Friday, 31 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Hurmm..rasenya tak terlalu lambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat Islam yang meraikannya Setelah sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan, kita meraikan kejayaan kita kerana telah dapat menahan lapar dan dahaga serta nafsu.

Baru Syawal ke-15. Sudah hampir separuh bulan. Tinggal lagi berapa hari je lagi Syawal bakal meninggalkan kita semua. Syawal tempoh hari juga disambut secara bersederhanaan. Seperti biasa sambutan macam tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma raya tahun ni adik lelaki aku si Faiz tak ikut sama balik kampung Endau. Tak muat kereta. Adik kedua aku pula, Fazlina menyambut 1 Syawal bersama keluarga mertua dia kat KL. So, memang tak dapatlah nak sambut pagi 1 Syawal macam dulu-dulu.

Apa-apa pun nikmatilah Syawal ini dengan penuh rasa gembira. Bersyukurlah selalu atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Bak kata TV3, Syukur Selalu Menzahirkan Kebahagian...Hehehe...


Kita layan sikit video clip lagu raya TV3 tahun 2015, Syukur Selalu nyanyian Black dan Dayang Nurfaizah..Boleh lah layan...hehehe..Syukur Selalu..Syukur Selaluuuu...........Hahahaha...



Thursday, 30 July 2015

Hiking Gunung Datok

Lame beno aku tak update entri ke Gunung Datok...Bile ye tarikh aku naik Gunung Datok ni..Hurmm..yaaa...tarikh yang same bila mana kapal terbang MAS, MH370 dikhabarkan hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China..Yess..tarikh yg menciptakan sejarah dalam negara Malaysia. Tanggal 08 Mac 2015..Tarikh dimana bermulanya macam-macam masalah dalam negara Malaysia ini. Namun, aku tak nak bercerita panjang pasal apa yang terjadi pada Malaysia ketika ini..walaupun sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan tentang negaraku yang tercinta ni..Hehehe...

Berbalik semula pada pendakianku ke Gunung Datok. Macam biasa kita tahu dululah serba sedikit info mengenai Gunung Datok ni, gunung yang terletak di Negeri Sembilan.

Gunung ini terletak di kawasan daerah Rembau, mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki).
Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. 

Trail untuk naik ke puncak pun boleh tahan mencabar jugaklah sebenarnya. Lebih-lebih lagi ade satu ketika tu, kita dikehendaki memanjat tangga besi untuk sampai ke puncak. Dahlah tangga besi tu bergoyang-goyang bila kita pijak. Mujur lah ade sahabat-sahabat dan juga hikers lain yang bantu memegang kejap tangga besi tu. Puncak Gunung Datok memang berbatu. Dari puncak kita bolehlah lihat keseluruhan kawasan daerah Rembau. Kita boleh juga lihat beberapa buah gunung yang ada di sekitarnya. Contohnya Gunung Angsi dan Gunung Telapak Buruk.

Sampai kat puncak bukan main lagi banyak lebah hurung kitorang. Mujurlah bukan lebah yang jenis menggigit tu. Manis sangat kot kitorang ni. Itu yang lebah-lebah ni suka. Hahaha. Tapi agak menganggu konsentrasi kami untuk menikmati suasana puncak tu lah sebenarnya. Iye lah, lebah duk keliling kami...stress jugaklah dibuatnya. Time aku dan kawan-kawan naik tu, memang ramai lagi pendaki yang turut sama naik. Tunggu turn jugaklah nak naik tangga besi tu untuk sampai ke puncak. Alang-alang dah sampai kan, mestilah kena naik jugak. Rugi je..

Itu je lah serba sedikit pengalaman aku mendaki Gunung Datok. Susah sebenarnya nak recall semula pengalaman naik Gunung Datok ni. Almaklumlah, setahun yang lalu. Apa-apa pun pengalaman yang menyeronokkan. Best jugaklah. Trail pun mudah dan tak terlalu menyusahkan. In shaa Allah, kalau diberikan kelapangan, mungkin akan naik lagi sekali...:)



Gambar wefie kami, terkebil-kebil bijik mata menahan panahan sinaran cahaya matahari...Berkerut-kerut dahi tu..


Nampak tak?? Lebah-lebah pun nak enterframe sekali tau...


Sekitar pemandangan yang dapat dilihat..mungkin itu sebahagian dari daerah Rembau.


Pose sat kat atas batu ni...


Menunggu giliran untuk turun..panas kaww nak duk bertapa lama-lama kat atas ni.


Gile besar pokok balak ni. Berapalah agaknya umur die ye. Besooo sgt. Ni bukan sepemeluk dah ni. Ni berpeluk-peluk dah. Hahaha. Time ni mase on the way nak turun. Sempat lagi tu amik gambar kat pokok besar ni. Mula-mula seram gak lah nk p kat pokok ni. Iye lah..manelah tau kot-kot ade bende lain duduk. Kita p kacau rumah die kan. Mau keluar surat khabar Metro nanti. Hahaha. Kene sorok dek hantu pokok...selisih..mujur tak ada pape berlaku...




Wajah kepenatan...penat sangat lah tu..sengih je manjang...







Thursday, 18 June 2015

Ramadhan Tiba Lagi 2015

Ramadhan Tiba..
Ramadhan Tiba..
Ramadhan Tiba...

Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan



Alhamdulillah...
Ramadhan telah tiba lagi.. Hari ini hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan kudrat untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini..Syukur Ya Allah...

Di harap Ramadhan tahun ini akan membawa lebih keberkatan di dalam hidup kita semua seperti mana Ramadhan yang terdahulu. Janganlah kite terlalu berseronok untuk menantikan ketibaan Syawal dan mensia-siakan pahala Ramadhan ini. Kumpullah seberapa banyak pahala pada bulan yang mulia ini. In sha Allah...

Alhamdulillah, pagi tadi diberi kekuatan untuk bangun dan bersahur bersama-sama kawan-kawan serumah. Walaupun berpuasa di perantauan namun bila makan bersahur bersama mereka terubat jugak rasa rindu di kampung. In sha Allah, dua minggu lagi aku akan balik ke kampung menyambut Ramadhan bersama keluargaku. Hidangan pagi tadi simple sahaja...sambal ikan bilis goreng, kentang goreng dan telur mata. Itu sahaja sudah berjaya membangkitkan selera kami pada pagi itu..ditambah pula dengan buah kurma dan air teh o panas...Alhamdulillah....

Ape menu untuk juadah berbuka puasa petang ini ye?? Dalam perancangan nak masak je. Barang-barang basah pun dah dibeli malam semalam di Mydin USJ1. Kalau tak dimasak, diperam lama dalam peti sejuk tu takut rosak pulak. Okay..in sha Allah, menu malam ni ringkas-ringkas sahaja..sup ayam, telur dadar, kentang goreng dan sambal belacan..perggh..mendengarkan saja menunya pun dah membangkitkan selera makan petang-petang ni...hehehe...

Daya tarikan untuk ke Bazar Ramadhan sudah tentulah ada kan..bagaikan daya magnet yang menarik-narik lagaknya..hehe... Namun, digagahi jua untuk menepisnya..in sha Allah, pergi juga kesana nanti. Mungkin petang ini, mungkin esok dan mungkin juga lusa..hehehe...Nafsu ni perlulah dikawal bila dah memasuki kawasan bazar tu..betollah syaitan semua sudah diikat tapi nafsu tu..nafsu sendiri tu yang berperanan besar sekarang ni...Maka, jaga dan kawallah nafsu itu sebaik yang mungkin. Jangan terlalu memboroskan diri bila berada di bazar Ramadhan tu nnti...Semua nak dibelinya..bila time berbuka nanti, sikit sahaja yang ditelannya. Silap-silap langsung tak diusik..Kan membazir namanye tu...Wallahualam...

Untuk peringatan sendiri.....


Friday, 5 June 2015

Bosannya Ombak Rindu.....

Serius aku x boleh terima cerita Ombak Rindu tu...Tak tahu la kenapa??? Belum sampai separuh aku da bosan tahap gaban...syok lagi nengok Ong Bak....hahaha....

Adoiyai...lawak plak aku bace balik entri aku yang x sempat nak dipost ni...hahaha...syok lagi nengok Ong Bak ye...seriously..memang aku tak pernah dapat nak habiskan movie ombak rindu ni tau..aku dah cube beberapa kali untuk habiskan movie ni tapi tak berjaya...aku bosan dengan jalan ceritanya...aku tak tahu lah kenapa..mayb sebab expectation aku terhadap movie ni sangat tinggi. aku mengharapkan jalan ceritanya same dan sebijik dengan apa yang ada dalam novel.

Memang tak mungkin lah..apa yang penonton harapkan dalam movie yang berdurasi 1 jam setengah ni. Mana nak sempat shoot semua scene yang ada dalam novel tu. Lainlah kalau diadaptasi ke drama bersiri...tahan lah jugak...Tapi apa-apa pun aku memang tak pernah tahu ending movie ombak rindu lakonan Maya Karin dengan Aaron Aziz ni walaupun aku tahu ending dalam novel. hehehe....Aku pun jadi pelik awat lah member-member aku boleh menangis berlinang air mata tengok movie ni...aku tengok macam takde perasaan. boleh plak aku kate.."ohhh, cerita ni sangat membosankan" Nasiblah jugak aku tak tengok kat wayang. kalau tak memang aku blah awal lah...macam aku tengok movie Maggie dengan Aisyah malam semalam kat One City. mengantok giler...menyesal plak aku tengok. Baik layan kartun, Dino Time...hahaha

Nasib ko lah cik ct faiross oiiii.....................
Kite layan sikit lah trailer Ombak Rindu ni yang aku kata meebosankan ni...padahal cerita ni dah lama habis main kat pawagam nun...hahaha

Tuesday, 2 June 2015

Misteri Hutan Lipur Endau (aku xtahu plak name penuh hutan reakreasi tu ape....)

citer ni berlaku kat aku kira2 6 tahun yg lalu... masa tu ada kenduri kat rumah mak kawan aku di endau johor... endau tu x lah jauh sgt pun dr mersing... lebih kurang dlm 45km aje... tp jika sesapa saje mahu pergi ke endau atau ke sempadan pahang mesti melalui atau melintasi 1 kawasan hutan lipur.... masih aku ingat lagi masa aku kecik2 lagi masa tu mak aku slalu bawa aku g berkelah kat hutan lipur tu ngan adik aku.... boleh di katakan setiap minggu... dulu tempat tu mmg meriah sbb klu hujung minggu aje pasti ramai ibu bapa yg akan bawa anak2 mereka bertandang ke sana... maklumlah suasananya mmg nyaman... ada sungai yg jernih... laluan masuk pun senang sgt sbb ia berada betul2 di sebelah jalan besar yg mana xperlu meredah hutan.... tp entah mengapa secara tiba2 kawasan tu sudah tidak dikunjungi lagi... ada cerita yg aku dgr katanya ada ramai org terserempak ngan mawas lah... pak belanglah... dan x terkecuali juga gangguan makhluk halus sbb klu mengikut cerita yg aku boleh percayai disana adalah kawasan perkampungan BUNIAN.... sbb masa aku sekolah dulu pun aku ada menyertai kem silat yg di buat kat sana... so mmg kami semua di ggu mlm tu... tp bukan kisah itu yg aku nak story mori kat sini... citer tu lain kali k....:-)

ok kita berbalik pasal kenduri tu... lebih kurang jam 6 ptg aku ngan kawan aku bertolak ke rumah mak dia yg buat kenduri doa selamat di endau tu... so masa dlm perjalanan tu kami rancak berbual... bergosip sakanlah kita org berdua masa tu... huhuhu... opsss lupa aku nak bgtau nama kawan aku ni.... rasanya cukuplah aku just kenalkan nama dia PUTAQ k.... dia ni kawan aku sejak dr kecil... kami berdua sama2 minat sukan yg sama iaitu sepak takraw n pernah mewakili johor sama2 dulu.. hehehe... so masa perjalanan pergi tu aku yg drive kereta... masa tu biasalah baru dpt kete... pantang jumpa selekoh mesti aku nak tekan je minyak tu... nasib baik naik kancil 660 je... klu naik evo10 dh lama aku drift kat situ.. hahaha...

sebelum kita melintasi kawasan hutan lipur tu kita pasti memalui 1 selekoh maut... di selekoh inilah terlalu banyak terjadinya kemalangan maut.... kadang2 punca kemalangan pun x masuk dek akal... bila aku sampai je kat selekoh tu aku tetiba jadi budak baik... xmo tekan minyak sgt... bawa slow je... sbb aku sendiri pernah tgk mat rempit bersepah waktu malam sorang2 diri.... sbb apa dia bersepah hanya dia, aku dan tuhan saja yg tahu mcm mana dia boleh bersepah mlm tu... bila dh melepasi dr selekoh maut tu lebih kurang 500m baru sampai kawasan hutan lipur tu... masa melalui kawasan hutan lipur tu sempat juga aku menoleh kekasawan perkarangan hutan lipur tu... dengan keadaan waktu dh nak masuk maghrib suasana tempat tu agak menyeramkan dan terlalu suram... yg pasti kawasan tu kosong tiada pengunjung.... aku meneruskan perjalanan... kami sampai kerumah mak putaq ngan2 masuk waktu maghrib...

di pendekkan cerita bila selesai saje urusan kenduri tu aku mengajak putaq balik semula ke mersing sbb besok pg2 aku kerja... so kami meminta izin... tp ayah putaq x bagi kami balik mlm tu... dia kata bahaya jalan malam2 ni... tp kami just senyum je lah n teruskan niat kami utk balik ke mersing mlm tu juga.... mak putaq dh membebel2 x bagi balik... hahahahaa.... tp mcm biasa kami berdua buat xtau je lh n terus kemas2 apa yg patut... melihat kesungguhan kami utk balik ke mersing malam tu juga, mak ayah putaq just diamkan diri je lah... tp masa aku tenung raut wajah mak putaq tu tetiba aku jadi xsedap hati... apa yg aku rasa ni... kenapa aku rasa lain mcm... arghhhhh persetankanlah... ni semua mainan perasaan je... kata hati aku.... kami bergerak pulang lebih kurang jam 11.30 mlm...

semasa perjalanan pulang tu mcm biasalah aku ngan putaq pun bergosip sumala... tgh sedap2 gelak2 tu tetiba si putaq ni bleh tanya aku 1 soalan.... aduka!! ko percaya ke org kata kat hutan lipur tu perkampungan orang bunian? aku rasa mengarutlah semua tu... dr dulu aku ulang alik x pernah plak aku terserempak ngan diorang kat situ.... PERGHHHHHH.... apa kejadahnya ko tanya aku soalan longkang tu.... tu lah yg terkeluar dr mulut aku secara spontan.... xdelah... aku cuma xpercaya selagi aku xjumpa... itu aje.... aku pun sound balik.... lain kali klu ko berhajat nak jumpa sila pastikan ko bukan bersama aku.... sbb aku xmo jumpa... pastu putaq boleh gelak2..... nak je aku tomoi dahi budak ni... huhuu... utk pengetahuan korang masa perjalanan pulang tu si putaq yg drive... so aku relax je lah.. masa dah dekat kawasan hutan lipur tu aku ngan putaq ni tetiba mcm tersentak.... kawasan tu terang benderang spt ada keramaian.... aku masa tu dh lain mcm dh rasa... putaq slowkan kereta.... di bahu jalan kiri dan kanan aku ngan putaq nampak org berlajan kaki memimpin anak2 diorang menghala ke kawasan hutan lipur tu.... tp yg peliknya kesemuanya mereka berpakaian serba putih... yg lelakinya nampak sasa n segak manakala yg perempuannya nampak sopan je berjalan... tp yg pasti kami berdua mmg xdpt nak melihat wajah mereka.... sbb mereka spt berpaling muka mereka dr kami.... apa bila sampai aje ke laluan masuk hutan lipur tu tetiba si putaq ni menjerik MAAKKKKKKKKK!!! lalu dia menekan break secara mengejut..... aku sound dia "ko pehal"... dia ckp ada budak depan tu fuuhhhh nasib baik x terlanggar... klu x masak kita kena kejar ngan org kampung ni... aku tgk kat depan mmg ada budak berdiri depan kereta kami... muka dia nampak bersih tp riaksi muka nya spt berada dlm ketakutan... dia berlari ke sebelah pintu belah putaq... dia memberi isyarat spt menyuruh putaq menurunkan tingkap... putaq tanpa fikir panjang turunkanlah tingkap.... dia tanya budak tu....

Putaq: kenapa ni dik? kenapa lari td... nasib baik abg x terlanggar... klu kena langgar td sapa susah?

Budak: tolong saya bang.... sambil suara sekat2 n muka cemas tahap dewa...

Aku: tolong apa ni... kat sinikan ramai org kenapa adik minta tlg ngan kitaorg plak?

Budak: RAMAI??? abg giler ke? mana ada org... kita bertiga je...

aku terkejutlah.... lalu aku beranikan diri menoleh ke kawasan perkarangan hutan lipur tu dan memang sah xde org... gelap gelita... suasana keramaian td mmg xde...

Putaq: kenapa ngan ko ni? gelabah je... mak ayah ko mana?

Budak: kami kena kejar ngan HANTU.... mak ayah saya ada kat dlm hutan tu.... sambil menunding jari ke arah hutan lipur....

tanpa rasa malu segan dan dengan bodoh tahap maksimanya si putaq ni boleh tanya 1 soalan yg di import dr longkang indah water...

Putaq: MACAM MANA RUPA HANTU TU?

tetiba budak tu tersenyum lebar lalu berkata " MACAM NI" sambil dia mencabut kepalanya dan menjulang kepalanya ke atas....

masa tu dengan serentak, seiring dan seirama aku ngan putaq menjerit, MAKKKKKKKKKKKKKKKK!!!... lalu putaq pecut meninggalkan kawasan tu... bergema dlm kereta kami tu suara tawa gelak budak tu... tp nasib baik dia x follow... habis semua selekoh dia drift..... bengong putaq.... kami berdua diam membisu.. sampailah kat mersing... sampai je kat mersing putaq terus hantar aku balik rumah... masa aku nak kuar tu barulah aku bersuara... "aku rasa hajat ko nak jumpa ngan orang bunian dh jadi kenyataan" ... putaq x hiraukan aku lalu terus dia blaaa... aku masuk rumah.... esoknya dia call aku... dia ckp dia demam.... aku pun bgtua dia " aku pun demam ni"... ni semua kerana mulut longkang ko lah...... dia gelak je dan ckp sorry kat aku......

>>AdukA<<

Nebes jugak aku bace cerita seram di atas ni...Actually, kalau aku balik kampung belah mak aku kat Endau tu, memang akan lalu kawasan hutan lipur ni. Aku tak ingat ape name hutan lipur ni..Kalau kitorang melintas depan kawasan rekreasi ni, memang kawasan ni agak sunyi. Dah tak ade orang nak datang. Sunyi je dan macam terbiar. Pernah lah jugak ajak ayah stop kejap kat hutan ni, tapi bile tengok tak ade orang pun yang datang terus kitorang blah dari situ. Kawasan situ memang agak sunyi tau. Ayah aku jugak kata kawasan situ memang kawasan die operasi masa waktu die dalam tentera dulu. Perjalanan dari Mersing ke Endau ni memang kiri kanannya hutan..Jalan pulak memang berliku-liku. Banyak selekoh tajam. So, for sure lah kene be carefull drive.

So, aku tak tahu sama ada aku nak percaya atau tidak cerita seram diatas ni. Tapi yang aku tahu, atas muka bumi Tuhan ni, bukan manusia sahaja yang mendiaminya. Ada juga makhluk Allah yang lain turut sama mendiaminya. So, prinsip aku..kalau kita tak kacau dorang, dorang pun tak akan kacau kita. Dan yang patut manusia takut adalah takut kepada Allah.

Wallahualam.......

Sunday, 24 May 2015

Hiking Broga Hills

Assalamualaikum........

Last Sunday tempoh hari, pada tarikh 17/05/2015, aku dan Cik Nom pergi hiking Bukit Broga tau. Bersama kami juga ade Amy, along;kakak kepada Amy, dan juga Nani, kawan sekuliah Amy...Actually, Amy yang ajak join pergi hiking ni...Lagipun, aku tak pernah lagi mendaki Bukit Broga ni..Orang kata tempatnya cantik..hijau...trek pun senang, mudah bagi individu yang mahu berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit dan gunung...

Sebelum itu, macam biasalah aku nak review sikit tentang Bukit Broga dengan berbantukan pertolongan Uncle Google...

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.
Sumber boleh didapati di http://ms.wikipedia.org/wiki/Broga

Baiklah, seterusnya aku nak bercerita sikit mengenai perjalanan aku dan Cik Nom ke Bukit Broga ni dulu..Kami berdua berjanji dengan Amy akan berjumpa di Putrajaya, rumah along. Katanya Putrajaya dengan Semenyih dah dekat dah. So, lebih kurang pukul 4 pagi kitorang bangun. Dalam pukul 4.30, kitorang otw ke Putrajaya. Risau jugak sebenarnya takut tak sedar pagi tu. Almaklumlah, kitorang berdua tido dah lewat..sebab apa? sebab malam tu kitorang g round KL tengok busking performance..hahaha...
Dalam lebih kurang pukul 5.30 kitorang sampai ke Putrajaya then terus bergerak follow Amy ke Semenyih. Plan nak solat subuh kat atas tu tapi plan nampaknya tak terlaksana sebab kitorang bergerak agak lewat..so, kitorang solat subuh je dulu di masjid yang berhampiran....
Dalam lebih kurang 15 minit, tak silap masa tu pukul 6 kitorang akhirnya sampai ke kawasan pintu masuk Broga...Seriously, banyak kot kereta...ramai orang...hehehehe...kitorang park kereta kat ladang kelapa sawit ..tak tahu milik siapa dan dikenakan charge RM2. pergh..untong kot...Penuh kot ladang kelapa sawit tu dengan kereta-kereta yang datang nak naik Broga tu.
Berpandukan suluhan lampu dari telefon bimbit masing-masing, kitorang berlima bergerak menuju ke destinasi. Jangan risau, orang ramai....Alhamdulillah, dalam pukul 8 juga kitorang akhirnya sampai kat atas. Kalau tak, sebenarnya boleh sampai lagi awal..tapi disebabkan ada perkara yang tak dapat nak dielakkan sepanjang perjalanan naik tu, kitorang tiba kat puncak tu lewat sikit...tapi apa-apa pun kitorang dah berjaya jugak mendaki Bukit Broga..yesss....
Ya Allah...cantiknya pemandangan Bukit Broga. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Uolllss...lihatlah sendiri ye....Enjoy ur eyes.....




Kami berada di puncak..Yahhhooo...


Ini lah Cik Nom....


Ini pulak Amy....Kawan Cik Nom...


Ini pulak Nani...bukan tuan empunya rusa dalam lagu Anak Rusa Nani tu tau...Nani ni kawan kepada Amy....


Lihatlah Dunia....Indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa...


Aku dan Cik Nom.....


Cik Nom dan Amy....


Indahnya.....Best la kalau boleh buat sebijik rumah kat sini...hahaha...


Motipppp...



Krikkk..Kkriikk...


Awan yang membiru....


Ini bukan batu belah batu bertangkup tu tau...ala, yang mak pekan suruh mintak batu tu telan die....motipp sangat....





Puncak Broga yang ketiga...sebenarnya ada lagi dua puncak tinjau...tak sempat nak amik gambo...


Finally..we are here....




Apakah?????


Wow...Amy bertapa di atas langit....








Macam tengah buat iklan.....


Shooting filem hindustan....




Aku suka gile gambar ni....cantik kan....


Dan juga gambar ini..weolllss look gorgeous right??? nampak flawless giteww....

Alhamdulillah, sebuah lagi bukit di Malaysia berjaya diterokai..InshaAllah, kalau ada kelapangan dan keizinan lagi, kitorang nak naik lagi untuk yang kedua kalinya...Melihat dan menghayati anugarah ciptaan Yang Maha Esa. Masing-masing dapat mendengar degupan jantung yang laju semasa mendaki bukit..Dapat menghirup udara pagi yang segar dan melihat kehijauandan pemandangan yang cukup memukau dan indah...Allahu Akbar!!!
Membuatkan kita berfikir sejenak dan insaf dengan nikmat yang diberikan Tuhan kepada kita, hamba-hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur kepadaNya dengan segala limpahan kurnia yang diberikan kepada kita semua...Alhamdulillah.....


JJCM - Night Circle, Seksyen 11, Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Pagi Ahad yang agak mendung dan redup..nampak macam nak hujan...kalau dapat sambung tido ni pun best jugak....Tapi aku tak nak sambung tido lagi..aku nak bagi review sikit tentang restoran bubur lauk yang ada kat Shah Alam....yang aku pergi semalam...

Malam semalam lepas selesai solat maghrib dan isyak, tetiba member sebilik aku, Cik Nom ajak keluar pegi makan..dia craving something yang berair..kirenye die nak makan nasi air...pada mulanya aku tak berapa nak faham apa itu nasi air...last-last die cakap bubur nasi lah yang dimakan dengan sup....errmm...tak pernah plak aku makan nasi air ni..bubur nasi pernah..die ala-ala bubur nasi yang dimakan dengan lauk-pauk...

Mula-mulanya aku ajak yok lah pergi McD..kat situ pun ade bubur nasi..Cik Nom tak nak...Kite buat sendirilah ek...Yang tu lagi lah tak boleh jalan idea tu..masing-masing malas...nak masak bubur pun malas....sesimple masakan di dunia..hahaha

Then, lepas bersiap ala kadar kami masuklah dalam kereta menuju mencari di mana restoran yang ada jual bubur nasi ni....Cik Nom drive, aku plak google tempat-tempat yang ada jual makanan ni...pencarian makanan ni semuanya terarah ke negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan sebab bubur nasi berlauk ni adalah salah satu makanan orang-orang Kelantan...Aku cakap dengan Cik Nom, takkanlah kite kene pergi Kelantan semata-mata nak makan bubur nasi berlauk ni....Cik Nom gelak besar,..Kau cari je lah Yus....Google punye Google, jumpe la satu blog KucingTanah review pasal bubur berlauk ni...Yesss....akhirnya dapat jugak...Nama restoran tu Night Circle. Lokasi di Seksyen 11, Shah Alam...dengan berbantuankan Google Maps kitorang menuju ke Seksyen 11, Shah Alam....

Akhirmya kitorang sampai ke destinasi walaupun ada sesat sikit time nak cari restoran ni...Terlepas lorong nak masuk ke restoran ni...Google Maps lah ni..Mengong....

Sesampai je di Restoran Night Circle kitorang cari dulu port nak duduk...Ramai jugak orang malam tu..Maybe sebab malam tu ade game final FA, Kelantan vs LionsXXI. Plak tu restoran ni dimiliki oleh orang Kelantan...Lagi lah meriah kedai malan tu...Hehehehe....

Stall bubur nasi terletak di dalam kedai ini...Apa yang ada di stall ini adalah bahan-bahan mentah yang di masak untuk dijadikan lauk untuk dimakan sekali dengan bubur nasi..Banyak pilihan bahan mentah yang ada...Antaranya, ada hirisan ayam, daging, paru, ikan bilis, kacang tanah, sotong, ikan sepat dan juga pelbagai jenis ikan masin dan juga telur asin..Sayur pun ade...like kailan, sawi, cendawan dan lain-lainlah..

Disebabkan kitorang berdua 1st time datang sini, aku dan Cik Nom mintaklah advise from kakak yang assist kitorang tu..apa yang menarik kat situ..yang paling orang ramai order...Kakak tu sendiri pun macam tak tahu nak reccomend ape kat kitorang..Last-last kitorang yang pilih sendiri...Bukan main lagi kitorang order...sotong, kacang tanah, ikan bilis, ikan sembilang, kailan, cendawan,..Then, yang datang ....

TADDAAAA......

Nampak sedap tak..Inilah hasil daripada ordering kitorang berdua tadi...AMEKAWWW...semuanya ada lima lauk...banyak-banyak pulak tu...member serumah lain kate ini makan untuk satu family + family mertua sekali...Tak sangka plak smpai banyak macam ni....hehehe


Apa lagi...xtvt untuk mengenyagkan perut masing-masing bermulalah....Jemput makan semua....Hehehehe.....


Bubur Nasi - RM1.50



Sayur Kailan + Cendawan - RM4.50


Kacang Tanag + Ikan Bilis - RM3.50


 Sotong Goreng - RM5.00


Ikan Sepat Goreng (Masin) - RM4.00


Ikan Sembilang Goreng (Masin) - RM4.00

Teh O Ais Limau - RM1.70

Actually, aku main-main agak je harga bagi setiap satu lauk-lauk ni..Hehehe..Total aku dan Cik Nom makan ialah RM27.90...Okay la tu kan....affordable dan mengenyangkan...itupun kitorang tak larat nak menghabiskan lauk-lauk yang ada tu....sedih sungguh...lepas ni nak bawak satu rumah pergi lah makan kat situ..baru best makan ramai-ramai.....

Apa-apa pun malam tu, craving Cik Nom tehadap sesuatu yang berair akhirnya telah ditunaikan..hehehe...so, kami berdua keluar dari restoran dengan perut yang kenyang dan senyuman yang lebar...hahaha....

Oppss...lagi satu..restorani ni bukan setakat jual bubur nasi berlauk je tau...kalau uollss nak order masakan panas like nasi goreng ke..mee goreng ke...semua ada..pilih aje lah mana yang nak makan..side dish yang lain pun ade like satay, tahu bakar and etc...Western food pun ade jugak..So, marilah kita same-same membahagiakan perut-perut kita....hehehehehe.............

Day & Night Circle, Seksyen 11, Shah Alam,
No 1, Jalan Wau A11/A
Seksyen 11, 40100 Shah Alam
Selangor

Waktu beroperasi: Tak berapa pasti pulak..hehehe...

Assalamualaikum......

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7...