Friday, 29 July 2016

Raya oh Raya

Raya Oh Raya....

Sekejap sangat masa berlalu. Dah nak habis dah bulan Syawal. Tinggal lagi beberapa hari jer lagi Zulkaedah bakal menjelma. Di kesempatan ini, tak terlewat rasenye jika aku nak berkongsi sedikit kemeriahan keluarga Pak Sarip menyambut lebaran.

Aku balik kampung pada 01.07.2016 selepas waktu bekerja. Bas pulak pukul 8.30 malam. Nak dijadikan cerita pulak biler kereta Maz yang aku tumpang breakdown di tengah highway yang sedang jammed. Mak aii...dugaan sungguh nak balik beraya ni. Mujur jugak ade individu-individu yang sudi membantu terutamanya pak cik pegawai peronda NPE dan anak-anak buahnye, seorang abang berbaju merah yang setia meneman kami menantikan ketibaan tow truck dan jugak jutaan terima kasih buat sahabat sebilikku, cik Noma yang sudi berpatah balik meredah kesesakkan jam NPE semata-mata nak menghantar aku terus ke Terminal Bersepadu Selatan malam tu. Actually, aku risau sangat tak sempat sampai TBS. Kak Naz dan Mazni pun dah rasa serba salah. Tapi mujur ade Noma. Kalau idak naik kereta peronda lah kawan. Hehehe..


Alhamdulillah, selamat juga sampai TBS pada pukul 8.00 malam. Mujur jugak sempat sampai walaupun aku dan Noma boleh pulak sesat masa nak otw ke TBS tu. Kalau idak aku memang beli tiket keesokkan petangnya pulak lah. Alahai....

Bila naik bas waktu malam ni macam biasalah tak ade benda lain yang akan dibuat melainkan tidur jer. Iyer lah, nak dipandangnya apa kiri dan kanan tu. Gelap jer. So, molek lah kalau tidur jer. Jom Tido!! ZZZZzzzzzzzzzz...............

Dalam pukul 2.30 pagi, aku selamat sampai depan kampung. Ayah dah sedia menunggu kat depan. Sebab aku awal-awal lagi masa sampai Rengit dah call ayah suruh standby depan kampung. Seriaulah aku pepagi buta menunggu ayah. Dah lah tak ade orang kan. Sesampai jer rumah, salam mak dan ayah then cakap dengan mak ada bende tak boleh dimakan. Lapaq giler ni. Disebabkan kegelabahan dan kerisauan aku nak ke TBS aku tak usik pun roti dan air yang dibeli Noma masa berbuka tu. Aku sempat jamah sikit jer. Mak kata ade Mee Rebus kat dapur tu. Pergilah makan. Panaskan dulu kuahnya. Perghh...sedap giler bak hang Mee Rebus Cik Ani ni. Kat kedai pun tak sesedap yang Cik Ani buat. Memang Thorbaekk lah...

Lepas makan tu aku tak terus tido, aku duk sembang-sembang dulu dengan mak dan ayah bercerita mengenai kehidupan aku di Subang. Adik-adik aku yang lain semuanya dah diulit mimpi nan indah. Sampailah ke pukul 4 pagi, aku cakap dengan mak aku nak tido. Mata dah mengantuk sangat ni. Mak kata pergilah tidur dengan atuk Bon kat depan nun. 

Esoknye nak tahu aku bangun pukul berapa???

Aku bangun pukul 12 tengah hari kaww. Ehh..before tu, subuh aku dah bangun dah. Kang keluar pulak arahan komando Pak Sarip kang nengok anak-anak die tak bangun Subuh lagi. Hehehe..Lepas subuh tu aku tido lah semula dalam bilik. Mak aku tak kisah sangat anak-anaknya lewat bangun. Iyer lah..dah lame anak-anaknya tak balik kampung kan. Tapi anak-anaknya janganlah pulak buat selalu peel tu. Kang membebel pulak Cik Ani tu nanti. Hehehe....

So, seperti biasalah...aku akan ditugaskan untuk mengelap lantai ruang depan, dapur dan juga beranda. Tapi biasalah Cik CT ni, die buat kerja last minute. Malam raya tu baru aku busy mengemop lantai. Hahaha...Iyer lah, pagi esoknya berkilat dan berseri-serilah lantai rumah Pak Sarip dan Mak Ani. Tak gitu komee...

Dipendekkan ceritanya lah yer..macam biasa pagi raya tu kitorang sekeluarga bangun pagi. Mandi..Kemas apa yang patut..Isi kuih yang bermacam jenis tu dalama balang. Then, bersiap-siap nak pergi beraya ke rumah atok Bon pulak. Memang rutin kami, pagi raya tu mesti pergi rumah atuk Bon dulu. Bermaaf-maafan, bersalam-salaman dengan pak cik mak cik lepas tu baru deme semua bergerak beraya ke rumah aku pulak. Biasanya pagi raya kat rumah atuk Bon tu, ayah buat sedikit kenduri tahlil untuk arwah atuk Malek dan juga mereka yang telah meninggal dunia. Tahun ni tak berapa nak meriah sangat sebab tak ramai anak-anak atuk Bon balik pagi tu. Deme semua raya rumah mertua dulu. Huhuhu....

Sesampai je di rumah aku, macam biasalah..mak jamu apa yang ada. Time raya ni lah sebenarnya time yang paling menyeronokkan kalau bab makanan. Time ni lah korang akan jumpe ketupat, nasi impit, kuah kacang, ayam masak merah dan juga lemang. Memang seronoklah hari raya. Makan pun tak hengat duniya....Time kat rumah aku dah ramai dah pak cik mak cik aku datang. So, sessi fotografi bermulalah...Bukan main meriah lagi dengan suara-suara sedara mara aku. Gamat seketika rumah Pak Sarip.


 Nengoklah tu..bukan main payah nak suruh depa ni amik gambar...


Gambar family Pak Sarip dan Mak Ani...Yeah!! Tahun ni cukup semuanya...


 Adik beradik lelaki ayah dan sepupu lelaki aku..


Dapat jugak gambar semua family.......Ini baru lima keluarga adik beradik ayah yang ada. Ada lagi lima orang adik beradik ayah yang tak ada dalam gambar..


Ohh ya..before pergi beraya rumah atuk Bon, aku dan adik-adik wefie-wefie lah dulu dengan baju raya kami...Tahun ni Cik Ani memilih tema warna kuning keemasan (Gold)


Inilah Pak Sarip nya...Masih handsome kan orangnya. 


 Inilah Cik Ani. Tahun ni Cik Ani beraya dengan gaya shawl lilit-lilit. Jenuh nak suruh Cik Ani ni pkai shawl tau. Die kata payah nak lilit-lilit selendang ni. Baik dia pakai tudung sarung jer. Hahaha..


Anak-anak perempuan Pak Sarip...

Lame jugaklah pakcik makcik aku duk bertapa kat rumah aku tu. Sampai dah masuk waktu zuhur dah. Dalam pukul 3 lebih kurang macam tu, depa semua pakat nak balik semula ke rumah atuk Bon disebabkan aku dan keluarga akan bergerak pulak menuju ke Endau, beraya di kampung halaman Cik Ani pulak. Memang setiap tahun, kitorang tak pernah pagi raya di rumah nenek sebelah mak aku tu. Selalunya, kitorang akan balik petang raya. Tertanya-tanya jugak, Cik Ani memang tak kisah ke tak dapat berpagi raya bersama adik beradiknya. Ternyata jawapan yang diberi Cik Ani, memang dia tak kisah pun. Alahai..bagusnya mak aku ni kan. Hehehe...So, lepas kitorang semua kemas apa yang patut dulu dan solat Zuhur, then dalam pukul 4 tu kitorang on the way ke Kampung Semaloi, Endau pulak. Kali ni naik dua kereta sebab adik aku, Faz dan suaminya ada.

Bismillah...Perjalanan kami bermula..



Saturday, 23 July 2016

JJCM: Bakso Monster & Polperro Steak House

" Yus..ko dah makan?"

Aku yang sedang dalam ke'mamaian' coz baru lepas bangun tido dengar x dengar jer ape pertanyaan si Noma tu.

Dipendekkan cerita lah yer...sebab banyak gak bende yang disembangkan dengan Noma bila aku bangun tido tu. Semuanye berkisar tentang experience Noma interview petang semalam.

"Hang nak makan mana Noma? Yus dah makan..kalau nak Yus temankan boleh jer." kataku pulak yang ketika itu sedang berura-ura nak masuk bilik air, nak mandi.

"Anjung pun okay. Dekat sikit." jawab Noma pulak.
"Cepat sikit Yus kalau nak mandi tu.." teriak pulak Noma padaku.

Last-last aku cancel mandi. Lepas makan baru mandi. Aku capai seluar lalu memakainya semula.

"Okay Noma. Yok..Siap da." ujarku kepada Noma sambil mengambil dompet, phone dan jugak kunci rumah.

"Yok.." ujar Noma pulak. Sejurus selepas itu kami berdua sudah berada di dalam kereta.

Sebelum tu aku ajaklah Noma p tengok kot-kot lah Anjung Warisan bukak malam tu. Teringin sangat rasanya tekak ni nak makan Char Kuew Teow kat situ. Tapi sayang seribu kali sayang, Anjung Warisan tak bukak. Apasal tak bukak haa? Aku jadi tension sebab tak dapat Char Kuew Teow.

EHHH..bukan aku kata aku tak nak makan ke? Just nak teman kan Noma..Kuikuikui...

Noma gelakkan aku jer. Hahaha...Kesian Yus...

"Noma ...makan mane ni?" tanya aku pulak selepas itu. Padahal dah set awal-awal nak p makan Anjung Merah.

Aku pendekkan lagi ceritanyer lah yer..

"Aku bawak ko p makan bakso nak? Malam semalam aku jalan-jalan Shah Alam dengan Denna ternampak restoran ni. Namanye Bakso Monster..." ujar Noma teruja.

"Wah...boleh gak tu. Yok lah Noma." aku pulak mengiyakan ajakan Noma itu.

Maka, kami berdua buat u-turn then menuju ke Shah Alam...Bukan main jauh lagi minah dua orang ni cari makanan kan...

"Mane kedai nye Noma..tak de pun." aku tanya pada Noma sebab tak nampak pun papan tanda restoran Bakso Monster kat area Pusat Komersial Seksyen 7 ni.

"Ehh..apasal aku pergi dengan Denna semalam tak crowded macam ni wei. Semalam tak ramai orang pun." ujar Noma pulak kehairanan dan pelik.

"Hang ni biar betui Noma. Yus rasa kat area tepi tasik tu kot." ujar aku pada Noma.

"Aku tak perasanlah pulak ade tasik ke idak semalam. Tapi aku perasan ade nampak restoran Hakim dan Khulafa' Bistro. Pastu ade Hotel De'Art.." ujar Noma pulak sambil pusing-pusing area Seksyen 7 tu.

Aku dah agak dah. Bukan kat Pusat Komersial ni..

"Noma..kite keluar dari sini dulu. Bukan kat sini." ujar aku kepada Noma then kami berdua menuju ke jalan yang sebetulnya.

"Ha...kat sini la Yus." ujar Noma tetibe bile terpandangkan restoran Hakim di depan mata.
"Lupe plak aku nak bagitau ko die dekat-dekat dengan Pak Li Kopitiam. Sampai sini aku tau dah mana kedai tu." ujar Noma terus menuju ke destinasi yang pasti.

"Yeahh..sampai.."
"Wah..Noma..besarnye restoran ni Noma."
"Eh..RM9.90 jer ke."

Ujar aku kelihatan sedikit teruja.


Bukan main besar lagi papan tanda restoran ni. Sesuai la dengan keluasan restoran ni....



"Sebelah tu Pelperro. Kite masuk sini dululah." kata Noma pulak.

Perghh..Minah ni lapar betul ni. Ada cita-cita nak masuk restoran sebelah.

"Mak aii Noma...awat tak ade orang ni Noma?" tanya aku kepada Noma seusai keluar jer dari kereta Persona Ungu Norma tu.

Noma wat dek je soalan aku tu. Mesti dalam hati Noma berkate, "Masuk jer la Yus. Aku dah lapar giler ni. Kang engkau plak yang aku makan". Hahaha...


Noma yang sedang kelaparan...

Perghh..memang besar giler Bakso Monster ni. Cantik plak dekorasi restoran ni. Rasa-rasenye baru bukak restoran ni. Lampunye plak mak aii romantik bangat sih. Sesuai bangat bagi pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta mahu dating sambil pekena bakso.

Aikk..dah kenapa tetibe ngomongnye Indonesia ni...??

Sebabnye..masuk-masuk jer menu sudah sampai ke kami. Tiba-tiba......

"Ya..mahu order apa?"

Ohhh..pekerjanya Indonesia ya...aku rase owner restoran ni memang pure from Indonesia kot. Sebab time Noma bayar memang pekat slang orang yang jage cashier tu. Dan mungkin juga lelaki kat tempat cashier tu owner Bakso Monster tu sendiri. Hehehe...

Panjang plak lah aku berdrama yek..

Noma just order Bakso Monster with glass noodle dan ayaq kosong ja.
Aku plak x order ape-ape sebab aku tak lapar lagi. Lagipun aku dah makan 3 ketul ayam goreng masa kat rumah. So, just berkongsi jer la dengan Noma. Bila sampai jer menu yang di pesan..Mak aii...memang sesuwai sangat dengan nama restoran ni. Baksonye seketul ja. Tapi bapaklah hai besar. Dikerat 6 baksonya tu. Mula-mula kitorang ingatkan bakso tu ade 6 bijik sebab mase nak order tu kitorang tanyalah ade bape ketol baksonye. Rasanya orang yang amik menu tu tak berapa nak paham atau pun kitorang yang tak berapa nak dengar ape yang die cakap. Hahaha..dah macam ayam ngan itik bercakap.

So, review Noma dan aku mengenai Fat Bakso with Glass Noodle:



- Portion yang cukup memuaskan. Besaq bak hang mangkuknye. Boleh makan untuk 2 ke 3 orang.
- Penuh dengan sayur-sayuran. Glass Noodle nye pun okay lah..So..So..
- Tapi sayangnya, sup nya agak masin. Aduhai..boleh kene darah tinggi kalau makan selalu.
- Dekorasi restoran yang cukup menarik. Sejuk je. Tenang dan tak ramai orang.

Overall, kitorang bagi just 3 bintang jer. Hehehe....





Restoran di kelilingi dan dihiasi pokok-pokok buluh dan daun keladi..Nampak tak tu...??

Bakso Monster Checked...

Pastu Noma ajak p plak Polperro Steak House. Alahh..sebelah je dengan Bakso Monster ni. Inilah rupenye Polperro yang dikatakan oleh Amy ri tu. Sorry Amy...Kami p dulu Polperro ni. Next time kite p same-same na....

Nampaknya, Fat Bakso With Glass Noodle tak dapat menggembirakan perut cik Noma kite ni. So, ape lagi..cari tempat...mintak menu...then cik Noma kite ni order Steak Combo. Perghh...Lapiaq bebeno ni...Aku pulak masih berkira-kira nak makan ke idak. Nengok menu nampak macam semuanya sedap-sedap belaka. Tapi rasenye tak tahu lah plak kan. So, waiter tu amik dulu order Noma.

Taddaaaa...


Perghh....Inilah Steak Combo....

Review Cik Noma mengenai makanan die ni yer...

- Hurmmm...daging yang agak kurang kelembutannya. Noma kate rasa macam makan plastik. Liat semacam. Tapi ade certain part daging tu dapatlah yang lembut. Aku cuit sikit daging tu gak semalam. Gigih aku nak mengunyah. Last-last aku buang masuk dalam tisu. Huhuhu...
- Yang memuaskan hati Noma hanyalah baked bean, mash potato tu, sayur tu dan juga sos black pepper tu. 
- Kalau amik set combo ni yang membezakannya dengan menu lain ialah set combo ni ade udang. Adalah dalam 4 ke 5 ekor udang dalam tu. Noma kate udangnya agak tidak fresh. Tapi okay lah....
- So, Noma just bagi 3 bintang je untuk Steak Combo ni.

Selang beberapa minit Noma menjamah Steak Combo nya itu, akhirnya aku tewas jugak bila mana aku order pulak Black Pepper Chicken Chop. Ceh...padahal kat rumah dah makan dah tiga ketul ayam goreng. Adusss....


Amekkaww...sekali datang bapaklah besar ayamnye. Ada dua slice yang besar-besar. Jenuh aku nak perabihkan. Aku bagi Noma satu slice.

So, review aku pulak ialah:

- Sayurnya okay lah. Enak ditekak.
- Kentangnya pun okay lah jugak.
- Chickennya sedap.
- Sos black pepper nye pun sedap.

Pendek kate memang sedap lah. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak perabihkan makanan ni. Sedihnya la hai. Kalau lah ayam ni boleh berkata-kata, mesti die dah bambunye aku. Dah tahu kenyang buat ape p order lagi. Tu lah...ikut sangat nafsu tu. Hahaha....

Itu ayam yang cakap ke atau aku yang cakap????

Tapi yang paling aku tak tahan tu bile Noma kate chicken chop ni ayamnye rasa macam makan goreng pisang. Kahkahkah...Tak boleh blah lah minah ni tau. Agak-agaknya tukang masak nye pakai tepung goreng pisang kot. Hahahahaa....

Overalll...Pelpero Steak House kitorang bagi 3.5 bintang jer..setengah bintang lebih dari Bakso Monster tu.

So, total dinner kitorang berdua malam tu ialah less than RM50.00. Okay lah...



Jam pun dah tunjuk pukul 11.30 malam. Molek lah kalau kitorang gerak balik Subang. Esoknya pulak nak keje kan. Perut pun dah kekenyangan. So, tidurnya mesti enak bangat. Ehh...aku tak mandi lagi. Before tido aku kene mandi dulu. Kang tak pasai-pasai aku mengigau. Mujur jugak pagi tu aku bangun. Kalau idak EL lah aterr...

Kesimpulannya, kedua-dua restoran ni okay lah. Harga pun affordable. Memang sesuai lah sangat sebab dalam kawasan ramai student universiti. Takkanlah nak letak harga mahal-mahal. Kang tak ade orang nak datang. Hikhikhik...

Tp bagi aku, Subang lagi best kot restoran dan cafe-cafe nye...Lagi banyak pilihan dan rasenye memang tip top dan best. Tapi dari segi harga memang area Shah Alam lah paling best.

Aku tak tahu waktu beroperasi dua-dua restoran ni. Kome datang jer lah. Tak pun Google la sendiri ya. Hahahaha....

Polperro Steak House Checked.

Monday, 11 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016..Maaf Zahir Dan Batin...

Syawal ke-5 sudah....

Tak terlewat rasenye kalau aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan-rakan blogger yang lain.

Setelah sebulan kita menahan diri dari lapar dan dahaga. Akhirnya, kite dapat meraikan kemenangan kite di syawal yang mulia ini. Moga-moga kite dapat bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan In Sha Allah....

Raya tahun ini seperti biasa...meriah seperti mana sambutan pada tahun-tahun lepas. Cuma kali ini advance meriah kerana semua adik beradik aku dapat berkupul bersama-samap di pagi raya. Jika tahun lepas, adik kedua ku tidak dapat bersama-sama meraikan pagi Syawal di rumah kerna menyambutya bersama keluarga mertua di KL. Tapi tahun ini giliran die pulak beraya di Johor. Yang paling best tu dapat beraya bersama anak sedara ku yang pertama, Ismail. Jika tahun sudah Ismail masih di dalam perut ibunya. Tapi tahun ini, Ismail same-same menyambut syawal bersama kami sekeluarga. Banyak jugak Ismail dapat duit raya. Hehehe.....

Yang paling x bestnye bile waktu nak balik ke KL. Setelah seminggu huhahua di kampung, akhirnya tibalah masanya kembali ke rutin yang biasa. Perantau sudah pulang ke tempatnya mencari rezekinya. Dan aku lah perantau itu yang sudah sampai di KL tapi masih lagi di TBS. Sedang menunggu kak Dayah mengambilku. Disebabkan oleh ade barang yang adik aku tinggalkan  dan aku kene bawak barang tu balik KL dan juga ketibaan aku sampai Subang lewat dan tiada sesiapa di rumah menyebabkan malam ini aku bermalam di rumah kak Dayah dahulu. Huhuhu. Esok pagi baru aku gerak ke Subang naik LRT. Mujur saja esok aku masih bercuti lagi. Aku masuk kerja Selasa ni. Alahai...terasa lemah segala sendi-sendi di badan ini bile mengenangkan aku akan kembali bergelumang dengan kerja-kerja pejabat. Huhuhu.....malasnya...boleh x kalau amik cuti lagi. Hehehe...

Sudah semestinya aku tidak akan berbuat begitu. Cuti pun dah nak habis. Sesuka dan sesedap rasa je nak memonteng. Hahaha...tak cukup agaknye seminggu bercuti tu. Sememangnya tak cukup bagi aku. Hahahahaha....

Sudah lah kau F......

Ehh...aku x save rupenye entry ni. Hehehe....so, kite sambung hari ni. Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah sewa pagi tadi. Pejam je kan la mata tu hulur tmbang teksi rm20. Bukan selalu kan. Hehehe....

Baru lepas makan. Sampai-sampai tadi terus keluarkan motor dan panaskan enjin then terus keluar p cari makan. Lapar kot. Dari malam semalam aku x jamah nasi. Aku makan nasi pun sebelum balik petang semalam. Aku just makan goreng pisang ja. Hehehe.....

La ni sedang kekenyangan. Aku sorang jer kat rumah. Yang lain belum balik lagi rasenye. Motor Aisyah ade tp x tahulah orangnya ade ke tidak. Malas nk p jenguk bilik die. Tido lagi kot..

K lah...esok pun dah start kerje. So, kene lah bersemangat dan produktif. Baru lepas dapat semangat raya kan. Hahahaha....

K lah...lagi segali SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN...KOSONG-KOSONG.....

ASSALAMUALAIKUM.....

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...