Skip to main content

Bila lah CoViD-19 nak berakhir???

Hi...Assalamualaikum...

Kalau di ikutkan hari ini aku dah berada kat kampung bersama-sama mak dan ayah. Dah suka-suka, jimba-jimba dengan mereka. Lame kot tak balik kampung. Tapi, malangnya bila PKPB dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya planning aku nak balik kampung terus hangus terbakar. Pedihnya rasa hati ini. Huhuhu...PKPB di 3 area ini telah memasuki Fasa ke-2. Alahai..negeri lain elok je boleh bergerak ke mana-mana. Boleh merentas daerah. 3 negeri je lah yang mencapai kes Covid yang tinggi. Ishhh3.. Nasiblah kalau dah bekerja kat negeri orang ni. 

Semalam cuti Maulidur Rasul. Seperti biasa, duduk je rumah tak buat apa-apa. Nak keluar jumpa member pun tak boleh. Nak pergi mall pulak bahaya. Risiko too high. Semua benda rasa terbatas. Sejak Covid-19 menghantui seluruh dunia, kehidupan manusia jadi sangat limited. Kita dah tak boleh sesuka hati berada di tempat yang terlalu ramai orang. Cuba bayangkan dulu, dalam train nak ke KL Sentral mahupun Time Square confirm penuh sampaikan berhimpit-himpit. Tapi tak pernah dengar lagi kes demam yang teruk yang berjangkit. Tapi, bila Covid-19 ni datang menyerang, janganlah harap nak bersesak-sesak dalam train mahupun monorail lagi. Semua orang takut.

Dengan tak ade lagi vaksin untuk melawan virus ini. So, sangat berisiko sebenarnya nak keluar pada waktu sekarang. Cepat lah ada vaksin untuk virus ini. Kalau benar lah virus ini ciptaan manusia semata, pasti ada anti-virusnya. Kenapalah manusia sanggup nak menghancurkan manusia yang lain???

.

.

.

.

Lupe nak update entri ni. Hahaha.

Alih-alih semua negeri dah dikenakan PKPB kecuali 3 negeri je iaitu Kelantan, Pahang & Perlis. Negeri lain semua kene PKPB. Hancur berkecai lah impian nak pulang ke kampung halaman lagi. Nahh..amekkaw. kerajaan umum PKPB sampai sebulan start dari 9 November lalu sehingga 06 Disember nanti. Aduhaiii. sebulan terus die kasi. Tapi tak aper lah, untuk kebaikan semua orang jugak kan. Tapi tu ahh, walaupun PKPB telah dilaksanakan, masih lagi ramai orang aku tengok duk sesuka hati berkeliaran di luar. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku gayannye. Cuma yang membezakannya adalah masing-masing memakai pelitup muka. 

Ya, aku paham. Ekonomi sekarang tak memungkinkan untuk semua sektor tutup sepenuhnya. Kalau tutup macam PKP dulu alamat habis lah ekonomi negara. Tapi tu ahh, kene pandai jaga diri dan apply sentiasa SOP. Kita jaga kita. Kalau tak ada urusan yang penting, jangan keluar rumah. Keluar rumah bila perlu sahaja. Pergi tempat yang nak dituju, selesai urusan dan terus pulang ke rumah. Sampai bila lah kita nak terus hidup dibelenggu oleh virus Covid-19 ni?? Serasanye hampir keseluruhan tahun 2020 dihabiskan masa di rumah sahaja. Tak per lah. Tahun 2020 ialah tahun duduk di rumah, stay at home. Hahaha.

Aku nak habaq mai ni...aku kan kerja dalam bangunan HQ Top Glove kat Setia Alam ni kan. Seriouslah, kilang Top Glove dah ade positive Covid weii. Pulak tu, sume diangkut pekerja factory die buat swab test di TGGD yang memang berada dalam tower ni. Bayangkanlah cuaknye aku bila nampak semua staff TGGD full suit PPE. Adoiiii..Apasal lah tak di buat 1 tempat khas untuk ujian Covid untuk semua staff kilang depa ek? Tak pun team TGGD depa pergi je area yang affected tu. Ni tak, TG telah merisikokan staff mereka dan tenant yang ada dalam bangunan ini. Termasuk lah aku weiii...Risaunye..Jumaat hari tu nampak ambulan KKM dah standby kat TGGD ni. Sah-sah lah nak angkut patient covid kan. Risauunyeeee....

Hopefully everything is Okay lah. Huhuhu.

Bila lah Covid ni nak berakhir. Nak kehidupan yang dahulu!!!!


Soalan² Berkenaan PKPB


Bolehkah saya keluar rumah?

Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.


Sejauh mana saya boleh bergerak?

Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.


Bolehkah saya pergi bekerja?

Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.


Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?

Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.


Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.


Bolehkah saya makan di restoran?

Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.


Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?

Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi. 


Bolehkah saya beriadah di taman?

Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup. Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.


Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?

Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.


Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?

Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.


Bagaimana dengan tempat ibadat?

Semua tempat ibadah - Muslim dan bukan Muslim - akan ditutup.


Bagaimana jika saya enggan?

Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.


P/S: Copy & Paste

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...