Thursday, 22 June 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Holaa...

Hari ni yus balik kampung. Tapi bas yus malam. Pukul 8.30 malam. Macam biasalah, menumpang kak Nazihah antar sampai ke TBS.

Serasanye malam ni mesti jammed kan?? Selalunya perjalanan dari TBS ke kampung yus mengambil masa 4 jam tapi memandangkan weekend ni Raya, esok pun anak-anak dah tak bersekolah pastinya ibu bapa memulakan perjalanan mereka ke kampung halaman pada malam ni. So, assume je lah kita akan duduk kematu dalam bas tu lagi dua jam. Huhuhu.

Yang penting dapat balik kampung. Itu lah rasanya perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Berkumpul sanak saudara. Bermaaf-maafan di pagi hari raya. 

Ramadhan yang bakal kita tinggalkan ini diharapkan memberikan kita semua banyak pahala yang berganda. Serasa sayu pulak hati ini. 

Bertemu kembalikah kita dengan Ramadhan tahun depan???

In sha Allah, jika diizinkan olehNya pasti kita akan bertemu kembali Ramadhan, bulan yang sangat mulia. 

Yus balik dua hari sebelum menjelangnya raya. Serasanya, adik-adik yus memang dah preparekan tugasan yus dalam membersihkan rumah. Seperti biasa, mengemop lah. Hehehe. Teringat kembali persediaan raya tahun lepas. Yus mengelat mop lantai rumah. Yus mop ruang tamu dan dapur je. Ruang luar rumah yus mop pagi hari raya. Hahaha. Kene bebel lah jawabnya.

Tahun ini adik yus yang dah berkahwin akan beraya dulu di rumah mertuanya di KL ni. In sha Allah, katanya malam hari raya kedua baru balik kampung Johor. Mujurlah jugak yus cuti lama. Sempatlah bermanja dengan anak buah yus yang seorang tu, Ismail.

Kiranya, balik kampung Endau tahun ini tanpa kehadiran adik yus dan suaminya lah. Tak aper lah. Nak buat lagu mana kan. Dah berumah tangga. Bila difikirkan balik, ada bagusnya jugak yus masih lagi single. Yus tak perlu pening-pening kepala nak balik raya kampung mana dulu. Tak payah gaduh-gaduh. Hehehe...

Duit raya tahun ini yus hanya peruntukkan seratus sahaja untuk diberikan kepada sepupu yang kecil-kecil. Letak je RM2 dalam tu. Tapi kene datang bersalaman dengan yus lah. Tak salam tak dapat okay. Yang perempuan je lah salam. Hahaha...

Alhamdulillah...boss yus dah masukkan advance gaji kitorang sempena raya ni. Boleh lah buat modal duit raya pada mak dan ayah serta adik-adik. Hehehe. Tapi, kelemasan jugaklah yus lepas raya nanti. Kihkihkih. Takper lah. itu kita fikirkan kemudian. Lepas raya.

By the way, tetibe yus terkenangkan peristiwa yus di tipu oleh mat salleh or mat negro mana ntah tahun lepas. Adoiyaii..cepat sungguh masa berlalu kan...Ehhh..chopp..yus kene tipu tu tahun lepas ke or dua tahun yang lepas??

Hurmm..kene double check semula. Tapi barang yang lepas usah lah dikenang kembali. Jadikanlah ia suatu pengajaran yang sangat berguna supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari.

Panjang sudah yus berceloteh. Nanti yus sambung lagi petang ye. Tak pun dalam bas nanti k...

Assalamualaikum...

Wednesday, 14 June 2017

SAYA SHAKLEE DISTRIBUTOR

Yus merupakan seorang Shaklee Independent Distributor (SID) berkuatkuasa pada 01 March 2017 dengan No. ID 1253398.

Daripada bermula dengan pakai sendiri disebabkan masalah kulit yang teruk pada tahun lepas, akhirnya yus cuba untuk consume skincare Nutri White Shakleee dan supplement dalaman seperti Vitamin C, Herblax dan Detox Complex bagi proses detox.

Alhamdulillah, yus sangat berpuas hati dengan keputusannya.

Jerawat dah cepat mengecut. Wajah pun dah nampak kelihatan berseri-seri. Kalau dulu nampak kusam je. Kene tepek compact powder nak nampak seri tu. Tapi sekarang tidak lagi. Yus lebih berkeyakinan dengan diri sendiri. Tak perlu dah nak tepek-tepek bedak. Hehehe.

Sekarang dalam proses untuk memudarkan bekas-bekas jerawat yang lama tu. Yus serik dah nak cuba pakai skincare yang memberikan keputusan yang sangat cepat. Bila stop jer, mulalah jerawat semua naik. Tak nak. Yus sangat sayangkan kulit yus. 

Yus dah rasa betapa rasa rendah dirinya bila kulit wajah bermasalah. Rasa tak yakin dengan diri sendiri. Pandang cermin jer Yus jadi stress. Rasa tak nak keluar rumah. Rasa nak memerap je dalam bilik.

Itu yang yus rasakan dulu. Yus taknak lah pulak kawan-kawan diluar sana rasa apa yang yus rasakan dulu.

Sebab itulah sebab mengapa yus memilih Shaklee.

Di entri yang akan datang yus akan bercerita pulak bagaimana yus boleh mengenali Shaklee dan yus akan bercerita jugak produk Shaklee apa yang yus ambil untuk menyelesaikan masalah jerawat yus yang teruk ini.

Kalau ada kawan-kawan yang punye masalah seperti yus, jangan malu-malu, jangan segan-segan..Wassup saje yus k..

0137986489
SID anda semua...






Friday, 9 June 2017

Balik Kampung Cuti Nuzul Quran

Assalamualaikum....

Yus dalam bas Mayang Sari on the way nak balik Batu Pahat. Tak sabar rasenye nak sampai rumah. Nak jumpa mak ayah. Nak sahur bersama mereka. Nak berbuka bersama mereka.

Alhamdulillah...perjalanan setakat ni berjalan dengan lancar. Seat yus biasalah seat single. Tak no 4 no 7. Memang selalu yus amik seat yang depan nnti senang nak keluar ke depan mintak driver turunkan depan kampung.

Ohh..by the way, yus balik kampung ni sebab cuti lama sikit. Hari isnin ni selangor cuti nuzul Quran. Tu yang yus balik kampung. Lagipun sejak berpuasa ri tu tak pernah balik lagi. Macam biasa dalam bas sunyinya. Kali ni tak ade dengar orang berdengkur. Hehehe. Just abg driver ni tengah bercakap dalam tepon. Yus tak sure die pakai handsfree ke tidak. Huhuhu. Gaya die bawak pun okay la lagi. Masih slow and steady.

Mudah-mudah perjalanan baik-baik hendaknya.

Okay la. yus kene save batery phone ni. Kang flat susah pulak nak tepon ayah suh amik kat depan.

Nanti yus story pulak ape yang yus buat kat kampung sepanjang cuti ni.

So, activity bile naik bas apa lagi kalau bukan membuta. Dah tak ade bende nak dibuat kan. Hehehe..

Okay. Babai. Selamat Berpuasa. Ramadhan ke-14

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...