Skip to main content

Review Novel: Awek Abang Poyo

Novel: Awek Abang Poyo

Novelis: Ummu Wafa

Rate: 6/10

"Tak sempurna hidup kau, kalau tak dapat menyusahkan aku."

Sinopsis Kulit Belakang:

Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka duka kehidupan di Kota London.

Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo gila. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan hura-hara.

Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik sahaja melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mana mama Anas menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena dia telah menjadi tunangan mat poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau.

Hatinya bertambah sakit hati bila mat poyo itu selamba sahaja setuju dengan pertunangan "mee segera" itu.

Review Cik CT:

Lame jugak aku amik mase utk habiskan bace novel ni. Betullah, aku kene tunggu mood membaca betul2 datang barulah aku akan excited nak sambung baca semula. Aku lupa aku stop baca novel ni sebab apa. Kalau aku dah stop memang lambatlah mood nak sampai utk start semula.

Finally, last Tuesday hari tu baru aku setel baca novel ini. Aku hanya boleh bagi 6 untuk keseluruhan ceritanya.

Boleh dikatakan agak menarik jalan ceritanya. Penulis inginkan kita menjiwai watak Kasdina Alya yang penuh dugaan dan cabaran itu. Seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri di tempat orang, jauh meninggalkan keluarga.  Walaupun berada jauh di negara orang, Kasdina tetap mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah yang sempurna. 

Jalan cerita cintanya dengan Anas Irfan turut melengkapkan penceritaan novel ini. Tidak mahu terhegeh-hegeh dicintai, dia menyembunyikan rasa suka dan cintanya pada Anas Irfan. Tu yang sokmo bergaduh dan bertekak mulut tu. Rupa-rupanya Anas Irfan pun menyembunyikan perasaan yang sama. Huhuhuhu....

Penulis jugak menekankan peri pentingnya ibadah solat itu. Dimana solat itu tiang agama. Penghalang kita semua dari melakukan perkara-perkara mungkar. 

Dalam novel ni, penulis membuatkan aku teringin nak membawa diri ke London tu. Hahaha. Macam best jer...Hahahaha... 

Btw, ade gak part seram dalam novel ni tau. Part family Kasdina diganggu oleh belaan Mak Long Noraini dan ketika pecah tembelang Mak Long akhirnya terbongkang. Dahlah aku bace memalam sorang2 masa tu. Norma pulak takde kat bilik. Semacam je aku rasa. Cisss!!! Hahahahaha... 

Next Novel ~~~ Marry Me Senorita!!! Karya terbaru Suri Ryana yang aku dptkan mase Pesta Buku tempoh hari.




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...