Skip to main content

Coretan Mei Cik CT

Alhamdulillah..dah masuk 9 Ramadhan. Diam tak diam kita dah masuk dah bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun 2018 pun dah sampai ke pertengahannya. Tak lama lagi pulak raya bakal menjelang tiba. Mesti ramai yang teruja nak menyambutnya. 

Aku masih lagi belum boleh berpuasa disebabkan oleh sebab-sebab yang tersangatlah munasabahnya. Tapi sempat lah jugak menyambut 1 Ramadhan minggu lepas. Ramadhan kali ni masih di rumah sewa yang sama. Tahun ke-6 aku menyambutnya di USJ. Masih lagi panjang jodohnya di sini. Tapi kurang sikit keseronokkan berbuka dan bersahur seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Masing-masing punya hal sendiri. 

Seperti biasa, juadah berbuka datang terus dari Bazar Ramadhan USJ4. Pada permulaan puasa je hari tu aku bersemangat untuk memasak. Tapi bila dah bercuti, ditambah pulak dengan menikmatinya hanya berseorangan, bazar ramadhan lah menjadi pilihan. Sekadar membeli juadah seperti nasi dan jugak air. Juadah sampingan dikurangkan. Almaklumlah, bila nampak di depan mata semua nak dibelinya. Tapi bila tiba berbuka makan sedikit saja sudah terasa kenyangnya. Dah ditinggalkan makanan yang banyak-banyak di atas meja. Kan membazir namanya tu.

Aktiviti tak banyak dilakukan pada bulan yang mulia ni bagi menghormatinya. Hanya aktiviti iftar bersama teman-teman sepejabat yang akan diadakan pada hari Isnin depan di Murni Discovery Taipan. Tak ramai pun, cukuplah sekadar memuatkan tempat duduk untuk dua buah meja. Hehehe. Pilihan tempat dibuat oleh Lydia dan Hazirah disebabkan mereka berdua teringin nak makan di sana. Katanya tak pernah lagi makan disitu. Aku ikutkan sahaja. Tak kisah dimana-mana pun asalkan dapat beraktiviti bersama mereka.

Tarawih?? masih lagi belum berkesempatan. Mungkin diri ini sudah suci bersih, barulah aku akan mengerjakannya. Dimana? Dimana lagi kalau bukan di surau berdekatan dengan rumah sewa ku ini. Kalau tiada aral boleh juga berterawih di masjid Al-Falah, Taipan. In sha Allah.

Berpuasa di kampung tak? Minggu depan cuti Wesak. Cadangnya nak pulang ke kampung bagi merayakan bulan Ramadhan yang mulia ini. Berbuka puasa dan bersahur bersama mak ayah dan adik-adik. Tapi plan itu nampaknya terpaksa dibatalkan. Makanya, aku akan balik ke kampung pada minggu hadapan. Pada waktu jatuhnya hari Nuzul Al-Quran. Tapi balik weekend sajalah. Tak ambil cuti pun. Disebabkan bulan-bulan yang akan datang aku memang akan banyak apply cuti. Hehehe..
Makanya, minggu ini aku akan berbuka puasa bersama-sama dengan adik dan anak buahku. In sha Allah.

Skema pulak ayat entri aku kali ini. Hahaha..Bila dah lama tak menaip ni, kering pulak ideanya. Yang sebenarnya, banyak entri-entri yang nak aku poskan. Misalnya, trip aku dan rakan-rakan ke Jogjakarta, trip ke Pulau Kapas, Pulau Pangkor dan baru-baru ni trip ke Pulau Perhentian. Tetapi, tahap kemalasan tu sangatlah berganda-ganda. Dengan gambar-gambar masih belum dipindahkan dan diedit. Halangan data internet yang tidak mencukupi jugak membuatkan penulisan entri ku terbantut. Nantilah, aku bakal mencari masa yang sesuai untuk menaip semuanya.

By the way, Malaysia pun sudah bertukar kerajaan tau. Kini, Pakatan Harapan yang berjaya mentadbir Malaysia pulak berikutan dari keputuan PRU-14 yang dijalankan pada 9 Mei yang lalu. Dan mungkin iye dan mungkin jugak tidak aku salah seorang yang terlibat di dalam kemenangan PH itu. Hehehe. Generasi muda inginkan sesuatu pembaharuan. Inginkan sebuah pentadbiran yang baru. Cukuplah selama lebih 60 tahun BN mentadbir Malaysia. Kita bagi pulak wajah-wajah baru yang mentadbirnya. 

Aku tahu orang-orang lama pastinya bersedih sebab bukan BN lagi yang mentadbir negara mereka ini. Tidak terkecualilah ayah ku di kampung tu. Mak kata sedih raut wajahnya. Kecewa bila mendengarkan keputusan PRU-14 tempoh hari. Bersengkang mata sampai ke pagi menunggu keputusan. Tapi bila keputusan keluar, result yang diterima sangat mengecewakannya. Tapi serasanya, ayah sudah boleh terima hakikatnya. Katanya, kita tunggu dan lihat sajalah corak pemerintahan yang baru ini. Kita sebagai rakyat ada kuasa untuk memilih. Kalau tak puas hati, 5 tahun akan datang kita gunakanlah kuasa kita sebagai pengundi.

Bagi diri aku sendiri, bukan aku tak suka BN memerintah. Aku suka, tapi dia jadi tak suka bila yang memerintahnya tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul. Selagi pemimpin yang diatas korup, berlagak samseng, cakap main lepas jer, selagi itulah BN bukan pilihan anak-anak muda sekarang. 

Gembira Najib jatuh?? Siapalah aku sebagai insan yang kerdil ini untuk menjatuhkan hukuman pada beliau. Jika beliau memang ternyata bersalah, hukumlah dengan setimpalnya. Kelak mungkin suatu hari nanti beliau sedar atas kesilapan sendiri. Perasaan marah pada mulanya memang ada dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau. Tapi buat apa lah nak dimaki hamun orang tu. Biarlah pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka untuk menentukannya.

Untuk PM yang baru ini, Tun Mahathir. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerna sudi mentadbir Malaysia ini. Moga Tun M diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mentadbir Malaysia. Membawa nama Malaysia semula ke luar negara. Biarlah Malaysia dikenali dengan kemasyhurannya bukan dengan sisi kegelapannya.

- Coretan Cik CT -


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...