Saturday, 13 December 2014

Cukuplah Sahabatku....


Wahai sahabat....
Janganlah engkau memandang rendah padaku
Tegarnya kau berkata begitu
Adakah aku ini tidak boleh intuk berangan-angan
Salahkah aku untuk bercita-cita tinggi
Tiada salahnya kan....

Adakalanya kata-katamu
Mengguris perasaanku
Melukakan hatiku
Tapi itu semua tidak ku peduli
Tidak menjadi kudis padaku
Kerna kuanggap itu mungkin sekadar gurauan manjamu

Namun kuharapkan
Agar dirimu menjadi pendorongku
Peransangku...penguatku....
Agar aku Berjaya dalam anganku
Janganlah engkau perkecilkanku
Kelak suatu hari nanti
Kau sendiri yang terpaku
Tak percaya dengan apa yang di depan matamu

Adakah aku tidak berhak bahagia
Adakah aku tak bisa mengecap cita-cita
Aku hanya manusia biasa
Yang mengimpikan kebahagiaan
Rasanya engkau juga begitu kan
Inginkan kebahagiaan mengelilingimu

Begitu juga dengan aku
Jadinya marilah kita sama-sama
Berdoa untuk kesejahteraan
Dan kebahagiaan masing-masing

Aku turut mendoakanmu
Agar kau menemui kebahagiaanmu
Jika engkau juga masih begitu
Tiada apa yang bisa menghalangmu
Engkau berhak membuat keputusan
Kerna ianya ditanganmu
Wahai sahabatku.....








Saat Kau Kata.....


Saat kau kata cinta....
Indah dunia ku rasa
Bagai bunga-bunga mekar di taman
Bagai diri ini berada di awan-awangan

Saat kau kata cinta.....
Ku panjatkan doa
Kerna...
Akhirnya kau benar-benar mencintaiku
Ini yang ku inginkan

Tiba-tiba.....
Tanpa sebab kau mengucapkan kata putus
Apakah semua ini
Mengapa ini berlaku
Sampainya hatimu mengecewakan diriku

Saat kau kata putus....
Tiada lagi indahnya dunia ini
Bunga-bunga layu berguguran
Bagaikan diri ini dilanda badai

Saat kau kata putus....
Ku panjatkan jua doa
Moga. kau bahagia hendaknya
Denga sesiapa jua pilihanmu

Biarkan Kenangan Itu...


Begitu bodonhya kau
Mengharapakan insan yang mensia-siakan hidup dan pengorbanan kau
Mengharapkan dia kembali ke pangkuan kau

Kau begitu bodoh kurasakan
Bukan dia seorang sahaja lelaki di dunia ini
Ramai lagi yang lebih baik untuk kau
Cuma kau perlu bukakan hati kau itu
Menerima mereka yang menyayangi kau
Menyintai kau dengan sepenuh hati

Aku percaya kau akan lebih bahagia
Lupakan saja kenangan lalu itu
Mulakan hidup yang baru
Mulakan kisah cinta yang indah
Seindah cahaya sinar di kala pagi

Kenangan lalu itu jika kau tak sanggup untuk melupakannya
Kau simpan ianya jauh dilubuk hati kau
Tiada sesiapa berhak melarang kau
Kau berhak terhadap hati kau sendiri

Tapi ku harapkan kau tidak terleka
Terbuai dengan kenangan itu
Kerna banyak lagi perkara yang indah menanti kau didepan sana.

Salahkan Aku...


Mengapa....
Mengapa aku masih lagi teringatkannya
Mengapa aku masih lagi mendambakan kehadirannya
Mengapa aku masih lagi mengharapkan peluang kedua

Mengapa
Aku sendiri tiada jawapannya

Tapi bersalahkah aku kerna sentiasa mengingatinya
Bersalahkah aku kerna masih lagi menaruh harapan yang tinggi kepadanya

Ramai mengatakan aku bodoh kerna masih lagi mengingatinya
Mengharapkan kehadirannya

Tapi aku tak bisa membohongi diri ini
Aku tak bisa menghilangkan namanya
Menghapuskan wajahnya
Melupakan segala tingkah lakunya
Seolah-olah ianya sudah sebati dalam diri ini

Aku sedar mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan
Tapi apakah salahku jika aku memujanya dari jauh
Jauh daripada pandangan matanya
Aku mungkin tak akan memiliki hatinya lagi
Tapi biarlah kenangan itu tetap aku simpan
Aku jaga rapi dalam hati ini

Andainya hati ini boleh mengeluarkan kata-kata yang dapat dirakam
Akan ku kirimkan kepadanya melalui angin bayu
Bahawa aku sangat mencintai dirinya
Tiada lagi selainnya

Biarlah selamanya aku begini
Andai takdir hidupku begini
Aku redha
Aku terima akan ketentuannya


Jalan-jalan makan angin ke Penang & Kedah (Trip 2)

Pada hari yang sama selepas attend wedding Watif kami singgah sat kat area kawasan kampung sini..Ya Allah..cantiknye la hai suasana kat sini..Alhmadulillah, waktu kejadian hari sangat-sangatlah baik..cerah je..tak hujan langsung....Aku suka sangat kawasan bendang kat Kedah ni..cantiknye...Kedah kan memang dikenali sebagai negeri jelapang padi...banyak kawasan sawah padi...sejuk mata memandanh..hijau je...

So, kitorang dengan ayu berbaju kurungnye dan aku berjubah bagainya singgah lah sat selfie dekat sawah bendang ni...kan betol kitorang ni memang suka ambil gambar tau.....Park sat kereta kat tepi bendang tu..so, apalagi..sesi gediks-gediks bermulalah....Ini hasil tangkapan kitorang waktu tu...


Walaupun cuaca sangat terik waktu tu, gigih juga pose depan kamera...sepet-sepet mata dibuatnye...


Gambar ni aku suka..gambar ni kat Haiza yang ambil...elok je pokok tu jadi center..hahaha....dengan berlatar belakangkan warna hijau sawah padi..gambar ni nampak menarik...betol tak???hahaha



Yang ni aku yang snap...hahaha..risau benonye kitorang kalau jatuh kat dalam bendang tu.. tak pasal-pasal balik rumah berlencun satu badan..mujur tak jatuh...


Pokok kat belakang memang jadi subject kitorang selain sawah bendang kat belakang tu...


Gambar ni pun aku suka....tapi nampak aku berisi sikit lah pkai jubah ni..


Model drees Hanna Bella katenye...


Kak Haiza memang pandai snap gambar lah...semua gambar yang die snap cantik-cantik...dapat kat aku hancur lebur jadinye...

Kan.....

Selfie berempat....


Apa agaknye yang direnungkan tu....





;

Apa-apa pun satu trip yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan..wpun masa yang terlalu singkat..tak dapat nak jalan ke mane-mane sangat namun saat bersama kami berempat amatlah berharga....Terima kasih akak-akak semua....:)

Jalan-jalan makan angin ke Penang & Kedah (Trip 1)

Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk mengupdate blog...di atas katil sambil memeluk bantal golek dan bertemankan alunan lagu-lagu dendangan boy band dulu-dulu kala..Westlife...tapi aku taknak bercerita pasal band yang cukup femes waktu dulu-dulu ni..la ni aku nak update pasal trip makan angin @ main sesat-sesat @ attend wedding teman serumah, Watif....

Majlis Watif tu berlangsung di kampung halaman die yang terletak di Pokok Sena, Kedah.. Perancangan awalnye semua warga-warga USJ12 dapat lah hadir ke majlis wedding Watif ni..namun ada aral yang melintang plak...hanya aku, kak Hanis, kak Dayah dan kak Haiza je yang dapat attend...itu pun kak Haiza dah memang ada kat Kedah nun..kampung halaman die...aku dan kak Hanis memang sebulan awal dah beli tiket pergi dan balik FireFly..bersemangat tak..hahaha...and itu lah juga second time aku naik kapal terbang..kali terakhir aku naik kapal terbang ni pada tika umur aku 9 tahun..masa tu budak kecik lagi..rase keterujaaannya tak de lah over sangat..hahaha..bile dah besar ni over plak...

Aku ngan kak Hanis bertolak dari rumah dalam pukul 12 tengah hari coz tiket flight kitorang kul 2.30 petang....kak Dayah plak pagi tu dah sampai Penang da..Tiket Malindo die pukul 8 pagi...Alhamdulillah  tepat pukul 3.30 petang kami selamat mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang...bestnye naik kapal terbang....mula-mula flight tu nak naik kecut gak perut aku. Time nak landing pun same..hahahaha....KakHaiza ngan kak Dayah yang pick up kitorang berdua..pastu kitorang ramcang lah nak usha tempat-tempat makan yang menarik kat Penang ni...namun apakan daya kitorang sesat kat dalam Penang tu..hahaha...last-last kitorang lepak je kat USM Penang sambil tunggu kedatangan ayah ngan mak kak Hanis yang dah plan nak bawak kitorang g makan seefood...hihihi..so, kitorang makanlah apa-apa yang patut untuk alas perut...Dah lah kat Penang hujan lebat gile....huhuhu...Plan nak naik feri balik Kedah tapi apakan daya cuaca membantutkan perancangan kami..sobs..sobs...tak de rezeki orang kata...

Alhamdulillah, setelah masing-masing kekenyangan menikmati juadah makan malam kami bergerak balik ke Kedah..malam tu kitorang stay kat umah kak Hanis..kak Haiza balik rumah die kat Kuala Ketil..dekat je dengan umah kak Hanis kat Sg Petani tu...Seronok duduk rumah kak Hanis..mak dan ayah die ramah dan mesra..tak rase kekok sangat..hihihihi....

Esok paginye kak Haiza datang jemput kitorang bertiga..so, bermulalah perjalanan kitorang ke Pokok Sena, Kedah..Wpun kami sesat, akhirnye selamat jugak sampai ke rumah Watif...dalam kul 2 lebih gak kitorang sampai...sbb bertolak pun dah lewat..hahaha...

Tahniah Watif...selamat dah bergelar seorang isteri...Watif cantik sangat..simple je...

Mestilah bile dah pegi wedding member serumah tu tak sah kalau tak de sessi bergambar kan...kitorang memang kaki interframe....kaki selfie..sokmo bergambar je kojenye....nak dijadikan kenangan katenye...



Simple je pelamin die..ringkas dan tak over...


Jelitawan warga USJ 12








Cantik tak baju dan shawl Watif tu..buat sendiri tu tau...hahaha...mahal tu...


Candid yang tak berapa nak menjadi.....


Terima kasih kepada Wati dan Husband kerana sudi menjemput kitorang ke majlis perkahwinan korang berdua..yang penting makanan kat kenduri Watif memang best..ada ayam golek tu....



Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...