Sunday, 12 January 2020

Mengejar Sunrise di Bukit Batu Chondong

Date: 11 Januari 2020
Tempat: Bukit Batu Chondong, Kemensah
Starting Point: Near ATV Kemensah
Ketinggian: 260m (865ft)
Tahap Kesukaran: Sederhana
Distance: Not sure
Tempoh perjalanan: 30 minit naik, 20 minit turun



BBC 2.0 @ 9 a.m




BBC 2.0 @ 7.45 a.m

Memanglah satu kerja gile bila pagi-pagi ko dah daki Broga, lepas Broga ko tapau pulak Batu Chondong. Perghh!! Boleh tahan jugak nafsu mendaki ko ni Cik CT. 🤣🤣 Training nak ke mane tu???Kihkihkih.

Alhamdulillah, ini kali kedua aku mendaki Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemesah, Ampang, KL. Berdekatan dengan Zoo Negara yang hanya sekali je aku masuk disebabkan harga tiketnye yang boleh tahan mencekik leher. Nak ke bukit ni, senang je. Taip je kat Waze mahupun Google Maps, "Bukit Batu Chondong trail" atau pun "ATV Kemensah". Jumpelah nanti mengkome semua. 

After turun Broga, rehat sebentar meregangkan otot-otot dan Hassan pekena sebatang dua rokok, barulah kami memulakan perjalanan ke Kemensah. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang sejam dari Petronas Semenyih. Drivernye ialah Hassan. Mujur jugak ade Hassan. Kalau nak harapkan aku dan Adda yang drive, jawabnye kami balik ke HOA semula lah. Hahaha. Alhamdulillah, sampai di Zoo Negara around pukul 6 pagi. Kitorang berempat menunggu kehadiran Yati dan seorang lagi rakannya, Tini. Mereka juga akan sama-sama mendaki BBC pagi itu.

Selang beberapa minit kemudian ternampak kelibat Bezza merah milik Yati dan kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam untuk menuju ke pintu trail BBC. Perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Sampai sahaja memang x ade kereta yang parkir lagi. Kereta kami je yang ada. Jalan pulak agak gelap sedikit. Mujur jugak ade lampu jalan dan headlamp. Sedikit regangan badan, kami memulakan perjalanan dalam pukul 6.50 pagi. Yati ialah kenalan ketika sama2 naik GAP GUS tahun lalu. Orangnye comel dan cantik gitew dan masih single. Ooppsss...

Aku dan Hassan je yang pernah naik BBC ni. Aku kali terakhir naik 3 tahun yang lalu memang tak teringatlah jalannye. Mujur ade Hassan. Mase mula2 nak naik kami disambut dengan salakan anjing diatas bukit sebelah kanan kami. Terkejut teman dibuatnya. Trail masuk BBC hampir tak berapa jelas. Trail disepanjang jalan pun boleh buat kami terkeliru. Tengah-tengah jalan tetiba dah tak jumpe trail. Dah nampak semak samun. Macam sengaja ditutup. Mungkin ramai yang tak masuk kot. Ke sebenarnya trail BBC ni dah ditutup untuk orang ramai? Kan Julai tahun lalu ade yang maut kat situ. Jatuh. Huhuhu.


Trail masuk yang kurang jelas


Laluan ATV, terus tu ke Air Terjun Sofea Jane



Anjing tu duk menyalak dari situ lah. Tetanjat mak nak pagi tu.

Trail memang awal2 dah memacak. Ade ketika kami kene meredah semak samun. Membongkok dan merangkak bawah batang buluh yang jatuh. Kene berhati-hati. Alhamdulillah. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami berjumpa pulak dengan kawasan batu yang perlu kami panjat disebelah kiri trail. Actually, jangan risau. Dorang ade buat jalan lain disebelah kanan yang tak memerlukan kita memanjat pun. Tapi nak rasa thrill, aku dan Lydia rock climbing lah. Hahaha.






Sebelum sampai puncak BBC ade satu laluan yg sgt tactical dan bahaya. Pertama kali aku naik memang memerlukan sekurangnya 2 lelaki dewasa untuk membantu aku naik ke atas. Mana taknya, kalau ko terlepas tali atau tergelincir alamat memang ko akan menjunam jatuh ke bawah. Bahaya weii. Alhamdulillah, Hassan kata depa dah buat bypass, jalan lain kat area bawah trail yang tactical tu. Aku memang tak nak menanggung risiko nak naik ikut trail tu. Lydia pada mulanya nak naik ikut situ. Tapi Hassan suruh kami ikut je bypass yang telah disediakan. Next time ye lydia. Hehehe.



Kalau dah start jumpa laluan berbatu ni, maknanya korang memang on the right track and dah dekat nak sampai. Yeehaa...


Melepaskan lelah sebelum memanjat naik.







Tak silap aku, gambar-gambar di atas ini ialah trail yang aku ceritakan kat atas tadi kalau korang tak nak rock climbing teroxx. Trail ini berada di sebelah kanan korang nanti. Follow je !!  Trail berbatu yang aku dan Lydia panjat tu tak dan lah aku nak snap sebab eksaited nak sampai atas. Hahaha


Finally, we made it to the BBC Peak...


Kan aku ade cerita trail bypass yang disediakan kalau kita tak nak panjat trail yang tactical tu sebelum sampai puncak kan? So, tiga gambar diatas dan di bawah ini ialah one of bentuk trail yang ade kat situ. Okaylah, cume kene treking jauh sikit jer lah. Tapi okay what!! Lagi selamat kan..



Alhamdulillah, around pukul 7.25 pagi kami sampai di puncak Bukit Batu Chondong. Mase kami sampai tu ade 3 orang hikers Chinese yang dah naik dulu. Lame jugak lah kami melepak kat atas tu. Sembang-sembang, amik gambar. Hirup udara segar. Oh ya, tak nampak pun sunrise. Kihkihkih. Tak ape lah. Hampir sejam setengah jugaklah kami lepak kat atas tu. Hassan dah bising suruh kami turun, tapi kami tak nak turun lagi. Hahaha. Macam ayah yang tengah marah anak-anaknye pun ada. Around pukul 9 baru kami start turun. Itu pun dah start ramai orang kat atas tu. Matahari pun dah mencanak naik. Lagipun bahaya ramai-ramai kat atas tu. Bahaya woo. Buatnye tengah seronok-seronok tetiba kawan tertolak ke, fuhh jatuh ke gaung tu. Hishh, nauzibillah...kebanyakan kes jatuh pun disebabkan eksaited bergambo. Huhu. So, kawan-kawan please be extra carefull. Jangan excited sgt. Sayangkan nyawa kalian semua. 


Port ni memang kitorang chop awal-awal masa sampai atas. Port tangkap gambar baik punyer ni. View from that side memang cantik. Saujana mata memandang.


Ko tengok tu Cik CT. Ajet-ajet retis letuww...


Ko ingat tak gerun ke nak ke sini. Ko kene turun sikit kat bawah tu. Hati-hati tau. Alhamdulillah, aku bukan jenis yang gayat. So, okay jer. Hehehe.


Termenung, bila lah nak on trek dengan suami sendiri. Huhuhu.








Jodoh, di manakah kau?? EHHH!!!


Saranghae yo!!



Aduh!! Seriau mak nak oiii...


Tapi bila disuruh senyum, confirm senyum.


After lepak lame kat port batu yang mengadap kehijauan alam tu, kitorang move pulak ke port yang mengadap view Kuala Lumpur. Dari puncak BBC, belah kiri ko akan nampaklah bangunan TRX, KLCC, KL Tower. Pendek kata view Kuala Lumpur lah. So, 11 gambar di atas ni, gigih aku berusaha turun bawah batu tu untuk dapatkan view yang cantik. Thanks pada Yati. Dalam gayat-gayat dia, sempat dia snapkan gambar kitorang dengan Huawei P30 beliau.

Kami berlima selamat turun ke kaki bukit around pukul 9.25 pagi. Bile turun memang lajulah kan. Berdesup. Okay, plan asalnye nak hiking pulak ke Bukit Wawasan, nak lepak2 mandi air terjun kat sana. Yati dan Tini tak follow disebabkan mereka berdua ada urusan lain selepas itu. So, kami berlima je lah yang meneruskan perjalanan ke Bukit Wawasan tu. Perjalanan balik semua ke area Puchong mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dalam kereta aku, Lydia dan Adda masing2 dah terbongkang tidur. Hassan sorang je yg drive. Dalam perjalanan tetibe hujan turun dengan lebatnye. Hassan pun kata tak jadi lah kita ke Bukit Wawasan ni. Haripun dah hujan. Kitorang bertiga pun okay je. Iyer lah, bukit tu tak lari kemana lah. Next time pun boleh pergi. So, lepas hantar Hassan balik ke Puchong then Lydia pulak hantar Adda ke stesen LRT Taipan dan aku balik ke rumah USJ12. Before tu kami g lah makan dulu. Lapar bhai. Balik je memang aku terus terbongkang. Hahaha.

Memang fully utilize Sabtu semalam aku. Seronok mendaki ni. Selain dapat lihat view yang cantik dapat jugak menyihatkan tubuh badan serta mengeluarkan peluh. So, next week kemane pulak trip Cik CT?? Nantikan aje lah entri baru Cik CT ya. 

Bye bye. Sekian...

Saturday, 11 January 2020

Bukit Broga Just For Supermoon

Date: 10 Januari 2020
Tempat: 2nd view point, Bukit Broga
Starting Point: Ladang kelapa sawit, Broga Hills
Ketinggian: 400m (1300ft)
Tahap Kesukaran: Easy Peasy
Distance: 1.7KM
Tempoh on trek: 45 minit naik, 30 minit turun





We are @ Broga Hill @ 2.30 a.m


After 3 years baru aku kembali mendaki Broga. Last pendakian pada tahun 2017, mencuba trail baru yang disediakan pihak yang berwajib setelah tutup beberapa bulan bagi proses baik pulih bukit selepas terbakarnya Broga tahun itu. Kali ini pergi bagi melihat fenomena gerhana bulan yang terjadi pada awal pagi tadi, around pukul 1 hingga ke 5 pagi.


Actually, plan asalnye nak buat Bukit Putus-Angsi-Ulu Bendul. Namun tak terkesampaian plan itu bila mana, Shun founder of Gunung Hub mengajak kami semua naik Broga bagi melihat fenomena gerhana bulan tersebut. Di tambah pulak, Hassan mengajak naik Bukit Batu Chondong dan Bukit Wawasan selepas itu. Memandangkan Lydia dan Adda tak pernah lagi mendaki 2 bukit ini so, kami pun menukar plan BP-Angsi-UB. Tawan 2 bukit ni Afiq tak dapat join tapi Afiq join tawan Bukit Broga.

Aku macam biasa balik dari opis, berkemas dan mandi then Lydia pick up aku kat rumah dan terus ke HOA HQ kat Bangi. Meeting point kami di sana. Adda gerak naik LRT dan turun di TBS nanti. Afiq pulak kitorang pick up dia kat Petronas Semenyih. Bila plan asalnye bertukar, aku yang pada mulanya merancang nak tido sat rumah Along Diana di De Centrum tu tak jadilah sebab dah kene naik Broga. Rupa-rupanya Along ngan Apis dah siap masak dah untuk makan malam. So, aku hanya sempat datang makan malam di rumah Along Diana ditemani oleh Chot dan Lydia. Alhamdulillah. 



Janji nak jumpe Afiq di Broga pada pukul 11 malam. Namun pukul 11 malam baru gerak dari Bangi. Ape cer?? Hahaha. Afiq dah membebel, siap nak sumpah kitorang jadi pondan lagi kalau tak sampai2 lagi. Hahaha...Line up pagi itu ade 7 orang. Aku, Lydia, Afiq, Adda, Hassan bersama dua lagi line up Senaling, Faz dan Farah. Dari Bangi kami naik 2 kereta. Alhamdulillah, sampai di kawasan parking kelapa sawit pintu masuk Broga pada pukul 12.30 tgh malam selepas pick up Afiq di Petronas Semenyih.

Sedikit regangan badan, kami bertujuh meneruskan pendakian ke puncak Broga pada pukul 12.45 tgh malam. Kawasan parkir time tu hanya ada 4 biji kereta je termasuk kereta kami. Kawasan sekeliling jugak gelap namun bulan pada malam itu menerangi kawasan sekitar. Cantik sangat. Pendakian dimulakan dengan Faz di hadapan sebab die dah pernah naik situ baru-baru ini. Hassan pulak di bahagian belakang sekali sebagai sweeper. Pendakian melalui kawasan trail baru yang telah disediakan 3 tahun yang lalu. Pada mulanya kitorang tak jumpa tau pintu gerbang ke Bukit Broga tu. Rupe-rupenya dah runtuh dah. Huhuhu.

Perjalanan yang melalui kawasan trek balak memang menaik jer. Tapi naik die relaks2 chill2 je. Kalau ikut jalan lama memang pacak ler jwbnye. 20 minit pertama memang kita akan melalui je trek balak tu sehingga tiba di kawasan memanjat yang memerlukan kita menggunakan tali. Kat sini memamg dah start memacak sehingga ke 1st view point. Area 1st view point pun luas tapi kami terus ke 2nd view point. Sampai di situ bentang ground and ape lagi sesi bergambar lah dan menantikan fenomena full moon malam itu.

Ya Allah, memang cantik sungguh bulan pada malam itu. Kami masing2 berborak macam2 benda dan Afiq lah yang paling memeriahkan suasana dengan celotehnya itu. Bulan penuh malam itu menerangi kami bertujuh di atas Bukit Broga. Kate Afiq, nanti bulan akan bertukar kemerahan disebabkan fenomena gerhana bulan namun seperti biasa je bulan. 😂😂



Hassan yang juga merupakan photographer kami malam itu jugak tak melepaskan peluang mengabadikan full moon  fenomena itu. Bila on trek dengan Hassan ni, picture confirm kebabom meletup. Hahaha. Nanti aku upload kat sini. Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di atas ini dan around pukul 3.30 pagi kami mula bergerak turun semula. Sejuk weii...

Perjalanan turun semestinya tak lame sebab memang menurun je nanti. Tapi yang penting langkah kene berhati-hati. Lagi-lagi turun di kawasan yang bertali tu. Jangan terlalu gopoh. Kang cedera lutut tu. Lutut nak pakai lama kan.





Perjalanan turun tidak bertemu kesukaran. Alhamdulillah. Dekat2 nak sampai kawasan parkir, kami terserempak dengan 2 lagi group yang akan naik kat atas tu. Maybe dorang nak mengejar sunrise kat atas tu pagi nanti. Ohh, kami tak tunggu sunrise lah sebab kami nak mengejar sunrise di puncak yang lain pulak. Hahaha...

Sampai bawah, kawasan mula sedikit terang sebab dah ade orang mula jaga di pintu masuk parking Broga tu. Waktu2 camtu lah ramai pendaki dah start datang.

Faz dan Farah tak follow kitorang untuk plan yang seterusnya. Hassan akan transfer ke kereta Lydia pulak nanti. Drop Afiq semula di Petronas Semenyih. Finally, Pendaki Muka Pinggan berjaya jugak naik Bukit Broga. Maybe boleh naik lagi sampai puncak ke tiga pada waktu siang pulak. Hehehe...

Perjalanan kami bersama Hassan diteruskan ke destinasi yang seterusnya. Ke mana kami??? Nantikan di entri yang seterusnya. Hehehe.

Overall, prestasi aku sgt memberangsangkan. Mengah tu ade lah sikit tapi not bad lah. Hahaha. In sha Allah, akan naik sekali lagi untuk kali yang ke-6 nya Bukit Broga ini.

Bukit Broga officially checked in 2020 as my 2nd trip hike. Hehehe...





Happy 2020, Bye Bye 2019

Dah seminggu kita semua melangkah ke alaf baru 2020. Tak percaya pulak rasanya dah sampai ke tahun ini. Dulu mase kecik-kecik selalu duk terbayangkan betapa milliniumnye manusia bile berada di tahun 2020. Iye lah, dah terbayangkan semua penggunaan machine dijalankan oleh robot, mengemas rumah pakai robot, memasak pakai robot, mencuci pakaian pakai robot. Lagi satu, kereta terbang. Dulu kecik2 mengandaikan yang kita semua pengangkutan beraksi di udara. Kereta terbang, motor terbang even kita pun bakal terbang je kalau nak ke mana2. Fuhh, tersangatlah di luar jangkauan imaginasi ketika kecil itu. Hahahaha.

Namun, alaf baru 2020 diteruskan seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Mana yang azamnya tak terkesampaian di tahun 2019, diteruskan di tahun 2020 pulak. Tak ada lagi kereta2 terbang beroperasi di udara. Yang ada kereta terbang naik divider jalan. Kereta terbang p langgar rumah orang. Hikhikhik.

Tak kisahlah perihalnye mengenai kereta2 terbang ni. Yang penting, bersyukur selalu diberikan kesempatan untuk erus hidup di muka bumi ciptaan Yanag Maha Esa ini. Berkesempatan menghirup udara segar, menghargai keindahan yang dicipta oleh Si Pencipta.  Aku tak meletakkan apa2 target di tahun baru ini. Aku just harapkan kehidupan ku bertambah baik, lebih ceria dan terus ceria. In sha Allah, kalau diizinkan olehNya melangkah ke satu alam kehidupan yang lain pula, iaitu alam berumah tangga. Hihihi. Maluuuu...😂😂

So, this is my 1st entri for 2020. Actually, banyak lagi entri yang bakal menyusul memenuhi ruang blog cik CT ini nanti. Trip hiking yang masih lagi belum dikarangkan kisahnya.  Menunggu mood kunjung tiba untuk terus menulis. 😍

Semoga Cik CT diberikan kekonsistenan untuk terus menulis, meluahkan apa yang di rasa, berkongsi minatnya dan terus berkarya. 

Bye Bye 2019, Hye 2020....

Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...