Sunday, 2 December 2018

Jalan-Jalan Penang Part 1 - Penang for the 1st time -

Serasanya tak pernah terfikir untuk join half marathon mana-mana event larian yang diadakan kat Malaysia ni. Selalunya, larian yang takat mampu aku lakukan cuma 5KM jer. Sekadar fun run, suka-suka. Oh ya...paling jauh pun 10KM. Itu pun setahun yang lepas bila mana aku join 10KM The Performance Series yang masa tu diadakan di Setia City Convention Center.

So, nak dijadikan ceritanya, Amy ajak aku dan Uji join Penang Bridge International Marathon 2018 yang diadakan pada bulan lepas, 25 Nov 2018 bertempat di Queensbay Mall, Penang. Pada mulanya, aku bercadang nak amik 10KM jer. Uji pun agree. Tapi Amy kata dah alang-alang sampai sana apa kata amik jer half marathon 21KM, boleh lari atas Penang Bridge. Bila lagi kan...Hahaha. Akhirnya, termakan jugak hasutan si Amy. Betul jugak kata Amy tu, bila lagi kan. Lagipun jauh kami datang ni. Hehehe. So, masing-masing dah dapat kata sepakat, maka register lah kitorang berempat termasuk Along untuk Half Marathon 21KM PBIM ni. Masa beli tu tak pikir apa dah pasal training. Yang kami eksaitedkan sangat adalah food hunting kat Penang tu. Senang ceritanya, fokus kami ke Penang sebenarnya adalah untuk food hunting semata-mata. Mungkin boleh dikatakan penyertaan kami dalam PBIM ni sekadar alasan untuk ke sana. Hahaha....

So, aku ditugaskan beli tiket bas nak ke Penang nanti. Pada mulanya,kitorang check jugak tiket flight. Ohmaii..mahal bapak hang. Beratus saja untuk sehala. Tidaklah aku nak berhabis duit beratus untuk tiket flight ke Penang saja. So, aku check pulak tiket ETS. Tiket ETS pulak dua kali ganda tiket bas. So, bila dah discuss dengan yang lain diorang pun bersetuju untuk naik bas saja. So, aku belikan lah tiket bas pergi balik untuk aku, Uji dan Along. Amy pulak akan naik bas terus dari Manjung ke Butterworth nanti. Kitorang akan berkumpul kat sana je nanti. Tiket bas kami bertiga pada pukul 11.30 malam tanggal 23.11.2018. Aku dan Uji gerak dari USJ menaiki LRT Taipan pada pukul 7.30 malam. Berhenti solat dan makan malam di LRT IOI Puchong Mall. Tiba di TBS pada pukul 10.30 malam. Selang setengah jam kemudian Along sampai dari Putrajaya. Kitorang selamat bertolak naik bas Sri Maju Group on time pukul 11.30 malam. Bila dah naik bas tu , haruslah kene tido kan. So, seperti biasa aku kalau naik bas payah sikit nak start tido. Aku dengarlah lagu dan pandang kiri kanan, then lalu tertidur.



Sempat lagi berselfie dalam LRT ek


Kami dah dalam bas Sri Maju Group. Time to tido...

By the way, penginapan kami berempat di sana semua dah setel. Aku dah book kan kitorang berempat, Desa Bayan Homestay untuk tidur pada hari Sabtu tu nanti. Kos untuk semalam cuma RM180 jer. Okaylah kan untuk 4 orang. Rumah pun besar dan cukup selesa. Tapi agak jauh sebenarnya dari bandar Georgetown yang banyak tempat tumpuan pelancong tu. Tapi ape de hal, Grab kan ada. Hehehe...Untuk hari Ahad pulak, Amy dah book kan Hotel Muzium, Penang untuk penginapan kami. Cantek jugak hotel ni. Nampak classy. Harga pun memang boleh tahan. RM289 untuk satu semalam including semua charge. Okay lah untuk berempat. Bila lagi nak duduk hotel best-best ni. Hahaha...


Inilah homestay kitorang. Sampai-sampai rupenye sebuah apertment. Tingkat 5. Mujur jugak ada lift.


Museum Hotel, Penang

Berbalik semula pada perjalanan kami berempat ke Penang, kami selamat sampai di stesen bas Penang Sentral pada jam 4.30 pagi kalau tak silap aku. Dan nak dijadikan ceritanya kelakar pulak, Amy boleh terlajak bas die sampai ke Sungai Petani. Mujur Amy tak terus ke Alor Setar. Sebab asyik sangat tidor punya pasallah ni. Nak tak nak Amy terpaksa ambil teksi untuk ke Penang Sentral, dan tak pasal-pasalnya RM50 melayang untuk perjalanan yang hanya memakan masa setengah jam jer.

Singgah minum pagi kat satu restoran dalam Penang Sentral sementara tunggu azan Subuh masuk. Kat restoran ni kami memang agak terkejut lah bila harga untuk satu bungkus nasi lemak, 2 set roti bakar, Nescafe Ais dua, Neslo Ais dua ialah RM21. Humakkaiii..cekik darah sungguh. Tapi pakcik kedai tu jelaskan harga tu dah cukup murah dia bagi pada kitorang ni. Tapi tahukah pakcik, RM21 tu kitorang boleh dapat macam-macam kat restoran mamak yang lain. Hohoho. Tapi tak per lah. Bab makanan ni payah sikit aku nak berkira walaupun perasaan terkilan tu memang ada.


Wajah mesti ada senyum walaupun makanan yang dimakan tu mahal. Hoho...



Selesai solat subuh, kitorang terus menuju ke jeti feri nak ke Georgetown. Pagi tu kami dapat naik feri pada pukul 6.45 pagi dengan harga RM1.20 seorang. Murah jugakkan. Hehehe...1st time ni aku naik feri. Haha..Feri yang besar, feri yang boleh masuk kereta tu. Perasaan yang sangat teruja bila naik feri pagi tu. Hahaha..Perjalanan cume memgambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Pengkalan Weld Georgetown. Kami bernasib baik, owner homestay sudi mengambil kami dari jeti terminal pagi tu dan terus dibawaknye kami ke Desa Bayan Homestay. Jimat sikit tambang grab kami. Ternyata, jauh la jugak Desa Bayan Homestay ni untuk ke bandar Georgetwon ni. Huhuhu. Lebih kurang setengah jam jugak lah. Tapi tak aper lah. Itu je homestay yang aku dapat cari tempoh hari. Kami selamat tiba di Desa Bayan Homestay pada pukul 9 pagi. Apalagi dapat je kunci rumah, letak beg cabut tudung terus landing atas katil lah. Cuaca pulak memang lah sangat cun untuk buat tahi mata pagi tu. Hahaha.. Dalam pukul 10.30 pagi kami bangun siapkan diri masing-masing untuk mulakan rencana food hunting kami di Penang ni. Oh, tak lupa jugak kitorang kene amik race kit PBIM2018.


Wajah eksaited masing-masing naik Feri Wajah baru bangun tido memasing ni..


Sementara menunggu ketibaan Feri


Suasana dalam Feri Pulau Kapas. Time ni tak ada kereta yang masuk. Mungkin pagi sangat kot. Huhu




Tambang feri cume RM1.20 sahaja.





Wiew pagi yang sempat dirakam dari dalam feri.




Good Morning Georgetown. 

Sementara tunggu Encik Ikram, owner homestay kitorang datang jemput.


Kemana agaknya kitorang pergi untuk hari pertama di Penang ni?

1) Transfer Road pekene roti canai ayam dan roti goyang
2) Street Art, snap gambar mural
3) Fruitmade, pekena aiskrim sedap
4) Queensbay Mal, amik racekit
5) Restoran Kapitan cuba Roti Nan Cheese with ayam tandoori, tapau nasi kandaq

Semua ni aku story dalam next entri ea....Hehehe

Sunday, 18 November 2018

Novel Review: Aduhai, Mat Skema!

Novel Review: Aduhai, Mat Skema!

Penulis: Levis Delisya

Rate: 7/10

Tarikh Bacaan: 16 - 18/11/2018



"Dia skema, tak pandai kata I love you! Takkan perigi nak cari timba?"

Sinopsis kulit belakang:

Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat.

Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan.

Dapatkah mereka menamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.

Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.

Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?

"Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana." ~ Fariz

"Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya." ~ Nur Hanna
.
.
.
.
Review Aku:

Perasaan aku bila baca novel ni, aku rasa aku dah patut berkahwin sekarang, lagi-lagi umur aku ni pun akan menganjak ke angka 32, tahun depan. Aku taknak jadi andartu weiii.. Ana pun gelabah tak kawen-kawen inikan pulak aku. Hahaha...Kesian kat Ana, bercinta tak pernah dan mungkin dia tak tahu apa rasanya cinta walaupun dia memang penulis novel yang bergenre cinta. Tapi lepas tu beralih arah ke genre thriller disebabkan sambutan novel cintanya agak sendu. Kesian ko Ana!! 

Semua orang ingat novelis cinta ni mengarang manuskrip mereka berdasarkan pengalaman cinta mereka. Tapi bagi aku tak sebenarnya. Aku sendiri pernah lah jugak tulis satu manuskrip yang bertajuk " Bahagia Yang Di Cari". Dah siap dah pun. Tapi tak terpikir lah pulak aku nak publish sebab aku tulis pun sekadar suka-suka untuk isi masa lapang je. Lagipun dah 6 tahun kot manuskrip tu. Ehh, apasal aku melalut ke manuskrip aku tu pulak?? Hahaha...

Korang ingat aku ni pandai sangat ke soal cinta cintun ni sampai boleh tulis manuskrip "Bahagia Yang Di Cari" tu? Semua tu sekadar imaginasi je weii..Angan-angan. Hahaha....

Berbalik pada novel yang aku baru habis baca petang tadi, novel ni ditulis oleh novelis Levis Delisya yang sebenarnya aku tak kenal dan aku tak pernah baca pun novel-novel beliau sebelum ni. Satu je novel beliau sebelum ni iaitu Influenza Cinta. Novel Aduhai, Mat Skema! ni adalah novel kedua beliau.  

Novel yang bercorak komedi romantik plus sedikit suspen thriller ni bagi aku agak menarik dan best. Ayat-ayat di dalamnya adakalanya buat aku tergelak sendirian. Menggunakan kata ganti diri "aku" didalamnya, novel ini macam si Ana tengah bercerita kisah hidupnya kepada pembaca. Rasa macam lebih dekat dengan Ana. Macam Ana tengah bercakap dengan aku. Sometimes aku geram gak dengan karektor Ana ni. Memanglah dulu masa belajar dikenali dengan Miss Troublemaker. Suka sangat melanggar peraturan, buat kepala sendiri. Takkanlah sampai dah umur nak masuk 30-an tak berubah-ubah perangai tu. Macam mana nak dapat calon Ana oiii....

Perangai Ana adakalanya aku rasa sangat annoying. Kalau Ana memang ada dalam dunia realiti, memang aku dah ketuk kepala die dengan senduk. Perangai macam budak-budak sangat. Umur dah 29 kot. Hahaha....Cuba jadi perempuan sikit. Ana yang kasar dan gila-gila tu, korang agak ade ke yang berkenan?? Hahaha....Mestilah ada. Aku yang sopan ala-ala ayu ni pun tak de calon lagi. Ahakss!!!

Watak Fariz aku suka sangat dalam novel ni. Abang polis. Aku bayangkan mungkin macam Norman Hakim. Tapi Norman Hakim masa tengah muda lah. Hahaha...Muka keras macam batu. Dingin macam ais. Serious memanjang lah boleh aku katakan. Skema dan sentiasa kemas. Aku pelik camne lah si Fariz ni boleh suka pada si Ana. Dan aku pelik jugak macam mana lah si Ana ni boleh terjatuh hati pada si Fariz ni. Tapi kalau ikut novel ni, Fariz tak tahu apa perasaan sebenar dia pada Ana. Dia ingin protect Ana. Dia tak nak Ana diapa-apakan. Tapi dalam masa yang sama dia menafikan apapun perasaan yang dia ada pada Ana. Tapi sebenarnya, itulah rasanya cinta. Ecehwahhh....Lelaki kan memang slow!!!

Ana yang memang gelabah dengan status dirinya yang bakal bergelar andartu, akhirnya meluahkan rasa hatinya pada Fariz. Tapi Fariz ni kan nerd, lurus mcam pembaris. Memang lelaki ni lambat pick up betullah. Malulah kitorang yang perempuan nak luahkan isi hati dulu. Kalau lah aku jadi Ana, aku dah luahkan isi hati aku pada seseorang, tetiba si dia buat macam tak tahu pape, sure lah aku malu wei. Dah lah aku pergi cari sendiri timba aku. Timba tu x nak pun masuk perigi aku. Sedih weei... Nak hilangkan rasa sedih dan kecewa haruslah aku try pulak cari timba yang baru. Itu kalau ada timba yang baru lah, yang tiba-tiba memang nak masuk ke dalam perigi aku. Tak payah dicari. Haruslah aku setuju. Tapi ni soal hati kan. Hati mana boleh dipaksa-paksa. Walaupun ade timba baru, tapi aku tetap nakkan juga timba yang aku nak tu. Hahaha... Tapi bila ego dah menguasai diri, lagi-lagi pulak si timba yang aku nak tu lembap buat tindakan seterusnya, memang aku akan buatlah apa yg dilakukan macam apa yang Ana buat tu. Aku faham perasaan Ana. Ceh, macam pernah lalui jer.

Berbalik semula pada plot novel ni, plot ceritanya agak ringkas. Bahasanya pun mudah dan santai. Tapi sometime agak meleret-leret tapi okay lah. Tak bagi effect yang membosankan pada aku pun. Aku happy membaca. Rasa nak cepat habiskan. Hahaha...Nak tahu apa kesudahan kisah cinta mereka berdua. 

Ada sedikit unsur saspen thriller dalam novel ni. Kan Àna jadi saksi satu kes pembunuhan berprofil tinggi. Si Fariz pulak kena melindungi Ana dari penjenayah yang belum lagi ditangkap. Aku tak berapa nak faham part Ana jadi saksi pembunuhan ngeri tu. Awat bayangan lelaki yang Ana nampak tu tak jer tangkap atau bunuh Ana? Apasal dilepaskan Ana? Tapi kang dibunuhnya Ana tak jadi lah novel pulak ye. Hahaha..apa punye review lah ko ni faiross..Kihkih...

Tapi kiranya Ana ni berani lah. Kalaulah aku, aku memang dah takut kot sebab tahu nyawa aku dalam bahaya disebabkan dalang pembunuhan tu tak tertangkap lagi. Aku akan ikut je segala arahan pegawai polis. Nak balik kampung memang aku takut family aku yang diapa-apakan pulak nanti. Tapi sekurangnya, aku dekat dengan mak ayah aku kan. Tapi dah dalam novel ni Ana berkarektor samseng dan miss troublemaker, haruslah dia kadang-kadang tak takut, ikut kepala dia ajer. Lagi die buat main si Fariz yang memang dia dah berdendam lama.  Dan disebabkan ketidakdengaran cakap si Ana inilah, menyebabkan Fariz di ambang bahaya tau. Itu yang buat aku geram dengan karektor si Ana ni. Mujur Fariz memang sayangkan ko tahu tak. Hahaha.

Tapi, mana nak dapat lelaki serupa Fariz tu ek??? Ada ke dalam dunia realiti ni?? Tak de kot....huhuhu...

Dah dua novel aku baca berkisar pasal watak heroin dah berumur lanjut tak kawen2 lagi. Tapi akhirnya depa kawen jugak. Hahaha.. Aku ni bila lagi nak kawen. Seriously, aku baca novel yang ni, aku stop lama tau pembacaan sebab memikirkan diri aku yang umur dah nak masuk 32 tahun next year ni tak kawen-kawen lagi. Jangan kata nak kawen, calon pun tak jumpe lagi. Jangan kata calon xde, bercinta pun tak pernah weiii....

Betol!!!! Aku tak tahu lah kisah perkenalan aku dengan Syed Johermie Wafie dulu boleh dikatakan sebagai kisah cinta aku. Entahlah...Itu pun kenalan sekadar di alam maya. Yang tiba-tiba end up macam tu ajer. Malaslah nak story pasal benda yang dah terlalu jauh ditinggalkan kat belakang tu. Entah wujud ke tidak insan yang bernama Syed Johermie Wafie. Mungkin sekadar khayalan aku jer..Hurmmm....

Ape pulak next novel yang aku nak baca lepas ni??? Taknaklah aku bace novel karektor heroin die tak kawen2 lagi walaupun umur dah masuk 30-an..Rase terkena kat diri sendiri pulak. Rasa cemburu pulak. Hahahaha....Macam-macam lah Faiross ni tau...

Next Novel : Aku Duda Kau Janda....Opppsss...Tajuk bukan main. Hahahahaha.....Baca sinopsis novel ni macam agak berat sedikit plot ceritanya. Aku tak tahu siapa yang duda siapa yang janda. Hohoho. Tunggu aku habis baca dulu. Nanti aku tulis review untuk novel Aku Duda Kau Janda pulak. 


Monday, 5 November 2018

Novel Review: Akhirnya Aku Kahwin!

Novel Review: Akhirya Aku Kahwin!

Penulis: Herna Diana

Rate: 8/10

Tarikh Bacaan: 3 - 4/11/2018



Sinopsis Kulit Belakang: 

Didi - gadis 'comel' yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-katanya ibarat bom nukleur yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya 'Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik dia berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
.
.
.
.
Review Aku:

 "INGAT SENANG KE MENCARI CINTA SEJATI"

Ingat senang? Susah jugak tau. Lagi-lagi kalau tak punya wajah dan body yang cantik persis Nelydia Senrose mahupun Emma Maembong. Fitrah manusia yang memang sukakan keindahan dan kecantikkan. Yang kurang cantik dan indah ditolak ketepi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Walaupun mungkin yang kurang cantik itu punya kelebihan yang lain dan yang cantik itu ada kekurangannya jugak. Silap-silap yang kurang cantik ini jauh beribu kali ganda cantiknya dari mereka yang cantik tapi perangai hazabedah. Sombong!!! Tapi tak semualah kan. Hehehe....

Novel terbaru yang baru aku habiskan pembacaanya semalam, membawakan kisah mencari cinta seorang gadis "comel" bernama Nur Diana atau nama timangannya Didi aka Diana Debab. Penulis Herna Diana berjaya menggarapkan novel ini dengan gaya penulisan dan bahasa yang lebih santai dan kelakar. Aku sememangnya sangat terhibur dengan novel ini. Bila-bila lagi part perang mulut antara Syafizi dan Didi. Syafizi yang mulutnya macam nuklear dibalas pulak dengan Didi yang mulutnya mengalahkan bom atom membuatkan aku tersenyum dan adakalanya terkekek-kekek aku ketawa dalam bilik tu. Hahaha....

Siapa kata gadis yang berisi atau chubby ini tidak cantik? Dorang cantik tau. Adakalanya dorang ni lagi cantik dari mereka yang berbadan kurus kat luar sana tu. Pipi dorang tak usah cakaplah, dah mcam telur yang baru dikupas tu. Licin, flawless, mcm pipi pau. Hahaha...Aku ade sorang ex-office mate dulu yang berbadan chubby ni. Orangnya kelakar tau. Pipi pau die comel giler. Kulit pulak bersih jer. Ayu dan cantik. Aku pun terkadang jeles dengan dia. Hahaha...Betullah, apa yang diciptakan Allah tu pasti ada hikmahnya kan. Aku sebenarnya tak suka sangat gadis yang berbadan kurus ni, lebih-lebih lagi yang kurus macam papan lapis. Memanglah cantik tapi macam ade yang tak kene kat pandangan mata aku ni. Kalau berisi sikit tentu cantik.

Sometime orang yang berbadan chubby atau besar ni dorang mesti terpikir takkan ada orang nakkan diorang. Adakalanya dorang rasa sangat rendah diri dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Lagi-lagi kalau ada yang mengejek dan mencaci. Mereka pun punya hati dan perasaan untuk dicinta dan mencinta. Mereka juga akan terluka hatinya bila ada mulut-mulut bawang's yang mengata dan mencaci fizikal mereka.

Dalam novel Akhirnya Aku Kahwin ini, Didi menceritakan kisah beliau dalam usaha mencari cinta sejati. Mengharungi hidup yang penuh dengan manusia yang gemar menjadikan kekurangan seseorang itu sebagai bahan jenaka. Aku sangat suka dengan watak Didi. Mulut boleh tahan loyar buruk. Hahaha..Dia tak akan bagi muka pada sesiapa yang mengata dia. Akan dibalas balik dengan ayat bom atom die tu. Hahaha. Barulah kene buku dengan ruas. Padan lah dengan muka si minah 'ekceli' tu. kihkihkih...Didi punya mak ayah yang sangat sanyangkan dia. Punya kawan-kawan yang baik hati dan ambil berat pasal dirinyà. Aku seronok tengok hubungan yang terjalin antara Didi dan jugak Syafiq. Perkenalan antara dia dan Syafiq telah mengeratkan dua buah keluarga. Aku pada mulanya, ingatkan Syafiq ni lah bakal suami yang dicari-cari Didi. Rupa-rupanya tidak. Syafiq terus menjadi abang angkat kesayangan Didi sampailah diakhir novel ini.

Hampir separuh novel aku tunggu kemunculan watak Syafizi. Aku ingat Syafizi dan Syafiq akan bergaduh berebutkan Didi. Rupa-rupanya tidak....Aku suka cara Syafizi tunjukkam rasa kasih sayang dan cintanya pada Didi. Korang nak tahu x camner?? korang kenelah baca novel ni. Sweet tau...Macam susah je nak dapatkan lelaki seperti itu di dunia realiti ini. Kalau ada pun mungkin sudah berpunye. Uhukuhuk....

Korang agak2 Didi dengan siapa akhirnya? Syafizi atau pun Lelaki^Terhangat^Di^Pasaran itu? Ntah2 depa orang yang sama tak???. Hahaha...

Novel ni jugak buat aku meleleh ayaq mata tau. Bab bila mak ayah Didi pergi meninggalkan Didi keseorangan disebabkan kemalangan yang meragut nyawa mereka berdua. Sedih giler kot tanda-tanda akhir yang dipamerkan oleh kedua ibu bapanya tu. Mencurah-curah air mata aku keluar. Mujur tak ada siapa yang tengok aku tengah nangis. Tak pasal-pasal nanti aku dicop cembeng sebab bace novel pun boleh nangis. Memang minah cembeng betoilah. Hahaha...Aku memang tak boleh tengok citer sedih, lagu sedih, novel sedih ataupun kawan aku tengah luahkàn perasaan dia even aku tengah tengok orang menangis yang memang x ade kene mengena ngan aku pun aku boleh menangis. Hahahaha....

Novel ni tak berat langsung. Bahasa yang digunakan sangat santai dan bersahaja. Sesuai dan dekat dengan pembaca di luar sana macam aku ni. Aku bagi 8/10 untuk novel ini. Cuma aku agak musykil dengan adab batas pergaulan antara Didi dengan Syafiq dalam novel ini. Pergaulan yang ditunjukkan agak melampaulah untuk mereka berdua yang sememangnya tak ada apa-apa hubungan yang menghalalkan mereka untuk bersentuhan ataupun masuk ke bilik masing2 walaupun mereka adik beradik angkat sahaja. Tapi tulah, novel kan...Kau nak expect ape faiross oiii.  hahaha...even dalam drama pun boleh berpegangan tangan antara yang bukan muhrim. Inikan pula hanya dalam novel. hahaha....

Novel ni aku habiskan dalam masa dua hari jer. Aku bawak balik kg novel ni. Aku simpan dalam rak koleksi novel aku. Disebabkan aku punya masa yang terluang, sebab itulah aku berjaya habiskan pembacaan dengan dua hari sahaja. Lepas tu aku dah boring tak tahu nak baca novel apa dah. Memang lah melambak novel aku dalam rak tu, tapi itu semua novel yang dah aku habis baca. Tak ade mood lagi nak ulang baca. hikhik..Novel-novel baru aku sume tinggal kat Subang. Hehehe....

Okaylah...jumpa di next entri dengan review novel aku yang terbaru. bye..bye...

Thursday, 1 November 2018

Proton HSN21KM 2018 - 13 October 2018 -

Larian seterusnya ialah Proton HSN21KM 2018 anjuran Proton yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 13 Oktober 2018 yang lalu. Larian bermula pada pukul 7.45 malam untuk 5KM namun terdapat sedikit insiden yang kurang menyenangkan pada hari kejadian di mana kami semua start berlari lebih kurang pada pukul 9 malam. Tak silap aku kitorang start berlari pukul 9.10 malam. Lewat kan...

Ada sedikit salah faham lah sebenarnya bila mana, bagi mereka yang masuk kategori 21KM dan 10KM, dorang akan mula berlari dari dalam stadium tapi bagi kami yang 5KM ni start berlari di luar perkarangan stadium. Lepas tu tak ade sape yang guide. Masing-masing duk ada dalam stadium tengok perlepasan untuk 21KM dan 10KM. Pelik jugak awat tak start-start. Patutnya dah flag off. Mujur lah mulut ni rajin bertanya, kalau tak melanguklah tunggu kat dalam stadium. Hahaha...




Sempatlah jugak berwefie dengan abang-abang cantik dan handsome ni...


Pagi selfie kat sini, malam pun nak jugak. haruslah kannn..



Macam biasa, Siti Faiross hanya mampu untuk join yang 5KM jer. Malam tu pun aku dapat menamatkan larian dalam masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Aku agak jauh ketinggalan di belakang ditinggalkan oleh Hazirah, Ug dan kawan baru, Syuhada. Tak per lah. Majulah korang ke hadapan terus. Jumpa saja di finish line nanti. Malam tu aku agak kepenatan kerana seharian aku berada di luar. Sebenarnya, pagi-pagi lagi aku dah bangun menuju ke Bukit Jalil ni. Sebabnya, pagi tu aku dan geng-geng Aceh yang lain, Syita, Jijol dan Fatin, kitorang join Fun Walk 3KM Hari Sukan Negara anjuran KBS. Lepas tu, habis je event bukan terus balik Subang. Ikut pulak Syita bawak Jijol jalan KL since dia dah datang sini. Sempatlah kitorang bertiga berkaraoke kat Setapak tu. Fatin tak join sebab dia ada hal yang lain, so kene balik awal. Haruslah sampai ke petang karoknye. Mujur jugak aku memang dah standby bawah baju dan bip untuk acara HSN21KM malam tu. Cuba aku tak bawak? Memang aku kene balik Subang semula lah jawabnya. Tapi yang membuatkan larian aku agak canggung malam tu sebab aku terganggu dengan beg yang aku sandang kat belakang. Hahaha. Payah lah wei, berlari dengan beban beg kat belakang. Kihkih. Itu ler....


Singgah ke Korea Plaza sebab Jijol nak amik sesuatu kat situ. Ntah ape ntah yang nak diambilnye..Hahaha







Menyaksikan perlawanan persahabatan Dugong FC & YB Siddiq All star.. 1st time tengok bola dalam stadium..

Tapi mujur jugaklah aku dapat habiskan larian dan dapat finisher medal. yeehaaa...


Kitorang naik LRT je hari tu. Kononnye nak lah tunggu hingga cabutan bertuah Grand Prize. Mane lah tahu ada rezeki kan. Kereta Proton Iriz tu. Tapi bile mengenangkan kitorang ni naik LRT dan last tren pun sampai pukul 1, kitorang batalkan niat untuk terus menunggu. Dan natijahnya, tren aliran Kelana Jaya dah tamat operasi dan kitorang bertiga tak boleh nak naik menuju ke LRT Taipan. Tersangkut kat Putra Height Station. Ape lagi, service Grab sangat diperlukan waktu-waktu macam tu. Hahaha..

Sampai rumah lebih kurang pukul 3 pagi jugaklah sebab sampai jer Taipan, kitorang tak terus balik. Menyinggah pulak McD yang memang beroperasi 24 jam kat Taipan. Masing-masing laparkan. Melahap lah dulu. Balik tu mandi, bersihkan diri, memang aku terbongkang habis lah. Mujur jugak ada hari Ahad. Boleh lah hari Ahad tu rest secukupnya. Tak pegi mana-mana dah. Duk bertapa kat rumah. Kihkih.

Tapi event HSN21KM hari tu, aku dapat seorang kawan baru. Namanya, Syuhada. Dia yang tegur aku dulu sebab melihatkan aku keseorangan dalam stadium tu. Masa tu Hazirah dan Ug tak sampai lagi. Bila dia tegur tu die pun keseorangan then aku pelawalah die sekali join aku. Then, sampai ke akhir event kitorang stick together. Bertukar-tukar IG dan telephone no. Dan diharapkan for the next running event kitorang boleh join lagi. Best kan..Cume jodoh jer lah yang tak jumpa lagi kat sini. Hahahahahaha...


So, the next running??? Inilah yang paling merisaukan aku sebenarnya. Aku boleh pergi register Penang Bridge International Run 2018 21KM...Ko ghasee???? Yang 5KM ni pun mintak nyawa nak perabihkan, ni kan pulak 21KM. Ko memang sengaja cari pasalkan Faiross oiii...hahahaha...Tapi, kita tengok lah macam mana gayanye nanti. Sama ada aku berjaya ke tidak habiskan larian 21KM tu nanti.

Okay..See Ya for the next running....


Sunday, 28 October 2018

Paskal The Movie againnnn!!!

Paskal The Movie againnnn!!! oh maiii...



Itu lah Siti Faiross..kalau dia dah suka satu filem tu, memang dia tak kisah nak berhabis duit untuk tengok lagi. Orangnya memang jenis tak berkira, tak kisah dan sentiasa melayan je kalau orang dah ajak nak tengok filem tu walaupun filem tu dia sendiri dah menengoknya. Hahahaha..Bertuah sape dapat memiliki hati Siti Faiross ni..Opps...Kihkihkih..

Sebenarnya memang plan nak tengok Paskal dengan kak Dayah dan kak Haiza bila dorang datang sini. Tapi aku dah tengok mula-mula dengan budak-budak opis. Lagipun aku memang nak tengok lagi filem yang super best ni. Sorry ye, jarang tau aku puji filem-filem Melayu ni. Kalau filemnya bagus, tentu sekali aku akan puji. Korang pun kan...

Weekend ni dihabiskan bersama dengan akak-akak kesayangan ku, kak Dayah dan kak Haiza. Memang lama benar tak jumpa mereka berdua. Iyer lah, kak Haiza bertugas kat Tawau, kak Dayah pulak kat Pahang, kampungnya. Memang jarang jumpa lah. Namun, bila jer kak Dayah kata nak mai hujung minggu ni alangkah seronoknya aku. Dapat habiskan masa bersama dorang, bercerita seseronoknya dan keluar bersama mereka sangat menggembirakan hati ini. Sayangnya, kak Hanis dan Norma tak dapat pulak nak join. Tak per lah, mungkin next time...

Kul 3 pagi okay kitorang balik rumah semalam. Mana taknya, dah kau beli tiket pukul 11.50 malam pukul berapa wayang nak habis pulakkan. Tapi cerita dah best, memang tahanlah anak mata dari nak terlelap. Dapat lah jumpa Jerung, Gagak, Jeb, Yan, Misi dan Ustat...Tapi aku masih lagi tak boleh nak brain kesadoan mereka tu. Aku jadi geli-geliman pulak dengan tahap kesadoan dorang tu. Lebih-lebiih lagi kalau aku tengok si Ustat, si Jeb..Dah macam monster..atas besar bawah kecik. Hahahaha..Jerung boleh tahan lagi..Aku suka gagak...ideal gitu bodynya..Hahahaha...

Kak Dayah & kak Haiza nampaknya berpuas hati dengan filem yang bercorak ketenteraan itu. Rasa kagum pastinya aka terselit dihati mereka. Dan-dan bersedia nak mengahwini abang-abang Paskal. Hahahaha..sama-sama busy so tak jadi masalah kalau selalu ditinggalkan..Macam-macamlah kakak-kakak aku ni...

Actually, ada satu pandangan tentang filem itu yang aku tak berkenan dengan mereka berdua. Bukanlah tentang filem ini, tapi lebih kepada tentang mereka yang berkhidmat dalam badan-badan beruniform ni. Memanglah kelulusan itu sangat penting untuk jadi seperti mereka. Tapi, tak semestinya kelulusan itu melayakkan mereka menjadi seorang PASKAL mahupun badan berunform yang lain. Yang penting hati yang sangat sayangkan negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta tu yang penting. Kalau kau ada kelayakan yang tinggi tapi kau tak boleh nak hadap latihan ala komando memang tak dapatlah kan. Hanya mereka yang berjiwa kental je yang dapat menghadapinya. Kalau ikutkan, tentera yang bawah2 ni la yang berada di barisan hadapan. Mereka yang menerima natijah nya dulu. Orang-orang atasan hanya memberi arahan. Pendapat aku, aku lagi respek mereka yang berada di level-level bawah ni. Sebab dorang yang mempertahankan negara. Dorang yang berada di barisan hadapan.

Jujur aku katakan jugak, aku respek dengan tentera pada masa dahulu. Tentera mahupun mereka yang didalam khidmat ni sekarang aku tak berapa nak respek. Bukanlah aku tuju kepada semua, tapi mungkin ada segelintirnya. Maybe nak masuk tentera sebab nak dapatkan kelebihan yang ada. Ada pencen, ada elaun. Itu pendapat aku lah..Tapi bagi aku, aku bangga punya anggota-anggota keselamatan ini yang mempertahankan negara yang aku duduk sekarang ini.

Harapan aku mereka bekerja dengan jujur dan ikhlas. Memanglah negara kita sekarang berada dalam keadaan makmur tapi aku tahu mereka sentiasa bersiap sedia dengan segala kemungkinan in case kalau negara diserang anasir-anasir luar.

Ditekankan, aku tak tujukan rasa ketidakpuasan hati aku tu kepada semua anggota keselamatan tau. Sebab aku banyak dengar benda yang tak elok dilakukan oleh sesetengah mereka yang mana bolen mencalarkan imej anggota keselamatan. Aku respek mereka yang bersungguh-sungguh dalam melakukan tugas mereka. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga kan...Respek itu tetap sentiasa ada untuk mereka, namun jagalah kepercayaan rakyat seperti aku ni.....

Merepek pulak ye aku senja-senja ni. Hahahaha..Dah pukul 7.12 malam dah ni. Rasenya aku sorang je kat rumah ni. Hari pun nak huja kat luar tu. Manalah budak-budak rumah aku ni ye..Lapar ler pulak..Nak tengok lah apa yang boleh dimasak kat dapur tu. 

So, korang..rasenye ade lagi tu Paskal The Movie kat wayang. Tengok lah, support filem-filem Melayu kita yang berkualiti. Yang agak tak berkualiti tu tak yah tengok. Hahaha. Nak tengok tunggu keluar Youtube. Hohoho..

Novel Review: Aku Tak Salah

Novel Review: Aku Tak Salah

Penulis: Kamsiah Abu

Rate: 7/10

Tarikh Bacaan: 25– 28/10/2018


Tiada noktah dalam mencari cinta kerana cinta yang ikhlas tiada batasnya....


Sinopsis Kulit Belakang:

Norsyazwani tidak pernah menduga akan menjadi isteri Airil Amri hanya melalui perkenalan yang begitu singkat. Dalam pada itu, hati Norsyazwani terusik apabila majikannya, Badrul membuat pengakuan bahawa dia amat mencintai Norsyazwani secara diam salama ini. Namun pengakuan itu sudah terlambat apabila Norsyazwani sudah membuat keputusan untuk menjadi isteri Airil Amri. Dia nekad mengikut suaminya merantau jauh ke luar negara sebaik sahaja selepas pernikahan mereka.

Namun kebahagiaan yang diimpikan Norsyazwani hancur berkecai apabila mengetahui cinta Airil Amri terhadapanya adalah palsu. Lelaki itu telah menunjukkan belangnya sebaik sahaja mereka berjauhan dari kaum keluarga. Manakala Badrul pula tidak pernah putus asa untuk cuba memiliki Norsyazwani. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu cerita sebenar di sebalik wasiat arwah datuknya.

Mengapakah Airil Amri menipu Norsyazwani? Mampukah Norsyazwani menempuhi cabaran hidup selepas berkahwin dengan lelaki itu? Berjayakah Badrul meraih cinta Norsyazwani? Kenapa pula dia begitu bersungguh-sungguh mahu hidup dengan wanita itu walaupun dia sedar mencintai isteri orang adalah berdosa?

                “Tak semua lelaki suka menunjuk-nunjuk depan perempuan. Lelaki yang jujur, takkan menunjuk-nunjuk.” – BADRUL

                “Sebab Hani bukan anak ayamlah, maka Am nak ambil Hani dengan cara terhormat, iaitu melalui ijab Kabul. Kalau anak ayam, Am terus ambil bawa lari je.” – AIRIL AMRI

                “Perkahwinan jugak bukanlah macam main pondok-pondok yang boleh dibina bila suka dan diruntukan bila-bila masa kalau tak sesuai.” – NORSYAZWANI

.
.
.
.

Review Aku:

Novel yang seterusnya untuk aku review ialah novel yang bertajuk “Aku Tak Salah”. Di antara 10 koleksi novel yang aku beli di Karangkraf Mall yang setiap satunya berharga RM1. Murah kan??? Aku memang pantang tengok novel murah-murah ni, pasti akan aku rembat. Hahaha.

Seriously agak jenuh jugaklah aku nak menghabiskan novel ni. Aku ambil masa lebih kurang 4 hari untuk habiskan novel ni selepas aku habiskan pembacaan novel “Jadikan Aku Terakhir”. 

Novel ni pada permulaannya sangat membosankan. Aku hampir-hampir saja putus asa nak menghabiskannya. Tapi bukanlah Siti Faiross, si ulat novel kalau tak tamatkan pembacaan novel-novelnya. Walaupun beli dengan harga murah, aku sangat menghargai setiap novel-novel yang aku beli. Sekaligus aku menghargai penulis-penulis yang memerah otak, bertungkus lumus menyiapkan manuskrip mereka. Dan kenapa tidak aku tamatkan apa yang telah aku mulakan. Betulkan...???

Aku bersyukur sangat aku tak fed up dengan novel ni. Kerana novel karya penulis Kamsiah Abu ni sangat bagus dari pengisiannya. Digarapkan dari firman yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 286.

“Bersandarkan keyakinan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesesuaian keupayaanya.”

Penulis ini terpanggil untuk menggarapkan firman ini di dalam naskhah “Aku Tak Salah” ini. Diluar sana, ramai di kalangan kita yang sering mengeluh ketika ditimpa musibah tetapi lupa bersyukur apabila mendapat kebaikan. Tak sedar ke kita yang sebenarnya Allah sayangkan mereka yang diuji olehNya. Tak rasa bertuah ke kita adalah makhluk yang dipilih olehNya untuk menerima ujian daripadaNya. Bila aku baca novel ni, aku teringatkan seorang sahabat aku yang bila dia berada di dalam kesusahan pasti akan ada insan-insan yang sedia membantunya. Namun mengapa dia mengeluh dengan kesusahan yang dialaminya itu. Mengapa dia tak terfikir yang Allah sebenarnya sangat sayangkan dia.

Allah tak akan menguji hambaNya sesuai dengan keupayaan dia untuk menghadapinya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Allah sesekali tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Aku sedih sebab dia sepertinya menyalahkan takdir dengan apa yang telah menimpa dirinya itu. Namun tak sedarkah dia, Allah tak akan pernah zalim pada hambaNya. Seperti yang aku taip kat atas, jika dia ditimpa masalah pasti akan ada insan yang baik hati disampingnya. Urusannya dipermudahkan. Tapi kenapa dia tak nampak semua itu??

Harapan dan doaku agar sahabat ku itu kembali semula ke landasan yang sebenarnya. Dalam setiap kesakitan pasti ada ubatnya dan dalam setiap kedukaan pasti ada penawarnya. Allah tak pernah mungkir janji pada hamba-hambaNya yang sabar dan bertaqwa kepadaNya. Wallahulam. Sebaik-baik pertolongan adalah dariNya. Kembali kepadaNya. Mintak bersunguh-sungguh dan redha dengan apa ketentuan yang telah ditetapkanNya.

Aku ni pun bukanlah baik sangat tapi aku tak nak tengok sahabatku terus terlena dan hanyut dalam emosi dan masalahnya. Aku sangat sayangkan sahabat aku itu. Aku sedih bila dia amibil tindakan seperti itu. Aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

Oppss..maaf, review aku mengenai novel yang aku baru habis baca dah jadi sesi luahan perasaan aku pulak. Hehehe..Aku bersyukur sangat dapat baca novel ni. Penulisnya dapat menyampaikan apa isi yang nak disampaikan itu. Berhati-hati dalam setiap perkataan kita. Lagi-lagi didalam perhubungan suami isteri. Cerai berai jangan dibuat main-main. Memanglah penceraian itu dihalalkan tapi penceraian itu adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah. Berdiam diri itu lebih baik di saat kau sedang marah. Pabila kita sedang marah, kita akan mengeluarkan kata-kata yang tak elok tanpa kita sedari. Bila dah tak tersedar, nak menyesal pun dah tak guna.

Janganlah kita mencintai seseorang yang bukan dan tak akan menjadi milik kita lagi. Lebih-lebih lagi yang dicintai itu suami atau isteri orang. Berdosa kalau ada perasaan sebegitu. Relakanlah dengan redha dan ikhlas insan yang kita sayang tu jika cinta kita tulus dan suci. Doakan kebahagiaan si dia bersama suami atau isteri yang tercinta. Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Allah dah susun cantik-cantik. Mungkin kita tak ditakdirkan berjodoh dengannya. Namun Allah bagi kita pengganti yang lebih baik untuk kita. Wallahualam..

Kekalkanlah hubungan silaturrahim sesama manusia. Janganlah disebabkan harta kita jadi buta, jadi tamak. Sanggup melukakan hati dan menganiaya orang lain. Umat islam di dunia semuanya bersaudara. Allah sangat sayang pada mereka yang menjaga silaturrahim sesama manusia.

Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan naskhah ini. Mungkin aku akan mencari karya-karya lain dari penulis Kamsiah Abu ini. Bagi kawan-kawan yang sukakan novel yang santai, jujur aku katakan aku tak syorkan korang baca novel ni tapi dalam masa yang sama korang akan rugi kalau korang tak baca novel ni. Hehehe. Terpulang pada setiap individu, kalau korang rasa korang nakkan pembacaan yang agak berat, inilah novelnya.

Okay, itu jer lah review aku tentang novel “Aku Tak Salah” ini. Kalau nak tahu bab apa dan karektor apa yang aku ceritakan dalam review aku tu, korang kenelah baca. Nak pinjam novel aku?? Boleh jer...Mai lah Subang. Hahahaha...

Next novel pulak??? “Akhirnya Aku Kahwin”.

Hahaha...Best ni..sebab aku pun belum kawen lagi...opsss!!! 



Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...