Skip to main content

Happy Anniversary 3rd Year

Hari ini tanggal 24 Februari 2016. Bulan Februari tahun ni ada 29 hari so, bulan Februari tahun ini adalah tahun lompat. Sedia maklum, kita akan jumpa 29 Feburari ni dalam masa 4 tahun sekali jer. So, agak-agak siapa yang lahir pada tarikh ni umur berapa lah gamaknya depa ye. 

Actually, entri ni ditulis bukanlah nak bercerita pasal tahun lompat ni. Tapi, aku nak bercerita pasal genaplah hampir tiga tahun aku bertugas di Revongen ni. Huhuhu. Start dari tahun 2013 lagi, tanggal 23 Februari aku mencari rezeki di sini. Pejam celik pejam celik, tiga tahun sudeyyy. Cehh, dah boleh masuk kategori senior ni. Dah boleh apply loan dengan Mr Law. Hahahahaha..Silap-silap dah boleh take over Ms Yau. Opppsss...tak mahu lah lagi. Masih banyak lagi yang aku belum pelajari lagi dengan Ms Yau. 

So, tak der cita-cita ke nak beralih angin????

Niat di hati tu memang lah ada. Taknaklah selamanya di Revongen ni. Kalau ader rezeki aku kat tempat lain, memanglah aku akan pergi. Try to get experience kat tempat lainlah pulak. Tapi, tidaklah dalam masa yang terdekat ni. Giler ko nak berhenti kerja dalam kegawatan ekonomi negara yang tak berapa nak stabil ni. Lainlah kalau hati ni dah bertekad nak cari rezeki dalam bidang perniagaan pulakkan. Jadi businesswoman lah mak nanti. Hehehe...

Tapi tak sangka, bertahan jugak aku kat Revongen ni kan. Staff yang lain silih berganti masuk, aku jer lah yang masih lagi terus setia disini. 

Setia aku..pada diri mu..ececehh..menyanyi pulak mak...

So, just nak wish kat diri sendiri...

HAPPY ANNIVERSARY TO ME YANG KE 3 TAHUN DI REVONGEN ......

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...