Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Hiking Suka-Suki Ke Bukit Gasing

Tiga minggu yang lepas, aku dan kawan-kawan plan nak hiking Bukit Gasing pulak. Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya , Selangor . Antara tempat yang berhampiran kawasan bukit ini ialah Bukit Kerinchi , Jalan Gasing, Jalan Templer, Bandar Baru Petaling Jaya , Kampung Pantai Dalam, Pantai Dalam , Petaling Lama , Taman Bukit Angkasa dan lain-lain lagi. Berdasarkan pencarian melalui Google dan juga blog individu, terdapat 3 starting point untuk kita start memanjat bukit ini. 1) Melalui Jalan Gasing (Main Entrance) - Landmark: Berhampiran kawasan perumahan golongan elit dan bila masuk ke dalam lagi, korang akan jumpa signboard "Selamat Datang ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing" . Tetapi diingat, parking space teramatlah limited di sini. Bukan sahaja limited, tapi memang tak ada langsung kot proper parking space. Korang kene park jer kereta korang dekat tepi-tepi jalan. Nasib tak baik, turun-turun jer dari mendaki korang dapatlah love letter from MPPJ tersangkut k...

Cinta Perempuan vs Cinta Lelaki....

Sekiranya anak perempuan selalu memuji seseorang, bererti dia sudah jatuh hati??? Ya...kerana cinta perempuan untuk dibanggakan. Sedangkan cinta lelaki untuk dimilikinya. Jika orang perempuan berkumpul, mereka sibuk memperkatakan kelebihan suami masing-masing. Cinta perempuan ibarat hiasan yang selalu dipakai untuk dibanggakan dan diperlihatkan kepada orang lain. Tapi, lelaki yang baik tidak menyebut kelebihan isterinya kepada orang lain. Sebab cinta lelaki adalah harga diri dan maruahnya. Lelaki yang baik tidak memperlihatkan ataupun menceritakan kebaikan isterinya kepada orang lain, kerana itu adalah auratnya....

Happy Birthday Lagi....

Selamat Hari Lahir buat Mazni dan UG.. Untuk Miza pulak, semoga terus success dalam apa jua bidang yang Miza ceburi. Hari ni kitorang sambut birthday UG dan Mazni. Sekali dengan farewell Miza. Hurmmm..macam biasalah...makan-makan sikit kat bilik depan auditorium tu. Plan nak buat surprise tuk Maz, alih-alih kitorang yang kene surprise sebab Maz keluar makan dengan kawannya merangkap staf baru Revongen. Lagipun, makanan memang kitorang beli cukup-cukup untuk sepuluh orang. Hahaha..Menu macam biasalah, Nasi Ayam didatangkan khas dari Restoran Anjung Warisan. Konon-konon nak order kat cafe Proton, tapi kak Naz kate tak ada siapa yang respon. Nak order kat Zatulicious, aku pulak lupe nak order semalam. Last-last, Fatihah order kat Anjung Warisan jer lah....Kek pulak Arina dan Ina yang handle. Waduh-waduh...kek nya colourful bangat. Penuh dengan warna-warni. Hehehe. Tak terlarat nak makan. Banyak sangat krim. Setiap layer ade krim. Tapi apa-apa pun kek pelangi tu memang sedap. He...

Tiba-tiba....

Tiba-tiba hati rasa sedih lah.... Kenapa ye?? Tiba-tiba rasa sangat sunyi... Tiba-tiba rasa sendiri... Tiba-tiba juga rasa kehilangan... Tiba-tiba rasa nak menangis..... Kenapa?? Dan, tiba-tiba rasa rindu datang menyerbu.. Tapi rindu pada siapa??

Silaturrahim...

Seburuk-buruk sikap manusia.... Bila dia tidak menyukai seseorang, Dia akan mengajak orang lain untuk membenci sama, Dengan menonjolkan keburukan insan yang dimusuhinya...... Sesungguhnya Allah benci kepada MANUSIA yang memutuskan SILATURRAHIM.... MASHAALLAH....moga dijauhkan diri ini dari sifat seperti itu. Tak terlintas rasanya untuk memutuskan perhubungan yang telah terjalin. Namun apakan daya, jika insan itu sendiri yang memutuskannya. Mungkin ya, aku yang bersalah. Mungkin ya, aku yang terlanjur kata. Namun, apa yang aku katakan aku rasa tiada apa yang salahnya pun. Mungkin dirinya tak selesa. Mungkin dirinya rasa terhina. Maafkan aku, jika aku menyinggung perasaannya. Tak terniat di hati ini ingin menyakiti hatinya. Doaku untuknya, moga dia sentiasa ceria dengan jalan yang dipilihnya. Moga satu hari nanti perhubungan ini akan kembali pulih..

Usah

Usah di kenang pada yang tak sudi.... Usah di sayang pada yang membenci.... Usah di rayu pada yang tidak memahami.... Usah di kejar pada yang tidak mencari.... Usah di marah pada yang tidak disukai..... Usah...usah....usah... Usah...ayat lainnya jangan.... La'.... Ayat yang menafikan atau menidakkan sesuatu itu dilakukan.... Hahaha....ape motif nak describe kata "usah" ni.... "Usah" lagi di describe, jika engkau sendiri confuse dengan maksud "usah" itu sendiri... Hahaha.....

Terima Kasih DLCW....

Terima kasih Dato' Lee Chong Wei... Jasamu terlalu berharga dan bernilai bagi kami seluruh rakyat Malaysia. Biarpun kau gagal memberikan emas pertama kepada skuad kebangsaan, namun itu sudah cukup memadai bagi kami. Dan engkau lah hero kami. Kecewa kami kerna kita gagal meraih pingat emas untuk Olimpik Rio 2016, tapi sedih dan kecewa lagi engkau kerna harapan dan keinginan engkau untuk menggapai emas peribadi di Olimpik tidak kesampaian. Engkau sudah buat yang terbaik. Sehabis mungkin. Namun, nasib dan tuah tidak menyebelahi kita. Janganlah engkau bersedih wahai DLCW, engkaulah wira dah hero di hati kami. Engkau lah legend badminton yang disegani. Yang bakal menjadi ingatan dan contoh kepada generasi yang akan datang. Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....Engkau akan sentiasa diingati dan dikenang oleh seluruh dunia khasnya seluruh rakyat Malaysia..... Malaysia Boleh......

REVONGEN RAYA 2016

Hehehe...Tak sangka ye..Dah tahun ke-empat aku beraya dengan Revongen Corp ni. Huhuhu. Bila nak berpisah ni....Mungkin rezeki ku masih di sini lagi. Tak mengapalah kan. Usah bersedih. Teruskan usaha. Majukan prestasi sendiri. Mana tahu bertambah tinggi gajinya nanti. Kihkihkih... Okay lah...Berbalik kepada tajuk entri di atas, pada hari Selasa tanggal 02 Ogos 2016, Revongen mengadakan jamuan hari raya untuk tahun ini. Jamuan diadakan di Auditorium. Macam biasa seperti tahun-tahun yang terdahulu, banyak hidangan-hidangan menarik yang disajikan. Antaranya; satay, kuah kacang, nasi impit, nasi tomato as a main menu dan ada juga beberapa jenis kuih muih iaitu roti jala, popia goreng dan jugak puteri ayu. Tak terkecuali jugak kek. Seperti biasa, acara dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Tapi masuknya tak berapa nak on time lah. Hahaha..sebab banyak sangat makanan yang perlu dihabiskan. Tahun ini punya sambutan ditaja sepenuhnya oleh our Big Boss,...

Raya Oh Raya Part II

Okay..kite sambung semula cerita Raya Oh Raya.. Raya tahun ni balik Endau konvoi dua kereta. Satu kereta Pak Sarip dan satu lagi kereta Angah Fazlina. Aku macam biasalah memang akan naik bersama mak dan ayah yang tercinta. Ibab pun ade sekali. Adik aku nombor tiga, Ateh Fatihah pun naik sekali dengan Pak Sarip. So, kereta Faz just die sekeluarga dan adik bongsu aku, Fiqah. Bile ade Ateh ni boleh lah die gilir-gilir drive dengan ayah. Nak harapkan aku bawak memang depa tak nak lah. Silap-silap lambat sampainye. Hikhik....Faiz pulak tinggal rumah. Die mane nak ikut dah balik kampung Endau. Katenye nak beraya dengan kawan-kawan kat sini. Baguslah tu, takder lah macam sardin kereta tu nanti. Dan ader lah orang boleh jaga rumah dan tengok-tengokkan arwah Mak Unggal. Alhamdulillah, dalam pukul 7 malam kami selamat sampai ke Kampung Semaloi, Endau. Cik Ani selalu sebut balik kampung sepanyol...kan bunyinye dah nak dekat same tu. Hahaha.....raya tahun ni pun x berapa ramai yang balik ...