Skip to main content

Movie Review: Avengers: End Game - 27 April 2019 -

Movie: Avengers: End Game

Rate: 8/10

Cinema: GSC ioi Puchong

My review:

Okay, filem yang tengah in skang tentulah Avengers: End Game. Filem yang dinanti-nantikan semua orang, lebih-lebih pada peminat tegar Siri Avengers. Aku bukanlah peminat tegar citer Avengers ni. Bukan follow pun semua siri filem yang dah ditayangkan. Tapi disebabkan sekarang tengah in, nak jugak tengok. Bila org tanya dah tengok ke belum Avengers: End Game bolehlah dengan bangganya cakap "DAH". Hahahaha...

Gigih hari Jumaat tu kitorg cari tiket online tau. Banyak yang dah sold out tau. Iyelah, kitorang nak tengok masa 3 hari tayangan. Confirm2 lah banyak tiket org dah book. Survey punye survey, finally kitorg jumpe kat GSC ioi mall puchong. Apelagi, tanpa fikir panjang terus book. Nak dijadikan cerita, book gune GSC apps kat phone Lydia, tapi payment pkai Maybank2u aku. Bila masuk TAC no, phone ade kat opis pulak. Kitorang kat proton. Gigihlah call Nabby p tengok phone aku, inform TAC no. Hahahaha...

So, tiket berjaya dibeli dengan harga RM12 pada pukul 11 pagi. Kitorang ber4 je yang pegi. Aku, Lydia, As dan Zatty.

Bagi aku, movie yang berdurasi 3 jam lebih ni agak meleret dipermulaan ceritanya. Aku boleh nak terlelap weii. Hahaha. Tapi dah smpai tengah tu dah best dah. Time depa kene time travel untuk cari batu hayat dan pertempuran semua adiwira dengan Thanos. Taknaklah story lebih. Nanti spoil lah bagi mereka yang belum tengok. 

Filem kali ni banyak bermain dengan emosi. Aku menangis weiii...sedih gilerrr...why aku sedih?? Itu kene lah korang tengok sndiri. Kang ter"spoil" pulekkk..

Bagi aku yang tak berapa nak follow semua siri Avengers ni agak blurring di sesetengah scene tu. Ehh!! Dia ni sape??? Hahaha.  

So, sape yang belum tengok Avengers: Infinity War baiklah tengok dulu sebelum tengok filem ni. Untuk lebih pencerahan. Hehehe...

Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang tengok Avengers: End Game. Berjayakah Thanos dikalahkan? Berjayakah semua adiwira dan orang ramai yang lenyap dikembalikan? Ada yang terkorban atau tidak? Mari kite sama2 ke pawagam yang berdekatan untuk merasai sendiri penggembaraan mereka untuk mendapatkan kembali keamanan.

Lepas ni xde dah lagi Siri Avengers. Ehh, lepas habis movie, tak yah tunggu dah tau. X ade pape pun. Hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...