Thursday, 25 May 2017

Banda Aceh Hari Ketiga (Kota Sabang)

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Ketiga - 13 Feb 2017

5.30 pagi - Bangun..Mandi dan solat subuh. Eeeee..sejuk angat taw. Nak mandi pun rasa gigil. Mujur jugak ada heater. Ombak still lagi memperdengarkan alunannya. Kat luar masih lagi gelap. Matahari baru nak naik. Air pun dah surut.


Matahari baru nak naik...


6.30 pagi - Kak Dayah ajak morning walk tepi pantai sambil menikmati sunrise. Alhamdulillah..dapat melihat betapa besarnya keEsaan Allah. Aku dapat melihat terbenamnya matahari ketika di Pulau Weh dan dapat juga melihat matahari naik di Freddies Hotel. Kami berjalan di tepian pantai terus sampai ke hujung pantai. Seram jugak sebab tak ada orang lagi. Tapi memang menyeronokkan. Sejuk je.

 



Freddies Hotel Sumur Tiga di waktu dinihari..



8.30 pagi - Plan kami hari ini nak ke Pulau Rubiah, nak snorkelling. Hehehe..Macam biasa, merempit naik motor. Comel je kami berdua naik scooter yang comel ni.

Perjalanan agak jauh jugak lah. Ditambah pulak dengan sesatnya. Hohohoho..


Scooter yang comel yang kami naik dua hari di Kota Sabang.


Before gerak, kenelah isi minyak dulu dong. Kat sane orang panggil Bansin. Betul ke tidak tu?? Hehehe



Bersimpang siur jalannya. Kene berhati-hati memandu.

11 pagi - Kami tiba akhirnya di Pulau Rubiah. Belum sebenarnya sampai Pulau Rubiah tu. Baru sampai ke jetinya aje. Kena naik bot kalau nak ke Pulau Rubiah. Tak book mana-mana guide snorkelling pun. Sebab kat situ je ramai dah menanti local tanya "mahu snorkelling ya mbak?". Pilih je yang mane kau suka. Hahaha. Rezeki berpihak kepada seorang abang ni, aku lupa namanya apa. Dia offer sewa peralatan snorkelling seorang Rp40K. Malas nak berkira sangat, kami bersetuju dengan harga yang abang tu tawarkan. Lepas dapat je alatan snorkelling semua, kami dibawa ke tepi jeti untuk menunggu seorang pakcik yang akan bawak kami ke Pulau Rubiah. Dekat je pulau tu. Dalam 10 minit jer. Itu kalau naik bot lah. Kalau berenang mahu setengah jam jugak tu. Hahaha.. Tambang bot seorang Rp50K (pergh, lagi mahal dengan harga peralatan sewa snorkelling).


Tapi aku cukup teruja dengan keindahan warna air lautnya. Masha Allah..biru kebiruan. Hishh..aku jadi kagum dan jakun kejap.


Lepas 10 minit tu kami sampai ke Pulau Rubiah. Tak ramai orang pun. Mungkin sebab waktu bekerja kan, hari Isnin. Kami makan sarapan dulu kat warung yang berdekatan. Actually, bukan sarapan dah tu. Makan lunch da. Hahaha..Kami berdua order sate kurita dan air kelapa. Yeszzaa..sate kurita. Sotong kurita tu dibuat satay okay. Makan pulak bersama dengan nasi dan sambal kacang. Boleh tahan sedap lah.

 Satay Sotong Kurita

Actually..hari ketiga di  Aceh ni, aku dah mula rindukan Malaysia. Dah mula rindukan mak ayah, kawan-kawan, masakan di Malaysia. Hahaha..macam-macam faiross ni tau. Bukan duduk berbulan kat situ. Tapi, seriously..aku rasa tak happy. Kak Dayah pun perasan perubahan aku tu. Dia kate relaks yus. Esok dah nak balik dah kan. So, aku happykan diri aku jugak. Aku nampak air biru laut baru aku happy kembali.


MashaAllah..cantik!!!

 
 11.45 pagi - Gedebushh..masuk dalam air...hahaha..ala, aku dan kak dayah snorkelling tepi-tepi ni je. Kaki pun boleh jejak pasir lagi. Kak Dayah ajar aku cara imbangkan dan apungkan badan dalam air, tapi tak berjaya. Aku cepat gelabah bila mana kaki aku tak jejak pasir. Mulalah tangan aku menggagau cari kak Dayah.. Lama-lama tu dah pandai sikit. Tapi still kat tempat cetek lagi. Weiii, ade ikan tau walaupun kat tempat cetek ni je. Cetek tak cetek lah, paras pinggang aku je. Hehehe. Biasalah, bila snorkelling memang taklah nak pakai spek kan. So, memang aku tak nampak jelas lah ikan-ikan yang cantik tu. Alorrhh..rugi sungguh. Sebab tu lah aku tak berapa suka aktiviti snorkelling ni. Sebab aku tak nampak. Kihkihkih. Lagi pulak aku banyak tertelan air masin laut. Goggles aku walaupun ketat sampai sakit dahi aku, sampai terkebelakang aku punye tudung tetap jugak air laut boleh masuk. Stress mak taww.. Salah goggle tu ke or salah aku yang tak pandai pakai. Hahaha..

Kak Dayah ajak aku ke tengah laut sikit. Tengok port ikan yang cantik-cantik. Tapi aku menolak. Sebab aku takut dan tak yakin dengan kebolehan diri sendiri menyelam. Pendek kata aku tak percayakan safety jacket tu boleh mengapungkan aku. Kihkihkih. Last-last kak Dayah sorang je yang ke tengah sikit. Aku still lah duk kat tepi ni, mengharapkan ikan yang cantik-cantik datang menghampiri. Tapi non hado. Dahlah tak pakai spek. Kalau ada ikan cantik pun aku tak nampak sangat. Ramai jugak orang lain yang duk snorkelling waktu tu. Actually, jam dah pukul 12 dah. Panas terik dah. Aku pun amik keputusan untuk naik ke darat semula. Aku just tengok je kak Dayah dan yang lain menyelam tengok ikan-ikan cantik. Takper..aku jamu mata tengok view pulau yang cantik ni jer.

1.30 petang - Kak Dayah dah start naik darat semula. Mencicit kami berdua balik ke jeti semula nak mandi. Tunggu pakcik yang amik kami tadi mai. Dia ada je kat area pulau tu tak ke mane2. Ada duk menjala ikan. Sampai je di jeti, pulangkan semula peralatan snorkelling pada abang yang kitorang deal tu then dia tunjukkan mana tempat mandi. Mak aii...kawasan chalet kat situ sebenarnya agak kotor lah. Tak bersih. Pintu bilik air pun tak boleh tutup dengan baik. Just sendalkan dengan batu bata agar tak terbukak. Hishh..ni kalau ada orang skodeng ni, free show je. Aduss. Tapi takkan tak nak mandi pulak kan. Perjalanan nak ke Freddies semula jauh. Nak  jalan-jalan lagi. Takkan nak melengas dengan air masin. Nak tak nak kena mandilah jugak. Bergilir-gilir mandi dengan kak Dayah sebab sorang kene jaga barang kami.

2 petang - Dah siap mandi, santai-santai jap tepi pantai barulah kami bergerak ke destinasi seterusnya, Nol Kilometer. Dekat je dari Pulau Rubiah tu. Dalam 10 minit perjalanan. Jalan berliku-liku, so kene berhati-hati memandu. Sunyi pun iye jugak.

Sampai jugak tempat yang dituju. Cuaca tak usah cakaplah. Panas giler. So, sempatlah take a picture barang 10 ke 20 snap. Hahaha...Checked Nol Kilometer.


Kilometer O checked 

Kalau jatuh ni memang tak naik balik lah. Dalam giler ni.


Nampak hitam dan gelap kan?? Mesti sangat dalam..

2.30 petang - Gerak pulak ke air terjun Sabang. Orang local kata kene pergi sini kalau datang Sabang. So, kitorang pun pegilah. Tapi kene mendaki sikit ye nak ke air terjun ni. Alamak..jam waktu tu dah dalam pukul 3 lebih. Lepas tu dengan tak ada orang lain yang naik sekali. Seriau jugak. Mula-mula tu aku dah nak ajak kak Dayah patah balik dah. Sebab jalan punya jalan tak jumpa-jumpa pun air terjun. Padahal baru jalan lebih kurang 10 minit. Punyer lah cuak. Hehehe. Dalam sepuluh minit seterusnya, akhirnya kami terdengar dihujung sana suara sekumpulan remaja. Bunyi deruan air terjun pun sudah kedengaran. Alhamdulillah..tiba jua akhirnya. Tak mandi pun. Just melepak tepi air terjun tu tengok budak-budak local mandi manda. Then, bila dorang nak gerak keluar, kitorang pun gerak lah sekali. View okay lah. cantik.


Adoii..kat Indonesia nak p air terjun pun kene mendaki jugak ke. Hailaa...


Wajah yus yang sangat kepenatan.. Nak bantal!!!


Air Terjun Sabang 

Sangat Deep!!!

View yang sempat mata kami jamah di sepanjang laluan nak ke air terjun Sabang

4 petang - Gerak balik ke Kota Sabang. Berhenti sat minum petang di tengah perjalanan bertemankan view laut di hadapan mata kami. Cantik giler.. Kami order Mee Acheh dan Kopi Acheh. Sedap..


Lapar Giler!! Pekena sat Mee Aceh. Sedapppp..


Kopi Aceh 
 Subhanaallah...cantik sungguh.

6.30 petang - Kami tiba di Freddies Hotel. Lepak-lepak sat tepi pantai sebelum naik bilik. Kemudian, naik bilik, mandi dan rehatkan diri. By the way, kami cancel amik dinner kat Freddies tu coz duit kami tak cukup. Huhuhu.. Package urut pun kami cancel. Kesian acik tu. Maafkan kami, duit kami tak cukup cik. Huhuhu.

10 malam -  Malam tu kami kira semula duit. Asingkan duit penginapan hotel (kami bayar masa check out), duit balance pak jenol, sewa motor dua hari dan tiket kapal esok pagi. Asing siap-siap duit wajib. Adusss...duit kami short. Tak ape, kami decide nak pikir esok jer. So, malam tu terus masuk tidur.

Dan, esoknya tu lah bermula hari paling mensadiskan aku dan kak Dayah untuk nak balik ke Malaysia. Huhuhu. Mujurlah dapat balik. Hahaha...Banyak sungguh dugaan yang kami hadapi pada hari keempat ni. Tapi, mujur jumpa orang yang baik hati.


Budget Hari Ketiga

Minyak - Rp20K
Boat - Rp100K (2 orang)
Alatan Snorkelling - Rp80K (2 orang)
Makan Tengah Hari - Rp20K
Minum Petang - Rp65K
Nol Kilometer - Rp10K (2 orang)

Jumlah = Rp295K (plus minus RM98.83)

Wednesday, 24 May 2017

Banda Aceh Hari Kedua (Kota Sabang)

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Kedua - 12 Feb 2017

5.30 pagi - Bangun..Mandi..Solat subuh..Lepak-lepak tengok tv siaran Indonesia.

7.30 pagi - Turun ke lobi hotel dan masuk ke dewan makan untuk sarapan pagi (include dalam package hotel). Makanan yang boleh tahan sedap lah.


Pulut mangga dan pisang goreng
 
 Menu bekpes kami

8.00 pagi - Ambil angin pagi depan hotel. Then, masuk bilik semula dan start kemas-kemas beg nak check out. Call dulu pak jenol sebab dia yang akan hantar kami ke Pelabuhan Ulu Lhue.


 
9.00 pagi -  Check out Hotel Diana.

9.15 pagi - Pak Jenol dah bersedia di luar hotel dan otw ke pelabuhan. Perjalanan lebih kurang dalam setengah jam.

9.45 pagi - Tiba di pelabuhan, beratur beli tiket kapal cepat ke Sabang. Memang plan nak naik feri cepat pun.


Feri Cepat. Taubat nak naik lagi. hahaha
 

Selfie dulu dalam feri sebelum masing-masing terjelupuk kepeningan. Hahaha..

Kaunter tiket kapal

10 pagi - Feri bergerak meninggalkan pelabuhan Ulu Lhue menuju ke pelabuhan Balohan, Pulau Sabang. Tang dalam feri ni lah azabnya bermula. Hahaha..Mula-mula rasa sangat eksaited lah sebab ini kali pertama aku naik feri. Seronok tu tak terkata lah. Kak Dayah dah mula pening-pening. Mabuk laut. Die duk la melepek tepi tingkap. Muka dah ditutup dengan sweater. Bau dah semerbak dengan bauan Tiger Balm. Aku masih lagi duk melihat kerenah-kerenah penumpang yang ada di dalam feri. Suasana agak bingit. Penjual yang duk ulang alik ke depan ke belakang membawa barang dagangan mereka. Bunyi lagu dangdut di televisyen yang dipaparkan.

Suasana di hari raya..ehhhh..suasana dalam feri daaa!!

Lepas 15 minit perjalanan aku mula rasa loya dan pening. Ombak pada ketika itu memang sangat kuat. Kapal feri teroleng-oleng dilanggar ombak. Keliling aku sudah kedengaran jeritan apabila ombak melanggar ganas badan kapal. Aku dah start berzikir. Berdoa pada Yang Esa semoga perjalanan kami ini berjalan dengan lancar. Pada mulanya, aku memang berlagak tenang. Tapi bila mendengar dan melihatkan ramai orang yang mula menjerit Allah Akhbar tiap kali kapal terolang aling bagai nak terbalik, aku mula rasa cuak dan takut. Sebab di dada melanda di hati. Tiba-tiba je aku rasa air panas mengalir ke pipi dari kelopak mataku. Rupa-rupanya, aku menangis. Huhuhu. Terdetik di hati ini, tak sempat ke aku kembali semula ke Malaysia Selasa ini???

Krew kapal meminta kami semua yang berada di dalam kapal supaya bertenang. Perjalanan tinggal lebih kurang 20 minit lagi. Semua penumpang mula  bising-bising. Ada yang dah termuntah-muntah. Krew kapal sibuk menghulurkan plastik hitam kepada penumpang yang rasa nak muntah. Aku yang tak rasa nak muntah tadi, kini rasa nak muntah pulak bila tengok orang keliling muntah. Adoii..Kak Dayah memang dah duduk terjelepok tepi dinding kapal. Aku sapu hidung dengan Tiger Balm. Kapal still lagi dilanggar ombak besar. Setiap kali kapal dilanggar, aku mencengkam kuat lengan budak perempuan sebelah aku ni. Namanya Nisa. Sempat lagi aku beramah mesra dengan si Nisa bagi mengalihkan tumpuanku daripada situasi kapal sekarang. Seorang anak jati Pulau Sabang. Pulang ke kampung kerana cuti study week seminggu.

Bila melihatkan kegagetan penduduk tempatan yang berada di dalam kapal tu, terdetik di hati ini yang mereka masih lagi trauma dengan kejadian tsunami yang menimpa mereka lebih kurang 13 tahun yang lalu. Perasaan takut dan gerun itu masih belum lari jauh lagi dari dalam diri mereka. Tetiba aku pun rasa aku turut berada dalam situasi mereka dahulu. Tiba-tiba je aku rase sedih. Sebab tu lah, aku boleh menitiskan air mata waktu tu. Nisa disebelahku cuba mententeramkan aku. Dia menyuruh aku perbanyakkan selawat dan zikir. Ya Allah..pada waktu ini lah aku rasa seperti aku terasa jauh dari ibu dan ayah ku. Mulalah aku rindukan mereka.

10.40 pagi - Alhamdulillah, dengan izinNya kami semua sampai juga  di Pelabuhan Balohan, Pulau Sabang. Perjalanan yang mengambil masa 40 minit sahaja aku rasa bagaikan 5 jam lamanya. Aku rasa ini mungkin kali terakhir kot aku naik kapal cepat. Rela aku naik kapal lambat. Biarpun lah dua jam perjalanannya. Hahaha. Cuaca pada waktu itu, di Pulau Sabang sangat baik. Cerah sentiasa tapi angin memang sangat kuat. Mungkin disebabkan itu jugaklah ombak pada ketika itu sangat kuat dan tinggi. Lepas dari urusan keluar dari kapal, aku dan kak Dayah diikuti dengan Nisa terus menuju ke tempat sewa motor. Kami berdua menyewa motor untuk dua hari kami di Sabang ini dari kenalan seorang pakcik yang kami temui di Pelabuhan Ulu Lhue sebelum berlepas tadi.


Masing-masing puying ..Pekena teh sat bersama Nisa

11 pagi - Urusan sewa motor untuk dua hari dengan abang....?? alorhh..lupa pulak nama abang tu. Hehehe..telah selesai. Nisa pun sudah pulang bersama kakaknya. Yang bestnye Nisa berjanji nak bawak kami berdua jalan-jalan Sabang petang ini. Yeehaaa... Nisa, kenalan kedua kami di Sabang.

11.15 pagi - Kami bergerak menuju ke resort penginapan kami iaitu Freddies Hotel Sumur Tiga. Ramai orang kata hotel ni best. View pun cantik. Hehehe. Perjalanan ke Freddies lebih kurang dalam setengah jam dari pelabuhan. Dalam perjalanan sempatlah singgah berhenti di tepi jalan kalau kami terpandangkan view yang sangat cantik. By the way, aku lah yang jadi rider time tu. Hehehe.


Yus, minah rempit Kota Sabang. Naik scoot weeh...


Welcome to Kota Sabang!!!




Gigih nak selfie dengan laut. Kuat giler hangin waktu ni. Tengok jer lah tudung aku tu. Terkelepet daa..


Cantik!!!


Ohsemmm


Weeeeee!!!

Ya Allah, tak terkata betapa cantiknye view laut dan pemandangan Pulau Sabang. Rasa terjatuh cintalah pulak. Hahaha...

12.30 tengah hari - Kami selamat tiba di Freddies. Urusan check in berjalan dengan baik sekali. Staff pun sangat friendly dan sangat membantu. Kami ditunjukkan bilik kami. Tak silap aku bilik no 7 ke 9. Lupa dah aku. Bilik yang paling hujung sekali dan berada di tingkat atas. Di sebelah kanan bilik memang dah tak ada bilik lagi dah. Pokok-pokok dan semak samun je yang ada. Mula-mula, rasa cuak lah jugak kan. Tapi dengan lafaz Bismillah kami masuk kedalam bilik, mengharapkan tidak ada yang tidak baik berlaku kepada kami berdua malam nanti. Hehehe..


View laut from our bilik. Santekkan???

Masha Allah..cantik giler. Cannot Move On!!!


Hye kak Dayah!!! buek gapo mu situ...


Freddie Hotel Sumur Tiga

Apalagi..masuk je bilik terus bukak pintu depan. Masha Allah...view laut yang sangat cantik. (Time aku menulis ni pun aku dah terasa rindu nak kembali semula ke Sabang). Angin yang agak kencang mendamaikan suasana. Oh ya..dekorasi bilik kami sangat simple dan bersih. Ada katil bersaiz queen untuk kami berdua. Pendek kate, semua yang ada dalam bilik hotel ada dalam bilik kami tu. Cuma tv, aircond je tak ada. Hehehe. Seronoknya.


Yeeehaaa...nak tidoq!!

Okay..keluar cari sesuap nasi. Lapaq baii...

Kami merehatkan badan masing-masing di atas tilam yang empuk bertemankan bunyi deruan ombak dan angin yang kuat. Kami tak bukak pintu pun, sebab angin sangat kuat sehinggakan boleh menerbangkan kain langsir pintu tu. Tapi memang terasa lah angin laut yang asyik tu.

2.30 petang - Sampailah ke pukul 2 petang, lepas selesai solat jamak kami berdua keluar mencari makanan tengah hari. Lapaq giler ni. Nisa berjanji akan datang pada pukul 3 petang nak bawak kami jalan-jalan area Kota Sabang. Singgah sebentar makan tengah hari di sebuah warung yang ada dibuka di situ. Kami tak makan kat hotel pun sebab mahal. Hahaha..Macam biasa..tak banyak menu yang boleh diorder. Nak amik nasi campur tak berani pulak. Takut sakit perut pulak nanti. So, kami berdua just mintak pakcik kedai buatkan kami nasi goreng je. Lain sikit style gorengnya berbanding kita di Malaysia. Tapi disebabkan lapar, telankan ajer lah. Hohoho.

Kedai makan pun boleh berselfie. Layannn!!!


Es tea..
 

Nasi Goreng Sabang Style!!!

3 petang -  Nisa bersedia bawak kami jalan-jalan area Kota Sabang. Ditemani kakaknya, Elly kalau tak silap namenya. Tingginye deme berdua ni. Pulak tu kurus la hai. Memang orang-orang Indonesia ni kurus-kurus ya. Hahaha. Kami berempat merempit petang tu. Nisa dan kakaknya membawa kami berdua ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Kota Sabang.

- Benteng Jepang
- Menara Pandang
- Pulau Weh, tengok sunset
- Makan Mee Aceh dan Kopi Aceh
















Benteng Jepang checked. Tahu ke hape tu benteng jepang?? Kubu Jepun lerr.. Hahaha

 






Sunset di Pulau Wehh...

9 malam -  Sampai ke malam kami di bawa berjalan dengan Nisa dan kakaknya tu. Memang masa kami fully utilize. Sampai je hotel tak terus masuk bilik. Kami berdua duk santai-santai atas kerusi berviewkan pantai. Tapi gelap tak nampak ape. Hahaha. Cahaya dari lampu hotel pun tak berape nak menerangkan kawasan sekitar. Just menghayati bunyi deruan ombak dan angin laut je lah. Masha Allah..memang indah dan damai.

9.30 malam - Macam dah lewat sangat ni. Baiklah kami masuk bilik. Mandi, solat jamak Isyak pulak dan rehatkan diri. Tapi tak terus tidur lagi. Kak Dayah ajak aku pekena kopi malam tu dan duduk di balkoni bilik. Sebenarnya, aku dah rasa gerun dengar bunyi ombak yang kuat kat luar tu. Ditambah pulak angin yang kencang. Kan aku kata bilik kami betul-betul dihujungkan, hishh lagilah buat aku seriau. Lepas aku minum kopi yang dibancuh kak Dayah aku terus minta izin kak Dayah nak masuk tidur. Kak Dayah masih diluar. Sejuk giler kot. Dah pakai sweater dan berstokin pun aku rase sejuk lagi. Tapi view malam tu memang cantik sebenarnya. Nampak bulan penuh menerangi kawasan sekitar pantai. Tapi, aku tak berapa nak menghayati sangat sebab lebih kepada rasa gerun dengan bunyi ombak tu dan daun-daun yang mengetuk-ngetuk dinding bilik kami kat sebelah ni ha. Hahaha...

Malamnya memang aku tak boleh tidur lah. Bukan tak boleh tidur. Cuma tak berapa nak nyenyak. Air dah start pasang. Bunyik ombak bertambah kuat. Dalam hati terdetik jugak tetiba lah datang tsunami camno lah gayanye kan. Hishh..Mintak dijauhkan. Yassin berada ditepiku. Aku pegang erat okay. Hehehe. Kak Dayah perasan jugak aku agak resah waktu tu. Aku katakan pada dia yang aku tak berapa boleh nak tidur. Mungkin sebab tempat baru lagi kot. Tak ku akui, aku kalau tidur tempat baru memang aku susah sikit nak lelap dan nyenyak.

2 pagi - Lebih kurang pukul 2 pagi lah aku rasa, aku baru boleh terlelap sepenuhnya. Alhamdulillah...

Tamat sudah hari kedua kami di Sabang...


Budget Hari Kedua

Kapal Cepat - Rp160K (2 orang)
Pak Jenol - Rp100K
Minum Air - Rp10K
Makan Tengah Hari - Rp30K
Makan Malam - Rp60K

Jumlah = Rp360K (plus minus RM120.60)




Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...