Skip to main content

REVONGEN RAYA 2016

Hehehe...Tak sangka ye..Dah tahun ke-empat aku beraya dengan Revongen Corp ni. Huhuhu. Bila nak berpisah ni....Mungkin rezeki ku masih di sini lagi. Tak mengapalah kan. Usah bersedih. Teruskan usaha. Majukan prestasi sendiri. Mana tahu bertambah tinggi gajinya nanti. Kihkihkih...

Okay lah...Berbalik kepada tajuk entri di atas, pada hari Selasa tanggal 02 Ogos 2016, Revongen mengadakan jamuan hari raya untuk tahun ini. Jamuan diadakan di Auditorium. Macam biasa seperti tahun-tahun yang terdahulu, banyak hidangan-hidangan menarik yang disajikan. Antaranya; satay, kuah kacang, nasi impit, nasi tomato as a main menu dan ada juga beberapa jenis kuih muih iaitu roti jala, popia goreng dan jugak puteri ayu. Tak terkecuali jugak kek. Seperti biasa, acara dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Tapi masuknya tak berapa nak on time lah. Hahaha..sebab banyak sangat makanan yang perlu dihabiskan. Tahun ini punya sambutan ditaja sepenuhnya oleh our Big Boss, Mr Law. So, tak perlu contribute duit or bawak makanan sendiri. Just contribute perut masing-masing jer. Pastikan jangan dipenuhkan.



Roti jala, puteri ayu dan popia goreng...


Air kedondong didatangkan khas dari rumah Kak Siti Finance..


Tiap tahun ade je kek kan...Memang wajib kot kek ni dalam setiap jamuan...Coklat Banana Cake...Sedap..

Sambutan kali ini agak meriah walaupun tak ramai yang dapat menghadirinya oleh kerana ada schedule yang tight last minute. Ada yang kene pergi seminar lah. Ada yang kene pergi meeting lah. Tapi, itu tak memberikan apa-apa kesan pada aku pun. Hahaha....



Main Menu : Nasi Tomato dan Satay Kajang..




Bila dah berkumpul sekali ni barulah terperasan wajah-wajah baru. Tahun ini ramai sungguh pelajar intern yang Mr Law ambil untuk membantu company. Baguslah tu. Dapat jugak dorang semua experience dan belajar benda yang baru. Tak ada sesi suai kenal untuk mereka ni. So, pandai-pandailah kenalkan diri sendiri. Hahaha....Geng Anjung Merah tak cukup korum tahun ni, so tak ada lah gambar yang dapat di ambil. Tak berapa nak meriah sangatlah sebenarnya. Tapi untuk aku pulak, aku sangatlah kekenyangan pada hari itu. Semua jenis hidangan aku ambil. Rugi beb kalau tak jamah semua. Makanan free kan, boss belanja..so, makan jer lah. Makan-makan jugak, tapi jangan lupe Bismillah. Hehehe...

Dalam pukul 1 tepat tu, tiba-tiba jer Hakim duk mai kat aku..ade orang tanya mana aku letak air cond. Hishh..kacau jer lah. Baru nak berlama-lamaan kat bawah ni sambil layan lagu raya. Huhu..Ni mesti auditor. Depa dah datang lah tu. So, aku naiklah atas semula. Bila dah naik tu memang tak lah aku nak turun balik kan. So, teruskan lah rutin harian aku menyambung kerja. Depa semua kata makanan banyak lebih lagi. Ada yang tapau bawak balik.  Hishh, ruginya..Kalau aku tahu, aku tapau sekali. Nak buat lagu mana, dah memang bukan rezeki aku. Huhuhu....

So, itu jer la kot story tentang Jamuan Raya Revongen 2016...Ayat aku seperti biasa...Mungkinkah aku akan menyambut semula jamuan raya di Revongen untuk kali kelimanya??? Hehehehe...kita nantikan sahaja pada tahun hadapan ya. STAY TUNE.......................



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Comments

  1. Salam Hai awak☺️saya nak tanya. Kalau nak intern di revongen kena email kat HR ke?Sya bukak website ada email yg info tu je. Saya harap awak bole bantu saya😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izmir..awak boleh try hantar resume awak ke hr@revongen.com, PIC: Pn Mardhiah

      Delete
    2. Tq. Sorry lambat reply😊

      Delete
  2. Hai boleh saya tahu kalau nak sewa bilik/rumah berdekatan revongen ni kawasan mna paling dekat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk boleh cari rumah sewa area usj12,usj3,usj4,usj9,usj11. actually, kalau awk ade transport memang x ade masalah ..hehehe

      Delete
    2. Hmm susah lah cari rumah sewa. Btw thanks ye😊

      Delete
    3. boleh tu..kat fb tu banyak. in sha Allah, ade lah rezeki awak tu nnti. Btw, dapat buat intern kat sini ke?

      Delete
    4. Ye. Saya dapat intern kat situ. Masuk tengah feb ni. Akak tak de ke member2 yg tahu pasal bilik sewa kat area tu?

      Delete
    5. Aah dapat intern kat situ. 😊

      Delete
    6. ohhh..iye ke...x de lah pulak sy tahu..nnti sy tanya kwn2 sy..eh, btw awk ni lelaki ke perempuan? 😂😂

      Delete
    7. Hehehe. Saya perempuan. sorry lah akak saya banyak tnya. tq ye sudi layan saya :)

      Delete
    8. hehe..no problem...eh, btw awk intern under company mane? revongen ni byk sgt company bwh die..hahaha

      Delete
    9. Saya intern bawak green afforestation. Sbb saya student pertanian. Awak kat bahagian mna?

      Delete
    10. ohhh..under Laybee right?? Sy procurement. Handle purchasing all company under Revongen. hehehe

      Delete
    11. Green afforestation. 😊

      Delete
    12. hehehe..laybee tu boss Green afforestation.
      Goodl luck ya. see you soon.

      Delete
    13. Okay awak. see u soon too :)

      Delete
  3. Hai boleh saya tahu kalau nak sewa bilik/rumah berdekatan revongen ni kawasan mna paling dekat ye?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...