Monday, 29 April 2019

Teaser Silipat Trip

Fuhh! Tak sangka ye, tak cukup dengan gunung di Malaysia, Cik CT nak hiking pulak gunung luar dari Malaysia. Mula-mula tu rasa memang tak yakin dengan diri sendiri sebab sepanjang berkecimpung dalam dunia hiking, aku cume buat yang day trip jer. Tak pernah lagi ikut yang bercamping. Sebab bagi aku kalau camping tu renyah. Nak mandi, nak bersiap, nak tido kat mane, nak makan macam mane, nak berak. Kalau period mcm mane pulak. Huhuhu. Even, kat sekolah dulu kalau ade xtvt camping memang aku takkan join. Hahhahaha. Sungguhlah kau rugi wahai Faiross.. 

Bila difikir2 balik, dipujuk Lydia, ditambah pulak bace review hikers lain yang pernah naik Silipat ni, akhirnya aku ambil keputusan untuk join trip  2 Hari 1 malam ni. Pulak tu, Gunung Silipat terletaknya di bahagian Selatan Thailand, Betong, Yala dimana kawasan hotspot. Kawasan dimana banyaknye terjadi kes-kes pengeboman lagilah buat aku cuak dan takut. Namun, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kalau kau duduk di negara aman seperti di Malaysia tapi kalau dah ditakdirkan Malaysia ni di bom, kalau ajal ko dah sampai tetap jua kau akan mati. 

Alhamdulillah, aku memang buat keputusan yang tak salah. Trip Silipat kali ni adalah satu trip yang sangat menyeronokkan dan mengujakan aku. Kalau aku tak pergi, kemungkinan aku akan rasa sangat menyesal bila mana tengok gambo2 ig stories Lydia. Hahahaha.. 

Dalam trip Silipat 9.0 anjuran Gunung Hub, aku berpeluang merasai sendiri tidur beramai2 di atas puncak. Bertemankan bulan yang menyinar cerah. Angin malam yang sejuk. Dapat tengok awan carpet benar2 buat aku sangat teruja. Seriouslyy, rasa bersyukur sangat dapat tengok indahnya awan carpet di depan mata sendiri. Rasa nak pergi lagi next trippp...

Untuk entri yang akan datang, aku akan ceritakan pengalaman aku mendaki Gunung Silipat. Tunggu mood nak mengarang. Hahaha.. Organizer Gunung Hub pun memang terbaik....

Untuk tatapan semua, aku belanja satu gambar dengan awan carpet pukul 2.30 pagi. HAHAHA




Sunday, 28 April 2019

Movie Review: Avengers: End Game - 27 April 2019 -

Movie: Avengers: End Game

Rate: 8/10

Cinema: GSC ioi Puchong

My review:

Okay, filem yang tengah in skang tentulah Avengers: End Game. Filem yang dinanti-nantikan semua orang, lebih-lebih pada peminat tegar Siri Avengers. Aku bukanlah peminat tegar citer Avengers ni. Bukan follow pun semua siri filem yang dah ditayangkan. Tapi disebabkan sekarang tengah in, nak jugak tengok. Bila org tanya dah tengok ke belum Avengers: End Game bolehlah dengan bangganya cakap "DAH". Hahahaha...

Gigih hari Jumaat tu kitorg cari tiket online tau. Banyak yang dah sold out tau. Iyelah, kitorang nak tengok masa 3 hari tayangan. Confirm2 lah banyak tiket org dah book. Survey punye survey, finally kitorg jumpe kat GSC ioi mall puchong. Apelagi, tanpa fikir panjang terus book. Nak dijadikan cerita, book gune GSC apps kat phone Lydia, tapi payment pkai Maybank2u aku. Bila masuk TAC no, phone ade kat opis pulak. Kitorang kat proton. Gigihlah call Nabby p tengok phone aku, inform TAC no. Hahahaha...

So, tiket berjaya dibeli dengan harga RM12 pada pukul 11 pagi. Kitorang ber4 je yang pegi. Aku, Lydia, As dan Zatty.

Bagi aku, movie yang berdurasi 3 jam lebih ni agak meleret dipermulaan ceritanya. Aku boleh nak terlelap weii. Hahaha. Tapi dah smpai tengah tu dah best dah. Time depa kene time travel untuk cari batu hayat dan pertempuran semua adiwira dengan Thanos. Taknaklah story lebih. Nanti spoil lah bagi mereka yang belum tengok. 

Filem kali ni banyak bermain dengan emosi. Aku menangis weiii...sedih gilerrr...why aku sedih?? Itu kene lah korang tengok sndiri. Kang ter"spoil" pulekkk..

Bagi aku yang tak berapa nak follow semua siri Avengers ni agak blurring di sesetengah scene tu. Ehh!! Dia ni sape??? Hahaha.  

So, sape yang belum tengok Avengers: Infinity War baiklah tengok dulu sebelum tengok filem ni. Untuk lebih pencerahan. Hehehe...

Cepat-cepat, jangan lepaskan peluang tengok Avengers: End Game. Berjayakah Thanos dikalahkan? Berjayakah semua adiwira dan orang ramai yang lenyap dikembalikan? Ada yang terkorban atau tidak? Mari kite sama2 ke pawagam yang berdekatan untuk merasai sendiri penggembaraan mereka untuk mendapatkan kembali keamanan.

Lepas ni xde dah lagi Siri Avengers. Ehh, lepas habis movie, tak yah tunggu dah tau. X ade pape pun. Hahaha

Saturday, 13 April 2019

Review Novel: Awek Abang Poyo

Novel: Awek Abang Poyo

Novelis: Ummu Wafa

Rate: 6/10

"Tak sempurna hidup kau, kalau tak dapat menyusahkan aku."

Sinopsis Kulit Belakang:

Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka duka kehidupan di Kota London.

Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo gila. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan hura-hara.

Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik sahaja melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mana mama Anas menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena dia telah menjadi tunangan mat poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau.

Hatinya bertambah sakit hati bila mat poyo itu selamba sahaja setuju dengan pertunangan "mee segera" itu.

Review Cik CT:

Lame jugak aku amik mase utk habiskan bace novel ni. Betullah, aku kene tunggu mood membaca betul2 datang barulah aku akan excited nak sambung baca semula. Aku lupa aku stop baca novel ni sebab apa. Kalau aku dah stop memang lambatlah mood nak sampai utk start semula.

Finally, last Tuesday hari tu baru aku setel baca novel ini. Aku hanya boleh bagi 6 untuk keseluruhan ceritanya.

Boleh dikatakan agak menarik jalan ceritanya. Penulis inginkan kita menjiwai watak Kasdina Alya yang penuh dugaan dan cabaran itu. Seorang gadis yang pandai menjaga kehormatan diri di tempat orang, jauh meninggalkan keluarga.  Walaupun berada jauh di negara orang, Kasdina tetap mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah yang sempurna. 

Jalan cerita cintanya dengan Anas Irfan turut melengkapkan penceritaan novel ini. Tidak mahu terhegeh-hegeh dicintai, dia menyembunyikan rasa suka dan cintanya pada Anas Irfan. Tu yang sokmo bergaduh dan bertekak mulut tu. Rupa-rupanya Anas Irfan pun menyembunyikan perasaan yang sama. Huhuhuhu....

Penulis jugak menekankan peri pentingnya ibadah solat itu. Dimana solat itu tiang agama. Penghalang kita semua dari melakukan perkara-perkara mungkar. 

Dalam novel ni, penulis membuatkan aku teringin nak membawa diri ke London tu. Hahaha. Macam best jer...Hahahaha... 

Btw, ade gak part seram dalam novel ni tau. Part family Kasdina diganggu oleh belaan Mak Long Noraini dan ketika pecah tembelang Mak Long akhirnya terbongkang. Dahlah aku bace memalam sorang2 masa tu. Norma pulak takde kat bilik. Semacam je aku rasa. Cisss!!! Hahahahaha... 

Next Novel ~~~ Marry Me Senorita!!! Karya terbaru Suri Ryana yang aku dptkan mase Pesta Buku tempoh hari.




Sunday, 7 April 2019

Review Movie: Wonder Park - 07 April 2019 -

Review Movie: Wonder Park

Cinema: Premium-x One City

Rate: 7/10


Wonder Park tells the story of a magnificent amusement park where the imagination of a wildly creative girl named June comes alive

        ~ We are the wonder in the wonderland ~

First of all, happy birthday Faiross....and your gift is the Wonderpark Movie @ Premium-x One City...Tengok sorang2 pun okay kan. Hehehe...

My birthday jatuh pada hari weekend. So, rasa macam x best pulak kalau habiskan hari kelahiran sendiri dengan tak buat ape2 kan. So, lepas zuhur tadi aku keluar ke Mydin beli barang keperluan diri dan renew my license. Lepas tu terus berdesupp merempit ke one city nak tengok wayang. 

Plan asal nak tengok Dumbo pukul 4.38pm tapi tak dan sebab aku berkejar semula ke Mydin nak renew license memandu. So, movie utk tayangan terdekat hanya ada Wonderpark. Jadi lah kan...so, Wonderpark is my birthday gift.

Tiket berharga RM13. Review aku mengenai movie ini ialah so interesting movie and sangat menghiburkan. Aku tak tahu lah why aku suke tengok movie cartoon. Mayb sebab visual die yang berwarna-warni. Hehehe...cantik sangat. Macam aku tengok movie Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal before ni.

Time dalam wayang yak ramai sangat orang. Aku duduk seat D2. Kiri kanan aku tak ade orang. Aku masuk je movie dah start dalam 10 minit macam tu. Geram jugak sebab Screen Hall 2 tak menyala. Masuk-masuk je dah start. Tapi okay lah...Tak ketinggalan jauh pun.

Kisah mengenai June, sorang gadis kreatif yang sangat menggemari dunia wonderland. Dia Dan ibunya telah mencipta blueprint sebuah theme park yang sangat ohsem yang diberi nama Wonder Park. Tetapi lepas ibunye disahkan sakit dah harus meninggalkan dia untuk menerima rawatan, June mula putus harap dengan dunia wonderland. Tanpa pengetahuan June Wonder Park menjadi nyata  dan di dunia itu kini berdepan dengan kegelapan dan kemusnahan. Dan tanpa disangka-sangka June terkandas di dunia Wonder Park dan die harus menyelesaikan masalah yang dilalui oleh Wonder Park  tanpa diketahuinya masalah itu berpunca dari dirinya sendiri.

Movie ni sangat menarik. Sedih pun sedih. Aku nak gelak tapi tak boleh nak gelak lebih sebab orang lain pun x gelak. Hahahaha..Tapi bagi aku movie ni sangat kelakar. Suke part Booger, si beruang koala yang kerap berhibernasi di saat2 gentng. Hahahaha....

So, aku sarankan korang tengok lah movie ni. bawak anak-anak. Pasti mereka akan menyukainya.

P/S: Avengers The End Game keluar next week. Tapi aku tak tengok lagi Captain Marvel. Bila nak tengok ni????

Happy Birthday Siti Faiross Shariff!!!!

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi Siti Faiross

Selamat Hari Jadi

HAPPY BIRTHDAY TO SITI FAIROSS SHARIFF

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati hidupnye dan juga dipertemukan jodoh dengan orang yang baik serta beriman. Ameen....

Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini. Mencari rezeki serta menikmati segala ciptaan Yang Maha Esa. Alhamdulillah dengan umur 32 tahun yang Allah kurniakan kepada diri ini. Syukur sangat-sangat.

Mudah-mudahan, dengan bertambahnya umur ini jugak, perjalanan hidup aku terus success dan sentiasa diberkati olehNya.

Sambutan??? Seminggu awal dah celebrate dah. Hahaha. 1st celebration adalah pada 30 Mac yang lalu. Masa mak dan ayah datang KL rumah angah. Aku lah yang requestnye tu. Hahaha...

2nd celebration pulak pada hari Khamis yang lalu. Surprise celebration oleh 3 ketul finance (intan, mirrah, Nabila). Sambut kat Kfry Bhai. Hahaha...terkejut tetiba ade orang nyanyikan lagu birthday untuk aku. Malu kite tau. Hahaha...



Sedap cake ni..saya suka! saya suka! Strawberry die manis..



Thanks korang!!! Tetanjat kiteww tauu..Hahaha...

3rd celebration??? Hahaha..Tak tahu lah kot next week ni. Kihkihkih. 

Yeszzaa..Faiross turned to 32 okay..udah tua. waduhh..waduhh..Hahaha.

Last wishes untuk diri sendiri. "Happy Birthday Faiross"....


Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...