqi lakukan.

Hawa Izzati pulak karektor yang sangat menjengkelkan. Annoying sungguh-sungguh. Aku agak ralat bila watak Hawa Izzati seperti tidak ada penamatnya. Paling kurang, penulis buat lah Hawa Izzati menerima akibat diatas semua perbuatannya itu. Namun, watak Hawa Izzati tetiba hilang macam tu jer. 

Seperti tajuk yang tertera di novel ini, jodoh Nur Anisha dan Imran Rifqi bersatu pabila masing-masing telah bergelar janda dan duda. Katanya dah seri. Satu sama. Kelakar pulak aku. Oh ya, camne watak Imran Rifqi bergelar duda kan?? Dia telah menceraikan isterinya Nor Laila selepas sebulan mereka bernikah. Tapi aku suka cara Imran Rifqi handle masalahnya dalam novel ini. Ternyata Imran Rifqi seorang yang berhemah dan lelaki yang baik. Walaupun ada perasaan marah disebabkan apa yang Nor Laila buat padanya, tapi dia menerimanya dengan redha.

Agak-agak ada ke lelaki seperti Imran Rifqi di dunia realiti ini??? Dan, ada ke gadis seperti Nur Anisha di dunia nyata ini??? 

Novel...hanyalah khayalan dan imaginasi sang penulis..Huhuhu...

Hurmm, tak boleh nak ku jawab soalan itu sebenarnya. Hahaha..Apa-apa pun aku okay lah dengan novel ini walaupun aku ambil masa lama nak menghabiskannya.

So, itu jer lah sedikit review aku untuk naskhah novel Aku Duda Kau Janda ni. Next review tunggu aku habis baca novel 3 Hati...

Daaa....

Thursday, 6 December 2018

Jalan-Jalan Penang Part 3 - PBIM 2018 -

Akhirnya, hari yang dinanti sudah pun tiba. Perjuangan untuk menamatkan larian 21KM Penang Bridge International Marathon 2018. Perasaan aku jika ditanya dah bersedia ke nak berlari ni? Jawapannya tentu saja sedia namum masih ragu-ragu. Boleh ke tidak aku habiskan larian ini? Tak cramp ke kaki atau betis aku nanti? Tak ke aku akan menyusahkan orang lain atau menyusahkan diri sendiri? Ternyata banyak benar persoalan yang bermain di fikiran ku sebenarnya. Namun, penyertaan telah dilakukan. Nak nak memang aku dah sampai pun Penang ni. Mahal pulak tu registration fee untuk PBIM 2018 ni. Seorang RM80. Boleh buat makan untuk beberapa minggu tu tau. So, larian harus jugak ditamatkan.

Berbalik semula pada kisah yang tergantung di entri sebelum ini, dah puas food hunting sekitar Georgetown, kami berempat pulang semula ke Desa Bayan Homestay merehatkan badan untuk larian pagi Ahad nanti. Dan aku memang lah payah nak tidur malam tu. Sekejap je aku tidur bagi merehatkan badan dan minda ni. Pukul 10.30 aku terjaga dan terus berjaga hingga ke pukul 1 pagi. Sebenarnya aku lebih rasa nervous. Tu pasal aku tak dapat nak lena. Hahaha.

Aku kejut depa bertiga bangun untuk bersiap. 21KM Half Marathon akan bermula pada pukul 3 pagi. So, selepas bersiap ala kadar, pakai vest yang telah disediakan kitorang pun bergerak keluar rumah menunggu Grab. Mujur jugak ada Grab pagi-pagi buta tu. Iyer lah, banyak kot jalan yang ditutup bagi memberi laluan acara marathon ini. So, perasaan bimbang tak dapat Grab atau teksi sangat menggusarkan hati. Alhamdulillah, permintaan kami berhasil. Ada jugak Grab pagi tu. Tambang Grab pagi itu hanya RM13. Mujur jugak tak mahal. Iyer lah, kalau permintaan ramai tentu saja pihak Grab akan menaikkan harga tambang. Betul tak?? Dalam kereta, kami bersembang lah jugak dengan Grab Driver tu. Rupanya die memang dah hantar beberapa pelari ke PBIM pagi tu. Murah rezeki brother ni. Hehehe. Katanya, gigih kami berempat ni datang dari KL semata-mata nak join PBIM ni. Padahal kat KL tu ade jer larian macam ni. Hahaha. Bro, kami ke sini lebih kepada food hunting dan nak rehatkan minda dan enjoy ourself. Jangan tak tahu okay!!!

Jalan banyak yang telah ditutup. Mujur juga Bro Grab ni mahir selok belok area Penang ni. So, bro ni just drop by kami di tepi jalan. Nak buat macam mana memang tak boleh nak masuk area Queensbay tu. So, kitorang kene berjalan kaki lah. Hohoho. Boleh tahan jauh jugak tau. Ketibas..Hahaha. Tapi okay lah, ade jugak warm up pepagi tu. Iye dok!! By the way, flag off untuk Full Marathon dah bermula pada pukul 1 pagi lagi.

Flag Off untuk 21KM start pada pukul 3 pagi tepat. So, berlarilah aku dengan penuh semangat, mengharapkan tidak ada apa-apa yang buruk berlaku pada diri sendiri. Telinga aku sumbat dengan earphone mendengar lagu bagi menaikkan semangat aku untuk terus berlari. Kata orang, kalau dengar lagu rancak larian kita jugak makin rancak. Nak dijadikan ceritanya, dalam phone aku tu banyak lagu-lagu slow, sedih, jiwang, hindustan bagai. Hahaha. Agak-agak larian aku laju ke tidak?? Hahaha..Mestilah aku berlari dengan penuh semangat dan teruja. Aku nak kot habiskan first half marathon aku ni dengan jayanya.

Namun, apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Huhuhu. Setelah hampir 12KM aku berlari, tetiba hujan turun dengan sangat lebatnya diiringi dengan bunyi guruh kilat berdentum-dentam. Silap jugak aku sumbat earphone kat telinga ni. Aku tak dengar wei guruh kat luar tu. Alih-alih hujan turun. Habis basah lencun weiii. Memang lebat giler-giler. Sakit sangat mata berlari dalam hujan lebat. Memang pakaian aku basah lencun. Beg yang aku sandang jugak dah basah sebasahnya. Aku sangat risau sebab dalam beg tu aku letak duit, IC, ATM kad. Aduhaiii..aku dah cuak giler. Aku teruskan jugak larian dalam hujan tu. Mengharapkan agar ada lah flyover dihadapan sana untu berteduh. Seriously, aku geram sebab tak jumpe flyover. Nak berlari laju-laju pulak payah sebab memang kasut dah banjir dengan air. Hahaha. Dah tak mampu dengar lagu sebab aku merasakan kocek seluar aku dah basah. Mampuss lah rosak phone aku. Kilat petir sambar menyambar. Ya Allah, kenapa jadi begini. Tadi cuaca sangat elok dan cantik. 

Akhinrya, aku nampak jugak flyover di hadapan sana. Memang penuh dengar pelari wei  bawah flyover tu. Semua berhimpit-himpit nak mengelakkan dari kene hujan. Padahal masing-masing dah memang basah. Kat flyover tu aku jumpa dengan Uji. Oh ya, by the way kitorang berempat memang dah terpisah bila je gun off tadi. Mana yang laju macam Amy terus kehadapan lah. Gembiranya dapat jumpa Uji semula. Aku keluarkan phone aku..Oh maiii...Phone aku masih menyala tapi die dah berkelip-kelip tanda memang nak padam. Tiba-tiba sorang akak yang berada kat situ suruh aku matikan phone tu cepat. Cepat-cepat aku matikan phone. Silap besar aku tak bawak any plastik untuk balut phone or apa-apa barang berharga  kalau ditimpa hujan. Seriously aku tak terpikir langsung dengan faktor turunnya hujan berserta kilat ni. Dan sememangnya poncho jugak tak aku bawak. Bukan aku saja tau. Kami berempat sorang pun tak bawak. Betapa tidak well prepared nye kami. Hohoho. Aku rasa kalau aku bawak poncho pasti aku akan teruskan larian. Tapi, tak boleh jugak sebab aku memang gerun dengan bunyi-bunyi kilat dan guruh ni. Hisshh..tak berani lah pulak nak amik risiko dengan nyawa sendiri. Aku cakap dengan Uji, aku tak nak teruskan larian lagi. Biarlah tak dapat medal pun. Dan aku mengharapkan jugak agar organizer membatalkan larian ini. Namun, itu tak terjadi pada mereka yang menyertai Half Marathon dan Full Marathon. Huhuhu. 10KM jer yang organizer cancel kan. Lama wei kitorang tunggu hujan betul-betul reda. Dekat sejam jugak tau. 

Bila hujan reda lepas sejam tu ade jugak mereka yang teruskan larian. Aku nak jugak teruskan larian tapi bila memikirkan masih ada lagi bunyi kilat, aku jadi tak berani. So, tunggulah kami kat bawah flyover tu sampailah ke pukul 7.30 pagi. 7.30 pagi okay!! Memang dah lepas COT. Hohoho..COT pukul 6.45 pagi yer. Patutnye dah ade shuttle bus untuk sweep mereka yang tak dapat habiskan larian. Tapi sejam setengah tunggu baru lah ada orang angkut kami yang masih tinggal di bawah flyover ni. Itu pun naik ambulance uolss.. Hahaha. By the way, along pun terkandas kat bawah flyover tapi along stuck kat fly over sebelum flyover kami. Dia kata kat situ lagi ramai pelari. Hahaha. Siap ada yang ambil grab tau. Lambat sangat tunggu shuttle bus. Amy memang tak dapat dikesan. Dia tak reply dan tak baca pun wassup group kitorang. Kami agak phone Amy kehabisan bateri, tak pun phone Amy dah dimasuki air. Huhuhu.

Around pukul 7.45 pagi kami diberhentikan di tepi jalan oleh ambulans itu. Kami terus menuju ke finish line. Aku mengharapkan ada lah medal diberikan jugak. Huhuhu. Sedih sebenarnya tak dapat habiskan larian tapi nak buat macam mana kan...Aku sangat yakin aku berjaya habiskan larian dalam masa yang telah ditetapkan kalau semuanya berjalan dengan lancar. Namun, dah memang tak ada rezeki kan.

Sampai finish line tu, kami tengok ramai orang duk beratur nak ambil medal. Tak silap nak amik medal untuk larian 10KM. Kan larian 10KM dibatalkan so mereka just ambil medal jer lah. Kitorang pun turut juga beratur sama kat line 21KM sebab kami nampak orang lain jugak beratur. Panjang jugak beraturnya. Sampai di khemah distribute medal, kami diberi jugak medal 21KM. Huhuhu. Gembira tu gembira lah jugak kan. Tapi lagi gembira kalau dapat habiskan larian. Hehehe..

Akhirnya, kitorang berempat bertemu jua. Masing-masing eksaited bercerita pasal pengalaman dalam hujan lebat tadi. Hahaha. Kami memang dah tak ada hati nak tunggu lucky draw sebab mood masing-masing dah kelaut ditambah pulak dalam kesejukkan ya amat. Hujan pun dah reda. Kitorang nak book Grab nak balik homestay namun permintaan kami tak dilayan. Mungkin sebab hujan, kesesakkan lalu lintas disebabkan jalan masih tutup. Macam mana ni?? Masing-masing pun lapar, perut berbunyi minta diisi, tekak haus dan perit minta dipanaskan dengan milo suam atau pun teh suam. So, dalam kesejukkan kami menuju ke Restoran Kapitan yang ada berdekatan area Queensbay tu. Sampai di restoran, orang telah ramai. Majoritinya mereka yang berlari tadi. Mujur jgak ada meja kosong. Cepat-cepat kitorang duduk. Lega dapat memanaskan tekak dengan teh tarik dan pekena roti telur. Alhamdulillah. Oh ya..iphone Amy memang dah mati. Berdebar Amy takut iphone die rosak. Huhu. Aku masih lagi tak on kan phone aku. Bila aku on kan jer, screen terkeli-kelip. Aku cuak, aku terus off kan balik. Tunggu sampai homestay keringkan dan charge semula.

Dalam pukul 10 pagi kitorang ambil grab pulang ke homestay. Tambang dikenakan RM17. Mahal pulak. Kaki betis mula terasa senga-sengal. Amy lah yang paling nampak kesakitannya. By the way, Amy berjaya tamatkan half marathonnya. Dah aku katakan, Amy ni power okay. Kata je tak training, tak larat nak berlari, alih-alih die yang kehadapan tinggalkan kitorang ni ha. Hahaha. Kata Amy lagi, masa hujan dah turun dengan lebatnya ,die memang dah sampai ke Penang Bridge. Dengan tak ada flyover untuk berteduh, Amy dan mereka yang lain terpaksa jugak berlari meredah hujan ditemani dengan kilat memetir. Ya Allah, tak dapat dibayangkan kalau aku yang berada di atas Penang Bridge tu. Pastinya aku sangat takut dan silap-silap aku menangis weii. Aku memang tak boleh lah dengan kilat petir guruh ni semua. Mungkin ada hikmahnya aku terkandas dan tak teruskan larian tu. Weii, seriously aku seriau weii...

Sampai-sampai jer homestay, kitorang terus merehatkan diri. Kaki habis kecut semuanya. Pakaian kasut usah dicakaplah memang habis lencun. Serba salah rasanya masa naik kereta uncle grab tadi, Hehehe. Aku memang terus mandi. Kang tak pasal-pasal demam pulak. Lagipun aku memang tak selesa dengan basahnya air hujan tadi. Melengas satu badan. Masing-masing dah mandi bersihkan diri, apalagi tidurlah. By the way, kami check out homestay ni pukul 12.30 tengah hari. Lagipun Encik Ikram, owner homestay ni tak kisah nak keluar pukul berapa sebenarnya. Hehehe. Dalam pukul 1.30 petang macam tu baru kitorang check out sebab kitorang akan check in pulak Hotel Muzium. Kitorang just letakkan kunci homestay dalam mailbox Encik Ikram dan say thank you so much dalam whatsapp.

Book grab ke Hotel Muzium dengan tambang RM23. Tak sabar rasanya nak landing atas katil lagi. Lepas urusan check in Hotel Muzium kami masuk ke dalam bilik. Oh maii, dengan kaki dah mula rasa sakit-sakit, bilik hotel kami ada tangga pula untuk ke tingkat atas. Aduhaiii...Tapi best tau Hotel Muzium ni. Sangat selesa dan classy. Landing time...tak landing time ye. Kami mulakan semula aktiviti food hunting kami. Kali ni bersama ayah dan ibu Amy. 

Ehh..kenapa mak ayah Amy dan along ade kat Penang ni??

Nak tahu????

Aku sambung story di next entri. So, kite layan jer lah gambo-gambo yang sempat aku snap.


Vest PBIM untuk semua peserta wanita. Mujur jugak aku memang bawak baju lengan panjang. Giler ko nak pakai vest gitu je. Mahu kene hambat Pak Sarip kalau die tahu. Hahaha. Apasal tak bagi jer t-shirt ek???


Yeayy.. dapat jugak medal 21KM walaupun tak habis lari. Mahu kene kecam ni nanti. Hehehe


Sedang tunggu yang lain bersiap..




Butterfly in our stomach..Betul tak tu ejaanya?? Hahaha..Nak terkucil rasanya before lari ni. Masuk sat Queensbay Mall cari toilet. Dan lagi tu bergambo..



Sebelum flag off 21KM




Mungkin saja ada yang bertuah no bib di kalangan kami ni kalau kami tunggu lucky draw. Namun nak buat macam mana. Rasa penat dan letih lebih menguasai segala-galanya. Hahaha


Tahniah Along!!!


Tahniah jugak Faiross.. 13KM tu kira satu pencapaian yang terbaiklah untuk aku sebenarnya. Hahahaha. 


Tahniah untuk kami berempat jugak 




Tahniah untuk Amy kerana habiskan larian Half Marathon beliau walaupun iphone Amy habis rosak masuk air. Huhuhu. Kasihan Amy..


Walaupun aku tak berjaya untuk menamatkan larian 21KM aku yang pertama kali ini, itu tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berlari lagi. Mungkin aku tak berjaya untuk PBIM 2018 kali ini, target aku untuk berlari 21KM pada Standard Chartered KL Marathon yang akan diadakan pada 29 September 2019 nanti. In sha Allah..

Sunday, 2 December 2018

Jalan-Jalan Penang Part 2 - Food Hunting -

Kite sambung semula trip Penang PBIM 2018 kitorang. Lepas dah berehat barang sejam lebih dekat homestay, akhirnya kitorang keluar ke bandar Georgetown. Aku seperti biasa memang tak dapat nak tido masa kat homestay. Ntah kenape lah. Aku kalau kat tempat baru, memang payah nak lelapkan mata melainkan aku betul-betul tengah mengantuk. Mungkin aku lebih rasa eksaited kot. Hahaha. Aku lah yang kejutkan depa bertiga bangun suruh bersiap. Kita nak p Food Hunting Penang. Banyak makanan-makanan sedap sedang menunggu kita tu. Hahaha...

1st destinasi food hunting yang kitorang pegi adalah Roti Canai Transfer Road. Semua orang yang pernah datang sini kata, wajib pergi makan roti canai kat sini kalau datang Penang ni. Masa kitorang sampai waktu tu dah pukul 11.30 pagi. Tak ramai yang beratur tapi tempat banyak dah penuh. Tapi mujur jugak ada meja kosong kat belakang kedai. Okay jugak dapat tempat kat belakang kedai ni. Tak ade lah sambil makan tu kau dapat hirup pulak udara enjin kereta motor. Mana taknya, gerai ni memang terletaknya di tepi jalan. Kereta pulak duk lalu-lalang. Pelik jugak aku apa yang menariknya sangat roti canai kat sini sampai orang tak putus-putus kunjung tiba. Rupa-rupanya nak tau tak kenapa????
Sebab kat sini popular dengan roti canai ayam dan roti telur goyangnya. 


Tengoklah tu, orang dah duk ramai beratur untuk dapatkan roti telur goyang. 


Sini pulak orang duk beratur nak order roti canai ayam atau pun roti canai yang lain. Tapi majoriti kat sini orang memang order roti canai ayam lah kot. Kuah kari die memang power. Tengoklah tu, makan mengadap jalan raya. Perasa tambahan lah dengan asap-asap kereta dan motor. Hohohoho..


Pembuatan roti canai. Actually, aku tengok same je roti canai gerai ni dengan gerai-gerai yang ada kat Subang ni ha. Tapi sebab ko dah datang Penang ni kan, haruslah cuba pulak orang Penang punye roti canai. Hahaha..


Tadaaa....Roti Canai Ayam kuah kari 4 pinggan, roti telur goyang juga 4 pinggan. Order sorang satu okay. Tak nak kongsi-kongsi. Hahahaha..


Tak cantik gamba flatlay kat atas tu. Snap sekali lagi.


Haruslah berselfie dulu sebelum masing-masing makan.


Roti Canai Ayam. Roti canainya sama jer rasa dengan roti canai kat tempat yang lain. Tapi cume yang uniknya pada ayam tu kot. Korang tengoklah ayam tu. Masa kitorang dapat mula-mula, terkejut jugak tengok besarnya saiz ayam tu. Ini memang kenyang makan sepinggan sorang. Tak lalu dah nak makan yang lain. Bagi aku, aku suka dengan kuah kari ayam ni, Sedapp...in Sha Allah, kalau datang Penang lagi, aku akan singgah gerai ni lagi. hehehe. Harga satu pinggan roti canai ayam ni ialah RM6 sepinggan.


Yang ni pulak Roti Telur Goyang. Actually, aku tak berapa suka sangat. Tapi sebab dah datang kan, harus lah kene makan. Hahaha. Tapi aku impress tengok die punye telur separuh masak tu terbentuk. Cantik weii..Aku buat kat rumah ri tu pun x jadi weii..Bagus jugak kitorang amik telur separuh masak ni, sebab kitorang kan perlukan tenaga untuk berlari 21KM malam tu. Hahaha...Harga sepinggan RM4


Kuat betul makan mereka-meraka ni. Ahakss...


Wajah-wajah keceriaan dalam kekenyangan.

Perjalanan dari Desa Bayan Homestay ke Transfer Road Roti Canai ambil masa dalam 25 minit dengan harga tambang Grab RM24. 

Lepas dah kekenyangan makan pagi, kitorang bergerak pulak ke Armenian Street Art. Plan kat sini nak ambil gambar mural-mural yang ada di sekitar kawasan sini. Sini jugak antara tempat tumpuan pelancong tempatan dan juga asing. Actually, boleh jer jalan kaki dari Transfer Road ke Armenian Street tapi dengan perut yang dah kekenyangan tu tidak memungkinkan kami untuk berjalanlah. Lagi-lagi pulak cuaca tengah terik. Memang tak lah kan. Hahaha..So, dari Transfer Road kami book grab ke Armenian Street dengan tambang RM6. Memang cuaca time tu panas lit lit habaq kat hang...


Uji dan Amy dihadapan mural kucing menjenguk di tepi tingkap


Mujur ada adik-adik yang sudi ambilkan gambar kami berempat.


 Mana lagi comel agak-agaknya. Yus atau kucing itu?


Kat dinding yang tak siap cat ni pun jadi jugak kami bergambo ek..


Uolss, jangan tak tahu key nak ambil gambar kat mural ni kene beratur panjang okay. Ini je pun..Gambar pun dah kelam semacam jer. Tapi jadilah, buat syarat dah pernah ke sini. Hohoho.





Bukan main cepat lagi masing-masing pose kat sini. Takkanlah nak pose lama-lama, kang bising orang yang tengah beratur tu. So, jadilah gambar yang tak berapa nak hado ni. Hahaha


Jadi jugak gambo group kami kat dinding yang tak berapa nak siap ni.


Antara temple yang ada kat Armenian Street ni.


Kalau rasa nak berbasikal melewati jalan-jalan yang ada di sekitar sini bolehlah menyewa basikal yang ada di sini. Bayaran aku tak tahu berapa sejam. Tapi bagi aku lah, agak tak berani lah nak bawak basikal kat area jalan situ, Dengan ramainya orang berjalan kaki dan jugak banyaknya kereta motor duk lalu-lalang. Takut jer tereksiden ke ape. Oh ya..khidmat beca pun ada disediakan jugak. Rasa tak nak naik basikal ataupun berjalan kaki, bolehlah naik beca jer. Hari tu kitorang tanya charge beca untuk sejam, tak silap harganya RM20. Tapi kitorang tak nak.


Rumah lama yang masih mengekalkan ciri-ciri lamanya. Teringat aku dengan cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapuk, rumah-rumah kat pekan cina nya macam ni lah. Hehehe.


Panas lit lit weiii



Aku suka lah tengok bangunan-bangunan kedai dan rumah yang ada kat sini. Nampak unik. Memang style rumah orang cina dulu-dulu.


Ada masjid juga di sini.


 Apa Jack Sparrow buat kat sini??



Wajah kepenatan setelah puas berjalan.

Lepas puas berjalan kat area Armenian Street tu, kitorang terjumpa kedai menjual aiskrim. Aiskrim die memang nampak sangat menarik. Apalagi, dah sampai sini haruslah kene cuba. Nama kedai diberi nama Fruitmade Homemade. Macam-macam jenis ais krim yang di jual di sini. Jus buah-buahan pun ada.


Kami try Funky Monkey. Sedap..Pisang dibelah dua. Bahagian bawah dibuat pemegang dan bahagian atasnya diletakkan ais krim.


Ada 3 pilihan flavour. Pilih lah nak yang mana. Hari tu kitorang cuba Mint Lassi dan Mixed Flavour campuran Mint Lassi dan Chocolate Banana. Lepas tu kami order satu Chocolate Banana dalam cup.


Pilihan smoothies jugak ada disediakan. Bila aku dah balik baru lah member opis bagitahu kene cuba smoothies dragon fruit. Sedapp gilerr die kata. Okay, maybe next time.


Funky Monkey Mint Lassi - RM 9.50


Funky Monkey Mixed Flavour - RM 9.50


Banana Chocolate Ice Cream Cup - RM 6


Mujur jugak along order Fruit Mixed Tea ni tau. Lega sikit anak tekak ni. Iyelah, bukan main lagi manis ais krim-ais krim tu tau. Bila ada air masam ni baru lah seimbang rasa tekak tu. Hehehe


Lagi satu menu lazat yang kami order, Cake Cempedak. Mula-mulanya macam ragu-ragu nak order sebab kek cempedak kan. Cempedak dibuat kek. Tak pernah makan lagi ni. So, bagi mencuba sesuatu yang baru ditambah pulak kami memang dah sampai Penang ni, kitorang order lah 1 slice kek cempedak ni. Dan rasanya tersangatlah sedap weiii. Memang tak rugi beli dan cuba.
So, jumlah makan kami di Fruitmade hari itu ialah RM34.90. 

Haruslah kami ambil gambar bila dah beli ais krim viral ni. Sampai cair-cair lah dibuatnya demi sebuah gambar. Hahaha



Tengoklah tu..dah nak cair dah ais krim tu dibuatnya. Hahaha.



Lepas puas berjalan area Street Art ni, kitorang decide lah untuk gerak terus menuju ke Queensbay Mall nak collect race pack untuk larian pagi nanti.Tambang Grab dari Street Art ke Queensbay Mall dalam RM15.Time tu pun dah pukul 2.30 petang, molek lah kalau kitorang terus ke sana since booth collection akan ditutup pada pukul 5 petang. Lepas dah amik race kit beserta beberapa keping gambar kenang-kenangan, kitorang menuju ke gerai makanan sebelum nak balik ke Desa Bayan Homestay. Kitorang singgah Restoran Kapitan. Uolss nak tahu, kitorang book Grab kot nak ke sini padahal boleh je jalan kaki. Bila dah penat tu memang dah tak berkira dah. Hahaha. Tambang Grab dari Queensbay ke Kapitan Restoran yang tak sampai 10 minit tu RM7. Haila...

Sampai Kapitan, kami just order air dan Nan Cheese Tandoori. Actually, tak lalu lagi nak makan so kitorang tapau nasi kandar jer kat situ.


Nan Cheese Tandoori. Sedap jugak tau. Harga RM12. Kitorang ambil sepinggan makan berempat. Sweet kan!!!


Rupa nasi kandar yang ditapau bila sampai rumah. Hahaha. Macam tak lalu nak makan kan?? Tapi kene jugak makan. Sebab pagi-pagi nanti nak berlari. Hahaha.

So, lepas lepak sekejap kat Kapitan dan tapau Nasi Kandaq kitorang book Grab nak balik semula ke Desa Bayan Homestay. Lagipun masing-masing dah penat dah perlu recharge energy untuk larian PBIM pagi nanti. Tambang Grab balik ke homestay kitorang RM13. Murah lah pulakkan!!!

Sampai-sampai jer, dah solat jamak semua kitorang start lah membuta. Tido. Ditambah pulak cuaca tersangatlah best. Tapi macam biasalah aku payah benar nak tido sebab masa tu pun dah pukul 6 petang. Aku tak boleh tido senja-senja ni nnti aku mengigau. Yang lain dah lena diulit mimpi nan indah. Aku jer lah duk terkebil-kebil. Mujurlah homestay ni semua ada. TV pun ada. So, bagi mengelakkan kebosanan aku layanlah Running Man kat TV2. Bila lapaq aku makan dulu nasi kandaq tu. Tak tunggu dah depa bertiga. Hahaha.


Tak silap aku, aku masuk tidur dalam pukul 8.30 malam sebab aku kene jugak paksa diri untuk tidur. Nanti aku kepenatan bila berlari. So, aku tidur dan depa bertiga dah bangun makan malam.

Namun, aku tak tidur lena pun. Dalam pukul 10.30 tu aku dah bangun semula. Dorang pulak dah masuk tidur. Aduhai Faiross...So, aku ngadap TV jer lah sampai ke pukul 12.30 pagi. Huhuhu. Dan aku lah yang kejut depa bertiga bangun bersiap. Hehehehe..

So, setakat tu saje cerita aku untuk hari pertama kami di Penang. Di lain entry aku story pasal kenangan larian PBIM yang menemui kegagalan sebenarnya. Hohohoho...

Bye bye....


Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...