Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Novel Review : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Novel: Panahan Cinta Mr. Agoraphobia Novelis : Suri Ryana Rate : 8/10 Tarikh habis baca : 27 Jun 2020 selepas beberapa bulan "Aku mampu sembuhkan fobia si sombong muka ketat tu?" Biar betul?!" Sinopsis Kulit Belakang: Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham sehingga menyebabkan Tuan Falees menggelar Thalia pencuri manakala Thalia menggelar Tuan Falees sebagai penculik! Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua. Kebakaran di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al- Hayyan Group. Kala itu Tuan Faleeq sedang menghadapi agoraphobia. Lelaki itu kini diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada d...